Salam Ahah.. tahun 2009 nak melabuhkan tirai dia dah.. sikit ja lagi.. esok-esok dah masuk tahun baru.. jadi apa kata kalau kita kenang sikit sepanjang 2009 yang dah lepas-lepas ni.. Bukan apa, kita kenang-kenang ni untuk kita jadikan iktibar dan panduan balik, mana tau berguna di masa hadapan... 1. Gaza vs Israel Haa.. awal-awal tahun ni kita dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Gaza . Sejak penghujung Disember 2008, Israel telah mengepung bandar Gaza di Palestin yang dikuasai oleh Kerajaan Hamas . Oleh kerana tidak ada penyatuan di kalangan Kerajaan Palestin yang berpusat di Ramallah dan Gaza, maka Israel dengan mudah dapat mengepung dan menyekat bekalan-bekalan keperluan harian daripada di bawa masuk ke Gaza. Inilah salah satu pengajaran buat kita semua. Bagaimana, 2 puak berbangsa sama (Arab) dan kebanyakan beragama Islam, apabila berpecah maka musuh pun dengan mudah menyerang. Namun amat sedih umat Islam di negara ini dan negara-negara lain masih kurang mengambil iktibar hal...
Inilah Kehidupan... Ada Dugaan, Rintangan Dan Cabaran... Penuh Perancangan... Namun Tuhan Yang Menentukan... Tuhan Rabbul 'Alamin..