Ku Biarkan Pena Menulis.....

Bukit Kepong : Polis British atau Polis Persekutuan?

Salam,

Dua tahun yang lepas, aku pernah menulis berkenaan Pembinaan Negara : Dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam tulisan berkenaan, ada dikupas sedikit latar belakang negeri-negeri Melayu, Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Seingat aku, tulisan itu aku nukilkan sebab pada ketika berkenaan heboh isu kononnya UMNO bukan pejuang kemerdekaan kerana heboh dokumentari "10 tahun sebelum merdeka" yang mengangkat golongan kiri yang mempunyai pengaruh Komunis sebagai pejuang sebenar.

Kini, timbul pula isu yang lebih kurang sama selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengatakan bahawa pihak yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong itulah wira kemerdekaan dan yang diserang itu Polis British. Beliau juga mendakwa sejarah serangan yang diketuai seorang Melayu bernama Mat Indera itu sengaja ditutup dan filem Bukit Kepong itu tidak benar kerana pengarah filem berkenaan seorang ahli UMNO.

Jom kita lihat fakta. Yang menyerang adalah pengganas Komunis yang mana majoriti ahlinya berbangsa Cina. Yang diserang adalah anggota Polis yang hampir keseluruhannya Islam-Melayu. Jadi Mat Sabu mengatakan bahawa yang menyerang itu wira kemerdekaan, bermaksud beliau mengangkat komunis menjadi wira?

WOI MAT, HANG MABOK DAUN KETUM KA APA?

Macam ni punya pemimpin pun ada. Dia tak belajar sejarah kah? Komunis ini fahaman yang menolak agama dan feudalisme. Dalam erti kata lain, mereka menolak Islam dan juga Raja-raja Melayu. Dan sesudah Merdeka, mereka ini juga yang membunuh ramai askar-askar dan polis-polis yang bertugas menjaga keselamatan negara. Orang macam ini nak diangkat sebagai wira? Aduh! Malang apakah yang melanda kepimpinan PAS!

Maka dengan itu, satu forum telah dianjurkan pada 9 September 2011 di Ipoh berkenaan tajuk "Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?". Di dalam forum ini, barisan ahli panel telah menghuraikan dengan panjang lebar siapa sebenarnya wira dan siapa pengkhianat dan pengganas. Selain itu, turut terjawab ialah pandangan sesetengah pihak yang tidak dapat menerima fakta dari sudut sejarah dan perundangan bahawa "Negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah" -- suatu kenyataan yang perlu difahami konteks dan fakta sejarahnya, bukan emosi dan logik-logik mudah yang kelihatan dangkal dan lemah pandangannya. Pandangan ahli panel turut menjawab :
  • Isu status naungan dan jajahan -- adakah negeri-negeri Melayu terjajah dan konteksnya
  • Isu Polis -- Polis British atau Polis Persekutuan
  • Isu hak-hak Melayu -- kenapa British menerima usul memelihara hak-hak Melayu di dalam perlembagaan
  • Isu kenapa perjuangan golongan kiri ditolak.
  • Asal usul HAMIM, PKMM, KMM dan perkaitan mereka dengan PKM.
  • Asal usul Parti Komunis Malaya sendiri.
  • Dan lain-lain lagi....

Maka oleh itu, disertakan video yang dirakam daripada Forum tersebut.


Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar? [9 Sep 2011]
Lokasi - Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Perhatian : 

1. Video ini agak panjang. Hampir 3 jam, tetapi memang berbaloi.
2. Sila saksikan sampai habis apa yang diperkatakan oleh ahli-ahli panel.
3. Rakaman asal dari : http://www.ustream.tv/recorded/17154930 
4. Download di : http://www.archive.org/

Mudah-mudahan kita semua mendapat lebih kefahaman akan pembinaan negara bangsa kita sendiri dan menolak sebarang percubaan untuk mengubah fakta sejarah seperti yang cuba dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Wassalam

P/S : Jangan takut nyatakan kebenaran. Apa salahnya kalau negeri-negeri Melayu tak pernah menjadi tanah jajahan British (melainkan Malayan Union 1946-1948) tetapi kita tetap Merdeka pada 1957? Melepaskan diri dari campurtangan British di dalam pentadbiran bukankah satu kemerdekaan juga? Secara kolektifnya juga, kemerdekaan 1957 memerdekakan Pulau Pinang dan Melaka dari kedaulatan British ke atas negeri-negeri tersebut!

Komunis Kejam - Hamzah

Komunis kejam - Hamzah



Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak.


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi generasi muda hari ini yang tidak pernah merasai penderitaan hidup pada zaman komunis, mereka mungkin tidak dapat membayangkan kekejaman kumpulan pengganas itu.
Namun, bagi yang pernah melalui zaman tersebut seperti Hamzah Mohd. Amin, 71, trauma yang ditinggalkan daripada kekejaman komunis itu tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini.

Malah, Hamzah yang mempunyai bakat melukis turut menghasilkan beberapa karikatur anggota komunis yang sedang menyeksa tahanan sewaktu zaman keganasan kumpulan tersebut di negara ini.
Menurutnya, lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi muda.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Warga emas dimasukkan ke dalam guni kemudian dicampak ke dalam api yang sedang marak. Kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api begitu sahaja.


Hamzah cuba memberi gambaran tentang kekejaman komunis menyeksa tahanan menggunakan beberapa kaedah yang tidak berperikemanusiaan menerusi karikatur yang dihasilkannya.

Berdasarkan kepada karikatur tersebut, Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya yang sanggup datang ke pejabat Utusan di sini bagi menyerahkan karikaturnya itu.

Antara sumbangan Hamzah yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis ialah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.

-- UTUSAN

[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm]

Jom Bangsatkan Melayu!

Melayu : Muram, pokai, baju koyak, tak pakai kasut... anak nak menikah sampai kena pinjam duit... Lain dengan Cina, pinjam duit nak buat bisnes.. Siap pakai sepatu lagi....

Salam,

Proses membangsatkan bangsa Melayu boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Samada kita sedar atau tidak, proses ini berjalan dengan cukup teratur dan halus. Dulu pernah dilakukan di Singapura, kini berlaku di Pulau Pinang.

Gambar kat atas tu adalah petikan risalah "My Balik Pulau". Kunun menceritakan hubungan antara kaum di Pulau Pinang dari segi aspek sejarah. Blog Minda Intelek Melayu (Dr Novandri) ada menceritakan mengenai kisah risalah ini secara bersiri.

Kata Dr. Novandri :

Lihat kartun di bawah yang diilustrasikan oleh MAY LEONG. Lihatlah betapa Melayu dihina terang-terangan! Melayu diilustrasikan muram, bersongkok dan berpakaian lusuh dan koyak tetapi masih mahu belanja besar untuk kenduri kahwin dengan menggadaikan tanah mereka di Balik Pulau ! 

Tak dapat tidak, aku bersetuju dengan kenyataan ni. Ada banyak lagi kisah kalau nak terangkan hubungan antara kaum di Pulau Pinang, tetapi  kisah ini boleh dikatakan suatu penghinaan. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman dahulu bukanlah sebangsat seperti yang diilustrasikan.

Kupasan lanjut, sila ikuti siri tulisan Dr. Novandri : My Balik Pulau

UPDATED :

 Ibadah Korban -- dia ingat mcm Jepun potong kepala ka apa... adoi la....



Melayu Bangsat : Full Story... Kalau tak clear, klik bagi dapat gambaq besaq.. Baca puas-puas Melayu dibangsatkan.


Wassalam....

Surat Khabar Lama : Hubungan Mahathir - Anwar

Protege & Mentor
Salam,  

Ummi Hafilda Ali
Tadi sempat tengok video Ummi Hafilda Ali yang buat press conference, katanya nak saman Anwar, Azmin, Shamsidar, Wan Azizah, Karpal Singh dan lain-lain kerana didakwa menyembunyikan kebenaran dalam kes Anwar Ibrahim. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Anwar telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. Kejadian ini amat mengejutkan negara pada ketika itu. Kalau tak silap aku, pada masa pemecatan Anwar tu, ramai antara kita ni tak berapa nak kenai internet lagi. Baca paper pun tak mungkin 100% faham apa yang terjadi. Hanya setahun-dua selepas itu kita disajikan dengan cerita-cerita sensasi dari pelbagai pihak setelah dunia IT mula berkembang dan ramai di antara kita mula mendapat akses berita melalui internet.



Sehari sebelum pemecatan Anwar (1 September 1998), PM ketika itu, Tun Mahathir telah membayangkan dalam satu program wawancara dengan RTM bahawa beliau bersedia menerima perletakan jawatan Anwar, sekiranya beliau memberi alasan kukuh seperti contoh sakit. Dalam kenyataan beliau :

''Jika beliau (Anwar) memberi alasan yang kukuh mengapa beliau harus meletakkan jawatan, saya akan terima.
''Jika beliau bagi alasan kesihatan, beliau tak boleh laksanakan tugasnya lagi dan sebagainya, bagaimanalah hendak saya kata supaya beliau teruskan juga tugasnya?

''Semuanya bergantung kepada sebab-sebab (yang dikemukakan oleh Anwar),'' kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas program Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, di sini hari ini.

Dulu rapat.. La ni?
Jelas di dalam keratan akhbar ini, dapat kita andaikan, pada masa tersebut, Anwar Ibrahim telah pun sebenarnya diberi kata dua oleh Tun M samada letak jawatan atau bersedia untuk dipecat. Daripada kenyataan ini, kita dapat lihat Tun M pada ketika itu masih lagi memberi peluang kepada Anwar untuk melepaskan jawatan secara sukarela dan "bagi alasan kukuh" dalam erti kata, untuk tidak memalukan diri beliau sendiri. Seandainya beliau meletakkan jawatan secara sukarela dengan alasan seperti sakit atau tekanan atau lain-lain alasan pada ketika itu, sudah tentu Tun M tidak akan memecatnya dan isu mengenai mengapa beliau dipecat tidak timbul kerana ianya mengaibkan (liwat, rasuah, dll).

Hubungan Mahathir - Anwar bermula apabila Anwar mengumumkan untuk menyertai UMNO sekitar tahun 80'an. Catatan Utusan Malaysia Online pada 3 September 1998 (sehari selepas pemecatan Anwar) turut mengimbas kembali kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan perjalanan beliau meniti jambatan ke puncak kuasa. Alkisahnya

Kronologi Anwar dalam UMNO

KUALA LUMPUR - Pada 29 Mac 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk bergerak cergas dalam politik UMNO ''kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.''

''Saya memilih UMNO kerana ia memberi ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya dan saya memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan parti yang beliau pimpin.

''Kami berharap akan dapat bekerjasama untuk kebaikan rakyat negara ini,'' kata beliau di hadapan Dr. Mahathir di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dan, semalam di JPM juga kerjaya beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berakhir apabila dilucutkan daripada semua jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Sebulan selepas (April 1982) Anwar yang merupakan bekas Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membuat pengumuman itu, beliau dipilih sebagai calon pilihan raya umum dan memenangi kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dari situlah bermulanya kerjaya politik Anwar dalam kerajaan. Pada usia 35 tahun, selepas menumpaskan calon Pas dan DAP dengan majoriti 14,352 undi Anwar diberi kepercayaan menjadi Timbalan Menteri di JPM pada tahun yang sama selama 14 bulan.

Pemuda UMNO telah mengambil keputusan penting dalam sejarah pergerakan itu pada 9 September 1982 dengan memilih orang baru dalam politik UMNO iaitu Anwar mengetuai mereka.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Pemuda seorang yang baru lima bulan menyertai parti, diberi jawatan dan kepercayaan demikian besar. Tetapi ia berlaku kepada Anwar sekalipun kemenangan itu hanya dengan 10 undi menewaskan Datuk Suhaimi Kamaruddin.

Peningkatan Anwar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu, berlaku dengan begitu pantas.

Pada 2 Jun 1983, beliau menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pertanian 14 Julai tahun berikutnya.

Dua tahun kemudian, beliau melangkah ke Kementerian Pendidikan, portfolio yang dianggap sebagai ''petanda emas'' bagi seorang anggota kabinet terus berjaya dalam kerjaya politik.

Secara tradisi, jawatan Menteri Pendidikan disandang oleh mereka yang menjadi Perdana Menteri negara ini.
Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Tun Daim Zainuddin. Pada 1 Disember 1993, beliau dilihat akan menggantikan Dr. Mahathir apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang dalam pemilihan sebagai Timbalan Presiden tanpa bertanding bagi menggantikan Tun Ghafar Baba.

Beliau yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk penggal kedua pada 1996, telah diberi kepercayaan untuk memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan sejak 19 Mei 1997.
Anwar tidak begitu dikenali sebelum 1974. Peristiwa mogok lapar dan tunjuk perasaan di Baling, Kedah pada November tahun itu serta-merta menjulang namanya.

Anwar yang ketika itu merupakan pemimpin pelajar Universiti Malaya dan ABIM memperjuangkan kemelaratan hidup penduduk di kampung di utara Semenanjung itu. Bagaimanapun kelantangannya itu menyebabkan beliau dan beberapa rakan pelajarnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Apabila anak kelahiran Cerok To'kun, Bukit Mertajam itu mengumumkan komitmennya kepada UMNO, arena politik tanah air mengalami semacam kejutan. Ini kerana Anwar sebelum ini sering dikaitkan dengan perjuangan Pas dan mengkritik kerajaan.

Mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa keputusannya menyertai UMNO itu merupakan satu political suicide, beliau berkata, ''biarlah masyarakat yang menentukan''.

''Dan hanya Tuhan sahaja yang tahu mengenai niat dan tujuan saya menyertai UMNO,'' kata beliau pada sidang akhbar ketika mengumumkan keputusannya menjadi anggota UMNO pada 29 Mac 1982.
Selepas memenangi pilihan raya umum pada April 1982, beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh empat bulan kemudian. Beliau memimpin Pergerakan Pemuda UMNO sehingga 23 April 1987.

Pada 24 April 1987, Anwar dipilih sebagai Naib Presiden UMNO selepas beberapa kali menolak desas-desus bahawa beliau akan merebut jawatan itu.

Beberapa bulan kemudian, Anwar menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan Ghafar yang merupakan Timbalan Presiden ketika itu renggang. Enam tahun kemudian beliau yang beberapa kali menafikan akan mencabar Ghafar untuk jawatan timbalan presiden, akhirnya mengubah pendirian atas alasan desakan para penyokong parti.

Sejak 17 Julai 1987 dan sehingga kini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Anwar ketika menjelaskan falsafah perjuangan politik pada 1982, pernah juga berkata: ''Kalau kita hendak membuat sesuatu, adalah menjadi kenyataan yang kita perlukan kedudukan tertentu.

''Sekalipun kita mempunyai idea yang baik tetapi kerana kita tidak mempunyai kedudukan tertentu, sukar bagi kita untuk melaksanakan idea tersebut,'' katanya.

Kepimpinan Anwar dalam pergerakan belia tahun 1970-an, sebelum menyertai politik telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini termasuklah pelantikan pada tahun 1973 sebagai anggota jawatankuasa penasihat hal ehwal belia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pada tahun 1976 mewakili rantau Asia Pasifik di Perhimpunan Belia Sedunia (WAMY).

Semasa di Universiti Malaya, beliau cuba membawa perubahan dalam corak kehidupan kampus dengan menerap nilai-nilai Islam dan peradaban timur. Ini dilakukannya semasa menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia mulai tahun 1968. Anwar mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar yang melahirkan ramai pemimpin politik dan pegawai kanan kerajaan.

Dari universiti, beliau kemudian menjadi Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) pada tahun 1970 dan dua tahun selepas itu, menjadi presidennya.

Malah, Anwar juga pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia antara 1972 dan 1976 dan Presiden Persidangan UNESCO (1987-89). Pada masa sekarang beliau juga adalah Presiden Universiti Islam Malaysia.

Antara tempoh 1979 dan 1997, beliau telah menerima 18 anugerah termasuk Pingat Allama Iqbal Centenary, Pakistan, Malaysia Of The Year pada 1982, Reader of The Year (1988), Top Finance Ministers of the Year, majalah Euromoney (1993) dan Knight Grand Cross of Rizal (Sir) pada 1996.

Sebagai Menteri Kewangan sejak Mac 1991, Anwar juga dilihat sebagai anggota kabinet yang memperkenalkan perkataan-perkataan dan istilah-istilah baru ketika menyampaikan ucapan belanjawan.
Beliau juga ada menulis buku berjudul Menangani Perubahan pada 1989 dan The Asian Renaissance tahun lalu.

Sepanjang 16 tahun dan empat bulan dalam kerajaan, Anwar yang beristerikan, seorang doktor mata, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan mempunyai enam orang anak, menjadi perhatian kerana sering diselubungi pelbagai desas-desus khususnya sejak Julai lalu apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.

Disebalik warna warni Anwar bersama UMNO yang telah memberi banyak faedah kepada beliau, rupa-rupanya tidak semua yang mengenali Anwar benar-benar mengenali Anwar, terutama sekali rakyat. Dengan imej mahasiswa pro-Islam pada semasa menjadi pelajar, kemudian diterima masuk UMNO oleh PM sendiri pada ketika itu dan diberikan jawatan penting, siapalah sangka orang yang sama ini sebenarnya 'tak sebulu' dengan bos beliau sendiri. Hal ini sekali lagi diungkap Utusan Online, pada tarikh yang sama seperti di atas :

* 20 September 1995 - Dr. Mahathir menjelaskan tidak wujud perselisihan faham di antara beliau dengan Anwar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

* 6 Ogos 1996 - Dr. Mahathir berkata akibat terlalu banyak teori konspirasi mengenai hubungannya dengan Anwar, telah timbul pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan dalam UMNO.

* 20 November 1996 - Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggotai semula UMNO menyatakan beliau tidak mempunyai rancangan untuk mencabar Anwar selaku Timbalan Presiden UMNO.

* 22 November 1996 - Dr. Mahathir menyatakan sokongan penuh kepada Anwar sebagai penggantinya.

* 24 November 1996 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pertikaian mengenai siapa yang akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak harus timbul, jika pemimpin dan ahli UMNO menghormati hierarki dalam parti.

* 25 November 1996 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Pemuda memberi amaran kepada kembiri termasuk media asing supaya tidak membuat spekulasi mengenai hubungan baik Dr. Mahathir dan Anwar.

* 19 Mei 1997 - Anwar memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan mulai hari ini kerana Dr. Mahathir bercuti.

* 25 Ogos 1997 - Dr. Mahathir berkata, dakwaan kononnya Anwar terbabit dalam skandal seks merupakan fitnah yang bermotifkan politik.

* 26 Ogos 1997 - Anwar mendedahkan bahawa beberapa surat tohmahan terhadapnya diedarkan kebelakangan ini dalam usaha yang terancang, teratur dan teliti bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

* 7 September 1997 - Pada Perhimpunan Agung UMNO, Dr. Mahathir menangkis segala tohmahan yang bertujuan merosakkan imej Anwar yang bakal menggantikannya.

* 17 Jun 1998 - Anwar memperoleh perintah injunksi interim terhadap penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

* 18 Jun 1998 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan pergerakan itu mendesak unsur nepotisme dan kronisme dalam kerajaan dihapuskan.

* 20 dan 21 Jun 1998 - Senarai nama syarikat dan individu yang mendapat saham dan projek kerajaan diedarkan kepada para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

* 21 Jun 1998 - Dr. Mahathir dalam ucapan penggulungan pada perhimpunan itu menegaskan, tiada amalan nepotisme wujud sebagaimana didakwa dan secara terbuka menyebut nama Ahmad Zahid antara mereka yang terdapat dalam senarai tersebut.

* 7 Ogos 1998 - Anwar menyifatkan spekulasi kononnya beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan sebagai 'tidak berasas'. Katanya, beliau masih bertanggungjawab penuh di Kementerian Kewangan.

* 22 Ogos 1998 - Dr. Mahathir menyatakan di Kota Bharu bahawa terdapat usaha pihak asing untuk menumbangkan kerajaan dengan menggantikannya dengan Timbalannya, Anwar tetapi 'beliau bernasib baik kerana cubaan itu gagal'.

* 24 Ogos 1998 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya mengekalkan perpaduan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebuah parti hanya mempunyai seorang 'jeneral'.

* 25 Ogos 1998 - Anwar mendedahkan beberapa surat tohmahan terhadapnya sebagai usaha yang 'terancang, teratur dan teliti' bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

 * 31 Ogos 1998 - Anwar menafikan khabar angin buat kali ketiga dalam tempoh sebulan kononnya beliau mengemukakan surat peletakan jawatan.

* 1 September 1998 - Dr. Mahathir berkata beliau akan menerima peletakan jawatan Anwar jika Anwar mengemukakan alasan yang kukuh.

* 2 September 1998 - Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Reformasi? Motif?
Inilah manusia bernama Anwar Ibrahim dengan mentornya, Dr. Mahathir Mohamad. Siapa sangka mereka ini yang nampak begitu akrab sebelum ini, akhirnya masih berseteru hingga ke hari ini. Seandainya Anwar Ibrahim mendengar nasihat mentornya pada 1 September 1998, mungkin negara kita tidak akan melalui peristiwa hitam demonstrasi jalanan  yang telah merosakkan industri pelancongan serta harta benda awam. Dr Mahathir pada ketika itu nampaknya sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan Anwar dan percaya kununnya Anwar difitnah. Tetapi akhirnya, kebenaran muncul jual kepada beliau, dan keputusan memecat Anwar sama sekali telah mengubah landskap politik negara . Retorik Anwar yang kununnya membawa agenda "reformasi", mungkin sekali ingin mengheret rakyat untuk masuk ke dalam krisis politik beliau dengan Tun M.

Mudah-mudahan kita semua mendapat gambaran yang lebih jelas mengapa anwar dilucutkan jawatan Timbalan Pedana Menteri dan Menteri Kabinet yang lain serta mengapa beliau dipecat dari UMNO.

Wassalam..

p.s : paper lama banyak gunanya.....

The Biography of P. Ramlee

Salam,

I'm Sorry, I had to remove the video due to copyright notice. Anyway, you know where to get a copy. Thanks.

Just enjoy :)

Wassalam

Handphone Baru (Lama), Router dan ...

Salam,

Haaa... dah berapa hari dah Raya Haji... lembu2 pon dah banyak yang tumbang.. banyak yang dah selamat masuk ke dalam sistem pencernaan. Mudah-mudahan depa yang mengerjakan ibadah haji dan korban tahun ni memperoleh ganjaran dan pahala yang besar dari Allah SWT. Salah satu daripada erti korban adalah kita membelanjakan sesuatu yang menjadi kesukaan kita untuk kegunaan orang lain. Hanya dengan cara tu kita dapat menguji bahawa amal dan usaha yang kita buat tu benar-benar ikhlas dan untuk Allah ataupun sebaliknya. Kalau ada rasa sedih masa buat amal tu, maka tahap / makam korban kita belum la lagi sempurna.


Apa pon, bukan nak cerita pasai korban atau nak ceramah. Nak dengaq ceramah pi la dengaq kat surau-surau ka.. kot radio ka.. tv kaa.. la ni banyak dah haih cara boleh mengaji agama. Tanda baguihnya kita kat Malaysia ni. Kadang-kadang kita ni belajaq macam2... tapi nak amalkan tu.. haih.. payah sunggoh. Ni nak cerita sikit la.. kan aritu aku ada habaq pasai phone aku yang lingkop tu kan? Jadi aku tengah dok cari replacement la lepaih tu (instead of Nokia yg aku beli tu). Raya Haji baru2 ni aku balik kampung la cam besa. Teruih pi selongkaq kotak2 ataih almari. Cari punya cari jumpa la telepon lama aku tu. Sony Ericsson W810i. Hehehe... bestnya rasa! Seminggu aku pakai tepon yang tadak ciri mcm kamera ka.. mp3 ka.. Alhamdulillah, seb baik boleh balik kampung dan ada plak yang lama tu masih elok tersimpan.

Aku pon pasang bateri. Macam besa, dia pon menyala elok ja.. pastu aku plugin la untuk recharge. Aku tgk mesej last skali ada dalam phone tu adalah bulan Jun 2008. Mesej last aku terima daripada brader Shahril Kem. Kewangan... Hehe.. tu masa kami pi kursus di INTURA dulu tuh. Belek punya belek mesej, memang menggamit memori betoi laaaa... Terjumpa plak mesej-mesej lama antara aku dan dia (kini takdak apa dah.. eh.. dulu pon takdak apa.. aku ja perasan lelebih kot...). Time tu rasa indah belaka. Tapi apakan daya, tepuk sebelah tangan mana nak berbunyi kan. Jadi aku amek keputusan untuk delete semua mesej yang ada dalam tu.. inbox, sent, outbox, saved dll.. semua clean habeh. Jadi terhapuslah sudah cebisan kenangan yang sedih untuk dikenang itu.. heheh... Test semua fungsi phone, ok semua jalan. Wallpaper phone muka naruto pon aku tukaq dah.. dulu dok gila naruto... la ni dah masuk 4-5 bulan dah tak layan naruto... dah tadak mood.. tu yang tukaq semua. Phone ni tadak la GPS ka Video Call ka.. tapi boleh la jugak.. sms senang nak taip.. menu senang nak capai.. pokoknya ok la.. syukur laa..

Ok, habeh bab phone. Ni bab ADSL Router plak... Kalu hampa ingat (kalu hampa dok baca blog ni dari dulu la..) aku penah post pasai kisah aku memula pasang streamyx & beli ADSL Router sendiri... tuh lebih kurang 3 thn lepaih (2006). Ni nak habaq mai kat hampa router aku tu dah hancusss.. dah kong dah... Punca dia aku pon tatau. Cam besa la.. aku nak layan tenet kat rumah ni.. jadi cucuk la LAN cable ke router tuh.. cucuk punya cucuk.. awat dia tak jalan ni... aku heran betoi.. sebulan lepaih aku balik dok boleh lagi... aku tanya adik aku... dia plak kata dah lama dah x bukak komputer.. sebab dia dok stadi ntuk SPM.. jadi logik la jugak.. tapi PC adik aku tu pun problem gak.. tiba2 time ujan.. PC tak on pon.. power tadak.. tgk2 bunyi plup! Bila on PC, teruih tak menyala apa... aihh... rasa2nya router aku pon kena skali kot time tu.. Ni nak masuk mgmt console dia pon x leh.. tp IP dpt.. tp x leh connect ke tenet.. on off... on off.. x bleh jugak...

Last skali pi check kat port dia... dulu penah skali, port no 2 x leh pakai.. dok menyala walaupun tak cucuk kat PC.. dok test2 port tu.. tgk port no 3 problem... cucuk ja dok blinking tak habeh2.. kat port lain ok plak (kecualu port no 2)... Ermmhh.. apa lagi.. konfem dah la router tu pon dah lingkop.. halai aihh pakai 3 tahun... Jadi malam tu gak aku pi beli router ADSL yang baru.. The Aztech DSL605EW ADSL2+ Wireless 4 Port Router.. hambek.. siap ada wireless troih.. sesuai la ngan aku pon dok pakai laptop tempat keja la ni.. dok bawak balik rumah.. malaih nak bukak gulung LAN cable tu.. alang-alang nak beli kan.. harga dia boleh tahan la jugak.... dengan fungsi ADSL Modem + Router + 4 Port Lan + Wireless AP + Setting mcm firewall, routing, dll.. harga RM 160++ tu kira ok la gak.. kalau nak dibanding yang aku beli thn 2006 tu.. RM 185++.. yang ni siap ada wireless lagi.. tu pon ada diskau sket.. hehe... bantai saja janji boleh dapat connection...

Haaa.. pasai GPS plak.. cerita dia la gu ni.. kan PC adik aku tu problem kan.. jadi aku pon pi la skali bawak adik aku hantaq PC dia kat kedai.. pi repair.. mula2 kami ingat nak repair sendiri.. sekali dah bukak x dapat cari punca... lepaih tu aku soh la adik aku pasang balik.. ya la kan.. dia kata sekolah dia ajaq pasang bukak PC ni.. aku pon yakin la.. aku plak bukan penah ada ilmu bukak pasang PC secara rasmi.. dok main bukak tutup ja dulu2... sekali dia pasang teruih fan pon tak jalan.. sebeblum ni fan jalan, cuma tak kuaq kat sistem ja.. BIOS pon x kuaq.. ni teruih fan x bunyi.. LED power pon tak menyala.. apa nak buat.. teruih hantaq pi kedai... jadi nak pendekkan cerita, kedai PC tu dekat dengan satu kedai aksesori keta.. aku pon pi la ushar GPS tengok.. sekali ushar takdak plak plak single GPS.. yg ada skali ngan TV + DVD.. nak buat apa gedabak camtu... x celuih masuk keta aku.. so pi la cari kat kedai lain.. kedai baru bukak.. tengok2 ada.. heheheh.. Survey punya survey satu berkenan di hati.. ya la... untuk menggantikan GPS lama yang dah lingkop pabila lingkopnya HTC aku tuh kan.. huuuuu... ermm so aku angkat la satu.. apa lagi.. baguih punya 4 in 1.. Garmin, MapKing, Papago dan apa tah lagi satu nama dia.. aku x berapa ingat. Harga dia boleh lah.. x yah cerita la tapi x sampai seribu.. hehehe.. so complete la gadjet aku.. Phone aku yang baru tapi lama tu + GPS Unit yg baru neh.. boleh di bawak ke mana-mana. Tak payah la nak cari henpon ada GPS lah.. itu lah.. ini lahh... pakai apa yg ada + lain-lain yang perlu saja... hehehe...

So ni la cerita aku.. sambung Cerita Aku yang lepaih dan skema.. hehe.. Nampak gaya kali ni betui punya ujian Allah nak uji aku.. lepaih satu benda rosak.. benda lain plak buat hal.. mungkin penghapusan dosa kot.. nak tengok aku ni sabaq ka dak kot.. Mudah-mudahan aku dapat tempuhi ujian semacam ini. Ditambah dengan beban gheja di pejabat... Adoihhh... memang sakit kepala. Orang tengok kita senyum.. depa ingat kita senang hati... depa ingat kita dok releks... tapi dalam hati ni sapa la yang tau.... Aku jenih tak zaherkan perasaan aku depan orang yang aku tak rapat.. tambah2 lagi bukan family.. mungkin sebab tu kot kadang-kadang orang ingat aku ni takdak masalah.. takdak beban.. so depa tambah beban.. huuuuuuuu......... tau la aku tak pernah "explode".... kalau boleh takmau.. sebab kalau aku tiba2 terjadi mcm tuh... huduuhhhhhh... mesti aku sendiri pon tamau tengok... Ok la.. sori la kalau aku ada salah dan silap noooo.. aku ni manusia macam hampa semua... kalu hampa paham aku, aku pon paham hampa... hampa tak paham? Aku lagi la tak pahammmm.. pahammmm..?

Wassalamualaikum

ps#1 : awat hampa heran? bahasa aku tak skema? mmuuahahaha...
ps#2 : 1 Disember 2009 genap ulang tahun perkahwinan ibu dan ayahku ke 25. Sayang mereka!!
ps#3 : Oiii.... 1 Disember jugak adalah ulangtahun blog aku ni setiap tahun... hahaha.. dah 6 Tahun dah.... dah lama dahhhh...... hehehhehee........
Selamat Ulang Tahun My Blog..... Teman ku dikala suka dan duka.. mmuahaha.. semua kuceritakan padamu... LOL.... :)

ADIL bukan SAMA RATA

Salam,

Jom baca apa yang PM kita cakap pada hari ini.. Petikan Utusan Online :

Masyarakat India tidak terpinggir daripada pembangunan - Najib

10/10/2009 2:56pm

SERDANG 10 Okt.— Masyarakat India di negara ini tidak akan terpinggir daripada sebarang pembangunan dan kemajuan yang diberikan oleh kerajaan kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang akan sentiasa didahulukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap pada majlis pelancaran parti Makkal Sakti Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana dianugerahkan dengan pelbagai kekayaan dan masyarakat India seperti juga masyarakat lain di negara ini, turut menyumbang ke arah kekayaan itu.

Katanya, kedatangan awal masyarakat India ke Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang getah dan terlibat secara langsung dalam pembinaan landasan kereta api telah banyak membantu ke arah pembangunan negara ini.

"Oleh itu maka adalah adil bagi kita untuk memberi apa yang patut kita berikan kepada masyarakat India. Kita akan berikan apa yang patut kaum Melayu miliki kepada kaum Melayu, kita akan berikan apa yang patut kaum Cina miliki kepada kaum Cina dan kita akan berikan apa yang patut kaum India miliki kepada kaum India. Inilah hasrat kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan di bawah pentadbiran beliau akan sentiasa berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia dalam menggubal program yang akan memberikan keadilan kepada semua lapisan masyarakat.-Bernama

Sumber : Utusan Online, 10 Oktober 2009


Kenyataan PM seperti bertulisan bold dan berwarna merah di atas adalah dirujuk. Pada pendapat aku, kenyataan tersebut menunjukkan :
  1. Kerajaan mengakui bahawa setiap kaum di negara ini tidak akan dipinggirkan dalam soal memberi bantuan.
  2. Kerajaan kita yang ada pada masa ini menggunakan prinsip KEADILAN dalam memberi bantuan kepada setiap kaum dan bukan prinsip SAMA RATA.
  3. Ini adalah amat bertepatan seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana, setiap kaum mempunyai hak-hak dan tanggungjawab masing-masing.
  4. Sesuai dengan kapasiti dan kependudukan negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum, keperluan bagi setiap kaum adalah berbeza akibat daripada jumlah populasi, budaya, sektor pekerjaan dan gaya hidup.
  5. Oleh yang demikian, kenyataan PM untuk memberikan apa yang patut diberi kepada orang India, Cina dan Melayu berdasarkan apa yang mereka patut dapat adalah bertepatan sekali dengan realiti kehidupan di Malaysia hari ini.
Harus ditegaskan, di dalam Al-Quran, kita diseru untuk berlaku adil. Dan untuk berlaku adil, pengagihan setiap bantuan hendaklah berdasarkan keadaan dan realiti keadaan sesuatu kaum itu. Ibarat tiga buah rumah yang berjiran. Sebuah rumah hanya mempunyai seorang anak, lagi sebuah mempunyai 3 orang anak manakala rumah yang terakhir mempunyai 12 orang anak. Jika bantuan hendak diberikan, seharusnya rumah yang mempunyai isi rumah yang lebih ramai harus diberi lebih daripada rumah yang mempunyai 3 orang anak dan seterusnya begitu juga bagi rumah yang mempunyai 3 orang anak hendaklah lebih sedikit daripada keluarga yang mempunyai seorang anak. Inilah namanya keadilan. Pembahagian sama rata bukanlah sesuatu yang adil.

Begitulah jua keadaanya di Malaysia di mana Orang-Orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk majoriti haruslah diberikan lebih bantuan. Namun begitu kita tidak akan meminggirkan kaum-kaum yang lain dalam pembangunan negara. Ini kerana hak-hak mereka juga termaktub di dalam Perlembagaan. Hak untuk menjalani perniagaan, hak untuk terlibat di dalam politik, hak untuk mendapatkan kemudahan asas, semuanya telah termaktub dalam perlembagaan. Oleh yang demikian, demi konsep keadilan yang mempunyai perintah di dalam Al-Quran, kita seharusnya menerima sekiranya ada yang mendapat lebih dan ada yang mendapat kurang di antara kita, kerana keperluan kita tidaklah sama. Hanya dengan menerima hak masing-masing seperti di dalam perlembagaan, barulah kita dapat meneruskan kehidupan dengan aman, harmoni, makmur, selamat dan tenteram di bumi bertuah Malaysia ini.

Wassalamualaikum.

P/S : Saya menyeru rakan-rakan berbangsa Melayu / Beragama Islam serta Bumiputera termasuk Orang Asli, Bumiputera Sabah & Sarawak tanpa mengira fahaman politik untuk bersama-sama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) demi untuk mempertahankan hak-hak kita seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.. Yuran keahlian adalah RM 10.00 SEUMUR HIDUP dan penubuhan PERKASA di setiap negeri sedang dalam proses. Maklumat lanjut dari masa ke semasa boleh didapati di laman web PERKASA. Sekian, Terima Kasih.

Salam Merdeka ke -52 : Plastikkah kemerdekaan kita?

Salam

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tengah malam 30 Ogos 1957 menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan lagu "God Save The Queen" sebagai lagu rasmi kali terakhir dimainkan di Tanah Melayu. Bermulanya awal pagi 31 Ogos 1957 itu, Bendera baru Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan, dan lagu Negaraku buat kali pertama di mainkan. Simboliknya acara ini, menandakan tamat pemerintahan British selama hampir seratus tahun yang membayangi pentadbiran negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang dijadikan tanah jajahan. Sekaligus, tanggal tarikh ini juga menandakan berakhirnya penjajahan bangsa asing sejak jatuhnya Melaka ke tangan asing pada tahun 1511. Hampir lima abad dijajah, samada secara terus ataupun secara bayangan, akhirnya bumi bertuah di Nusantara ini bebas dari belenggu kuasa asing yang selama itu telah banyak merompak hasil bumi dan menidakkan hak pribumi dalam mentadbir secara bersendiri.

Kemerdekaan negara ini dilihat sebagai tidak patriotik, tidak tulen dan tidak membawa makna apa-apa pada pandangan sesetengah pihak. Bagi mereka ini, kemerdekaan haruslah dicapai dengan pertumpahan darah. Mesti berlaku peperangan. Mesti berlaku dengan kekerasan. Pada pandangan mereka, Malaysia (Tanah Melayu) ketika itu terpaksa mengemis, dan dipaksa menjadi boneka British dengan kemerdekaan yang dicapai ialah kemerdekaan palsu. Terdapat juga tuduhan-tuduhan yang mana kemerdekaan negara ini tak lebih daripada wayang semata demi mencapai matlamat neo-kolonialis pihak Barat. Suatu ketika dulu, perkara ini hanya disebut oleh mereka yang kecewa kerana perjuangan mereka ditolak rakyat dan tidak dapat membawa kemerdekaan. Perkara ini juga disebut oleh pihak luar yang dengki dan irihati kepada Malaysia ketika dahulu kerana menyaksikan Malaysia berjaya dibentuk berkat usaha Tunku Abdul Rahman menyatukan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.

Tetapi kini, setelah 52 tahun kita merdeka, terdapat suara-suara sumbang yang memperlekeh kemerdekaan negara ini. Setelah berpuluh tahun hidup di bawah keamanan dan nikmat pasca-merdeka yang dikecapi, mereka ini tanpa segan silu mencaci kemerdekaan negara sendiri kerana kebencian kepada parti-parti politik tertentu. Adalah fakta dan kenyataan, UMNO adalah parti yang diterima rakyat dan raja-raja ketika itu untuk meneruskan agenda kemerdekaan. Walaupun UMNO pernah tidak diterima oleh rakyat dan raja-raja ketika itu, tetapi para pemimpin UMNO tidak pernah berputus asa. Bermula dengan keluarnya Dato' Onn dari UMNO, Tunku Abdul Rahman mengambil kemudi UMNO dengan tekad untuk kemerdekaan mutlak negara ini. Tidak sia-sia usaha Tunku, rundingan demi rundingan akhirnya membuahkan hasil dan British bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Akhirnya, negara ini merdeka dan UMNO dilihat sebagai pihak yang berjasa dalam memerdekakan negara ini. Apakah kerana pihak yang memerdekakan negara ini bernama "UMNO" maka kemerdekaan negara sendiri hendak dicaci terutama sekali oleh generasi muda?

Benarkah kemerdekaan negara ini kemerdekaan "plastik" semata-mata? Benarkah kemerdekaan negara ini tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan? Jawapannya tidak benar. Adakah kita lupa kepada perajurit-perajurit kita yang gugur menentang pemberontakan komunis di masa darurat dahulu? Adakah kita lupa pengorbanan harta benda orang Melayu ketika dahulu yang sanggup memberikan segalanya agar usaha-usaha mencapai kemerdekaan menjadi kenyataan? Tahukah kita kisah dimana pada satu ketika, Orang-orang Melayu lelaki dan wanita, menderma kepada Tunku Abdul Rahman supaya dapat pergi ke England untuk menuntut kemerdekaan? Bukankah itu satu pengorbanan?

Orang cakap, kalau menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar. Pintarkah kita sekiranya pada ketika itu kita melaksanakan penentangan bersenjata untuk kemerdekaan? Sedangkan kita tahu, pada ketika itu senjata dan logistik lebih berpihak kepada British. Tambahan pula, ramai anggota keselamatan yang berkhidmat ketika itu adalah orang-orang Melayu sendiri. Tergamakkah untuk menembak bangsa sendiri? Logik akal sudah tentulah mengatakan bahawa sekiranya kita melawan dengan kekerasan ketika itu, kita sudah pasti menjadi abu, rakyat akan menderita dan kemerdekaan tidak akan tercapai buat beberapa lama lagi. Orang-orang Melayu sukakan keamanan dan itulah yang dilakukan Tunku Abdul Rahman. Cara rundingan adalah pilihan terbaik ketika itu.

Sesungguhnya tidak ada mitos dalam kemerdekaan negara ini. Semuanya benar, bukan khayalan. Kontrak Sosial adalah benar. Darurat adalah benar. Kekejaman komunis adalah benar. Kegagalan haluan kiri juga benar. Jika ianya satu mitos, saudara saudari tak mungkin sedang menghadap skrin komputer ketika ini. Kemungkinan saudara saudari masih lagi berada di dalam hutan, menggalas senjata ataupun saudara saudari mungkin tidak wujudpun di dunia ini. Tetapi ini semua tidak terjadi, kerana ini adalah kemerdekaan sebenar. Inilah perjuangan yang murni. Carilah di mana-mana bahagian di Malaysia ini, masih adakah lagi rakyat takut untuk keluar bekerja dan mengerjakan pekerjaan seharian?. Tidak ada! Semuanya bebas menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing--dengan syarat perlu mengikut lunas undang-undang.

Oleh itu, marilah kita mengenang kemerdekaan negara kita kali ke 52 ini. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada para pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Mereka telah bersusah payah berjuang untuk kita -- kita yang mengecapi nikmat dan hasil perjuangan mereka. Tanpa mereka siapalah kita. Tanpa mereka, negara yang kita warisi ini mungkin bukan milik kita. Bersatulah rakyat Malaysia! Bersatulah dengan perasaan hormat menghormati dan menerima hak masing-masing seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Hak-hak kita mungkin tidak sama rata tapi itulah yang paling adil. Fair is not equal. Acceptance is better than tolerance. Marilah menjadi satu bangsa Malaysia yang kenal akan sejarah dan bersatu dalam segenap sudut demi kejayaan Tanah Air yang tercinta ini.

1 Malaysia ~ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Wassalamualaikum...


P/S : Khas buat sambutan kemerdekaan kali ke-52 ini. Sila tontoni filem 1957 : Hati Malaya yang siap dengan english subtitles. Muat turun (download) :

http://www.rapidshare.ru/1134680

ATAU (OR)

http://www.megaupload.com/?d=DN9RQMHZ

ATAU (OR)

http://dl.free.fr/qx3xMdLbN


7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Salam

Hari ini, sekali lagi, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan supaya Rakyat terutama Orang-orang Melayu mengingat kembali Wasiat Raja-Raja Melayu semasa di awal kemerdekaan negara kita ini. Wasiat tersebut adalah seperti laporan Utusan yang berikut :

7 wasiat raja Melayu

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Laporan BERNAMA seterusnya :

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."

"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.


DAULAT TUANKU!

Wassalamualaikum..

p/s : Wasiat yang terang dan jelas. Tu pun ada yang tak faham lagi, cuba mencabar org Melayu dan Agama Islam. Amaran buat mereka-mereka ini, jangan main api!!!

Kenapa Chin Peng tak boleh balik Malaysia

Salam

Beberapa minggu yang lepas, blog ini telah memaparkan kecaman terhadap sesetengah pihak yang mendesak kerajaan supaya membenarkan pengkhianat negara, Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan mereka, Chin Peng bukanlah pengganas tetapi adalah pejuang kemerdekaan. Begitu juga alasan mereka, sesetengah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang lain seperti Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang. Jadi mengapa tidak Chin Peng?

Agensi berita nasional, BERNAMA melaporkan hari ini

1Malaysia Best Platform To Build Resilience, Unite People, Says Former IGP


KUALA LUMPUR, July 4 (Bernama) -- The 1Malaysia concept is the best platform to build the resilience of Malaysians and unite the people of various races, former Inspector-General of Police Tun Hanif Omar said.

"That is the only way we can be strong in accordance with the constitution," he said on the "Sembang-Sembang Sejarah" (History Chat) session organised by the Malaysian Historical Society at Wisma Sejarah, here, Saturday.

Hanif said the people should appreciate the concept initiated by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to reflect the actual situation in the country today.

"I think the spirit behind it is OK, as long as there is a need for the Malays to come out of backwardness. But if we are already equal, what more do we want?" he said.

Hanif also said that former Communist Party of Malaya (CPM) secretary-general Chin Peng was not allowed to return to Malaysia because he had never been a citizen of the country.

"Chin Peng was not a citizen of Malaya. He was born in Dindings, Perak, which was then a settlement ceded to the British. So, he became a British subject.

"When Perak was no longer under the British administration, the Malays in Dindings became subjects of the Sultan of Perak, but Chin Peng, no longer a British subject, became stateless.

"People say we could accept Shamsiah Fakeh and other former Malay communist leaders, so why can't we accept him (Chin Peng)? (The answer is) because he is not a subject of the sultan," he said.


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar memberitahu kita bahawa sebenarnya, Chin Peng dilahirkan di daerah Dinding, sebuah kawasan di Perak yang mana pada zaman itu adalah terletak di bawah pentadbiran British, yakni di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat. Oleh yang demikian, secara automatiknya, beliau dilahirkan sebagai Rakyat British, sama seperti mereka yang dilahirkan di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Oleh kerana Chin Peng bukanlah seorang Melayu, beliau bukanlah rakyat Sultan apabila British tidak lagi menguasai Dinding. Ini menyebabkan beliau menjadi tidak bernegeri. Keadaan yang sama juga berlaku kepada orang-orang Cina dan India yang lainnya. Sudahlah tidak bernegeri, masuk pula ke hutan menjadi pengganas. Apabila tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, rakyat British yang dilahirkan dan bapanya telah menetap selama 15 tahun berturut-turut di satu kawasan dalam persekutuan akan diiktiraf sebagai warganegara. Selain dari itu juga, mereka yang ingin menjadi warganegara mesti berkelakuan baik, berumpah taat setia dan bertutur bahasa Melayu. Malangnya, Chin Peng sejak awal lagi telah masuk ke hutan menjadi pengganas dan membuat kekacauan di sana sini, hinggalah selepas Merdeka - Masih menjadi pengkhianat negara. Jadi, Chin Peng tidaklah termasuk di dalam warganegara dalam kes ini.

Oleh itu, tidak ada sebabnya untuk membenarkan Chin Peng pulang. Alasan kepulangan beliau sebagai warganegara adalah tidak tepat kerana beliau dilaporkan gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen untuk membuktikan hal itu! Dah tak ada dokumen pembuktian, maka bukan warganegara lah. Malah dilaporkan jua, selepas Perjanjian Hadyai 1989 ramai yang menolak tawaran sekali sahaja untuk pulang ke Malaysia!

Wassalam...

Benarkan CHIN PENG pulang? LAN#AU KA#INA CIB#I!!!

Salam,

Benarkan Chin Peng pulang? pulang ke mana? Chin Peng lahir di Setiawan, Perak tapi dia bukan rakyat negara ni. Kenapa sesudah MERDEKA, Chin Peng, ketua KOMUNIS MALAYA masih lagi mahu meneruskan perjuangan menentang kerajaan sehingga di penghujung 80 an baru hendak berdamai? Bukankah setelah 32 tahun (1957 - 1989) baru mereka hendak berdamai?

Apa kes aku merepek ni? Aku merujuk kepada kenyataan ini..

Penang Gerakan: Let Chin Peng return


GEORGE TOWN: Former communist leader Chin Peng should be allowed to return to Malaysia on humanitarian grounds, especially when he is no more a security threat to the country, says Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nan.

In a statement, Teng said communism all over the world including China and Russia had transformed and was moving towards economy-based struggles and extreme communist terrorism practiced in the 50s is non-existent now.

Echoing the call by Penang-based Citizens International chairman S M Mohamed Idris to the government to allow Chin Peng to return to the country, Teng urged Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to review Chin Peng’s case.

Chin Peng, who was born in Sitiawan, Perak, has brothers and sisters, and close relatives who are staying in Butterworth, Perak and all over Malaysia.

"He is now 85 years old and wishes to return to Malaysia, his birthplace. He had even appealed to the High Court to allow him to return but the appeal was rejected.

"The government should fulfill his wishes," said Teng, adding that Chin Peng’s family would be very happy to see him back.

Idris said during a press conference Tuesday the struggle waged by the liberation movement led by Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah C D, Shamsiah Fakeh and others had contributed to the independence of Malaya.

He also described Chin Peng as a Malaysian patriot who fought the British colonialists from the age of 15 and "sacrificed everything he had to free this country from British control, domination and exploitation".

Idris said an appeal letter would be sent to Najib.

Chin Peng is currently living in exile in Bangkok. He failed in his last bid to return to Malaysia after the Federal Court on April 30 upheld two lower courts' decisions compelling him to produce his identification documents before he could enter the country.


Ulasan aku : "Humanitarian Grounds" ? Kemanusiaan? di mana kemanusiaan Chin Peng pada tahun 1950 di Bukit Kepong???

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

La ni aku nak tanya, dia nak jumpa saudara mara dia yang masih hidup tapi yang pencacai dia buat dekat anak orang semua tu, depa boleh jumpa balik ka hah? Macam lanc#u...

Sesudah daripada tu depa nak suruh kita iktiraf Komunis antara pejuang kemerdekaan Malaysia. Turut menyumbanag kunun.. bla.. bla.. bla... kalau betui menyumbang, sebab apa selepas 1957, selepas Merdeka pun mereka masih mengangkat senjata selama 32 tahun lagi untuk menentang kerajaan? Bukankah untuk kepentingan IDEOLOGI mereka sendiri? IDEOLOGI yang dipelopori sebahagian besar orang-orang CINA pada ketika itu? Malang sekali ada yang cuba menyuruh kita iktiraf mereka ini. Kunun Rejimen ke 10 diketuai Rashid Maidin ke, Abdullah C.D. , geng-geng depa tu lah.. geng Melayu dalam Komunis.

Aku nak tanya geng-geng Rejimen ke-10 ni.. hampa berjuang untuk Negara tapi semua pakat lari pi CHINA. Dapat perlindungan KOMUNIS. Awat hampa tak mau letak senjata selepas saja kita MERDEKA? Orang MELAYU memegang pemerintahan sejak dari kita MERDEKA lagi.. Tapi hampa teruskan jugak jadi BARUA KOMUNIS sampai tahun 80 an. Dok pi buat serangan hendap dari dalam hutan. Tau dak, sampai tahun 80 an tu berapa ramai anak-anak jadi yatim, isteri-isteri jadi balu, walaupun selepas MERDEKA oleh sebab hampa nak pertahankan IDEOLOGI KOMUNIS hampa tu? Betui-betui BARUA MAO ZEDONG!

Lepas tu ada nak samakan perjuangan depa dengan perjuangan Tok Janggut lah.., Mat Kilau lah.., Dato' Bahaman dah... konon sebab berjuang menentang British. F#CK OFF!! Depa tu berjuang demi untuk Melayu.. Kedaulatan Raja-Raja Melayu.. Kesucian ISLAM.. tapi hampa pi masuk hutan terima arahan CHIN PENG, jadi barua MAO ZEDONG... Tu hampa rasa diri hampa hebat?? Awat lepaih merdeka pon dok lawan lagi? Ada plak kata nak samakan dengan Force 136, macam Allahyarham Tun Razak penah join dulu.. Force 136 menentang Jepun. Lepas tu dah bubar. Tapi hampa dak... Chin Peng teruskan gila babi dia nak KOMUNIS di Malaysia ni. Mana boleh.. Bawah KOMUNIS, apa jaminan RAJA-RAJA MELAYU masih BERDAULAT di negeri masing? Wujudkah negeri-negeri seperti ketika ini? Nak tengok contoh, tengok la negara CHINA.. mana ada MAHARAJA dia dah.... KANIN# LU CI#AI!!! INI TANAH MELAYU LA!!

Buat budak-budak muda Jalan Telawi ka, Jalan Bangsar ka, Jalan PUK#MAK ka.. konon hampa ni 'Revolusioner' la konon.. reform la konon.. macam haram jadah. Pi tengok sejarah la.. geng-geng pengkhianat ni yang hampa angkat ni diam diri saja bila orang-orang ISLAM kena bunuh, kena sembelih.. walaupun sesudah MERDEKA. Sekalipun sebelum merdeka, Perseketuan Tanah Melayu 1948, telah diketuai Ketua Menteri MELAYU, dan menuju kemerdekaan, tapi dok pi serang jugak kawasan orang Melayu.. Bukit Kepong menjadi saksi.. kekejaman komunis tersemai abadi!!

BUAT BUDAK-BUDAK CERDIK JALAN TELAWI, JALAN BANGSAR, JALANAN, JALANG, HALUAN KIRI, REVOLUSI, PUK#, SEMUA LA YANG SEALIRANG, AKU CADANG HAMPA PI TENGOK FILEM BUKIT KEPONG, FILEM BERDASARKAN SEJARAH YANG SEBENAR!! BOLEH DAPATKAN LINK UNTUK DOWNLOAD DI BAWAH NI!


Tu saja,

Wassalam...

Pembinaan Negara : Dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu.

Salam,

Kesempatan mempelajari mata pelajaran "An Introduction to the Malaysian Constitution" semasa berada di tahun asas UNITEN terus menyemarakkan lagi semangat penulis dalam memahami sejarah dan asal usul negara kita ini. Walaupun belajar di bidang Teknologi Maklumat (IT), tetapi peluang yang disediakan oleh pihak universiti tidaklah sekali-kali dilepaskan. Pada mulanya agak pelik juga; apa perlunya pelajar jurusan IT diwajibkan belajar akan perlembagaan? Bukankah subjek itu lebih sesuai bagi mereka yang belajar bidang-bidang yang berkaitan seperti undang-undang? Ramai diantara rakan-rakan termasuk penulis sendiri, pada mulanya merasakan tidak ada keperluan kepada kami belajar akan subjek sedemikian. Tetapi, rupa-rupanya, pihak pengurusan universiti ketika itu (2003) tahu dan faham benar akan keperluan bagi kami mempelajarinya. Penulis sendiri mula faham akan kepentingan perlembagaan untuk dipelajari setelah menilai keadaan semasa semenjak 5-6 tahun yang lepas. Perlembagaan sebenarnya menjamin hak-hak kita yang tersendiri sebagai warganegara dan rakyat di bumi bertuah Malaysia ini. Kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya apabila tiba pada perbincangan yang berkaitan perlembagaan nanti.

Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua.

Sebelum Perang dunia ke-2, Tanah Melayu sebagai satu entiti adalah tidak wujud. Pada masa berkenaan, bahagian-bahagian Nusantara terbahagi kepada beberapa kawasan yang dipengaruhi kuasa asing. Negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu berada di bawah pengaruh Siam sehingga 1909 dimana British mengambil alih. Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang pula berada di bawah pengaruh British dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bagi Johor pula, ia berjaya mengekalkan status sebagai negeri Melayu yang bebas pengaruh asing pada mulanya tetapi hubungan baik pemerintah Johor ketika itu dengan British akhirnya menyebabkan seorang penasihat British diletakkan di Johor. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura pula diletakkan di bawah satu pentadbiran yang berpusat di Singapura dan dinamakan sebagai Negeri-negeri Selat. Kewujudan 9 Negeri-Negeri Melayu selepas kejatuhan Melaka jelas menolak sebarang teori untuk menafikan orang-orang Melayu sebagai peneroka & penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu. Tuduhan-tuduhan bahawa orang Melayu berasal dari Indonesia juga adalah tidak berasas sama sekali kerana Indonesia tidak tertubuh sebelum 1945. Sebelum perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824, kawasan Tanah Melayu, Sumatera, Riau, Jawa dan Borneo adalah sebenarnya satu kawasan yang disebut Nusantara. Hanya selepas perjanjian itulah, barulah terpisah antara Negeri-negeri di Nusantara ini di bawah pengaruh kuasa asing masing-masing. Sungguhpun begitu, sebelum meletusnya perang dunia kedua, warga Nusantara masih bebas bergerak dan berhijrah ke mana-mana kawasan Nusantara tanpa sebarang sekatan dan masyarakat ketika itu boleh menerima atas semangat serumpun, sebahasa, seagama, sebudaya.

Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Selepas penduduakn Jepun di Tanah Melayu berakhir pada 1945, dalam masa 2 minggu sebelum kedatangan semula British, pihak Komunis ataupun lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah mengganas sekali lagi dan membunuh mereka-mereka yang dituduh sebagi tali-barut Jepun satu ketika dahulu. Keganasan Bintang Tiga tidak dapat tidak dikaitkan dengan sentimen kebencian melampau terhadap Jepun yang melayan orang-orang Cina di Tanah Melayu ketika pendudukan mereka dengan amat kejam sekali. Bintang Tiga pula, diketahui umum dimonopoli oleh kaum Cina. Jepun amat benci kepada orang-orang Cina ketika itu kerana peperangan yang berlaku antara Jepun dan China di Tanah Besar China sendiri. Lain pula kepada orang-orang Melayu, layanan yang diberikan Jepun adalah lebih ringan secara umumnya, tetapi tidak dinafikan terdapat kes-kes dimana orang-orang Melayu juga disiksa dengan teruk sekali. Oleh kerana yang demikian, Bintang Tiga ketika itu mungkin tersalah faham, terutama kepada orang-orang Melayu yang bekerja di dalam pentadbiran kerajaan semasa pendudukan Jepun dan mereka ini dijadikan mangsa keganasan dan dituduh sebagai tali barut Jepun.

Sepanjang tahun 1945 ke 1946, Tanah Melayu diletakkan dibawah Pemerintahan Tentera British. Sepanjang tempoh ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh British untuk mewujudkan satu wilayah baru yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. Singapura pula kekal sebagai tanah jajahan yang berasingan. Persekutuan baru ini akan dinamakan sebagai Malayan Union. Di bawah Malayan Union, negeri-negeri Melayu akan berubah status daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Ini bermakna, negeri-negeri Melayu akan menjadi seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapore di mana Raja-Raja Melayu akan hilang kuasa ke atas negeri baginda masing-masing kecuali dalam adat istiadat Melayu dan Agama Islam sahaja. Rakyat akan dikehendaki taat dan setia kepada Ratu England. Seorang Gabenor British akan dilantik menjadi pemerintah dan pesuruhjaya-pesuruhjaya British akan diletakkan di setiap negeri . Bagi kerakyatan pula, Malayan Union menggunakan prinsip "Jus Soli" dengan syarat-syarat yang cukup longgar. Semua orang, termasuk imigran Cina dan India yang sebelum ini tidak diiktiraf sebagai rakyat Sultan di negeri-negeri Melayu diterima menjadi masuk dengan mudah menjadi warganegara. Orang-orang Melayu pula bakal kehilangan hak sebagai pribumi dengan penerimaan mudah sebegini.

Penentangan terhadap Malayan Union.

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent menjadi Gabernor pertamanya serta Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri. Pengisytiharan Malayan Union telah dipulaukan oleh Raja-Raja Melayu kerana baginda sekalian mendengar pandangan dan rintihan orang-orang Melayu yang kuat menentang gagasan ini. Sebelum pengisytiharan tersebut, Raja-Raja Melayu telah dipaksa, diugut dan diperdayakan oleh Harold MacMichael untuk menandatangani surat penyerahan kuasa kepada Ratu England. Terdapat Raja-Raja Melayu yang diugut oleh MacMichael untuk mendedahkan kononnya penglibatan baginda dengan Jepun semasa pendudukan Jepun dengan tujuan untuk memburukkan nama baik Baginda. Tidak kurang juga ada yang ditipu dan diberi janji-janji yang tidak benar belaka hanya kerana inginkan tandatangan tersebut.

Di pihak bukan Melayu, mereka menyambut Malayan Union dengan baik sekali kerana mereka bakal mendapat kerakyatan dengan mudah. Tetapi, berlainan pula penerimaan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu menentang Malayan Union atas beberapa faktor. Antaranya ialah kebiadapan MacMichael yang memaksa Raja-Raja Melayu menandatangani surat persetujuan menyerahkan kuasa. Selain itu, perlembagaan Malayan Union sendiri bakal menyaksikan Tanah Melayu akan kekal di bawah penjajahan, menjadi hamba di bumi sendiri. Kaum pendatang pula dilihat bakal mendapat kerakyatan dengan mudah sedangkan mereka tidak berhak akannya. Hak-hak orang Melayu juga dilihat bakal terhapus kerana tidak ada lagi kuasa memerintah dan mentadbir oleh orang Melayu sendiri. Dengan wujudnya Malayan Union nanti, maka hilanglah kerajaan-kerajaan Melayu yang selama ini adalah kesinambungan daripada kewujudan Empayar Melaka yang satu kerika dahulu amat hebat, menjadi pemimpin kepada seluruh Nusantara.

Atas kesedaran inilah, 41 persatuan Melayu telah mengadakan satu pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946. Pertemuan ini dikenali sebagai Kongres Kebangsaan Melayu SeMalaya dan telah dirasmikan oleh Sultan Selangor. Antara hasil daripada Kongres ini ialah pembentukan Pergerakan Kebangsaan Melayu dan berjuang untuk menentang Malayan Union. Raja-Raja Melayu pula telah menghantar bantahan kepada Parlimen British dan telah mengambil tindakan undang-undang untuk menarik balik tandantangan yang telah diturunkan semasa lawatan MacMichael sebelum itu. Selepas pengisytiharan Malayan Union dipulaukan Raja-Raja Melayu, Edward Gent cuba untuk mengajak Raja-Raja Melayu membuat rundingan tetapi ia telah ditolak oleh Raja-Raja Melayu. Sultan Johor telah mencadangkan kepada semua Raja-Raja Melayu supaya berangkat ke England untuk mengemukakan bantahan kepada British.

Rentetan penentangan inilah, orang-orang Melayu, hasil daripada pertemuan bersejarah di Kelab Sultan Sulaiman telah menubuhkan sebuah pertubuhan kebangsaan yang dikenali sebagai "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu" - PEKEMBAR atau di dalam bahasa Inggerisnya, "United Malays National Organisation" - UMNO. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. UMNO yang ditubuhkan ini terdiri daripada puluhan persatuan-persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu dan perjuangan utamanya tidak lain tidak bukan ialah menentang Malayan Union dan mengembalikan kuasa kepada orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Pada ketika ini juga, Malcolm MacDonald tiba di Singapura dan memegang jawatan sebagai Gabenor-Jeneral Malayan Union.

Persekutuan Tanah Melayu, 1948

Penentangan UMNO terhadap Malayan Union bukanlah sebuah penentangan berbentuk fizikal dalam ertikata tidak membabitkan peperangan dengan persenjataan. Tetapi perjuangan UMNO pada ketika itu adalah melalui politik dan kuasa, di mana apa yang penting ialah untuk kebaikan dan masa depan orang Melayu. Mereka sedar dan faham, sekiranya mereka mengangkat senjata untuk menentang British ketika itu, sudah tentu dengan mudah orang-orang Melayu menjadi abu. Dan sekiranya ini terjadi, bertambah mudahlah agenda British untuk menguasai Tanah Melayu sepenuhnya dan mudahlah untuk kaum imigran menjadi warganegara. Oleh yang demikian, UMNO telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan sebuah persekutuan baru bagi menggantikan Malayan Union. Cadangan telah disampaikan kepada Malcolm MacDonald, Edward Gent dan Raja-Raja Melayu. Dalam masa yang sama juga, persidangan UMNO merumuskan bahawa mereka tidak mengiktiraf Perjanjian Malayan Union hasil usaha MacMichael sekaligus menolak pengiktirafan terhadap Malayan Union.

Hasil daripada cadangan UMNO ini, satu perlembagaan baru untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk melalui satu persidangan antara UMNO, Raja-Raja Melayu dan pihak British. Hasilnya, Malayan Union akan dbubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 24 Julai 1947, penubuhan Persekeutuan Tanah Melayu diumumkan di London. Pada 21 Januari 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di Kuala Lumpur oleh 9 orang Raja-Raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British. Ini menandakan berkahirnya era Malayan Union di Tanah Melayu. Seterusnya, pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah secara rasminya diisytiharkan bagi menggantikan Malayan Union.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dilihat lebih adil kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Disamping itu, beberapa isu termasuk isu kerakyatan turut dijelaskan di dalam perlembagaan yang baru ini. Berikut merupakan beberapa ciri perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.

1. PTM akan ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948. Ia akan terdiri daripada 9 negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta 2 buah negeri Selat, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura pula kekal sebagai Tanah Jajahan British.

2. Kerajaan PTM akan diterajui oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

3. Bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British, satu Majlis Mesyuarat Kerja (MMK) dan Majlis Undangan Persekutuan (MUP) telah ditubuhkan. MMK dianggotai 17 orang ahli dan MUP dianggotai 75 orang ahli dan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. [Bandingkan dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen hari ini. Kerajaan Persekutuan.]

4. Majlis Raja-Raja (MRR) hendaklah dibentuk dan bertanggungjawab menasihatiPesuruhjaya Tinggi British. [Bandingkan dengan zaman sebelum ini, Residen British berperanan 'menasihati' Sultan. Kini, sudah 'terbalik'.]

5. Majlis Mesyuarat Undangan Negeri (MUN) hendaklah dibentuk di setiap negeri dan berfungsi sama seperti MUP. Majlis ini dipengerusikan oleh Sultan. [Bandingkan dengan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.]

6. Jawatan Menteri Besar hendaklah diwujudkan bagi menggantikan jawatan Residen British. [Pengurangan kuasa British di negeri-negeri.]

7. Kuasa kerajaan negeri hendaklah diperluaskan dan meliputi perkara-perkara yang berkaitan seperti hal ehwal kewangan, kerajaan tempatan, kesihatan, agama dan tanah. [Perkara-perkara ini dibawah bidang MUN dan dipengerusikan oleh Sultan.]

8. Orang asing (imigran bukan Nusantara) diiktiraf sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu ketika itu (1948) hendaklah mengikut seperti apa yang dikuatkuasakan seperti berikut. Mereka yang dikatakan warganegara ialah :
  • Semua rakyat sesebuah Negeri Melayu. [Orang Melayu pelbagai suku adalah Rakyat Sultan, Rakyat Negeri Melayu.]
  • Semua rakyat British yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka dan menetap selama 15 tahun berturut-turut di mana-mana kawasan dalam persekutuan. [Termasuk orang Melayu dan bukan Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.]
  • Semua rakyat British yang lahir di mana-mana kawasan dalam persekutuan, atau bapanya lahir di mana-mana kawasan dalam persekutuan atau telah menetap di tempat berkenaan selama 15 tahun berturut-turut [Orang-orang bukan Melayu, amnya bukan rakyat Sultan, tetapi adalah rakyat British.]
  • Semua orang yang telah dilahirkan dalam Persekutuan, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu. [Mereka yang berasal dari Nusantara, dilahirkan di Persekutuan. Merujuk kepada bangsa Melayu khususnya dan orang Islam pelbagai bangsa yang telah berasimilasi dengan orang Melayu amnya.]
  • Semua rakyat yang telah dilahirkan di mana-mana tempat dalam persekutuan, atau ibu bapanya yang telah dilahirkan di mana-mana kawasan dalam Persekutuan atau telah menetap di tempat berkenaan selama 15 tahun berturut-turut.
9. Syarat-syarat kerakyatan diperketatkan. Pemohon kerakyatan mesti mengangkat sumpah mengaku taat setia, berkelakuan baik dan boleh bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Syarat-syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan PTM ialah
  • Lahir di Tanah Melayu dan menetap sekurang-kurangnya 8 tahun daripada 12 tahun sebelum permohonan.
  • Seseorang yang berhirjah ke Tanah Melayu dan tinggal sekurang-kurangnya 15 tahun daripada tempoh 20 tahun sebelum permohonan.
10. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa mutlak bagi memelihara hak-hak istimewa orang Melayu dan juga kepentingan kaum-kaum lain. [Dibaca dengan 'nasihat' dari Majlis Raja-Raja seperti dijelaskan sebentar tadi.]

11. Raja-Raja Melayu kekal sebagai pemerintah di negeri masing-masing.

Dengan terbentuknya perlembagaan ini, Raja-Raja Melayu kekal sebagai raja berdaulat dan hak-hak baginda dalam urus tadbir negeri masing-masing masih kekal. Baginda juga berkuasa penuh ke atas urusan hal ehwal agama Islam dan adat isitadat Melayu. Yang menariknya perlembagaan ini, prinsip "Ketuanan Melayu" dapat dikekalkan dengan pengiktirafan kuasa Raja-Raja di negeri masing-masing serta hak-hak istimewa orang Melayu akan dipelihara. Pihak British nampaknya sedar bahawa tanpa jaminan terhadap hak-hak orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu, kepentingan mereka akan terancam dan keamanan tidak dapat dicapai.

Bantahan terhadap Persekutuan Tanah Melayu

Walaupun rata-rata rakyat menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi tidak semua yang menerimanya dengan dada yang lapang. Orang-orang bukan Melayu, terutamanya tidak begitu menerima syarat kewarganegaraan yang diketatkan. Beberapa pertubuhan diwujudkan untuk menentang Persekutuan ini. Pertubuhan seperti All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) [Kebanyakannya dianggotai oleh orang bukan Melayu] dan Pusat Tenaga Rakyat [Saki baki Nasionalis Melayu PKMM, haluan kiri, pro-Indonesia Raya] (PUTERA) mempunyai cadangan mereka yang tersendiri untuk perlembagaan sebuah kerajaan yang baru tersebut. AMCJA mencadangkan penyatuan seluruh Tanah Melayu dan Singapura, pemerintahan sendiri menerusi badan perundangan yang dipilih orang ramai, kuasa British dikurangkan, Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan, Kerakyatan yang longgar, dan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu terletak di bawah pentadbiran orang Melayu.

Pihak PUTERA pula membawa usul Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, konsep satu bangsa - "Melayu" sebagai nama kerakyatan [Tidak ada Cina, India, yang ada hanya Melayu. Semua bangsa warganegara dipanggil Melayu - konsep seperti Indonesia] penduduk PTM, Kerajaan British hendaklah dengan kerjasama Kerajaan Tanah Melayu bertanggungjawab atas pertahanan dan hal ehwal luar negeri serta bendera negara seharusnya mempunyai warna kebangsaan orang Melayu. Pada 1947, walaupun terdapat sedikit perselisihan antara mereka, gabungan AMCJA-PUTERA telah menghantar cadangan dan usul mereka kepada British, tetapi ianya tidak diendahkan. Akibatnya, berlakulah persitiwa "Hartal" yang mengakibatkan kerugian sebanyak £4 juta kepada ekonomi Tanah Melayu ketika itu [Ekonomi Tanah Melayu ketika itu sudah pun dikuasai orang bukan Melayu, terutama orang-orang Cina]. Pihak British hanya mahu berunding dengan UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana majoriti sokongan ketika itu yakni orang Melayu ialah kepada UMNO dan Raja-Raja Melayu.

Rumusan

Sekiranya dilihat sekali imbas, cadangan yang dikemukakan oleh UMNO dan gabungan AMCJA-PUTERA adalah sama, malah dikatakan cadangan gabungan AMCJA-PUTERA itu seakan-akan Perlembagaan Malaysia sekarang. Tetapi harus diingat, cadangan AMCJA untuk melonggarkan syarat kerakyatan tidak dapat diterima. Malahan pula, pada cadangan oleh AMCJA-PUTERA, tidak jelas kedudukan Sultan dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Inilah yang menyebabkan British tidak dapat menerima mereka di dalam perundingan tersebut. Orang-Orang Melayu sendiri lebih percayakan UMNO sebagai wadah perjuangan kerana UMNO dilihat mempertahankan Ketuanan Melayu. Tambahan pula, anggota-anggota UMNO ketika itu terdiri daripada kalangan mereka yang dekat dengan raja-raja dan dipercayai oleh baginda. UMNO sendiri lahir di Istana. Dari yang demikian, keyakinan British untuk berunding dengan UMNO semakin bertambah atas dasar hubungan British dan kerajaan-kerajaan Melayu yang terjalin sejak sebelum perang dunia kedua lagi.

Perjuangan haluan kanan oleh UMNO nampaknya membuahkan hasil. Kita tidak nafikan usaha AMCJA-PUTERA tetapi perjuangan mereka nampaknya tidak berjaya. Apatah lagi, dengan adanya saki-baki haluan kiri, amatlah membimbangkan kiranya perjuangan mereka bakal menumpahkan darah sekali lagi dan yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata. Dari perlembagaan ini lah nanti, akan menjadi asas kepada negara kita sekarang ini. Insya Allah, di dalam perbincangan yang akan datang mengenai topik berkaitan, kita semak semula proses kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Sekian dahulu... kalau ada salah dan kesilapan fakta, jangan segan silu untuk dikongsikan bersama-sama.

Wassalamualaikum...