Posts

Showing posts with the label Tun Mahahtir

Hari 332/2022 - PRU-15 Malaysia: Yang terjadi, benar telah terjadi

Image
Assalamualaikum  Semua orang tahu apa telah terjadi pada Pilihanraya Umum Malaysia kali ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lepas. Aku mudahkan seperti berikut, berdasarkan pemerhatian aku sendiri: 1. Undi 18 dan pengundi muda yang hadir dengannya banyak mempengaruhi keputusan luar jangka. Tangkap layar dari laman myundi pada 28/11/2022 2. Antaranya, kejatuhan 'Giants' dan 'Legends' di arena politik tanah air, sekadar memetik beberapa nama : Tun M, Mukhriz, Azmin, Ku Nan, Nurul Izzah, KJ, Saifuddin Nasution, Tok Met, Zuraida, Maszlee, Ku Li dan lain-lain lagi. "Giants" parti Pejuang yang kalah. Sumber: https://www.myundi.com.my  3. Hatta, para pendukung NGO dan artis-artis yang cuba diketengahkan oleh parti politik seperti Ahmad Idham, Lando Zawawi, Eizlan Yusof, Rani Kulop, Jurey Rosli juga kalah di tempat masing-masing. Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi. Sumber gambar : https://ohmymedia.cc/eizlan-yusof-ahmad-idham-lando-zawawi-antara-...

Gay? Hudud? Ha Ha?

Image
Salam, Tadi tengahari lebih kurang jam 11 - 12 lebih, ada sesi soal jawab antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pengguna Yahoo! Malaysia . Aku sempat capture beberapa perkara yang aku rasa menarik untuk kita semak semula. 1. Soal Gay / Lesbian / Seumpamanya Seorang ahli chatting menanyakan soalan samada golongan ini semua (gay, lesbian, Bi-Sex, Pondan, etc) akan tidak di-diskriminasi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.  Gay? JAWAP ANWAR : Kita mengambil berat kepentingan keluarga dan perkahwinan. TETAPI, kita tidak seharusnya mengganggu dan mendiskriminasi orang lain. Komen Aku : Adakah dalam erti kata lain, gay, lesbian, bi-sex, pondan ni semua ok je x perlu buat apa2? 2. Soal Hudud Seorang lagi ahli chatting bertanyakan samada HUDUD akan dilaksanakan sekiranya beliau menjadi PM. Apa hudud-hudud? Tarak-tarak... JAWAP ANWAR : Kita mesti faham objektif maqasid syariah. Keutamaan kita ialah keselamatan, kebebasan, dan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia....

Simposium Dilema Melayu : Perspektif Dan Konklusi

Image
YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad di Simposium Dilema Melayu Salam Pada 12 Februari 2011, satu simposium bertajuk "Dilema Melayu : Perspefktif dan Konklusi" telah didakan di PWTC. Ucaptama bagi simposium ini telah disampaikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Di dalam ucapannya, Tok Det menyentuh beberapa perkara terutamanya berkenaan kuasa orang Melayu yang pada masa hari ini sungguh 'fragile' dan tercabar, oleh kerana desakan orang lain dan juga ketamakan dan kerakusan sesetengah pemimpin Melayu itu sendiri. Utusan Malaysia melaporkan : Dilema terbesar Melayu perlu ditangani bersama Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my TUN Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Ali bersama pemimpin dan peserta yang mengikuti Simposium Dilema Melayu di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. HAKIKAT bahawa orang Melayu masih lagi ketinggalan dalam segenap bidang bukan isu baru kerana ia sering diperkatakan oleh pel...

Surat Khabar Lama : Hubungan Mahathir - Anwar

Image
Protege & Mentor Salam,   Ummi Hafilda Ali Tadi sempat tengok video Ummi Hafilda Ali yang buat press conference, katanya nak saman Anwar, Azmin, Shamsidar, Wan Azizah, Karpal Singh dan lain-lain kerana didakwa menyembunyikan kebenaran dalam kes Anwar Ibrahim. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Anwar telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. Kejadian ini amat mengejutkan negara pada ketika itu. Kalau tak silap aku, pada masa pemecatan Anwar tu, ramai antara kita ni tak berapa nak kenai internet lagi. Baca paper pun tak mungkin 100% faham apa yang terjadi. Hanya setahun-dua selepas itu kita disajikan dengan cerita-cerita sensasi dari pelbagai pihak setelah dunia IT mula berkembang dan ramai di antara kita mula mendapat akses berita melalui internet. Sehari sebelum pemecatan Anwar (1 September 1998), PM ketika itu, Tun Mahathir telah membayangkan dalam satu program wawancara dengan RTM bahawa beliau bersedia menerima pe...

More than words...

Image
Salam Orang kebanyakan adalah orang ramai ataupun kita sebut kebanyakan orang. Ramai orang mengunjungi blog chedet.cc Sebelum........ Selepas........... Setakat jam 7.00 petang, 10 Julai 2009, ramai telah mengundi blog yang dikunjungi ramai tersebut. Ramai bukan? Ramai ialah majoriti. Majoriti adalah...? Fikir sendiri saudara saudari... Wassalam.. p/s : Aku orang kebanyakan... ;)

Pertubuhan Kebangsaan MELAYU BERSATU @ UMNO

Image
Salam.. Hari ini merupakan antara hari yang cukup bersejarah buat UMNO. Pada hari ini, kita dapat menyaksikan ucapan yang penuh bersemangat telah disampaikan oleh Presiden UMNO ke-7, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ucapan beliau yang berkobar-kobar itu nampaknya telah berjaya memukau seluruh perwakilan yang hadir khususnya dan seluruh rakyat yang menyaksikan di kaca telivisyen. Hari ini, sejarah terpahat lagi, apabila Presiden UMNO ke-5, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, sehari selepas beliau menjelaskan ketidakhadiran beliau pada majlis pembukaannya di blog Che Det. Kehadiran beliau dikhabarkan amat dialu-alukan oleh para perwakilan. Beliau diberikan tepukan gemuruh (standing ovation) secara spontan oleh para perwakilan. Hadirnya beliau hari ini, jelas membuktikan kasih dan sayang beliau kepada UMNO tidak pernah padam. Laporan Malaysiakini.com melaporkan bahawa beliau telah naik ke pentas serta bersalaman dan berpelukan dengan Datuk Seri Najib. Yan...

Che Det Returns : The Blog

Image
Salam... Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan blog beliau sendiri... sila lawati di : http://www.chedet.com Digarhayu Tun Mahathir!!! Mudah-mudahan sentiasa memberi pandangan bernas buat tatapan dan percambahan fikiran anak muda... Wassalam