Ku Biarkan Pena Menulis.....

"Jujur saja ku tak mampu..."

Assalamualaikum 




Jujur saja ku tak mampuHilangkan wajahmu dihatikuMeski malah menggangguHilangkan senyummu dimatakuKu sadari aku cinta padamu
Meski ku bukan yang pertama dihatimuTapi cintaku terbaik untukmuMeski ku bukan bintang dilangitTapi cintaku yang terbaik
Jujur saja ku tak mampuTuk pergi menjauh darimuMeski hatiku raguKau tak disampingku setiap waktuKu sadari aku cinta padamu
Meski ku bukan yang pertama dihatimuTapi cintaku terbaik untukmuMeski ku bukan bintang dilangitTapi cintaku yang terbaik
Oh meski ku bukan yang pertama dihatimuTapi cintaku terbaik untukmuMeski ku bukan bintang dilangitTapi cintaku yang terbaik
Oh meski ku bukan yang pertama dihatimuTapi cintaku terbaik untukmuMeski ku bukan bintang dilangitTapi cintaku yang terbaik (cintaku yang terbaik)Tapi cintaku yang terbaik (cintaku yang terbaik)Tapi cintaku yang terbaik

Wassalam

Tahun 2002


Assalamualaikum 

Tahun 2002 adalah setahun sebelum blog ini bermula. Apa biasanya berlaku pada seorang remaja umur 16 ke 17 tahun pada jam 10 malam ketika itu? Study?

Well, mungkin iya. Tapi ada benda lain lagi kita buat.

Kalau study, ya, kita study. Bukak buku atau ulangkaji pelajaran sambil buka Radio Muzik dengan suara yang tidak bingit. 

Kenapa? Sebab ada segmen Pilihan Bersama. Selalunya lagu yang nak dimainkan akan dimaklumkan dalam surat khabar hari itu. Jadi kalau ada lagu best, kita dah tahu dan akan tertunggu-tunggu untuk dimainkan oleh DJ. Antara lagi pada masa itu yang popular, lagu Cinta dari kumpulan Flop Poppy.

Selain daripada itu, yang dah ada PC sendiri, hasil dibeli guna duit KWSP ayah, ada aktiviti lain dijalankan. Selalunya akan main game yang dah pre-install oleh kedai komputer. Game yang standard akan ada ialah Daytona, House of the Dead atau game cd beli dari supermarket macam FIFA 2001 ataupun Red Alert 2.

Yang ada talian dial-up, selalunya akan tunggu ibu ayah tidur dulu. Sebab? Kalau dah guna modem untuk sambung ke Internet, tak boleh guna telefon. Kalau ibu ayah masih belum tidur, ada kebarangkalian mereka guna telefon dan talian Internet akan terputus.

Bila dah sambung ke Internet, apa perkara pertama sekali kita buat? Sambung ke Yahoo Messenger? Sambung ke MSN Messenger? Oh tidak, waktu tu belum berkembang lagi YM dan MSN tu. Yang ada ialah IRC.

Ya, yang nak masuk kena pakai mIRC yang dibangunkan oleh Khaled Mardam-Bey tu… Bila masuk IRC, kita selalu akan masuk channel. Channel ni macam room atau group lah senang cakap. Ada macam-macam jenis channel… ada yang guna nama tempat, nama sekolah, topik atau apa-apa nama saja. Selalunya kita akan tahu sesuatu channel dengan tanda # (hashtag)

Ya, tanda yang sama yang banyak aplikasi moden gunakan untuk tagging sesuatu topik atau kategori. Selalu kita akan masuk #kampung, #mamak, #namabandar, #namanegeri dan sebagainya.

Dalam channel ni kita boleh bersembang secara umum ataupun private message seseorang yang ada dalam channel tu. Bila kita private message, kita akan bagi Salam, dan terus “ASL please”. ASL tu bukan kependekan dari “asal”, tapi adalah akronim bagi “Age / Sex / Location”. 

Jadinya, perkenalan itu menjadi mudah sebab semua orang akan perkenalkan sedikit maklumat peribadi sebelum memulakan perbualan. Oh ya, ASL ni orang boleh exploit. Banyak kes penipuan bila tak berhati-hati atau terlampau mengikut perasaan.

Kadangkala, ada channel yang buat kuiz. Bila buat kuiz dan participate, kalau jawab betul, akan dapat markah atau ranking. Alah, kalau zaman sekarang orang cakap Kahoot!. Padahal dulu pakai IRC je. Kalau nak buat kuiz pulak, kita kena pakai script. 

Ini satu kelebihan mIRC di mana kita boleh buat macam-macam script untuk buat automation. Antara yang terkenal ialah J|wang Script, Ku2Bio dan pelbagai lagi. Zaman-zaman ni juga ramai “tanam” virus atau trojan dalam script… selalunya keylogger atau pun worm untuk dapatkan username dan password emel serta prank pengguna.

Satu lagi kelebihan IRC ini ialah boleh send dan receive file secara terus. Kalau ada lagu atau gambar, kita boleh send melalui DCC. Maka ramailah juga guna untuk hantar mp3 dan sebagainya. Tapi awas, silap langkah dihantarnya virus kepada kita. Tapi mujur ada antivirus Trend Micro PC-Cilin 2002 yang boleh detect virus yang dihantar.. hehe..

Inilah aktiviti malam jam 10 ke atas tahun 2002. Mendengar radio, sambil bersembang dengan rakan atas talian. Samada yang dikenali di sekolah ataupun cuma rakan-rakan yang dikenali dalam channel. Dan tika inilah perhubungan terjalan dan perasaan dipendam kerana hati dah terpaut sudah dek kata-kata yang diungkapkan.

Ada berakhir dengan gembira, ada pula dengan duka.

Tapi inilah malam-malam 2002 yang aku ingat.

Tak ku lupa selagi bernyawa. Insha Allah.

Wassalam



Sebangsa Atas

Assalamualaikum 

Coretan madahku di Facebook pada 21 Jun 2026. Biar terpahat di ingatan.

~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~! 
 
Ingatkan “sebangsa” atas-atas ni akalnya bitara, tapi tak semuanya sama. 
Masih  diulang benda yang sama, batang yang “seabad” lebih itu juga dijadikan durjana, semacam kayu tempat ditumbuk, gegak gempita. 
Apakah cubaan untuk mengelak terkena? 
 
Walau batang buruk itu cuba dibakar dan dihangus di atas neraca, bukan sekali dua mencuba, berkali-kali, tiada terkena cerita yang derita ke atas dia. 
Jika benar boleh terbakar dan derita, “Silakan dan cubalah”, kotak suara batang seabad berbicara. 
Namun hingga kini, tiada Burhan yang menepati kesaksian yang dikehendaki. 
 
Berbalik cerita sebangsa yang atas, patutkah ugutan sang pendita tiga dasawarsa yang lalu menjadi igauan berhasil dendam kesumat, benci dan khianat akan batang yang seabad? 
Jika itu kesannya hingga ke hari ini, mungkin sang pendita akan menyesal jika mengetahui, bicaranya itu bakal menghantui. 
 
Sebangsa air tidak bercampur sebati dengan bangsanya minyak. 
Begitulah jua urusan sebangsa Harimau tidak mesti mencampuri urusan si kucing. 
Harimau, namamu gah, raja rimba, siapa pun takut padamu. 
Kucing juga tunduk patuh kepadamu, tapi mereka ada hal mereka sendiri. 
Kamu itu mengaum, mereka itu mengiau, biarlah mereka mengiau, kamu mengaum.  
 
“Kalau menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar”, itu kata Tun Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang. 
Pohon cerita itu biar benar, buahnya di mana asalnya, benihnya di mana asalnya. 
Tak mesti tempat buahnya yang ranum dan jatuh itu asalnya. 
Asalnya benih di tempat lain, berbuah dan ranum di tempat lain juga. 
Banyakkan membaca pohon cerita dari berlapisan lembar yang benar, kerana membaca pohon ilmu, bukan mendengar selapis dua semata. 
 
Penatlah sudah hamba berbicara, meluah perasaan tak terkata. 
Di suatu hari pasti kan tertanya, apa bicara, ini semua? 
Pasti ingatan kembali menjelma, angkara bangsa seatas, menilik sengketa, dendam nan lama. 
 
~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~! 

 

Ku berikan nama akan ia, "Sebangsa Atas", agar diingat semua yang mendaras...

Wassalam