Ku Biarkan Pena Menulis.....

HARI 347/2024 - If You're Not the One

Assalamualaikum 

Terdengar lagu nyanyian Daniel Bedingfield - If You're Not the One malam ini membuatkan aku mengimbau kenangan 21 tahun yang lepas semasa berada di tahun asas di UNITEN.

Ada seorang housemate di kampus ketika itu, Arma namanya. Ini lah lagu yang diputar berulang-ulang di komputer beliau setiap malam. Aku yang ketika itu baru berumur 17 tahun lebih amat mengigati lagu ini kerana pengulangan tersebut. Pada ketika itu mungkin Arma sedang giat dilamun cinta.. ha ha ha....

Yang membuatkan aku terimbau adalah situasi yang sama iaitu, di waktu aku dengar lagu itu 21 tahun yang lalu, aku sebenarnya sedang menyiapkan assignment yang diberikan lecturer. Kendatipun pada hari ini "assignment" yang aku sedang lakukan di malam hari ini bukan diberi oleh lecturer, aku masih merasa suasana yang sama.

Aku pernah muda, aku juga punya perasaan. Sebenarnya sewaktu aku mendengar lagu ini 21 tahun lepas, aku juga sedang menaruh harapan kepada seseorang. Bagi aku, dia adalah cinta pertamaku, walaupun mungkin dia menganggap aku sebagai teman biasa sahaja.

Aku pernah mencurahkan perasaan hatiku padanya, tetapi bagai aku katakan, baginya, aku hanya teman biasa. Jujur ku katakan, itulah heart broken moment aku yang membekas hingga kini. Nasiblah Tuhan menghadirkan seseorang yang lain sebagai pengganti yang kini menjadi isteriku. Tetapi first love ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibuang dari pemikiran. Sekali sekala kita akan teringat bila ada benda yang trigger.

Tapi bagi aku, itu hanya putaran dalam memori. Tak mungkin kita dapat memiliki kepunyaan orang lain. Seperti mana kita tak mahu orang lain memiliki kepunyaan kita, seperti itulah jua kita perlakukan. Jodoh, maut di tangan Tuhan, jadi kita usahlah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kebahagian kita dan kebahagiaan orang lain. Kita berdoa sahaja semua pihak bahagia. 

Jika bukan di dunia, mungkin di syurga bersama.





Wassalam..

ps: Buat isteriku, jika suatu hari kamu terbaca coretan ini, ingatlah bukan niatku melukai hatimu.. hanya terkenang kisah nan lalu yang terjadi pengalaman yang mendewasakan. 

Hari 171/2024 - Apa yang diberi perlu disyukuri

Assalamualaikum 
Raya Haji 2024
Raya Haji 2024


Tibalah masanya pada ketika ini aku mencoret kisahku pada blog keramat ini... Haha...

Telah hampir 21 tahun usia blog ini, ada satu ketika aku berblog hampir setiap hari dan ada satu ketika tiada satu entry pun dalam tempoh masa 2-3 tahun yang ku nukilkan ke blog ini... ahakss...

Sehingga satu ketika aku kembali semula ke daerah ini yang dulunya meriah, kini menjadi tempat umum yang sangat peribadi dan menenangkan buatku... Pada ketika itu aku berjanji untuk mengemaskini blog ini sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

Tahun 2024, apa update keadaan diriku?:
  • Pada 2023 Tuhan kurniakan daku putera yang kedua. Alhamdulillah kini berusia setahun dua bulan, membesar dengan sihat
  • Pada 2024, puteraku yang sulung telah berjaya naik pentas selepas setahun berada di PPKI atas pencapaian akademik yang terbaik bagi sesi 2023 (mengikut standard yang sesuai dengannya)
  • Pada 2024 ini juga aku dipersilakan naik ke pentas menerima sijil penghargaan di atas pencapaian cemerlang pada tahun 2023.. Alhamdulillah, rezeki yang Tuhan-ku beri aku sangat bersyukur..
  • Pada 2024 ini juga, isteriku telah berpindah tempat kerja ke tempat baharu yang lebih hampir di rumah kami walaupun masa perjalanan seakan sama tempat lama.. tapi aku masih bersyukur akan rezeki ini...
Tahun 2024 ini aku akan cuba berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik. Hanya Tuhan yang menjadi tempat aku berharap dan bergantung sepenuhnya.

Moha Allah rahmati kedua ibu bapaku, diriku serta seluruh keluarga ku.. aminn...

Wassalam