Ku Biarkan Pena Menulis.....

Hati

Assalamualaikum 

Disember muncul lagi. Lagi tujuh hari adalah ulang tahun hari lahir aku ke-40. Ya, "baru" e-m-p-a-t-p-u-l-u-h umur aku ya. Hahaha!

Astaghfirullah!

Umur 40 ni aku rasa aku nak tinggalkan banyak benda-benda lagho dan maksiat yang tak berguna, yang merugikan dan yang banyak memberi dosa. Sebaliknya aku nak cuba perbanyakkan amalan yang berguna, mendamaikan dan menambah pahala.

Kenal

Aku juga nak fokus kepada benda-benda yang lebih bermanfaat seperti mencari rezeki lebih melalui cara  yang halal, cuba memenuhi impian anak-anak dan isteri serta impian aku sendiri. Aku juga nak belajar menyimpan sedikit lebih untuk hari tua.

Umrah... / Haji... / Bercuti di luar negeri... 



Baru-baru ini lihat beberapa orang teman telah pun pergi menunaikan umrah. Malah sebelum itu pun lagi, ada yang telah menunaikan haji. Masya Allah, Tabarakallah... beruntunglah mereka yang telah dijemput menunaikan ibadah di Tanah Suci!

Aku juga berkira-kira nak menunaikan ibadah ke Tanah Suci... Duit simpanan adalah sedikit, mungkin boleh ambil pakej yang basic untuk pergi. Tapi aku kena fikirkan juga keadaan diri sendiri, isteri dan anak-anak. Bagi aku dan isteri, sudah pasti nak kena mencari masa yang paling sesuai untuk bercuti ketimbang urusan pekerjaan masing-masing. 

Bagi anak-anak pula, kena tengok juga kesesuaian untuk bawa bersama. Anak yang sulung mungkin tiada hal sangat, tapi anak yang bongsu itu mungkin agak sukar untuk dikawal jika dibawa bersama buat masa ini. Dan sudah tentulah, bajetnya akan berbeza jika pergi hanya seorang, berdua atau berempat! Aku berdoa agar Allah permudahkan urusanku ini pabila telah ada niat di hati!

Apa pun aku tetap bersyukur dengan segala pemberian, nikmat dan ujian yang Allah beri sepanjang tahun 2025 ini. Tahun 2026 kita belum tahu nasib untung rugi rezeki qada' dan qadar yang Allah akan beri. Aku berharap dan berdoa jua supaya dipermudahkan segala urusan mendatang.


Bukan mudah mengharungi kehidupan aku sebagai seorang aku di dalam dunia aku ketika ini. Ada pelbagai perasaan dan rasa yang harus aku tempuhi. Antara rindu dan tidak tahu apakah dirindui merupakan sesuatu luka yang harus aku baluti. Antara hati dan perasaan, banyak yang perlu dijaga. Dalam masa yang sama, hati sendiri juga perlu dijagai. Moga Allah beri petunjuk yang benar ke jalan diredhai! Moga Allah jadikan aku orang yang mampu dan menghadapi!

Amin.

Wassalam

Hari 114/2025 - A.I. : Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan)

Assalamualaikum 

Imej Abstrak "A.I." janaan sebuah platform A.I. sendiri

Dunia sedang berhadapan dengan revolusi A.I. yang sangat cepat dan pesat berkembang. Sejak daripada kemunculan ChatGPT pada tahun 2022, dunia tidak lagi menoleh ke belakang atau berhenti sejenak sebelum menggunakan A.I.

Kini selepas 3 tahun kelahiran ChatGPT, semakin banyak platform A.I. lain sedia untuk digunakan. Ada DeepSeek lah.. Llama lah.. Qwen lah... Dall-E lah... masing-masing ada kelebihan dan kefungsian masing-masing yang khusus. Umpamanya ChatGPT yang lebih umum kefungsiannya, versatil kebolehan dalam menjawab persoalan, menganalisa dan seumpamanya. 

Qwen pula dikatakan lebih cepat memproses maklumat dalam menyelesaikan masalah. Manakala DeepSeek dianggap sebagai lebih mudah dalam 'penaakulan' atau reasoning dan sesuai untuk menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Jadi, sebagai pengguna kita boleh memilih mana saja yang kita suka dan sesuai dengan tugasan yang dijalankan. 

Jika tak tahu mana nak guna, pilih saja satu platform yang secara automatik menggabungkan semua platform A.I ini. Contohnya SUPA atau SuperAI  yang boleh secara bijak, berdasarkan query daripada pengguna, memilih salah satu model atau platform A.I. yang bersesuaian dengan task yang diberikan dan menjana response berdasarkannya. Secara tidak langsung, penggunaan platform penggabung ini memudahkan pengguna disamping menjimatkan pula kerana hanya perlu bayar satu bayaran sahaja untuk menggunakan kesemua platform.

Jom kita lihat demonstrasi A.I. ini. Berikut merupakan query yang saya berikan:



Lihatlah jawapan yang dijana oleh A.I.:


Artikel Ringkas: Apa Itu Artificial Intelligence? 🤖✨

Artificial Intelligence atau AI adalah teknologi yang membolehkan komputer dan mesin "berfikir" seperti manusia. Ia boleh belajar, buat keputusan, dan selesaikan masalah tanpa perlu arahan penuh dari manusia. Contohnya, AI digunakan dalam telefon pintar untuk kenal muka kita, dalam kereta pandu sendiri 🚗, dan juga dalam aplikasi yang bantu kita cari maklumat dengan cepat.

Dalam pendidikan, AI membantu guru dengan menyediakan bahan pembelajaran yang disesuaikan mengikut tahap pelajar 📚. Contohnya, platform pembelajaran online menggunakan AI untuk mengenal pasti kelemahan pelajar supaya mereka boleh fokus pada topik yang susah. Ada juga tutor maya yang sentiasa sedia membantu bila-bila masa!

Dalam bidang perubatan, AI digunakan untuk menganalisis imej perubatan seperti X-ray atau MRI dengan lebih tepat 🏥. Ia juga membantu doktor membuat diagnosis awal dan merancang rawatan terbaik berdasarkan data pesakit.

Namun begitu, penggunaan AI ada risiko juga ⚠️:

  • Privasi data – Data peribadi mungkin terdedah jika tidak dijaga rapi
  • Kebergantungan berlebihan – Manusia mungkin terlalu bergantung pada mesin sehingga kurang berfikir sendiri
  • Bias algoritma – Jika data latihan tidak seimbang, keputusan AI boleh berat sebelah

Walaupun ada cabaran ini, AI tetap alat hebat yang memudahkan hidup kita setiap hari — dari kerja hingga hiburan dan kesihatan.

Jadi jangan takut dengan AI! Gunakanlah secara bijak supaya manfaatnya dapat dinikmati semua 🌟




Mudah dan menarik, bukan?


Wassalam

p/s: Cuba tengok A.I minta maaf macam mana? 😆


 

HARI 1/2025 - SELAMAT TAHUN BARU 2025 / REJAB 1446 HIJRAH

Assalamualaikum 

Tahun 2025 baharu saja membuka tirai menandakan berlalunya tahun 2024. Malah, bulan Rejab 1446 terlebih dahulu menjengah sebaik saja masuk waktu Maghrib pada 31 Disember 2024.





Tahun 2024 merupakan tahun suka duka. Suka kerana bersyukur Tuhan kurniakan rezeki-rezeki yang tak disangka. Duka kerana diuji dengan pelbagai perkara yang menyemakkan, terutama hal tempat kerja. Ada plot-memplot, adu domba, tikam belakang dan pelbagai benda lagi yang  tak sepatutnya berlaku di tempat kerja.

Aku berdoa semoga Tuhan-ku selamatkan daku dari politik tempat kerja serta mereka-mereka yang zalim dan berniat jahat di tempat kerja pada tahun 2025 ini. Moga Tuhan kurniakan aku ketenangan dan lindungi aku dari mereka yang zalim di tempat kerja. Moga Tuhan lapangkan urusan-ku dan mengurniakan aku kebahagian bersama keluarga tercinta untuk selamanya di atas muka bumi ini.




Tahun 2025 ini juga akan menyaksikan aku melangkah ke umur 40 tahun. Walaupun masih ada 363 hari lagi untuk sampai secara rasmi ke umur tersebut, aku berdoa agar Tuhan memberikan daku kesempatan untuk itu... dan moga aku berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

Inilah entry ku yang pertama di tahun 2025 ini. Semoga bertemu lagi diari-ku.

 Wassalam