HARI 1/2025 - SELAMAT TAHUN BARU 2025 / REJAB 1446 HIJRAH
Assalamualaikum
Tahun 2025 baharu saja membuka tirai menandakan berlalunya tahun 2024. Malah, bulan Rejab 1446 terlebih dahulu menjengah sebaik saja masuk waktu Maghrib pada 31 Disember 2024.
Tahun 2024 merupakan tahun suka duka. Suka kerana bersyukur Tuhan kurniakan rezeki-rezeki yang tak disangka. Duka kerana diuji dengan pelbagai perkara yang menyemakkan, terutama hal tempat kerja. Ada plot-memplot, adu domba, tikam belakang dan pelbagai benda lagi yang tak sepatutnya berlaku di tempat kerja.
Aku berdoa semoga Tuhan-ku selamatkan daku dari politik tempat kerja serta mereka-mereka yang zalim dan berniat jahat di tempat kerja pada tahun 2025 ini. Moga Tuhan kurniakan aku ketenangan dan lindungi aku dari mereka yang zalim di tempat kerja. Moga Tuhan lapangkan urusan-ku dan mengurniakan aku kebahagian bersama keluarga tercinta untuk selamanya di atas muka bumi ini.
Tahun 2025 ini juga akan menyaksikan aku melangkah ke umur 40 tahun. Walaupun masih ada 363 hari lagi untuk sampai secara rasmi ke umur tersebut, aku berdoa agar Tuhan memberikan daku kesempatan untuk itu... dan moga aku berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.
Inilah entry ku yang pertama di tahun 2025 ini. Semoga bertemu lagi diari-ku.
Wassalam
Comments
Post a Comment