Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Hari 193 / 2021 - KUARANTIN, COVID 19, POLITIK

COVID-19.. Kena pakai mask!  Photo by cottonbro from Pexels Assalamualaikum  Lama jugak tak kemaskini blog ini. Hampir setahun jugak rasanya. Seolah-olah blog ni kena kuarantin COVID-19, setahun! Tapi zaman sekarang ada lagi kah yang nak baca corat-coret blog orang biasa macam saya ni? Mungkin tak ada, mungkin untuk kenangan sendiri di hari tua. Tak apalah, yang penting blog ini masih bertahan walaupun postingnya hanya setahun sekali... he he he... 😂😂😂 Setahun lepas COVID-19 baru nak naik, tetapi Tun Mahathir pulak turun dari jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7 akibat penarikan sokongan parti beliau ketika itu, BERSATU, daripada kerajaan Pakatan Harapan. TS Mahiaddin Yassin naik menjadi Perdana Menteri dengan sokongan ahli parlimen UMNO dan PAS serta parti-parti lain termasuk BN dan Parti-Parti dari Sabah dan Sarawak. Kini, COVID-19 masih belum selesai sepenuhnya walaupun pada bulan Julai 2020 telah menunjukkan penurunan kes harian sehingga 1 angka. Pada ketika itu, semua or