Ku Biarkan Pena Menulis.....

Hari 332/2022 - PRU-15 Malaysia: Yang terjadi, benar telah terjadi

Assalamualaikum 

Semua orang tahu apa telah terjadi pada Pilihanraya Umum Malaysia kali ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lepas. Aku mudahkan seperti berikut, berdasarkan pemerhatian aku sendiri:

1. Undi 18 dan pengundi muda yang hadir dengannya banyak mempengaruhi keputusan luar jangka.

Tangkap layar dari laman myundi pada 28/11/2022


2. Antaranya, kejatuhan 'Giants' dan 'Legends' di arena politik tanah air, sekadar memetik beberapa nama : Tun M, Mukhriz, Azmin, Ku Nan, Nurul Izzah, KJ, Saifuddin Nasution, Tok Met, Zuraida, Maszlee, Ku Li dan lain-lain lagi.





"Giants" parti Pejuang yang kalah. Sumber: https://www.myundi.com.my 


3. Hatta, para pendukung NGO dan artis-artis yang cuba diketengahkan oleh parti politik seperti Ahmad Idham, Lando Zawawi, Eizlan Yusof, Rani Kulop, Jurey Rosli juga kalah di tempat masing-masing.

Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi. Sumber gambar : https://ohmymedia.cc/eizlan-yusof-ahmad-idham-lando-zawawi-antara-selebriti-bakal-rebut-jawatan-wakil-rakyat/ 

4. Ada dua polariti ekstrem mendominasi, satu ialah ultra-islamik-nasionalis (PN) dan satu lagi ialah liberal-demokratik (PH). PN dengan 73 kerusi, PH dengan 82 kerusi. Ini menunjukkan setidak-tidaknya, di Semenanjung, telah terjadi dua pola pemikiran yang tidak bersatu hati. BN yang lebih moderat-nasionalis-progresif juga hanya berjaya memperoleh 30 kerusi sahaja. Itupun, di kerusi-kerusi UMNO yang mendapat majoriti daripada 30 kerusi itu.

Polariti pilihan pengundi pada PRU-15 berdasarkan geografi. Sumber: https://pru.astroawani.com/

5. BN masih mendapat undi yang banyak di setiap kerusi ditandingi selepas PN atau PH. Ini menunjukkan, walaupun terpalit dengan sentimen kleptokrasi, rasuah dan sebagainya, masih ramai pengundi setia BN yang mengundi BN.

6. PH pula terlihat kian selesa dengan kerusi-kerusi yang telah dimenangi. Walaupun begitu, mereka juga menghadapi tentangan sengit, terutamanya daripada PN. PH mendominasi sebilangan besar kerusi di bandar-bandar di mana rakyatnya adalah lebih majmuk dan mempunyai toleransi yang lebih besar di antara ras dan agama berbanding di kawasan pedalaman. Dasar liberal yang di bawah oleh DAP serta ideologi terbuka PKR sudah tentu menarik para pengundi bukan Melayu. Manakala dasar wasatiy dan terbuka oleh AMANAH sudah pasti dapat menarik para pengundi Melayu Islam yang profesional serta progresif di kawasan bandar.

7. PN menunjukkan peningkatan paling ketara. Banyak kerusi dimenangi PAS (40 kerusi) dan Bersatu (33 kerusi). Ini berbeza sekali semasa PAS bertanding sendirian pada PRU-14 dan juga Bersatu semasa berada dalam PH pada 2018. Kemenangan PN ini menterjemahkan hasrat orang-orang Melayu-Bumiputera (di kawasan mereka ialah majoriti) yang memilih mungkin berdasarkan sentimen ras dan agama. Di kawasan majoriti Melayu ini, di mana pergaulan antara ras adalah terhad, tidak kira sama ada mereka ialah peniaga, pekerja biasa atau profesional yang progresif, calon-calon yang memihak kepada Bumiputera dan Orang Islam tetap menjadi pilihan.

8. Dalam kesemua parti politik bertanding, Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditunjangi parti PEJUANG adalah "the big loser" dalam PRU-15 ini. Lebih kurang 120 kerusi ia bertanding, tidak satu pun dimenangi malah banyak yang hilang deposit. Ternyata, isu-isu integriti dan melawan mereka yang korup tidak dapat menambat hati pengundi, apatah lagi para pengundi muda yang tidak memahami isu-isu yang diperjuangkan. Sebagai parti baharu, Pejuang juga sebenarnya hanya diminati oleh mereka yang memahami isu "kenapa tidak boleh undi BN, PN dan PH" dengan jelas sahaja. Walhal, kebanyakan pengundi telah dimomok isu bahawa Tun M kaya akibat salah guna kuasa dan kejatuhan PH pada 2020 disebabkan beliau. Antara lain jentera yang tidak mantap serta kegagalan untuk bekerjasama dengan PH atau PN menyebabkan mereka tidak diundi. Sudah tentu pengundi lebih gemar mengundi PN atau PH malah BN yang lebih lama bertapak. Orang-orang muda juga diajak untuk menolak Pejuang atas alasan Tun M perlu berehat dari arena politik.

Semua calon parti "Pa" ini kalah dalam PRU-15. Sumber gambar: https://ecentral.my/parti-pejuang/


9. "Pakatan Sulit" antara "Murid" dan "Cikgu" memang benar terjadi. Perkara ini dinafikan oleh si murid, tapi akhirnya terzahir jua. Aku tak nak ulas panjang bab ni, sebab masing-masing boleh tahu dan boleh Google sendiri. Cuma terkilan, dalam kedua-dua pihak dok hentam satu sama lain sampai sanggup umum "No sipolan, No sipolan 2, No parti politik sekian", akhirnya bersatu jua dalam masa tak sampai 3 hari lepas pilihan raya. Rakyat terasa diperbodohkan atas perkara ini. Prinsip perjuangan yang dilaungkan rupanya boleh dicampak kelaut begitu sahaja. Sepatutnya diumumkan sedari awal perancangan ini supaya lebih adil kepada pengundi. Apa salahnya?

Cikgu on call dengan anak murid. Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar: https://www.dreamstime.com/hispanic-girl-school-student-hold-phone-learn-online-video-calling-math-teacher-hispanic-teen-girl-school-pupil-college-student-image183806938

10. Anwar Ibrahim menjadi PM ke-10. Sekalung tahniah diucapkan. Tidak pernah aku bayangkan ia akan terjadi (sebenarnya dah bayangkan masa 2020 bila sepatutnya Tun M bagi kepada beliau, tapi langkah Sheraton merencatkan perancangan Tun M). Sebagai rakyat, kita harus hormat akan keputusan SPB YDPA selepas Anwar mendapat sokongan ahli parlimen yang mencukupi (seperti di dakwa oleh Zahid Hamidi bagi mewakili BN. Malah GPS juga memberi sokongan kepada beliau setelah sebelumnya memberi sokongan kepada Muhyiddin Yasin). Aku harap beliau diberi peluang untuk menunjukkan apa yang beliau boleh buat untuk Malaysia dan jangan ada terjadi lagi ketidakstabilan politik sehingga PRU ke-16 pada 5 tahun mendatang. 





Kita beri peluang kepada PM ke-10 kita yang baharu ini. Gambar sumber: Link



Itu saja coretan aku kali ini. Sekadar mencatit sejarah dari pandangan diri ini jua.

Wassalam

Hari 193 / 2021 - KUARANTIN, COVID 19, POLITIK

COVID-19.. Pakai mask pls.... Photo by cottonbro from Pexels
COVID-19.. Kena pakai mask! 
Photo by cottonbro from Pexels

Assalamualaikum 

Lama jugak tak kemaskini blog ini. Hampir setahun jugak rasanya. Seolah-olah blog ni kena kuarantin COVID-19, setahun!

Tapi zaman sekarang ada lagi kah yang nak baca corat-coret blog orang biasa macam saya ni? Mungkin tak ada, mungkin untuk kenangan sendiri di hari tua. Tak apalah, yang penting blog ini masih bertahan walaupun postingnya hanya setahun sekali... he he he... 😂😂😂

Setahun lepas COVID-19 baru nak naik, tetapi Tun Mahathir pulak turun dari jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7 akibat penarikan sokongan parti beliau ketika itu, BERSATU, daripada kerajaan Pakatan Harapan. TS Mahiaddin Yassin naik menjadi Perdana Menteri dengan sokongan ahli parlimen UMNO dan PAS serta parti-parti lain termasuk BN dan Parti-Parti dari Sabah dan Sarawak.

Kini, COVID-19 masih belum selesai sepenuhnya walaupun pada bulan Julai 2020 telah menunjukkan penurunan kes harian sehingga 1 angka. Pada ketika itu, semua orang telah gembira dan aktiviti kehidupan harian dapat dijalankan dengan sepaling hampir aktiviti biasa.

Tetapi ada satu kejadian yang telah menyebabkan kes COVID-19 mendadak naik. Pilihan raya DUN Sabah yang diadakan pada bulan September 2020 telah menyebabkan penularan COVID-19 di Sabah dan juga di Semenanjung akibat daripada mereka yang pulang daripada berkempen di Sabah dan tidak dikenakan tindakan kuarantin 14 hari. Perlu dinukilkan di sini, pilihan raya ini diadakan kerana DUN Sabah telah dibubarkan oleh YDP Negeri Sabah kerana YAB KM Sabah ketika itu telah hilang majoriti dan beliau telah meminta pembubaran DUN Sabah supaya pilihan raya dapat diadakan semula.

Ceritanya, UMNO Sabah mahu merampas Sabah daripada Warisan kerana signal yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pusat pada bulan Mac. Walaupun dikatakan YAB PM ada "menawarkan" kerjasama dengan Kerajaan Sabah sedia ada, tetapi sambutannya agak kurang memuaskan. Jadi gerakan inilah yang menyebabkan perubahan sokongan kepada KM Sabah yang akhirnya menyebabkan pembubaran DUN Sabah dan seterusnya PRN Sabah yang menyebabkan sehingga ke hari ini sengsara satu Malaysia.

Jadi, ceritanya, politik, politik politik.

Awal tahun 2021, kerajaan umum pula darurat sampai bulan Ogos 2021. Sebabnya? Yang rasmi sebab nak mudahkan pentadbiran untuk lawan COVID-19. Yang tak rasmi ikut cakap-cakap politik ialah sebab ada 2 ahli parlimen UMNO tarik sokongan dari Kerajaan sedia ada menyebabkan kerajaan hilang majoriti di Parlimen. Dengan pelaksanaan darurat, maka parlimen pun digantung. Ini cakap-cakap orang lah.

Julai 2021, UMNO yang dulu beri sokongan kepada TSMY, telah tarik balik sokongan tersebut. Walaupun DS Ismail Sabri telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, UMNO tetap dengan keputusan untuk tarik balik sokongan mereka. Cumanya, dengar khabar, tak semua ahli Parlimen UMNO nak tarik sokongan tu, terutama mereka yang berjawatan dalam Kerajaan. Wallahualam. Yang pasti tarik ialah yang mengumumkan, iaitu DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan mungkin juga DS Najib. Yang lain-lain tak tahulah selain Menteri dan Timbalan Menteri UMNO.

Jadi sekarang dalam UMNO ada 2 faction yang jelas. Yang sokong Perikatan Nasional dan yang nak keluar dari Perikatan Nasional. Apakah hala tuju sebenar UMNO?

Bagi saya yang bukan ahli UMNO ini berpendapat, UMNO sebenarnya nak peluang untuk menerajui Kerajaan semula. Memang sifat semula jadi UMNO ialah mereka ditubuhkan untuk memimpin dengan perkenan dari Istana dan juga dipercayai boleh memerintah dari British. Jadi, jatidiri dan DNA UMNO ialah memimpin dan bukan dipimpin. Sebab itu bila parti lain memerintah dan UMNO di bawahnya, ia menjadi tidak selesa. Jadi, perlu dilakukan sesuatu supaya ia dapat memimpin semula.

Ini hanya pandangan saya sahaja.

Selain daripada UMNO, kini terdapat beberapa lagi parti Melayu Islam yang saya ketahui - PAS, BERSATU, PUTRA dan yang terbaharu pimpinan Tun Mahathir, PEJUANG. Selain itu, parti-parti lain lebih bersifat multi-rasial seperti contoh PKR dan MUDA (masih belum lulus ROS setakat tulisan ini ditulis). Malah DAP pun kini nampak semakin multi-rasial dan cuba lari dari imej chauvinisme Cina walaupun mereka mendakwa parti mereka adalah sedari mula lagi multi-rasial.

Bagi saya, politik itu mesti berlandaskan kebenaran. Tak kira lah apa pun permainan atau strateginya, ia mesti ditunjangi kebenaran. Orang-orang politik harus belajar untuk jujur dengan rakyat. Jangan mempermainkan rakyat dengan perkara-perkara yang tidak benar dan khayalan semata. Tolong fokus untuk selesaikan masalah Rakyat. Masalah yang dihadapi kini ialah COVID-19, masalah ekonomi dan pendapatan rakyat yang berkurang atau hilang sama sekali. Jadi tolong fokus untuk selesaikan isu ini.

Old is Gold. 

Apa kata kalau sekali sekali duduk lah semeja wahai parti-parti politik yang ada di Malaysia ini, tubuhkan satu mekanisme kerajaan perpaduan yang bekerja ke arah penyelesaian COVID-19 dan masalah yang dihadapi oleh negara. Seperti pandangan "the old man" tersebut mengenai Majlis Pemulihan Negara yang mengambil model ala MAGERAN satu ketika dahulu, tidaklah suatu idea yang buruk sama sekali. Aspek pelaksanaannya boleh digubal supaya keputusan sesuatu perkara boleh dilaksanakan secara demokrasi di parlimen yang tidak digantung seperti MAGERAN dulu. Yang penting, semua pihak dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk menyelesaikan masalah. Sekejap sahaja, sehingga COVID-19 dapat dibasmi atau dikurangkan seminimum mungkin dan ekonomi kembali pulih ke arah peningkatan. 

Selepas itu, buatlah PRU apa pun, berpolitiklah mencari kuasa.

Itu sajalah nak coret. Nanti masa dah tua-tua nanti, boleh la baca untuk kenangan diri sendiri.

Wassalam

Gempar! Ahli Parlimen Pas Berjoget di Parlimen??

Salam,

Mana mau cari? Rare ni..
Hanya boleh dapat di
http://zamkata.blogspot.com/
Tajuk aje tu... Hehehe.. 

Sebenarnya ia merujuk kepada cerita ini :

HOBI WAKIL RAKYAT PAS BERJOGET

Ini adalah secebis kisah 'Z-Fail' yang dibawakan khas daripada seorang bekas menteri kabinet pada zaman Pak Lah. Beliau pernah ditertawakan oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak mampu menjawab soalan dengan baik apabila diajukan oleh pihak stesen tv asing yang berbahasa Inggeris.

Tetapi berapa ramai yang boleh menulis seperti beliau? Saya mula membaca tulisan beliau mengenai Dr Mahathir (Mahathir Di Sebalik tabir) semasa di bangku sekolah lagi. Kemudian saya turut membaca tulisan beliau yang sekali sekala ada (sebab gua beli paper pun sekali sekala jugak.. haha) dalam artikel di dalam Utusan Malaysia. Buku "Hari Itu Sudah Berlalu" juga saya beli, tapi jujurnya belum lagi habis dibaca.

Saya dapati gaya penulisan beliau amat menarik kerana ada sahaja benda baru yang kita akan ketahui. Setiap kali beliau menulis, seolah-olah ada kejutan menanti.

Saya suka penulisan yang semacam ini.

Tengok warna kulit dia kadang2 teringat kat bapak aku.. hahaha...
Sudah tentulah pengalaman beliau selama bertahun-tahun bergelumang di dengan dunia kewartawanan dan politik Malaysia mempunyai nilai tersendiri bagi peminat-peminat politik dan kisah-kisah nostalgia seperti saya. Suka juga mendengar komentar 'orang lama' mcm beliau dalam isu-isu semasa terutama sekali yang melibatkan politik. Mesti ada yang panas, pedih dan terasa hati.

http://zamkata.blogspot.com - Pi la tengok Zam (Tan Sri Zainuddin Maidin) punya blog!

Wassalam..

p/s : Teringat kisah blog, 'goblog!' He he he...


Keep Calm And......

Assalamualaikum

What "The Majority" does every flippin' time. Keep doing it guys :) It is the right choice, Insya Allah.
Wassalamualaikum

p/s: You can use the poster above freely..

Satu Hari Menjelang BERSIH 3.0

Assalamualaikum,

Pesanan ringkas penaja :

Duduk di rumah jaga anak ke, baca buku ke, bersihkan rumah ke lagi baik... Pergi kuliah ke, ceramah ke... ok jugak....

Sila baca :

BERSIH 3.0 : Himpunan sia-sia?


Vox Populi : http://www.youtube.com/user/Reezal1000/videos

Sekian,

Wassalamualaikum...

Mitos Politik........


Assalamualaikum,

Sebenarnya tak ada niat nak ulas pasal politik... Sebab dah banyak sangat blog cakap pasal politik... Tapi apabila seorang sahabat yang kita kasihi juga berbicara soal politik, hati di dalam akan rasa tidak tenteram... 

Bukan tak tenteram pasal apa, cuma apa yang dicakapkan itu tidak berapa nak tepat. Kalau yang dikatakan itu betul dan tepat, maka tidak akan ada apa-apa masalah, walaupun yang dicakapkan itu bertentangan dengan jalan politik saya sendiri. 

Maka saya rasa terpanggil untuk menulis setelah membuat sedikit penyelidikan melalui ruang maya. Dan saya perturunkan di blog ini dengan harapan boleh membuat reference di masa hadapan. Salin semula dari facebook :
[Dis 2011] - MITOS #1 : Adam Adli turunkan bendera PM sebab PM tak mahu dengar 'usul' dia....  
REALITI : Adam Adli menurunkan Bendera PM sebagai 'tanda kemenangan' setelah memorandum mereka diterima oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah... Adam Adli tidak berpuas hati bila pelajar lain mendengar ucapan Timb. Menteri dan mengambil gambar bersama Timb. Menteri tersebut...
  
 
Adakah beliau bermaksud itu bukan cara untuk 'meraikan' kemenangan?  
(pengakuan Adam Adli sendiri kepada Sinar Harian dan dilaporkan Malaysiakini) 
Rasionalkah tindakan tersebut semata-mata nak merasai 'kemenangan' ? Adakah perbuatan ini bukan suatu perbuatan untuk bermegah-megah?

Inilah niat sebenar Adam Adli menurunkan bendera PM... mahu menujukkan kemenangan... Walaubagaimanapun, 'kemenangan' yang diraikan itu membawa padah kerana beliau telah digantung oleh UPSI selama 3 semester (tidak dibuang pun lagi..) kerana melanggar peraturan universiti, yakni telah mencemar nama baik institusi. Lagi pula menurunkan bendera di 'kawasan orang' adalah suatu tindakan yang kelihatannya biadab.

[Julai 2011] - MITOS #2 : Polis cederakan orang awam semasa BERSIH 2.0 mungkin atas desakan pihak tertentu... Sebab PM gentar... Perhimpunan BERSIH 2.0 hanya bertujuan untuk menghantar memorandum kepada SPB YDP Agong....  
REALITI : Tidak perlu sebenarnya untuk menghantar memorandum dengan berpuluh-puluh ribu orang berarak di jalanan.... Cukup sekadar beberapa orang... 
Jikalau benar niatnya hendak menghantar memorandum, kepala penganjur BERSIH 2.0 (Ambiga) boleh menyerahkannya semasa pertemuan dengan YDP Agong pada 5 Julai 2011, dimana YDP Agong sendiri menasihatkan perhimpunan jalanan tersebut DIBATALKAN dan jika nak dibuat juga perhimpunan,buat di stadium yang sesuai.  
Malah dedah DS Najib, kerajaan sudah pon memberi komitmen bahawa pihak Polis akan memberi kebenaran sekiranya perhimpunan diadakan di Stadium Shah Alam (http://malaysiatoday.com/2011/08/najib-dedah-mahu-beri-stadium-shah-alam-kepada-bersih-2.0 ) dan Menteri Besar Selangor sendiri (seperti di dalam berita di atas) telah bersetuju membenarkan penggunaan Stadium Shah Alam sebagai lokasi perhimpunan... 
Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah pun MENOLAK permohonan BERSIH 2.0 untuk perhimpunan di sana dan Ambiga telah meminta DS NAJIB untuk 'intervene' dan menggunakan kuasa yang ada untuk menyuruh pengurusan Stadium Merdeka bersetuju... Sumber : http://bersih.org/?p=4297 
Sepatutnya, mereka boleh saja apply untuk stadium Shah Alam yang mempunyai kapasiti lebih luas dan selesa, tetapi kenapa berdegil untuk meneruskan di tempat yang tidak mendapat kebenaran? Akhirnya terjadi la perhimpunan jalanan yang tidak sepatunya berlaku di jalan-jalan di ibu kota raya Kuala Lumpur...  
Maka apabila pihak Polis dikerahkan untuk mengawal perhimpunan tersebut, mereka memulakan PROVOKASI dan pihak Polis seperti mana yang kita tahu terpaksa menggunakan kekerasan....  
BERSIH 3.0 dikhabarkan bakal menyusul... Kepada penganjur BERSIH 3.0, bertindak jujur atas niat anda... Buatlah di tempat yang mendapat permit Polis... Stadium Shah Alam menanti buat anda....  
‎Komen DS Najib -[BERSIH vs HIMPUN] : KUALA LUMPUR, Oct 23 — The Bersih 2.0 rally would have avoided chaos if it had been held in a stadium like Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Datuk Seri Najib Razak said today.  
“I want to congratulate them because the rally yesterday was conducted in a controlled manner and that was my wish when the government offered a stadium to Bersih 2.0 for their rally.  
“So compare the chaos during Bersih 2.0 and yesterday’s rally, the two were very different and there wasn’t anyone who felt harassed, and nobody felt pressured or threatened at the rally,” he told reporters after attending a gathering of police pensioners and former policemen here at the Putra World Trade Centre (PWTC).  
----
Saya amat berharap penjelasan ini dapat memberikan sedikit pencerahan atas kekeliruan yang berlaku. Sebagai pembaca, anda boleh menilai sendiri akan hal ini dan membuat keputusan untuk menerima atau tidak menerimanya.

Update 13 April 2012
Link kepada entry yang saya pernah tulis pasal Adam Adli yang 'menyerang' UPSI waktu tengah malam / pagi buta.... http://azhar.osman.my/2012/01/kejadian-1-januari-2012-upsi.html

Wassalamualaikum...

"Bukan Semua Namewee buat saya sokong.." -- PM

Salam,

Baru-baru ini Dato' Sri Najib Tun Razak (DSN) ada menjawap soalan wartawan berkenaan Namewee :
"Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia.

"Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,"
Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=616987 
Video : http://umno-online.com/?p=46338

Kenyataan DSN ini telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati kepada para blogger pro Kerajaan dan juga individu-individu yang mempunyai kebencian dan tidak boleh melupakan kebiadapan yang Namewee lakukan sebelum ini. Mungkin bagi mereka, selagi Namewee tidak memohon maaf secara ikhlas dan terbuka kepada orang-orang Melayu, selagi itulah Namewee tidak harus dipercayai.

Perkara ini juga telah menimbulkan tanda tanya. Apakah sebenarnya yang bermain di fikiran DSN dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini? Adakah beliau mula meninggalkan para 'Malay Hardliners' yang sebelum ini 'berjaya' untuk 'merehatkan' Pak Lah dan 'menaikkan' beliau? Adakah 1Malaysia membenarkan caci maki dan kutukan ke atas Bangsa Melayu dan Islam lalu perkara itu diiktiraf sebagai suatu kelainan dan unconventional?

Kesemua persoalan yang bermain di fikiran ini mungkin jua terjawab (mungkin jua terus misteri) setelah melihat respons DSN ke atas satu soalan di Twitter beliau :


Mungkin ada di antara anda akan berasa sedikit lega. Saya akui, saya berasa sedikit lega dan berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan DSN pada 30 September 2011 yang lalu adalah di dalam konteks Filem Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan berkonsep 1Malaysia. Sejauh mana '1Malaysia'nya nasi lemak 2.0 tidak dapat saya komen sebab belum lagi menonton. Namun begitu tindakan Namewee menyerang Utusan tanpa betul-betul memahami artikel yang diterbitkan adalah sesuatu yang tidak wajar dan memang patut disaman Utusan!

Saya berharap apa yang DSN katakan ini adalah yang terakhir berkenaan Namewee. Kiranya Namewee benar-benar memperjuangkan 1Malaysia dan ingin menyatakan realiti sebenar, tunjuklah keadaan sebenar tanpa prejudis kepada kaum Melayu sahaja. Buatlah video dan berkaryalah berkenaan Ah Long, pelacuran, pemberi rasuah, rasisme dalam mencari pekerja seperti contoh boleh bercakap Mandarin dan lain-lain lagi yang berkaitan. Saya pasti video Namewee dalam subjek-subjek tersebut lebih menarik.

Oh ya Namewee, jangan banyak mencarut dan banyakkan 'rendah hati' serta accept siapa itu Melayu, Cina dan India di Malaysia ini. Itu sifat sebenar 1Malaysia -- Acceptance!

Wassalam...

Bukit Kepong : Polis British atau Polis Persekutuan?

Salam,

Dua tahun yang lepas, aku pernah menulis berkenaan Pembinaan Negara : Dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam tulisan berkenaan, ada dikupas sedikit latar belakang negeri-negeri Melayu, Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Seingat aku, tulisan itu aku nukilkan sebab pada ketika berkenaan heboh isu kononnya UMNO bukan pejuang kemerdekaan kerana heboh dokumentari "10 tahun sebelum merdeka" yang mengangkat golongan kiri yang mempunyai pengaruh Komunis sebagai pejuang sebenar.

Kini, timbul pula isu yang lebih kurang sama selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengatakan bahawa pihak yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong itulah wira kemerdekaan dan yang diserang itu Polis British. Beliau juga mendakwa sejarah serangan yang diketuai seorang Melayu bernama Mat Indera itu sengaja ditutup dan filem Bukit Kepong itu tidak benar kerana pengarah filem berkenaan seorang ahli UMNO.

Jom kita lihat fakta. Yang menyerang adalah pengganas Komunis yang mana majoriti ahlinya berbangsa Cina. Yang diserang adalah anggota Polis yang hampir keseluruhannya Islam-Melayu. Jadi Mat Sabu mengatakan bahawa yang menyerang itu wira kemerdekaan, bermaksud beliau mengangkat komunis menjadi wira?

WOI MAT, HANG MABOK DAUN KETUM KA APA?

Macam ni punya pemimpin pun ada. Dia tak belajar sejarah kah? Komunis ini fahaman yang menolak agama dan feudalisme. Dalam erti kata lain, mereka menolak Islam dan juga Raja-raja Melayu. Dan sesudah Merdeka, mereka ini juga yang membunuh ramai askar-askar dan polis-polis yang bertugas menjaga keselamatan negara. Orang macam ini nak diangkat sebagai wira? Aduh! Malang apakah yang melanda kepimpinan PAS!

Maka dengan itu, satu forum telah dianjurkan pada 9 September 2011 di Ipoh berkenaan tajuk "Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?". Di dalam forum ini, barisan ahli panel telah menghuraikan dengan panjang lebar siapa sebenarnya wira dan siapa pengkhianat dan pengganas. Selain itu, turut terjawab ialah pandangan sesetengah pihak yang tidak dapat menerima fakta dari sudut sejarah dan perundangan bahawa "Negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah" -- suatu kenyataan yang perlu difahami konteks dan fakta sejarahnya, bukan emosi dan logik-logik mudah yang kelihatan dangkal dan lemah pandangannya. Pandangan ahli panel turut menjawab :
  • Isu status naungan dan jajahan -- adakah negeri-negeri Melayu terjajah dan konteksnya
  • Isu Polis -- Polis British atau Polis Persekutuan
  • Isu hak-hak Melayu -- kenapa British menerima usul memelihara hak-hak Melayu di dalam perlembagaan
  • Isu kenapa perjuangan golongan kiri ditolak.
  • Asal usul HAMIM, PKMM, KMM dan perkaitan mereka dengan PKM.
  • Asal usul Parti Komunis Malaya sendiri.
  • Dan lain-lain lagi....

Maka oleh itu, disertakan video yang dirakam daripada Forum tersebut.


Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar? [9 Sep 2011]
Lokasi - Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Perhatian : 

1. Video ini agak panjang. Hampir 3 jam, tetapi memang berbaloi.
2. Sila saksikan sampai habis apa yang diperkatakan oleh ahli-ahli panel.
3. Rakaman asal dari : http://www.ustream.tv/recorded/17154930 
4. Download di : http://www.archive.org/

Mudah-mudahan kita semua mendapat lebih kefahaman akan pembinaan negara bangsa kita sendiri dan menolak sebarang percubaan untuk mengubah fakta sejarah seperti yang cuba dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Wassalam

P/S : Jangan takut nyatakan kebenaran. Apa salahnya kalau negeri-negeri Melayu tak pernah menjadi tanah jajahan British (melainkan Malayan Union 1946-1948) tetapi kita tetap Merdeka pada 1957? Melepaskan diri dari campurtangan British di dalam pentadbiran bukankah satu kemerdekaan juga? Secara kolektifnya juga, kemerdekaan 1957 memerdekakan Pulau Pinang dan Melaka dari kedaulatan British ke atas negeri-negeri tersebut!

Ini Adalah Sesuatu........

Salam,

Jom dengaq ni....



For me, this is "Najib 2.0" or better known as "The Fierce Najib". Selama ini kita jarang melihat Dato' Sri Najib berucap dan berpidato begini, tapi kali ini nampak kegarangan beliau. 

Nampak gayanya gendang perang telah dipalu... Apakah ini suatu petanda.....?

Wassalam...

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP” - DS Najib

"Hadi, Cukup-cukuplah dengan DAP..."
Salam,

Dalam minggu lepas aku ada cakap pasal 1Melayu 1Bumi. Gerakan penyatuan Melayu tersebut amat digeruni oleh parti politik bukan Melayu, terutama sekali DAP. Hari ini, Dato' Sri Najib Tun Razak meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya meninggalkan DAP. Perkara ini tentu sekali bukan perkara yang main-main. Di dalam ucapan yang sama, DS Najib juga telah menyatakan bahawa masa depan "Malaysia" lebih terjamin dengan BN melalui kepimpinan UMNO. Dalam erti kata lain, ini juga mungkin satu "pelawaan" kepada PAS untuk menyertai BN, walaupun kita sudah boleh mengagak perkara ini buat masa dan ketika ini adalah sedikit sukar. Laporan berita tersebut :

30 April, 2011 15:46 PM
Najib Minta PAS Keluar Pakatan Pembangkang

KUALA TERENGGANU, 30 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.

Nik Aziz, fikirkanlah baik-baik..
Pada pendapat aku, pimpinan PAS harus memikirkan perkara ini dengan serius. Dengan kekuatan PAS di negeri-negeri di utara seperti Kedah dan Kelantan, PAS seharusnya menerima pelawaan ini sekiranya terdapat sebarang "tawaran" oleh BN bagi mengukuhkan kekuatan kuasa "Melayu-Islam" di dalam BN. PAS sebenarnya tidak akan rugi apa-apa sekiranya menyertai BN memandangkan senario politik negara pada ketika ini menuju ke arah sistem dua parti yang dikuasai Melayu dan Bukan Melayu. Hanya dengan kemasukan PAS ke dalam BN boleh mengukuhkan kuasa politik Melayu ke tahap yang optima.

PAS, bola kini di pihak anda. Fikirkanlah baik-baik.
Wassalam.

Dua Jiwa Satu Hati :)

Salam,

Seronok betul tengok petikan video ni. Mesra sungguh ;)



Mudah-mudahan perkara ini boleh menjadi kenyataan... :)

Wassalam...

Simposium Dilema Melayu : Perspektif Dan Konklusi

YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad di Simposium Dilema Melayu
Salam

Pada 12 Februari 2011, satu simposium bertajuk "Dilema Melayu : Perspefktif dan Konklusi" telah didakan di PWTC. Ucaptama bagi simposium ini telah disampaikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Di dalam ucapannya, Tok Det menyentuh beberapa perkara terutamanya berkenaan kuasa orang Melayu yang pada masa hari ini sungguh 'fragile' dan tercabar, oleh kerana desakan orang lain dan juga ketamakan dan kerakusan sesetengah pemimpin Melayu itu sendiri. Utusan Malaysia melaporkan :

Dilema terbesar Melayu perlu ditangani bersama


TUN Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Ali bersama pemimpin dan peserta yang mengikuti Simposium Dilema Melayu di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


HAKIKAT bahawa orang Melayu masih lagi ketinggalan dalam segenap bidang bukan isu baru kerana ia sering diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuk di kalangan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kaum berkenaan.

Bahkan isu sama telah dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 41 tahun dahulu dalam bukunya The Malay Dilemma yang diterbitkan pada 1970. 

Pada tahun sama, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sehingga 1990 bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Selepas itu, semangat DEB turut diterapkan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dari 1990 hingga 2010 dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancar pada Mac tahun lalu.
Oleh itu, apabila isu itu sekali lagi dibincangkan dalam Simposium Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, banyak pihak yang melihatnya sebagai rutin bagi mengulangi segala kelemahan dan dilema Melayu yang telah dibangkit sebelum ini.

Bagaimanapun, sangkaan itu tidak tepat apabila Dr. Mahathir yang menyampaikan ucaptama pada simposium sehari anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) telah mendedahkan mengenai dilema terbaru yang disifatkannya paling besar pernah dialami kaum itu.

Dilema itu sebenarnya berpunca daripada sikap kaum-kaum lain yang sering mengecam orang Melayu yang cuba mempertahan atau menjelaskan hak mereka sebagai perkauman atau rasis.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kaum- kaum lain berani untuk mengambil kesempatan kerana sikap orang Melayu yang lebih banyak mengalah dan mengundur diri kononnya dengan cara itu mudah untuk mendapatkan keamanan.

''Kita selalunya berdiam diri dan malu alah pada kaum lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar. Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi kini mudah terima,'' kata beliau. 

Tambahnya, keberanian kaum lain untuk mengasak orang Melayu juga berpunca daripada perpecahan di kalangan mereka berikutan perbezaan fahaman politik dan juga sikap tamak pemimpin tertentu yang ingin menjadi Perdana Menteri. 

''Keadaan ini menyebabkan orang Melayu menjadi lemah dan terpaksa bergantung kepada kaum minoriti. Apabila dalam kedudukan 'meminta-minta,' orang Melayu tidak boleh lagi pertahankan hak dan kedudukan mereka,'' ujarnya. 

Katanya, terdapat juga orang Melayu yang masuk politik bukan untuk berkhidmat demi bangsa, agama dan negara sebaliknya untuk wang. 

''Dalam konteks ini, mereka akan mudah disogok dan dibeli. Siapa yang ada wang ini? Siapa yang boleh sogok dan beli ahli-ahli politik ini? Tentunya bukan Melayu," katanya.

Katanya lagi, kaum-kaum lain menjadi semakin berani kerana mereka juga mendapat sokongan daripada golongan Melayu liberal.

''Kini sudah ada orang Melayu yang mengecam DEB, meskipun mereka dulunya berjaya kerana dasar ini. Mereka mahu 'bakar jambatan' DEB ini dengan berkata 'kita kini sudah berjaya dan kita kini orang Malaysia.' Mereka sudah lupa asal-usul dan orang Melayu lain yang masih perlu dibantu,'' katanya.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berucap pada majlis makan tengah hari memberi jaminan bahawa kerajaan masih komited dalam memperjuangkan agenda Melayu dan bumiputera kerana golongan itu masih dihimpit kemiskinan, ekuiti yang rendah dan kurang kompetitif.

Segala jaminan Mustapa itu mungkin melegakan orang Melayu, tetapi hakikatnya segala dasar kerajaan bagi membantu mereka hanya akan berjaya sekiranya kaum itu sanggup mengubah sikap dan nilai hidup yang dipegang.

Dr. Mahathir yang membangkitkan perkara itu dalam ucaptamanya berkata, beliau malu kerana DEB gagal digunakan dengan sebaik-baiknya oleh orang Melayu. Mereka telah diberi begitu banyak peluang untuk berniaga dan belajar, tetapi semuanya itu telah diabaikan dan diselewengkan.

''Orang Melayu tidak harus terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Kita perlu berdikari dan berdisiplin. Kita harus mengikis keinginan untuk 'kaya dengan cepat' dan menjadi kaya-raya tanpa memikirkan punca rezeki itu,'' katanya.

Sementara itu, 2,000 hadirin yang kebanyakannya golongan muda sedikit kecewa apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menjadi panel sesi diskusi politik bertajuk 'Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Hadapan' tidak mengemukakan sebarang cadangan konkrit bagi menyelesaikan isu perpecahan di kalangan orang Melayu.

Walaupun diasak bertalu-talu oleh peserta pada sesi soal-jawab mengenai adakah UMNO dan Pas boleh kembali bersatu, beliau hanya mengulangi kenyataan pimpinan parti itu sebelum ini, bahawa ia sukar dilaksanakan berdasarkan pengalaman pahit yang dialami ketika kerjasama itu dibuat pada 1970-an.

Begitu pun, kata beliau, Pas akan terus menyokong dasar UMNO dan kerajaan yang bertujuan mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu selaras dengan pendirian parti itu yang tidak menolak semangat kebangsaan, sebaliknya hanya menolak pihak yang memperjuangkan kepentingan bangsa sehingga menzalimi golongan lain.

Seorang lagi ahli panel yang juga Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar pula menegur orang Melayu yang asyik berbincang mengenai dilema dan masalah serta berasa takut dan khuatir dengan masa depan mereka.

''Mereka berkenduri minda bagi membincangkan pelbagai masalah tetapi gagal ke hadapan bagi mencari penyelesaian. Sudah tiba masanya UMNO dan Pas bekerjasama kerana ini yang dilakukan oleh kaum lain," katanya.

Pada sesi sama, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa apabila pokok tumbang, kura-kura pun boleh naik atas pokok itu. 

Maksud beliau cukup mendalam, iaitu apabila orang Melayu lemah atau membiarkan diri diperkudakan orang lain, maka mereka akan kehilangan hak dan kedudukan di tanah air sendiri.

Bagi yang tidak berkesempatan, sila tonton ucaptama yang disampaikan oleh Tok Det. Selain daripada ucaptama, Tok Det juga telah menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peserta simposium.

Untuk download, klik sini.

Ucapan Tok Det bagi aku adalah yang paling menarik untuk didengar. Walaupun berjam-jam lamanya, bahasa beliau yang mudah dan jelas serta kadang-kadang diselit unsur jenaka, membuatkan siapa sahaja tidak jemu untuk menunggu ayat seterusnya keluar dari mulut beliau. Isi kandungan ucapan dan jawapan yang beliau berikan kepada mereka yang bertanyakan soalan jelas menunjukkan kehebatan dan kefahaman beliau dalam sesuatu perkara yang diucapkan.

Jelaslah, bagi aku Tok Det masih diperlukan oleh umat Melayu dewasa ini untuk terus menyumbang khidmat bakti beliau demi memartabatkan Melayu yang kini berada di persimpangan dilema abad ke-21.

Wassalam.

Surat Khabar Lama : Hubungan Mahathir - Anwar

Protege & Mentor
Salam,  

Ummi Hafilda Ali
Tadi sempat tengok video Ummi Hafilda Ali yang buat press conference, katanya nak saman Anwar, Azmin, Shamsidar, Wan Azizah, Karpal Singh dan lain-lain kerana didakwa menyembunyikan kebenaran dalam kes Anwar Ibrahim. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Anwar telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. Kejadian ini amat mengejutkan negara pada ketika itu. Kalau tak silap aku, pada masa pemecatan Anwar tu, ramai antara kita ni tak berapa nak kenai internet lagi. Baca paper pun tak mungkin 100% faham apa yang terjadi. Hanya setahun-dua selepas itu kita disajikan dengan cerita-cerita sensasi dari pelbagai pihak setelah dunia IT mula berkembang dan ramai di antara kita mula mendapat akses berita melalui internet.



Sehari sebelum pemecatan Anwar (1 September 1998), PM ketika itu, Tun Mahathir telah membayangkan dalam satu program wawancara dengan RTM bahawa beliau bersedia menerima perletakan jawatan Anwar, sekiranya beliau memberi alasan kukuh seperti contoh sakit. Dalam kenyataan beliau :

''Jika beliau (Anwar) memberi alasan yang kukuh mengapa beliau harus meletakkan jawatan, saya akan terima.
''Jika beliau bagi alasan kesihatan, beliau tak boleh laksanakan tugasnya lagi dan sebagainya, bagaimanalah hendak saya kata supaya beliau teruskan juga tugasnya?

''Semuanya bergantung kepada sebab-sebab (yang dikemukakan oleh Anwar),'' kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas program Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, di sini hari ini.

Dulu rapat.. La ni?
Jelas di dalam keratan akhbar ini, dapat kita andaikan, pada masa tersebut, Anwar Ibrahim telah pun sebenarnya diberi kata dua oleh Tun M samada letak jawatan atau bersedia untuk dipecat. Daripada kenyataan ini, kita dapat lihat Tun M pada ketika itu masih lagi memberi peluang kepada Anwar untuk melepaskan jawatan secara sukarela dan "bagi alasan kukuh" dalam erti kata, untuk tidak memalukan diri beliau sendiri. Seandainya beliau meletakkan jawatan secara sukarela dengan alasan seperti sakit atau tekanan atau lain-lain alasan pada ketika itu, sudah tentu Tun M tidak akan memecatnya dan isu mengenai mengapa beliau dipecat tidak timbul kerana ianya mengaibkan (liwat, rasuah, dll).

Hubungan Mahathir - Anwar bermula apabila Anwar mengumumkan untuk menyertai UMNO sekitar tahun 80'an. Catatan Utusan Malaysia Online pada 3 September 1998 (sehari selepas pemecatan Anwar) turut mengimbas kembali kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan perjalanan beliau meniti jambatan ke puncak kuasa. Alkisahnya

Kronologi Anwar dalam UMNO

KUALA LUMPUR - Pada 29 Mac 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk bergerak cergas dalam politik UMNO ''kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.''

''Saya memilih UMNO kerana ia memberi ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya dan saya memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan parti yang beliau pimpin.

''Kami berharap akan dapat bekerjasama untuk kebaikan rakyat negara ini,'' kata beliau di hadapan Dr. Mahathir di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dan, semalam di JPM juga kerjaya beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berakhir apabila dilucutkan daripada semua jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Sebulan selepas (April 1982) Anwar yang merupakan bekas Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membuat pengumuman itu, beliau dipilih sebagai calon pilihan raya umum dan memenangi kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Dari situlah bermulanya kerjaya politik Anwar dalam kerajaan. Pada usia 35 tahun, selepas menumpaskan calon Pas dan DAP dengan majoriti 14,352 undi Anwar diberi kepercayaan menjadi Timbalan Menteri di JPM pada tahun yang sama selama 14 bulan.

Pemuda UMNO telah mengambil keputusan penting dalam sejarah pergerakan itu pada 9 September 1982 dengan memilih orang baru dalam politik UMNO iaitu Anwar mengetuai mereka.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Pemuda seorang yang baru lima bulan menyertai parti, diberi jawatan dan kepercayaan demikian besar. Tetapi ia berlaku kepada Anwar sekalipun kemenangan itu hanya dengan 10 undi menewaskan Datuk Suhaimi Kamaruddin.

Peningkatan Anwar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu, berlaku dengan begitu pantas.

Pada 2 Jun 1983, beliau menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pertanian 14 Julai tahun berikutnya.

Dua tahun kemudian, beliau melangkah ke Kementerian Pendidikan, portfolio yang dianggap sebagai ''petanda emas'' bagi seorang anggota kabinet terus berjaya dalam kerjaya politik.

Secara tradisi, jawatan Menteri Pendidikan disandang oleh mereka yang menjadi Perdana Menteri negara ini.
Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Tun Daim Zainuddin. Pada 1 Disember 1993, beliau dilihat akan menggantikan Dr. Mahathir apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang dalam pemilihan sebagai Timbalan Presiden tanpa bertanding bagi menggantikan Tun Ghafar Baba.

Beliau yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk penggal kedua pada 1996, telah diberi kepercayaan untuk memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan sejak 19 Mei 1997.
Anwar tidak begitu dikenali sebelum 1974. Peristiwa mogok lapar dan tunjuk perasaan di Baling, Kedah pada November tahun itu serta-merta menjulang namanya.

Anwar yang ketika itu merupakan pemimpin pelajar Universiti Malaya dan ABIM memperjuangkan kemelaratan hidup penduduk di kampung di utara Semenanjung itu. Bagaimanapun kelantangannya itu menyebabkan beliau dan beberapa rakan pelajarnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Apabila anak kelahiran Cerok To'kun, Bukit Mertajam itu mengumumkan komitmennya kepada UMNO, arena politik tanah air mengalami semacam kejutan. Ini kerana Anwar sebelum ini sering dikaitkan dengan perjuangan Pas dan mengkritik kerajaan.

Mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa keputusannya menyertai UMNO itu merupakan satu political suicide, beliau berkata, ''biarlah masyarakat yang menentukan''.

''Dan hanya Tuhan sahaja yang tahu mengenai niat dan tujuan saya menyertai UMNO,'' kata beliau pada sidang akhbar ketika mengumumkan keputusannya menjadi anggota UMNO pada 29 Mac 1982.
Selepas memenangi pilihan raya umum pada April 1982, beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh empat bulan kemudian. Beliau memimpin Pergerakan Pemuda UMNO sehingga 23 April 1987.

Pada 24 April 1987, Anwar dipilih sebagai Naib Presiden UMNO selepas beberapa kali menolak desas-desus bahawa beliau akan merebut jawatan itu.

Beberapa bulan kemudian, Anwar menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan Ghafar yang merupakan Timbalan Presiden ketika itu renggang. Enam tahun kemudian beliau yang beberapa kali menafikan akan mencabar Ghafar untuk jawatan timbalan presiden, akhirnya mengubah pendirian atas alasan desakan para penyokong parti.

Sejak 17 Julai 1987 dan sehingga kini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Anwar ketika menjelaskan falsafah perjuangan politik pada 1982, pernah juga berkata: ''Kalau kita hendak membuat sesuatu, adalah menjadi kenyataan yang kita perlukan kedudukan tertentu.

''Sekalipun kita mempunyai idea yang baik tetapi kerana kita tidak mempunyai kedudukan tertentu, sukar bagi kita untuk melaksanakan idea tersebut,'' katanya.

Kepimpinan Anwar dalam pergerakan belia tahun 1970-an, sebelum menyertai politik telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini termasuklah pelantikan pada tahun 1973 sebagai anggota jawatankuasa penasihat hal ehwal belia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pada tahun 1976 mewakili rantau Asia Pasifik di Perhimpunan Belia Sedunia (WAMY).

Semasa di Universiti Malaya, beliau cuba membawa perubahan dalam corak kehidupan kampus dengan menerap nilai-nilai Islam dan peradaban timur. Ini dilakukannya semasa menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia mulai tahun 1968. Anwar mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar yang melahirkan ramai pemimpin politik dan pegawai kanan kerajaan.

Dari universiti, beliau kemudian menjadi Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) pada tahun 1970 dan dua tahun selepas itu, menjadi presidennya.

Malah, Anwar juga pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia antara 1972 dan 1976 dan Presiden Persidangan UNESCO (1987-89). Pada masa sekarang beliau juga adalah Presiden Universiti Islam Malaysia.

Antara tempoh 1979 dan 1997, beliau telah menerima 18 anugerah termasuk Pingat Allama Iqbal Centenary, Pakistan, Malaysia Of The Year pada 1982, Reader of The Year (1988), Top Finance Ministers of the Year, majalah Euromoney (1993) dan Knight Grand Cross of Rizal (Sir) pada 1996.

Sebagai Menteri Kewangan sejak Mac 1991, Anwar juga dilihat sebagai anggota kabinet yang memperkenalkan perkataan-perkataan dan istilah-istilah baru ketika menyampaikan ucapan belanjawan.
Beliau juga ada menulis buku berjudul Menangani Perubahan pada 1989 dan The Asian Renaissance tahun lalu.

Sepanjang 16 tahun dan empat bulan dalam kerajaan, Anwar yang beristerikan, seorang doktor mata, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan mempunyai enam orang anak, menjadi perhatian kerana sering diselubungi pelbagai desas-desus khususnya sejak Julai lalu apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.

Disebalik warna warni Anwar bersama UMNO yang telah memberi banyak faedah kepada beliau, rupa-rupanya tidak semua yang mengenali Anwar benar-benar mengenali Anwar, terutama sekali rakyat. Dengan imej mahasiswa pro-Islam pada semasa menjadi pelajar, kemudian diterima masuk UMNO oleh PM sendiri pada ketika itu dan diberikan jawatan penting, siapalah sangka orang yang sama ini sebenarnya 'tak sebulu' dengan bos beliau sendiri. Hal ini sekali lagi diungkap Utusan Online, pada tarikh yang sama seperti di atas :

* 20 September 1995 - Dr. Mahathir menjelaskan tidak wujud perselisihan faham di antara beliau dengan Anwar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

* 6 Ogos 1996 - Dr. Mahathir berkata akibat terlalu banyak teori konspirasi mengenai hubungannya dengan Anwar, telah timbul pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan dalam UMNO.

* 20 November 1996 - Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggotai semula UMNO menyatakan beliau tidak mempunyai rancangan untuk mencabar Anwar selaku Timbalan Presiden UMNO.

* 22 November 1996 - Dr. Mahathir menyatakan sokongan penuh kepada Anwar sebagai penggantinya.

* 24 November 1996 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pertikaian mengenai siapa yang akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak harus timbul, jika pemimpin dan ahli UMNO menghormati hierarki dalam parti.

* 25 November 1996 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Pemuda memberi amaran kepada kembiri termasuk media asing supaya tidak membuat spekulasi mengenai hubungan baik Dr. Mahathir dan Anwar.

* 19 Mei 1997 - Anwar memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan mulai hari ini kerana Dr. Mahathir bercuti.

* 25 Ogos 1997 - Dr. Mahathir berkata, dakwaan kononnya Anwar terbabit dalam skandal seks merupakan fitnah yang bermotifkan politik.

* 26 Ogos 1997 - Anwar mendedahkan bahawa beberapa surat tohmahan terhadapnya diedarkan kebelakangan ini dalam usaha yang terancang, teratur dan teliti bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

* 7 September 1997 - Pada Perhimpunan Agung UMNO, Dr. Mahathir menangkis segala tohmahan yang bertujuan merosakkan imej Anwar yang bakal menggantikannya.

* 17 Jun 1998 - Anwar memperoleh perintah injunksi interim terhadap penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

* 18 Jun 1998 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan pergerakan itu mendesak unsur nepotisme dan kronisme dalam kerajaan dihapuskan.

* 20 dan 21 Jun 1998 - Senarai nama syarikat dan individu yang mendapat saham dan projek kerajaan diedarkan kepada para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

* 21 Jun 1998 - Dr. Mahathir dalam ucapan penggulungan pada perhimpunan itu menegaskan, tiada amalan nepotisme wujud sebagaimana didakwa dan secara terbuka menyebut nama Ahmad Zahid antara mereka yang terdapat dalam senarai tersebut.

* 7 Ogos 1998 - Anwar menyifatkan spekulasi kononnya beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan sebagai 'tidak berasas'. Katanya, beliau masih bertanggungjawab penuh di Kementerian Kewangan.

* 22 Ogos 1998 - Dr. Mahathir menyatakan di Kota Bharu bahawa terdapat usaha pihak asing untuk menumbangkan kerajaan dengan menggantikannya dengan Timbalannya, Anwar tetapi 'beliau bernasib baik kerana cubaan itu gagal'.

* 24 Ogos 1998 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya mengekalkan perpaduan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebuah parti hanya mempunyai seorang 'jeneral'.

* 25 Ogos 1998 - Anwar mendedahkan beberapa surat tohmahan terhadapnya sebagai usaha yang 'terancang, teratur dan teliti' bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

 * 31 Ogos 1998 - Anwar menafikan khabar angin buat kali ketiga dalam tempoh sebulan kononnya beliau mengemukakan surat peletakan jawatan.

* 1 September 1998 - Dr. Mahathir berkata beliau akan menerima peletakan jawatan Anwar jika Anwar mengemukakan alasan yang kukuh.

* 2 September 1998 - Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Reformasi? Motif?
Inilah manusia bernama Anwar Ibrahim dengan mentornya, Dr. Mahathir Mohamad. Siapa sangka mereka ini yang nampak begitu akrab sebelum ini, akhirnya masih berseteru hingga ke hari ini. Seandainya Anwar Ibrahim mendengar nasihat mentornya pada 1 September 1998, mungkin negara kita tidak akan melalui peristiwa hitam demonstrasi jalanan  yang telah merosakkan industri pelancongan serta harta benda awam. Dr Mahathir pada ketika itu nampaknya sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan Anwar dan percaya kununnya Anwar difitnah. Tetapi akhirnya, kebenaran muncul jual kepada beliau, dan keputusan memecat Anwar sama sekali telah mengubah landskap politik negara . Retorik Anwar yang kununnya membawa agenda "reformasi", mungkin sekali ingin mengheret rakyat untuk masuk ke dalam krisis politik beliau dengan Tun M.

Mudah-mudahan kita semua mendapat gambaran yang lebih jelas mengapa anwar dilucutkan jawatan Timbalan Pedana Menteri dan Menteri Kabinet yang lain serta mengapa beliau dipecat dari UMNO.

Wassalam..

p.s : paper lama banyak gunanya.....

Gobala oh Gobala....

Salam,

"Wamakaru wamakarallah.. wallahu khairul-makirin..."
( Klip ucapan Gobala di ceramah PAS )



Itulah antara ayat al-Quran yang keluar dari mulut Gobala Krishnan, seorang ahli Parlimen PKR di Kedah. Nampaknya di dalam ceramah tersebut Gobala dengan bersungguh-sungguh memuji Badrul Amin sebagai seorang ulama' yang sebenar. Di samping memetik ayat Ali-Imran seperti di atas, beliau turut memetik ayat "Laa ikra hafiddiin.." dalam ceramah yang mencerminkan "kepandaian" dan "kefahaman".

Hari ini dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat Mingguan Malaysia..

("Awang Selamat @ Mingguan Malaysia 4 Oktober 2009")
Apabila Gobala memetik ayat al-Quran...

Awang semak perut setiap kali berlangsung pilihan raya kecil. Kekasaran, ketegangan dan pergaduhan pasti akan berlaku sama ada ketika penamaan calon mahupun sepanjang tempoh kempen. Bukanlah Awang mahu memihak tetapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri mengikuti banyak pilihan raya serta maklumat daripada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia banyak berpunca daripada budaya kekasaran yang sudah meresap kuat di kalangan sebahagian ahli dan penyokong tegar pembangkang.

Dengan kata lain, golongan tersebut akan menjadi begitu provokatif dan agresif setiap kali berkempen. Awang melihat ini angkara ketaksuban dan juga boleh ditafsir sebagai kerendahan budaya politik. Menang pilihan raya satu hal tetapi penilaian rakyat terhadap tingkah laku sesebuah parti politik ketika berkempen adalah hal yang akan menjadi pertimbangan utama. Selagi pembangkang mengamalkan budaya sedemikian, selagi itu ia terus merugikan mereka.

Sebab itu, Awang melihat pembangkang gagal mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas pilihan raya umum lalu dan biarpun memenangi beberapa pilihan raya kecil. Dengan kata lain, tiada gelombang rasa teruja ke atas pembangkang yang sepatutnya boleh tercetus dengan sendirinya jika pembangkang lebih sederhana dan harmoni dalam pendekatan mereka. Akibatnya, sokongan kepada pembangkang bukan sahaja tidak meningkat malah merosot, yang juga disebabkan pelbagai isu kebelakangan ini.

Semalam, penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang di Port Dickson turut tegang sehingga ada pemimpin UMNO dikasari dan ditumbuk. (Mungkin sudah sampai masanya sistem penamaan calon yang ada termasuk perhimpunan diharamkan. Cukup sekadar calon dan wakilnya mendaftar kepada SPR dalam tempoh tertentu yang tidak semestinya serentak sebagaimana dilaksanakan di sebahagian negara).

Awang percaya sebahagian rakyat sudah muak dengan suasana tidak menyenangkan pada pilihan raya kecil meskipun proses itu terpaksa dilaksanakan atas tuntutan demokrasi.

Tetapi yang membuatkan Awang lebih meluat ialah trend pemimpin pembangkang bukan Islam yang ghairah menggunakan ayat al-Quran pada kempen pilihan raya. Kali ini, seorang pemimpin PKR, N. Gobalakrishnan membaca sepotong ayat suci itu ketika ceramahnya di Bagan Pinang malam semalam. Ramai kenal siapa Gobalakrishnan yang merupakan politikus yang suka membuat gimik murahan dan provokasi seperti menerpa untuk memanjat meja Speaker Dewan Rakyat dan membuat kecoh dengan cuba menumbuk polis pada pilihan raya kecil Permatang Pasir selain gemar berdemonstrasi liar.

Orang seperti beliau memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

... maka tidak syak lagi apa yang merimaskan Awang Selamat adalah benar.... kalau kita semak dalam tafsir Al-Quran...


"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. "


Maka tidak syak lagi ayat tersebut "kembali" kepada Gobala sendiri. Beliau menyebut ayat Quran tersebut dalam ceramah yang menghentam UMNO dan BN sedangkan ayat yang beliau baca tersebut dengan jelas menyatakan "orang-orang kafir" yang membuat tipu daya. Orang-orang kafir yang membuat tipu daya ini untuk perkara yang menguntungkan mereka i.e, demi politik mereka sanggup berpura2 sukakan Islam demi meraih undi orang Islam.

Jikalau benar gobala benar2 "faham" dan "lebih mengerti" Islam daripada UMNO seperti yang selalu dilaungkan oleh penyokong dan pimpinan PAS, kenapa sehingga hari ini beliau masih belum memeluk Islam? Dan setakat hari ini beliau masih lagi "orang kafir" dan ingatlah wahai penyokong PAS, ayat ali-Imran ayat 54 seperti yang dibacakan "al-fadil" gobala sendiri...

Fikir-fikirkan..

Wassalamualaikum.

p/s : Gobala ni MP tmpt aku ngundi...

Pertubuhan Kebangsaan MELAYU BERSATU @ UMNO


Salam..

Hari ini merupakan antara hari yang cukup bersejarah buat UMNO. Pada hari ini, kita dapat menyaksikan ucapan yang penuh bersemangat telah disampaikan oleh Presiden UMNO ke-7, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ucapan beliau yang berkobar-kobar itu nampaknya telah berjaya memukau seluruh perwakilan yang hadir khususnya dan seluruh rakyat yang menyaksikan di kaca telivisyen. Hari ini, sejarah terpahat lagi, apabila Presiden UMNO ke-5, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, sehari selepas beliau menjelaskan ketidakhadiran beliau pada majlis pembukaannya di blog Che Det.

Kehadiran beliau dikhabarkan amat dialu-alukan oleh para perwakilan. Beliau diberikan tepukan gemuruh (standing ovation) secara spontan oleh para perwakilan. Hadirnya beliau hari ini, jelas membuktikan kasih dan sayang beliau kepada UMNO tidak pernah padam. Laporan Malaysiakini.com melaporkan bahawa beliau telah naik ke pentas serta bersalaman dan berpelukan dengan Datuk Seri Najib. Yang lebih mengejutkan, Tun Dr Mahathir telah bersalaman dan berpelukan dengan mantan Presiden UMNO ke-6, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , orang yang paling hebat dikritiknya sebelum ini. Bagi sesetengah pihak, perkara ini dilihat sebagai titik mula perdamaian antara Pak Lah dan Tun Mahathir sendiri.

Datuk Seri Najib, di penghujung ucapannya ada menyatakan hasrat supaya Tun Mahathir dan Pak Lah berbaik-baik semula. Hasrat beliau ini dilihat mencetuskan tepukan bergemuruh, tanda sokongan ahli-ahli UMNO yang lain. Sesungguhnya usaha beliau ini merupakan jambatan penghubung antara kedua-dua negarawan tersebut. Laporan Utusan Malaysia juga menyatakan, bahawa Tun Mahathir mengesahkan akan menyertai UMNO semula selepas meninggalkan parti itu pertengahan tahun lepas. Sesungguhnya, tindakan beliau keluar UMNO itu bukanlah satu pengkhianatan tetapi satu usaha untuk mendesak UMNO melakukan perubahan dari segi kepimpinan dan hari ini ianya kelihatan berjaya. 

Sesungguhnya, hari ini, anak muda ini sebak dengan apa yang telah berlaku. UMNO, sebagai parti keramat orang Melayu merupakan lambang penyatuan orang Melayu di negara ini. Walaupun sejak kebelakangan ini, UMNO dipandang serong dan enteng oleh rakyat, terutamanya generasi muda, tetapi hari ini, ia bakal berubah. UMNO sekali lagi dibarisi kepimpinan yang mantap. Mereka yang mementingkan wang dan kuasa, jika menang sekalipun kali ini, tidak akan bertahan lama. Ahli-ahli UMNO diminta untuk terus memerangi mereka yang menjadikan wang sebagai panduan hidup mereka. "Kera sumbangkan" mereka-mereka ini. Saf kepimpinan UMNO harus bijak dengan  tidak memberi tempat kepada manusia-manusia seperti ini.

Kepada para penyokong UMNO, marilah kita bersatu. Kita bersatu dalam memperjuangkan Islam, Umat Melayu dan Negara Malaysia. Usahlah tidur lagi. Keselesaan selepas 2004 telah dibayar dengan duka pada 2008. Bersedialah kita untuk 2012. Ambil iktibar apa yang telah berlaku dan marilah sama-sama jujur dan ikhlas dalam perjuangan ini. Insya Allah, kita akan berjaya. Kata Tun Mahathir :

Wassalam...

#Daftar ahli UMNO online - http://www.daftar.umno.org.my