Ku Biarkan Pena Menulis.....

Revisit

Assalamualaikum 

Hari ini saja buka blog ni balik. Tujuan? Nothing specific to be exact. So bila tak ada sangat apa nak buat, aku pun godek-godek theme.

Saja gatal tangan tukar ke theme classic sekejap. Rupa-rupanya masih jalan ya. Tak sangka.

Tapi banyak jugak broken sebab laman-laman hosting image dan file yang ada dalam template lama dah tak ada. Cuma yang menarik link-link sahabat yang ada blog tu masih ada.

Aku pun buka satu-satu. Kebanyakannya dah kena delete, ada yang dah lock (invite only), ada yang kena hack dan ada yang terbengkalai.

Satu yang aku perasan, hampir semua blog yang masih boleh akses tu, post terakhir sekitar tahun 2009 dan 2010. Ini membuat aku terfikir, What exactly happened?



Setelah berfikir, aku rasa, Facebook happened. Semua orang dah start meluah perasaan dan menulis pemikiran di FB dan Twitter.

Tapi bagi aku, aku akan tetap menulis di blog. This is my sanctuary.

Wassalam

Tahun Baru... 2013!

Assalamualaikum 

Lama betul tak dikemaskini. Post terakhir 22 Oktober 2012. Sekarang dah 3 Januari 2013. Maknanya dah hampir 3 bulan dan dah masuk tahun baru... baru nak kemaskini.. Hehe...

Rasanya terjadi malas nak kemaskini ni sebab ter'delete' picasa album dalam phone android. Rupa-rupanya, bila kita delete yang tu, semua gambar dalam blog pon terdelete sama. Dia ada auto-sync antara phone ke blog dan blog ke phone yang telah di'enable' secara default. Aduh! Koleksi 9 tahun foto, imej dan screenshot dalam blog ni turut sama terhapus!

Bagi sesetengah orang, 'its no big deal', tapi bagi tuan punya diri ini, ia umpama kehilangan memori dan kenangan yang tidak bernilai ternilai. Apatah lagi dengan koleksi yang begitu lama tersimpan hilang dengan sekelip mata.

Ya lah.. dah takde gambar, kita letaklah gambar baru.....2013!

Apa pun, life goes on. Sekiranya anda terjumpa page dalam blog ini yang dah takde gambar tu, maksudnya ia telah ter'delete' macam yang diterangkan kat atas. Setakat tulisan ini dicatat, masih belum ada cara untuk recover balik. Kalau siapa tahu, bolehlah ceritakan.

Insya Allah, di permulaan tahun ke-9 blog ini, aku berazam untuk terus mencatat apa yang aku rasa perlu dalam blog ini, walaupun pengunjung kian lama kian pudar. Yang penting, apa yang aku ingin kongsikan dapat diakses dan mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

Wassalam

Gempar! Ahli Parlimen Pas Berjoget di Parlimen??

Salam,

Mana mau cari? Rare ni..
Hanya boleh dapat di
http://zamkata.blogspot.com/
Tajuk aje tu... Hehehe.. 

Sebenarnya ia merujuk kepada cerita ini :

HOBI WAKIL RAKYAT PAS BERJOGET

Ini adalah secebis kisah 'Z-Fail' yang dibawakan khas daripada seorang bekas menteri kabinet pada zaman Pak Lah. Beliau pernah ditertawakan oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak mampu menjawab soalan dengan baik apabila diajukan oleh pihak stesen tv asing yang berbahasa Inggeris.

Tetapi berapa ramai yang boleh menulis seperti beliau? Saya mula membaca tulisan beliau mengenai Dr Mahathir (Mahathir Di Sebalik tabir) semasa di bangku sekolah lagi. Kemudian saya turut membaca tulisan beliau yang sekali sekala ada (sebab gua beli paper pun sekali sekala jugak.. haha) dalam artikel di dalam Utusan Malaysia. Buku "Hari Itu Sudah Berlalu" juga saya beli, tapi jujurnya belum lagi habis dibaca.

Saya dapati gaya penulisan beliau amat menarik kerana ada sahaja benda baru yang kita akan ketahui. Setiap kali beliau menulis, seolah-olah ada kejutan menanti.

Saya suka penulisan yang semacam ini.

Tengok warna kulit dia kadang2 teringat kat bapak aku.. hahaha...
Sudah tentulah pengalaman beliau selama bertahun-tahun bergelumang di dengan dunia kewartawanan dan politik Malaysia mempunyai nilai tersendiri bagi peminat-peminat politik dan kisah-kisah nostalgia seperti saya. Suka juga mendengar komentar 'orang lama' mcm beliau dalam isu-isu semasa terutama sekali yang melibatkan politik. Mesti ada yang panas, pedih dan terasa hati.

http://zamkata.blogspot.com - Pi la tengok Zam (Tan Sri Zainuddin Maidin) punya blog!

Wassalam..

p/s : Teringat kisah blog, 'goblog!' He he he...