Ku Biarkan Pena Menulis.....

Tahun Baru... 2013!

Assalamualaikum 

Lama betul tak dikemaskini. Post terakhir 22 Oktober 2012. Sekarang dah 3 Januari 2013. Maknanya dah hampir 3 bulan dan dah masuk tahun baru... baru nak kemaskini.. Hehe...

Rasanya terjadi malas nak kemaskini ni sebab ter'delete' picasa album dalam phone android. Rupa-rupanya, bila kita delete yang tu, semua gambar dalam blog pon terdelete sama. Dia ada auto-sync antara phone ke blog dan blog ke phone yang telah di'enable' secara default. Aduh! Koleksi 9 tahun foto, imej dan screenshot dalam blog ni turut sama terhapus!

Bagi sesetengah orang, 'its no big deal', tapi bagi tuan punya diri ini, ia umpama kehilangan memori dan kenangan yang tidak bernilai ternilai. Apatah lagi dengan koleksi yang begitu lama tersimpan hilang dengan sekelip mata.

Ya lah.. dah takde gambar, kita letaklah gambar baru.....2013!

Apa pun, life goes on. Sekiranya anda terjumpa page dalam blog ini yang dah takde gambar tu, maksudnya ia telah ter'delete' macam yang diterangkan kat atas. Setakat tulisan ini dicatat, masih belum ada cara untuk recover balik. Kalau siapa tahu, bolehlah ceritakan.

Insya Allah, di permulaan tahun ke-9 blog ini, aku berazam untuk terus mencatat apa yang aku rasa perlu dalam blog ini, walaupun pengunjung kian lama kian pudar. Yang penting, apa yang aku ingin kongsikan dapat diakses dan mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

Wassalam

Takwim Cuti Sekolah 2013 [Disahkan]

Assalamualaikum,

Pengumuman semua... Takwim Sekolah 2013 dah keluar!! Dalam entri sebelum ini, kita dimaklumkan ia akan keluar pada bulan November 2012. Tapi bila disemak dalam laman web KPM, dah keluar dah. Sila check di sini : Perincian Penggal Persekolahan 2013

Secara ringkasnya, cuti persekolahan pada 2013 ialah :

Kumpulan A (Sekolah di Kelantan, Kedah, Terengganu) : 
Cuti Pertengahan Penggal 1 = 22 Mac 2013 hingga 30 Mac 2013 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun = 24 Jun 2012 hingga 8 Jun 2013 (16 hari) 
Cuti Pertengahan Penggal 2 = 6 Ogos 2013 hingga 17 Ogos 2013 (12 hari)
Cuti Akhir Tahun = 15 November 2013 hingga 31 Disember 2013 (47 hari)


Kumpulan B (Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Semua Wilayah Persekutuan) : 
Cuti Pertengahan Penggal 1 = 23 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun = 25 Jun 2012 hingga 9 Jun 2013 (16 hari) 
Cuti Pertengahan Penggal 2 = 7 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (12 hari)
Cuti Akhir Tahun = 16 November 2013 hingga 1 Januari 2014 (47 hari)

Oleh yang demikian, taukeh-taukeh kalendar kuda dah boleh mula cetak kalendar masing-masing. Begitu jugak dengan mereka yang nak merancang-rancang peristiwa-peristiwa penting tahun hadapan.. Dah boleh mula pangkah kalendar atau masuk dalam planner / reminder masing-masing.

Hehe... Semoga bermanfaat buat semua!

Wassalamualaikum!!

Takwim Rasmi Persekolahan 2013

Assalamualaikum,

Kalau nak tengok cuti sekolah, selalu orang akan rujuk kalendar kuda. Kalendar kuda merujuk kepada kalendar yang kita biasa dapat kalau pegi ke bengkel-bengkel atau kedai-kedai mini market berhampiran rumah kita menjelang tahun baru atau suku terakhir tahun semasa. Kenapa diberi nama kalendar kuda? Sudah semestinya sebab kewujudan tarikh-tarikh "KL Race Day" atau "Singapore Race Day" yang dicatatkan pada kalendar tersebut dengan ikon seorang jockey menunggang kuda lumbanya.. hehe..

Tahun 2013, ramai yang mempunyai perancangan sendiri. Daripada yang hendak berkahwin, berbulan madu, bercuti, pergi umrah, pergi haji, kursus dan pelbagai lagi perancangan-perancangan yang hendak diselaraskan dengan cuti sekolah. Kenapa? Mungkin sebab bila cuti sekolah, para ibu bapa boleh mengambil peluang tersebut untuk turut membawa anak-anak bersama dalam perancangan mereka tanpa mengorbankan masa belajar anak-anak di sekolah. Apatah lagi jika ada kenduri kendara, saat paling baik ialah waktu cuti sekolah sebab anak-anak ini bakal memeriahkan majlis. Adakala, waktu cuti sekolah juga waktu yang sesuai bagi anak-anak lelaki "meningkat dewasa" -- kasi potong! He he he....

Apa pun peristiwa dan majlisnya, perancangan perlu bermula awal. Sebab itu ramai yang mencari-cari takwim cuti sekolah dan permulaan penggal bagi tahun hadapan. Orang Malaysia sebenarnya amat berhati-hati dalam membuat perancangan. Failed to plan = Planned to fail. Hakikat ini, semua orang pun tahu... Yang orang tidak tahu ialah tarikh-tarikh berkenaan. Walaupun tarikh Hari Kelepasan Am 2013 telah pun dihebahkan oleh Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri, tetapi tarikh-tarikh permulaan penggal serta cuti sekolah 2013 masih belum dihebahkan kepada umum. Ini bisa membuatkan mereka yang ingin merancang pada 2013 termanggu-manggu mencari arah dan hala tuju pada tahun 2013. Apatah lagi sekiranya mereka ialah para taukeh-taukeh pencetak kalendar kuda yang hanya menunggu untuk meletakkan takwim persekolahan sahaja pada kalendar mereka... hi hi hi...

Untuk yang demikian, atas rasa keprihatinan kepada taukeh-taukeh pencetak kalendar kuda (muahaha..), maka aku telah mengambil inisiatif untuk bertanyakan secara terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan perkara ini. Respons yang diberikan oleh KPM adalah cukup baik dan cepat. Boleh aku berikan 5 bintang di atas kecekapan tersebut. Walaupun hampa kerana masih tidak memperoleh tarikh-tairkh tersebut (sori aa taukeh) tapi penerangan yang diberikan oleh KPM boleh dikatakan elaborate dan mesra. Aku perturunkan apa yang disampaikan kepada aku :
Tuan/Puan,


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan Encik Nama Aku Bin Nama Bapak Aku  
Untuk makluman, takwim persekolahan dijangka akan dipamerkan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ), http://www.moe.gov.my/  pada bulan November setiap tahun. 
Ini hanya akan berlaku setelah perancangan takwim dilakukan dalam bulan September atau bulan Oktober serta mendapat kelulusan dari pihak atasan dan juga ahli lembaga mesyuarat yang lain. Walau bagaimanapun, pengumuman ini tertakluk kepada pindaan 
Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan kepada tuan untuk melayari laman sesawang KPM dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkembangan terkini berkenaan perkara tersebut.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Encik Nama Aku bin Nama Bapak Aku  
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan seperti di atas. 
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM. 
Sekian.
Haa... ingat kita je ada perancangan? Depa yang buat takwim pun dok merancang jugak.. Hehe.. Cumanya perancangan kita tertakluk kepada perancangan depa jugak... Jadi bagi yang dok mencari-cari lagi Takwim Persekolahan 2013, boleh la menunggu pada bulan November. Jugak disebut di sini, tarikh-tarikh cuti yang sedang dirancang, kalau ada pun dengar sipi-sipi mungkin belum muktamad sebab ada pulak tertakluk kepada pindaan. Hal ni mungkin bisa kita fahami sebab tahun depan ialah election year setelah cakap-cakap pilihan raya tahun ini pudar, gugur layu satu persatu bak musim luruh di kota Tokyo... Huuu huuu.... Dengan ada pulak negeri-negeri yang tak mahu buat pilihan raya serentak dengan pilihan raya parlimen jika diadakan tahun ini, jadi boleh kita katakan tahun depan baru akan diadakan pilihan raya. Sebab tu la rasanya masih ada penangguhan lagi pengumuman Takwim Persekolahan 2013. Tarikh-tarikh itu mungkin perlu diselaraskan supaya ianya mengambil kira tarikh-tarikh kemungkinan pilihan raya akan diadakan pada tahun hadapan.

Ringkasan :

  • Perancangan KPM : September & Oktober
  • Pengumuman KPM : November (melalui laman web)


Untuk itu..... semak balik la bulan November ni okeh!! Tak lari 2013 dikejar! Miauu!

Wassalamualaikum~