Ku Biarkan Pena Menulis.....

Bajet 2013 : Individu Berpendapatan RM 5,000 ke bawah tidak dikenakan cukai?

Assalamualaikum,

Hari ni terbaca dalam berita BERNAMA berkenaan langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai satu mata peratusan. Mula-mula pengumuman tak berapa nak faham sebab tak tahu adakah ianya membabitkan aku atau tidak, sebab sekarang ni aku bulan-bulan pun dah kena potong cukai sebab dah mula melebih RM 3,000 pendapatan bercukai. Aku pulak tak buat pun e-filing jadi tak ada pelepasan langsung yang direkodkan di LHDN. Kalau tak konfem-konfem la aku x kena cukai.

Menurut kenyataan di bawah, mereka yang berpendapatan RM 5,000 selepas pelepasan cukai tidak lagi dikenakan cukai mulai tahun taksiran 2013.

LHDN Tegaskan Individu Dengan Pendapatan Bercukai Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai 
CYBERJAYA, 29 Sept (Bernama) -- Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013. 
Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini. 
"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hingga RM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum ini tujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini. 
Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasan cukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar. 
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 dan pengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahun depan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Adakah ini bermakna aku juga tak akan dikenakan cukai pada tahun taksiran 2013 nanti? Adakah maksudnya kalau aku tak buat e-filing pun still tak dikenakan cukai? Kalau macam ni dah cukup bagus. Tapi aku ingat nak buat jugak e-filing tahun depan sebab sebenarnya aku rasa mmg aku tak perlu kena cukai. Aku ada subscribe broadband, bayar zakat, beli buku-buku dan banyak lagi yang memang kena pelepasan. Tapi disebabkan lalai serta leka, maka tak sempat buat e-filing dan terpaksa dipotong dari gaji aku untuk cukai. Apa boleh buat, sendiri lupa, sendiri tanggung.

Apa pun aku mengharap yang terbaik bagi kerajaan dan usaha mereka dalam membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Wassalamualaikum

Bukit Kepong : Polis British atau Polis Persekutuan?

Salam,

Dua tahun yang lepas, aku pernah menulis berkenaan Pembinaan Negara : Dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam tulisan berkenaan, ada dikupas sedikit latar belakang negeri-negeri Melayu, Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Seingat aku, tulisan itu aku nukilkan sebab pada ketika berkenaan heboh isu kononnya UMNO bukan pejuang kemerdekaan kerana heboh dokumentari "10 tahun sebelum merdeka" yang mengangkat golongan kiri yang mempunyai pengaruh Komunis sebagai pejuang sebenar.

Kini, timbul pula isu yang lebih kurang sama selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengatakan bahawa pihak yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong itulah wira kemerdekaan dan yang diserang itu Polis British. Beliau juga mendakwa sejarah serangan yang diketuai seorang Melayu bernama Mat Indera itu sengaja ditutup dan filem Bukit Kepong itu tidak benar kerana pengarah filem berkenaan seorang ahli UMNO.

Jom kita lihat fakta. Yang menyerang adalah pengganas Komunis yang mana majoriti ahlinya berbangsa Cina. Yang diserang adalah anggota Polis yang hampir keseluruhannya Islam-Melayu. Jadi Mat Sabu mengatakan bahawa yang menyerang itu wira kemerdekaan, bermaksud beliau mengangkat komunis menjadi wira?

WOI MAT, HANG MABOK DAUN KETUM KA APA?

Macam ni punya pemimpin pun ada. Dia tak belajar sejarah kah? Komunis ini fahaman yang menolak agama dan feudalisme. Dalam erti kata lain, mereka menolak Islam dan juga Raja-raja Melayu. Dan sesudah Merdeka, mereka ini juga yang membunuh ramai askar-askar dan polis-polis yang bertugas menjaga keselamatan negara. Orang macam ini nak diangkat sebagai wira? Aduh! Malang apakah yang melanda kepimpinan PAS!

Maka dengan itu, satu forum telah dianjurkan pada 9 September 2011 di Ipoh berkenaan tajuk "Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?". Di dalam forum ini, barisan ahli panel telah menghuraikan dengan panjang lebar siapa sebenarnya wira dan siapa pengkhianat dan pengganas. Selain itu, turut terjawab ialah pandangan sesetengah pihak yang tidak dapat menerima fakta dari sudut sejarah dan perundangan bahawa "Negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah" -- suatu kenyataan yang perlu difahami konteks dan fakta sejarahnya, bukan emosi dan logik-logik mudah yang kelihatan dangkal dan lemah pandangannya. Pandangan ahli panel turut menjawab :
  • Isu status naungan dan jajahan -- adakah negeri-negeri Melayu terjajah dan konteksnya
  • Isu Polis -- Polis British atau Polis Persekutuan
  • Isu hak-hak Melayu -- kenapa British menerima usul memelihara hak-hak Melayu di dalam perlembagaan
  • Isu kenapa perjuangan golongan kiri ditolak.
  • Asal usul HAMIM, PKMM, KMM dan perkaitan mereka dengan PKM.
  • Asal usul Parti Komunis Malaya sendiri.
  • Dan lain-lain lagi....

Maka oleh itu, disertakan video yang dirakam daripada Forum tersebut.


Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar? [9 Sep 2011]
Lokasi - Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Perhatian : 

1. Video ini agak panjang. Hampir 3 jam, tetapi memang berbaloi.
2. Sila saksikan sampai habis apa yang diperkatakan oleh ahli-ahli panel.
3. Rakaman asal dari : http://www.ustream.tv/recorded/17154930 
4. Download di : http://www.archive.org/

Mudah-mudahan kita semua mendapat lebih kefahaman akan pembinaan negara bangsa kita sendiri dan menolak sebarang percubaan untuk mengubah fakta sejarah seperti yang cuba dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Wassalam

P/S : Jangan takut nyatakan kebenaran. Apa salahnya kalau negeri-negeri Melayu tak pernah menjadi tanah jajahan British (melainkan Malayan Union 1946-1948) tetapi kita tetap Merdeka pada 1957? Melepaskan diri dari campurtangan British di dalam pentadbiran bukankah satu kemerdekaan juga? Secara kolektifnya juga, kemerdekaan 1957 memerdekakan Pulau Pinang dan Melaka dari kedaulatan British ke atas negeri-negeri tersebut!

Berapa subsidi kerajaan untuk seliter Petrol RON 95?

Salam,

PRIMAX 95 Petronas
Aku taktau kalau hampa dah tau, tapi ni nak cerita benda yang dulu aku taktau dan la ni baru tau..

Tau?

Tadi pagi aku pi isi minyak kat Petronas, tiba2 terbaca dia letak notis camni :


Subsidi Minyak Oleh Kerajaan Pada Bulan Julai 2011



Kalau close-up sikit lagi....

Subsidi 8 kupang, pelepasan cukai 5 kupang 8 duit....


Kalau betui la harga sebenar ni... Kita kira2 sikit keseluruhan berapa Kerajaan dok subsidi kita seliter bagi RON 95 :

Subsidi : RM 0.80
Pelepasan Cukai : RM 0.58

Overall Kerajaan tanggung = RM 1.38

Peratus kerajaan tanggung daripada harga sebenar : RM 1.38 / RM 3.28 * 100 = 42%

Jadi, boleh kita katakan kerajaan telah menanggung 42% perbelanjaan rakyat bagi minyak RON 95 untuk bulan Julai 2011.

Adakah Kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh ditakrifkan sebagai kerajaan berkebajikan? Fikir dan nilai sendiri....

Wassalam...