Berapa subsidi kerajaan untuk seliter Petrol RON 95?

Salam, PRIMAX 95 Petronas Aku taktau kalau hampa dah tau, tapi ni nak cerita benda yang dulu aku taktau dan la ni baru tau.. Tau? Tadi pagi aku pi isi minyak kat Petronas, tiba2 terbaca dia letak notis camni : Subsidi Minyak Oleh Kerajaan Pada Bulan Julai 2011 Kalau close-up sikit lagi.... Subsidi 8 kupang, pelepasan cukai 5 kupang 8 duit.... Kalau betui la harga sebenar ni... Kita kira2 sikit keseluruhan berapa Kerajaan dok subsidi kita seliter bagi RON 95 : Subsidi : RM 0.80 Pelepasan Cukai : RM 0.58 Overall Kerajaan tanggung = RM 1.38 Peratus kerajaan tanggung daripada harga sebenar : RM 1.38 / RM 3.28 * 100 = 42% Jadi, boleh kita katakan kerajaan telah menanggung 42% perbelanjaan rakyat bagi minyak RON 95 untuk bulan Julai 2011. Adakah Kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh ditakrifkan sebagai kerajaan berkebajikan? Fikir dan nilai sendiri.... Wassalam...