Semua orang tahu apa telah terjadi pada Pilihanraya Umum Malaysia kali ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lepas. Aku mudahkan seperti berikut, berdasarkan pemerhatian aku sendiri:
1. Undi 18 dan pengundi muda yang hadir dengannya banyak mempengaruhi keputusan luar jangka.
2. Antaranya, kejatuhan 'Giants' dan 'Legends' di arena politik tanah air, sekadar memetik beberapa nama : Tun M, Mukhriz, Azmin, Ku Nan, Nurul Izzah, KJ, Saifuddin Nasution, Tok Met, Zuraida, Maszlee, Ku Li dan lain-lain lagi.
"Giants" parti Pejuang yang kalah. Sumber: https://www.myundi.com.my
3. Hatta, para pendukung NGO dan artis-artis yang cuba diketengahkan oleh parti politik seperti Ahmad Idham, Lando Zawawi, Eizlan Yusof, Rani Kulop, Jurey Rosli juga kalah di tempat masing-masing.
Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi. Sumber gambar : https://ohmymedia.cc/eizlan-yusof-ahmad-idham-lando-zawawi-antara-selebriti-bakal-rebut-jawatan-wakil-rakyat/
4. Ada dua polariti ekstrem mendominasi, satu ialah ultra-islamik-nasionalis (PN) dan satu lagi ialah liberal-demokratik (PH). PN dengan 73 kerusi, PH dengan 82 kerusi. Ini menunjukkan setidak-tidaknya, di Semenanjung, telah terjadi dua pola pemikiran yang tidak bersatu hati. BN yang lebih moderat-nasionalis-progresif juga hanya berjaya memperoleh 30 kerusi sahaja. Itupun, di kerusi-kerusi UMNO yang mendapat majoriti daripada 30 kerusi itu.
Polariti pilihan pengundi pada PRU-15 berdasarkan geografi. Sumber: https://pru.astroawani.com/
5. BN masih mendapat undi yang banyak di setiap kerusi ditandingi selepas PN atau PH. Ini menunjukkan, walaupun terpalit dengan sentimen kleptokrasi, rasuah dan sebagainya, masih ramai pengundi setia BN yang mengundi BN.
6. PH pula terlihat kian selesa dengan kerusi-kerusi yang telah dimenangi. Walaupun begitu, mereka juga menghadapi tentangan sengit, terutamanya daripada PN. PH mendominasi sebilangan besar kerusi di bandar-bandar di mana rakyatnya adalah lebih majmuk dan mempunyai toleransi yang lebih besar di antara ras dan agama berbanding di kawasan pedalaman. Dasar liberal yang di bawah oleh DAP serta ideologi terbuka PKR sudah tentu menarik para pengundi bukan Melayu. Manakala dasar wasatiy dan terbuka oleh AMANAH sudah pasti dapat menarik para pengundi Melayu Islam yang profesional serta progresif di kawasan bandar.
7. PN menunjukkan peningkatan paling ketara. Banyak kerusi dimenangi PAS (40 kerusi) dan Bersatu (33 kerusi). Ini berbeza sekali semasa PAS bertanding sendirian pada PRU-14 dan juga Bersatu semasa berada dalam PH pada 2018. Kemenangan PN ini menterjemahkan hasrat orang-orang Melayu-Bumiputera (di kawasan mereka ialah majoriti) yang memilih mungkin berdasarkan sentimen ras dan agama. Di kawasan majoriti Melayu ini, di mana pergaulan antara ras adalah terhad, tidak kira sama ada mereka ialah peniaga, pekerja biasa atau profesional yang progresif, calon-calon yang memihak kepada Bumiputera dan Orang Islam tetap menjadi pilihan.
8. Dalam kesemua parti politik bertanding, Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditunjangi parti PEJUANG adalah "the big loser" dalam PRU-15 ini. Lebih kurang 120 kerusi ia bertanding, tidak satu pun dimenangi malah banyak yang hilang deposit. Ternyata, isu-isu integriti dan melawan mereka yang korup tidak dapat menambat hati pengundi, apatah lagi para pengundi muda yang tidak memahami isu-isu yang diperjuangkan. Sebagai parti baharu, Pejuang juga sebenarnya hanya diminati oleh mereka yang memahami isu "kenapa tidak boleh undi BN, PN dan PH" dengan jelas sahaja. Walhal, kebanyakan pengundi telah dimomok isu bahawa Tun M kaya akibat salah guna kuasa dan kejatuhan PH pada 2020 disebabkan beliau. Antara lain jentera yang tidak mantap serta kegagalan untuk bekerjasama dengan PH atau PN menyebabkan mereka tidak diundi. Sudah tentu pengundi lebih gemar mengundi PN atau PH malah BN yang lebih lama bertapak. Orang-orang muda juga diajak untuk menolak Pejuang atas alasan Tun M perlu berehat dari arena politik.
Semua calon parti "Pa" ini kalah dalam PRU-15. Sumber gambar: https://ecentral.my/parti-pejuang/
9. "Pakatan Sulit" antara "Murid" dan "Cikgu" memang benar terjadi. Perkara ini dinafikan oleh si murid, tapi akhirnya terzahir jua. Aku tak nak ulas panjang bab ni, sebab masing-masing boleh tahu dan boleh Google sendiri. Cuma terkilan, dalam kedua-dua pihak dok hentam satu sama lain sampai sanggup umum "No sipolan, No sipolan 2, No parti politik sekian", akhirnya bersatu jua dalam masa tak sampai 3 hari lepas pilihan raya. Rakyat terasa diperbodohkan atas perkara ini. Prinsip perjuangan yang dilaungkan rupanya boleh dicampak kelaut begitu sahaja. Sepatutnya diumumkan sedari awal perancangan ini supaya lebih adil kepada pengundi. Apa salahnya?
Cikgu on call dengan anak murid. Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar: https://www.dreamstime.com/hispanic-girl-school-student-hold-phone-learn-online-video-calling-math-teacher-hispanic-teen-girl-school-pupil-college-student-image183806938
10. Anwar Ibrahim menjadi PM ke-10. Sekalung tahniah diucapkan. Tidak pernah aku bayangkan ia akan terjadi (sebenarnya dah bayangkan masa 2020 bila sepatutnya Tun M bagi kepada beliau, tapi langkah Sheraton merencatkan perancangan Tun M). Sebagai rakyat, kita harus hormat akan keputusan SPB YDPA selepas Anwar mendapat sokongan ahli parlimen yang mencukupi (seperti di dakwa oleh Zahid Hamidi bagi mewakili BN. Malah GPS juga memberi sokongan kepada beliau setelah sebelumnya memberi sokongan kepada Muhyiddin Yasin). Aku harap beliau diberi peluang untuk menunjukkan apa yang beliau boleh buat untuk Malaysia dan jangan ada terjadi lagi ketidakstabilan politik sehingga PRU ke-16 pada 5 tahun mendatang.
Kita beri peluang kepada PM ke-10 kita yang baharu ini. Gambar sumber: Link
Itu saja coretan aku kali ini. Sekadar mencatit sejarah dari pandangan diri ini jua.
Dalam bulan ni banyak betul cerita pasal Datuk Nalla ni yang kononnya ingin mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah biseksual. Dia telah mencabar Anwar Ibrahim untuk menyamannya di mahkamah di atas keterangannya yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan pernah membuat perhubungan sulit dengan isteri orang.
Hari ini (28 Mac 2012), beliau sekali lagi membuat kejutan dengan menyebut bahawa terdapat perhubungan sulit antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar. Dipercayai, Shamsidar yang dimaksudkan ini adalah Shamsidar Taharin, isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, merangkap ADUN Bukit Antarabangsa ketika ini, iaitu YB Azmin Ali. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin semasa sesi sidang media yang sama.
Sila tonton sidang media berikut yang telah dirakam pada hari ini (28 Mac 2012):
Sidang media di atas diadakan selepas Nalla mendapat surat notis daripada peguam Anwar Ibrahim yang meminta supaya beliau tidak lagi bercakap soal Anwar Ibrahim dan kebiseksualannya seperti yang dituduh. Pendedahan pertama Nalla kepada media dibuat pada 19 Mac 2012 di mana Anwar Ibrahim telah dituduh sebagai biseksual dan menyimpan seorang 'budak' yang bekerja di Magnum untuk 'aktiviti'nya serta kesah di mana beliau membuat perhubungan sulit dengan isteri orang (pada masa ini, nama isteri orang tersebut belum didedahkan) dan taktik Anwar Ibrahim memakai rambut palsu untuk ke Tivoli Villa. Tontonilah kenyataan media Nalla seperti berikut :
Tuduhan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi semakin serius. Dengan menyebut nama 'Shamsidar' dengan secara terus terang, Datuk Nalla bukan saja bermusuhan dengan Anwar Ibrahim, malah beliau akan turut sama ditentang oleh YB Azmin Ali sendiri. Sudah tentu akan terjadi 'Perang Nuklear' antara mereka, dan mahu tidak mahu nama pihak lain seperti UMNO dan BN sudah tentu akan terpalit sama, sekiranya kita mengkaji gerak kerja Anwar Ibrahim selama ini.
Pokoknya, kita sebagai pemerhati ingin mengetahui sejauh manakah kebenaran tuduhan tersebut. Adakah Datuk Nalla mempunyai rakaman video perhubungan sulit Anwar Ibrahim dan Shamsidar seperti yang didakwa? Apakah yang membuatkan beliau begitu yakin untuk menuduh perkara tersebut secara terang-terangan? Bagaimana pula dengan dakwaan Ummi Hafilda mengenai gambar-gambar foto yang didakwa ditangkap sendiri oleh beliau yang mempunyai bukti hubungan sulit Anwar-Shamsidar? Apakah pula senjata dan strategi yang akan digunakan oleh Anwar-Azmin bagi melawan kembali pertuduhan ini?
Semuanya hanya akan terjawab kiranya Anwar Ibrahim 'berani' memulakan saman beliau kepada Nalla dan Ummi Hafilda di Mahkamah.
Wassalamualaikum.
p/s: orang cakap, 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'
Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.”
Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285)
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, “Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan “menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135)
Imam an-Nawawi rahimahullah pula menjelaskan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas.
Dan di antara bentuk mengganggu (atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Syarah Shahih Muslim, 14/120)
Kejadian 1 Januari 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim :
Pendapat saya terhadap perlakuan para 'mahasiswa' ini:
1. Sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
2. Tidak menjaga hak jalan.
3. Merosakkan harta benda awam.
4. Tidak sepatutnya mahasiswi (perempuan) berada di tengah-tengah jalan di tengah-tengah malam.
Ini komentar saya di Facebook :
Banyak cara lain untuk suarakan bantahan... Nak pulak dalam zaman siber ni. Boleh ja buat video contoh "Saya student, dan saya mintak Adam Adli dibebaskan" pastu upload kat youtube banyak2... Kan lebih elok dan berkesan.
Kesian kat student tu semua.. Buat bantahan hari cuti umum... adakah orang kat pejabat upsi time tu? Dah tentu takdak... malam pulak tu.. jadi apa hasil drpd perhimpunan tu selain daripada buang masa dan sia2?
Ini pula komentar rakan-rakan saya di Facebook (semua bekas mahasiswa) :
Harap semua pihak memahami dan menilai dengan rasional perkara ini.
Baru-baru ini Dato' Sri Najib Tun Razak (DSN) ada menjawap soalan wartawan berkenaan Namewee :
"Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang
penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan
untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada
Gagasan 1Malaysia.
"Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau
melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti
penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada
Gagasan 1Malaysia,"
Kenyataan DSN ini telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati kepada para blogger pro Kerajaan dan juga individu-individu yang mempunyai kebencian dan tidak boleh melupakan kebiadapan yang Namewee lakukan sebelum ini. Mungkin bagi mereka, selagi Namewee tidak memohon maaf secara ikhlas dan terbuka kepada orang-orang Melayu, selagi itulah Namewee tidak harus dipercayai.
Perkara ini juga telah menimbulkan tanda tanya. Apakah sebenarnya yang bermain di fikiran DSN dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini? Adakah beliau mula meninggalkan para 'Malay Hardliners' yang sebelum ini 'berjaya' untuk 'merehatkan' Pak Lah dan 'menaikkan' beliau? Adakah 1Malaysia membenarkan caci maki dan kutukan ke atas Bangsa Melayu dan Islam lalu perkara itu diiktiraf sebagai suatu kelainan dan unconventional?
Kesemua persoalan yang bermain di fikiran ini mungkin jua terjawab (mungkin jua terus misteri) setelah melihat respons DSN ke atas satu soalan di Twitter beliau :
Mungkin ada di antara anda akan berasa sedikit lega. Saya akui, saya berasa sedikit lega dan berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan DSN pada 30 September 2011 yang lalu adalah di dalam konteks Filem Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan berkonsep 1Malaysia. Sejauh mana '1Malaysia'nya nasi lemak 2.0 tidak dapat saya komen sebab belum lagi menonton. Namun begitu tindakan Namewee menyerang Utusan tanpa betul-betul memahami artikel yang diterbitkan adalah sesuatu yang tidak wajar dan memang patut disaman Utusan!
Saya berharap apa yang DSN katakan ini adalah yang terakhir berkenaan Namewee. Kiranya Namewee benar-benar memperjuangkan 1Malaysia dan ingin menyatakan realiti sebenar, tunjuklah keadaan sebenar tanpa prejudis kepada kaum Melayu sahaja. Buatlah video dan berkaryalah berkenaan Ah Long, pelacuran, pemberi rasuah, rasisme dalam mencari pekerja seperti contoh boleh bercakap Mandarin dan lain-lain lagi yang berkaitan. Saya pasti video Namewee dalam subjek-subjek tersebut lebih menarik.
Oh ya Namewee, jangan banyak mencarut dan banyakkan 'rendah hati' serta accept siapa itu Melayu, Cina dan India di Malaysia ini. Itu sifat sebenar 1Malaysia -- Acceptance!
Apa yang aku nampak mamat Namewee celaka ni tersangat laaaa perasaaaaannnnnn..... Dia ingat orang tu buat review buruk untuk filem dia, sedangkan apa yang orang tu cakap ialah dia memang takmau pi tengok filem tu sebab kelakuan Namewee sebelum ni. Ni artikel asal dalam utusan :
Tengok! Dalam artikel tu mana ada dia kutuk pasal filem nasi lemak tu? Ada dia kata filem tu tak bagus? Dia pun tak berani kata macam tu (dia tak judge!) sebab dia tau dia tak tengok lagi dan nampak gayanya memang dia tak akan tengok. Apa yang dia bagitau adalah sebab-sebab dia tak akan pi tengok cerita tu sebab apa yang mamat tu dah buat melukakan hati dia, sama jugak dia melukan hati aku dan hati orang Melayu yang lain.
Cuma mamat Namewee ni je perasan lebih. Sakit juboq apa tah bila orang tulis dan cakap pasal dia. Masa dia maki orang dia ingat orang tak sakit hati ka?? Perasan ada Ijazah Mass Comm. kunun. Nah kanin* bu cheeb*i la sohai!
Memang Namewee babi ni aku meluat sampai mati. PM Najib toksah dok pi buat baik la dengan babi ni. Ini jenih penipu punya. Support 1Malaysia kunon tapi kutuk2 bangsa Melayu. Tuduh orang bukan-bukan tanpa baca dan faham betul2 apa yang orang tulis. Jenis macam ni depan kita baik, belakang kita ada ja helah dia nanti. Babilah kau Namewee! F**K YOU Namewee!
Dua tahun yang lepas, aku pernah menulis berkenaan Pembinaan Negara : Dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam tulisan berkenaan, ada dikupas sedikit latar belakang negeri-negeri Melayu, Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Seingat aku, tulisan itu aku nukilkan sebab pada ketika berkenaan heboh isu kononnya UMNO bukan pejuang kemerdekaan kerana heboh dokumentari "10 tahun sebelum merdeka" yang mengangkat golongan kiri yang mempunyai pengaruh Komunis sebagai pejuang sebenar.
Jom kita lihat fakta. Yang menyerang adalah pengganas Komunis yang mana majoriti ahlinya berbangsa Cina. Yang diserang adalah anggota Polis yang hampir keseluruhannya Islam-Melayu. Jadi Mat Sabu mengatakan bahawa yang menyerang itu wira kemerdekaan, bermaksud beliau mengangkat komunis menjadi wira?
WOI MAT, HANG MABOK DAUN KETUM KA APA?
Macam ni punya pemimpin pun ada. Dia tak belajar sejarah kah? Komunis ini fahaman yang menolak agama dan feudalisme. Dalam erti kata lain, mereka menolak Islam dan juga Raja-raja Melayu. Dan sesudah Merdeka, mereka ini juga yang membunuh ramai askar-askar dan polis-polis yang bertugas menjaga keselamatan negara. Orang macam ini nak diangkat sebagai wira? Aduh! Malang apakah yang melanda kepimpinan PAS!
Maka dengan itu, satu forum telah dianjurkan pada 9 September 2011 di Ipoh berkenaan tajuk "Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?". Di dalam forum ini, barisan ahli panel telah menghuraikan dengan panjang lebar siapa sebenarnya wira dan siapa pengkhianat dan pengganas. Selain itu, turut terjawab ialah pandangan sesetengah pihak yang tidak dapat menerima fakta dari sudut sejarah dan perundangan bahawa "Negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah" -- suatu kenyataan yang perlu difahami konteks dan fakta sejarahnya, bukan emosi dan logik-logik mudah yang kelihatan dangkal dan lemah pandangannya. Pandangan ahli panel turut menjawab :
Isu status naungan dan jajahan -- adakah negeri-negeri Melayu terjajah dan konteksnya
Isu Polis -- Polis British atau Polis Persekutuan
Isu hak-hak Melayu -- kenapa British menerima usul memelihara hak-hak Melayu di dalam perlembagaan
Isu kenapa perjuangan golongan kiri ditolak.
Asal usul HAMIM, PKMM, KMM dan perkaitan mereka dengan PKM.
Asal usul Parti Komunis Malaya sendiri.
Dan lain-lain lagi....
Maka oleh itu, disertakan video yang dirakam daripada Forum tersebut.
Mudah-mudahan kita semua mendapat lebih kefahaman akan pembinaan negara bangsa kita sendiri dan menolak sebarang percubaan untuk mengubah fakta sejarah seperti yang cuba dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.
Wassalam
P/S : Jangan takut nyatakan kebenaran. Apa salahnya kalau negeri-negeri Melayu tak pernah menjadi tanah jajahan British (melainkan Malayan Union 1946-1948) tetapi kita tetap Merdeka pada 1957? Melepaskan diri dari campurtangan British di dalam pentadbiran bukankah satu kemerdekaan juga? Secara kolektifnya juga, kemerdekaan 1957 memerdekakan Pulau Pinang dan Melaka dari kedaulatan British ke atas negeri-negeri tersebut!
For me, this is "Najib 2.0" or better known as "The Fierce Najib". Selama ini kita jarang melihat Dato' Sri Najib berucap dan berpidato begini, tapi kali ini nampak kegarangan beliau.
Nampak gayanya gendang perang telah dipalu... Apakah ini suatu petanda.....?
Haa??? Aishhh... Semalam aku dengaq khutbah kat Masjid, Khatib kata himpunan Bersih 2.0 ni adalah ZALIM dan HARAM sebab boleh membawa kepada kemudharatan dan ketidakstabilan. Adalah jelas lagi bersuluh, mereka ini ingin menjatuhkan pemerintah melalui jalan kotor atas nama 'Kebangkitan Rakyat' seperti di Libya, Syria, Mesir dan negara-negara Arab yang lain. Buktinya boleh baca sendiri niat dan tujuan sebenar mereka berhimpun.
Mereka ini menjadikan SPR sebagai kambing hitam demi matlamat politik mereka. Bila berlaku perhimpunan ini nanti, pihak Polis yang mengawal sudah tentu akan mengambil tindakan dan pada ketika inilah, dajal-dajal dalam dan luar negeri akan beraksi mengambil gambar mendakwa kononnya Kerajaan Malaysia melalui tindakan Polis adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan. Modus operandi yang sama telah digunakan di Libya, Mesir, Oman, Bahrain dan Syria. Media-media antarabangsa memburuk-burukkan pemerintah yang cuba menghentikan pemberontakan di dalam negara mereka sendiri.
Akhir sekali, sila renungkan Khutbah Jumaat 1 Julai 2011 daripada JAKIM supaya kita sama-sama tidak terpengaruh dan turut sama menyertai perhimpunan haram yang hanya akan menyusahkan orang ramai...
Hari ini terbaca dalam berita menyatakan Hamas dan Fatah telah menamatkan persengketaan :
Fatah Dan Hamas Berdamai….. Tamatkan Persengketaan
KAHERAH 29 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.
Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir.
Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara.
Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurusan dengan Hamas kerana pendiriannya untuk tidak mengiktiraf Israel dan menghentikan perjuangan bersenjata.
“Kami sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh bebas yang akan mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen,” kata ketua pasukan perunding Fatah di Kaherah, Azzam al-Ahmad.
Katanya, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lapan bulan dari sekarang, sementara Liga Arab akan menyelia pelaksanaan perjanjian itu.
Di bandar Ramallah, Tebing Barat, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdaineh berkata, perpaduan Palestin bukan urusan Israel.
“(Benjamin) Netanyahu mesti memilih sama ada perdamaian yang adil dengan bangsa Palestin yang bersatu atau pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi,” kata Abu Rdaineh yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel itu.
Pada sidang media di Kaherah yang dihadiri para pemimpin Fatah dan Hamas, Ahmad mengakui rakyat Palestin telah menanggung kerugian besar disebabkan perbalahan sesama sendiri.
“Kami berbangga kerana kami kini mempunyai kemahuan untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri supaya kami boleh menamatkan pendudukan Palestin, pendudukan terakhir dalam sejarah,” katanya.
Timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk pula berkata, perbalahan itu telah membuka peluang kepada rejim pendudukan dan ‘hari ini, kami membuka lembaran baru’. – Reuters
Alhamdulillah... Aku pernah menulis berkenaan hal ini tak berapa lama dahulu (2009) dalam "Palestin : Kembalikan Kerajaan Bersatu!". Nampaknya, kerajaan Palestin yang bersatu bakal hidup kembali. Sama-sama kita mendoakan kejayaannya kali ini. Aku rasakan, lagu bawah ni mungkin sesuai untuk dijadikan tema berita ini.
Mudah-mudahan kita di Malaysia dapat mengambil iktibar akan kejadian ini.
Utusan Malaysia hari ini memuatkan berita berikut :
Melayu hilang kuasa pada PRU-13?
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my
HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.
IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.
''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.
Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.
''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.
''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.
Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:
''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.
''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."
Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.
''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.
''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.
Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.
Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.
Mufti Perak adalah di antara beberapa orang tokoh agama yang menjadi 'broker' paling kuat dalam menyatu-padukan kuasa politik Melayu. Sejak selepas 8 Mac 2008 lagi, beliau telah berusaha untuk membawa satu kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Perak, namun gagal oleh kerana keegoan PAS Perak dalam menimbangkan kesan penubuhan kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri itu. Natijahnya, kerajaan boneka DAP di Perak itu tumbang dan pihak istana serta institusi Mufti di Perak dilihat tiada penentangan dengan kerajaan BN yang baru ditubuhkan di Perak pada tahun 2009.
Setelah sekian lama isu perpaduan ini tiada percikan apinya, beberapa hari ini panas dengan isu perpaduan. Mungkin bertitik tolak daripada beberapa perkara, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS dalam beberapa perkara demi melihat kemajuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia ini. Namun, seperti mana masa-masa yang lalu, Mursyidul Am PAS lebih berminat dengan harta kekayaan dunia dengan menyatakan hanya akan berbincang dan bekerjasama dalam hal-hal seperti isu royalti minyak dan hubungan kerajaan negeri (dalam hal ni, sudah semesti dia maksudkan KELANTAN) dengan Kerajaan Pusat.
Dalam perkembangan yang terbaru ini, ada pihak-pihak ketiga, terutama rakan komplot di dalam Pakatan Pembangkang dilihat seakan-akan tidak selesa dengan isu ini. Bagi mereka, isu ini boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Untuk membalas isu ini, pelbagai respons diberikan diantaranya, mereka menyatakan bahawa ini adalah suatu tanda di mana UMNO kian lemah dan sedang nazak serta terdesak untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu melalui kerjasama dengan PAS. Hakikatnya, yang lemah adalah PAS dan bukannnya UMNO. Kelemahan PAS itu terbukti dengan runtuhnya kerajaan Perak tempoh hari yang mana ramai melihat kerajaan boneka PAS yang dikawal DAP itu agak biadab dan tidak menghormati orang-orang Melayu di Perak. Perdana Menteri, dalam menjawap pertuduhan ini telah menyatakan bahawa UMNO mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bekerjasama dengan PAS hanya kerana UMNO dikatakan kononnya lemah.
Jadi jika UMNO tidak lemah, siapakah yang lemah? Jawapannya orang Melayu yang lemah. Walaupun UMNO berjaya dan lebih kuat dari PAS dari segi bilangan kerusi Parlimen, tetapi kita semua tahu bahawa, undi Melayu dalam mana-mana pilihanraya sekurang-kurangnya terbahagi kepada 2, BN atau Pakatan Pembangkang. Jadi kuasa penentu pada masa ini ialah pada tangan minoriti seperti kaum India dan Cina. Walaupun undi kaum India dalam kebelakangan ini selepas beberapa pilihan raya kecil menunjukkan kembalinya sokongan mereka kepada BN (yang diterajui UMNO), tetapi kaum Cina lebih selesa mengundi Pakatan Pembangkang, di mana DAP menjadi parti yang agak dominan. PKR pula seakan-akan ditengah di antara PAS dan DAP di mana di dalam PKR ini terdapat caca marba, ada yang liberal, ada yang berhaluan agama, dan ada yang main ikut-ikut sahaja. Jadi PKR tidak boleh diharapkan mengetuai pembangkang. Hanya sanya, ketua umum PKR itu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, maka dia diberi peluang menjadi ketua. Tetapi beliau sendiri sedang berhadapan masalah dengan 'political master'-nya di Barat dan kes liwat. Hakikatnya, kerusi DAP mengatasi kerusi PAS dan PKR di Parlimen dan ini menunjukkan dominasi DAP di dalam pakatan pembangkang (Berlainan dalam BN, di mana UMNO mendominasi kerusi terbanyak).
Oleh yang demikian, maka apa yang dikatakan oleh Mufti Perak itu ada kebenarannya. UMNO mungkin tidak lemah tetapi jika UMNO dan PAS tidak bersatu, kekuatan UMNO yang dominan di dalam BN pun tidak dapat mengatasi kekuatan Pakatan Pembangkang yang jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya ke-13 nanti, pasti akan didominasi oleh DAP. Sebagai renungan dan sebagai santai pada hari ini, mari kita lihat golongan ulama' dan mufti dihina oleh mereka yang berfikiran sempit serta bencikan perpaduan di dalam Islam.
Video serangan tentera Israel terhadap kapal misi kemanusiaan ke Gaza, kini boleh ditonton di Youtube. Video rakaman ini telah dirakam oleh mereka yang turut menyertai misi tersebut. Sila tonton video di bawah ini.
Ini yang tidak dilaporkan media barat dan CNN. Antara yang menarik ialah bagaimana aksar Israel yang cedera dirawat oleh peserta misi kemanusiaan di atas kapal yang mereka sendiri serang. Mesti tonton.
BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati. Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu. "Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP). "Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN. "Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. "Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya. Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria. Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk. Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina. "Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah. "Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu. "Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya. Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan. Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka. "Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya
Hari ini, sekali lagi, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan supaya Rakyat terutama Orang-orang Melayu mengingat kembali Wasiat Raja-Raja Melayu semasa di awal kemerdekaan negara kita ini. Wasiat tersebut adalah seperti laporan Utusan yang berikut :
7 wasiat raja Melayu Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
Kami isytiharkan Islamadalah agama Persekutuan.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepadaraja-raja Melayuuntuk melindungikedudukan istimewa orang Melayudankepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.
Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.
Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."
"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.
"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.
Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.
"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.
Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.
DAULAT TUANKU!
Wassalamualaikum..
p/s : Wasiat yang terang dan jelas. Tu pun ada yang tak faham lagi, cuba mencabar org Melayu dan Agama Islam. Amaran buat mereka-mereka ini, jangan main api!!!
Semalam, bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, berlangsung satu pertemuan antara 22 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. Pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai 3 isu utama yang dipercayai menjadi satu kekeliruan bagi sesetengah pihak. Antara 3 isu yang dipercayai dibincangkan tersebut ialah konsep '1 Malaysia', Proses Liberalisasi beberapa sektor dan juga pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
Konsep 1Malaysia Bertunjang Kepada Perlembagaan Negara - Ibrahim Ali
PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik mengambil alih kepimpinan negara akan terus bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa konsep itu yang memberi penekanan terhadap mengutamakan kehendak rakyat akan terus memperkasa setiap perkara tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan.
Jaminan Perdana Menteri itu diberikan kepada Ibrahim dan 20 anggota Perkasa
yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di sini, Jumaat.
Ibrahim berkata jaminan oleh Perdana Menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Keadaan semakin jelas dan kekeliruan yang berlaku angkara tokok tambah oleh
pihak-pihak tertentu berjaya diselesaikan dalam pertemuan hari ini dan Perkasa senang hati dengan penjelasan Perdana Menteri mengenai konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas itu.
Konsep berkenaan juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.
"Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum, namun dalam masa yang sama agenda keutamaan Melayu tetap dekat di hati beliau," katanya.
Perkasa, jelas beliau, amat berpuas hati dengan segala penerangan yang telah diberikan oleh Najib termasuk aspek liberalisasi dalam sektor ekonomi negara.
"Datuk Seri Najib telah menjelaskan aspek liberalisasi dan kepentingan untuk bersaing dalam menarik pelabur asing. Kalau kita tidak bersaing dengan cara yang sihat kita akan ketinggalan," katanya.
Ibrahim juga berkata, Perkasa sentiasa bersedia memainkan peranan sebagai "mata dan telinga" kepada kerajaan, tetapi pada masa yang sama turut tidak teragak-agak "bersikap keras dan tegas" sekiranya keadaan memerlukan mereka bertindak
demikian.
"Kami sentiasa bersedia menjadi mata dan telinga untuk menjelaskan kepada rakyat melalui wacana-wacana supaya rakyat dapat memahami dengan jelas sesuatu isu yang ditimbulkan," katanya.
PUTRAJAYA 12 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan konsep 1Malaysia tidak akan mengetepikan hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah terus diperkasakan.
Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri kepada delegasi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang melakukan kunjungan ke pejabatnya di sini hari ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun bertanggungjawab kepada semua kaum, Najib tetap mahu agenda orang Melayu diberikan perhatian utama.
"Kita mengalu-alukan dan amat senang hati apabila Perdana Menteri menyebut konsep 1Malaysia tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Negara, ini asasnya.
"Sebagai Perdana Menteri yang menunaikan kewajipan kepada semua kaum rakyat Malaysia, agenda Melayu tetap dekat di hatinya (Najib)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira dua jam dengan Najib di sini hari ini.
Delegasi Perkasa terdiri daripada 20 orang pakar dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kewangan, agama, bahasa, undang-undang dan keselamatan negara.
Menurut Ibrahim, perbincangan tersebut juga menyentuh isu-isu berkaitan liberalisasi yang turut akan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.
Antaranya, jelas beliau, Perdana Menteri mahu pengambilan bilangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditambah kepada 200,000 orang bagi melahirkan lebih ramai profesional Melayu.
Selain itu, tambahnya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) diberi suntikan sebanyak RM550 juta untuk program-program pembangunan orang Melayu dan bumiputera.
Sehubungan itu, Ibrahim memberitahu, Perkasa akan terus memainkan peranan sebagai 'mata dan telinga' kepada orang Melayu dalam menjelaskan pelaksanaan konsep 1Malaysia dan liberalisasi kerana ramai yang masih keliru.
Katanya, Perkasa akan mengadakan sesi penerangan bergerak ke seluruh negara untuk memberi maklumat kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenainya.
Ia dijadual bermula pada 21 Jun ini di Negeri Sembilan diikuti Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Sabah serta Sarawak.
Hasil dari pertemuan tersebut, kita mengharapkan mereka yang sebelum ini tanpa usul periksa mengkritik Dato' Sri Najib dalam hal-hal berkaitan proses liberalisasi beberapa sektor, pemubaran MECD dan konsep 1 Malaysia sebagai membelakangkan Melayu, sedar akan tuduhan mereka itu sebenarnya tidak berasas. Sudah semestinya, setiap dasar yang dilakukan oleh kerajaan adalah bertunjangkan Perlembagaan dan Hak-Hak Melayu dan Bumiputera dijamin dalam perlembagaan. CUMA, cara-cara dan kaedah dalam menjaga hak-hak itu mungkin sudah berubah mengikut kesesuaian zaman dan keadaan.
Di dalam perlembagaan, selain hak-hak orang Melayu dan Bumiputera, warganegara lain juga mempunyai hak-hak mereka tersendiri. Dari yang demikian, adalah tidak adil seandainya kita hanya melihat hak-hak kita sahaja di dalam perlembagaan dan mengabaikan hak-hak warga yang lain. Pada firasat saya, konsep 1 Malaysia cuba untuk memperjuangkan hak-hak seluruh Warganegara, termasuk hak-hak Melayu/Bumiputera dan juga hak-hak warganegara lain. Apa yang menyebabkan warganegara bukan Melayu/Bumiputera melihat bahawa mereka tidak dilayan dengan adil seperti yang termaktub dalam perlembagaan ialah perkara-perkara tersbut tidak pernah dizahirkan terang-terangan, terutamanya kepada generasi muda mereka.
Hak-hak untuk mengundi, memilih pemimpin, kebebasan beragama, kebebasan berniaga, kebebasan mengamalkan adat resam serta budaya kaum masing-masing dan lain-lain lagi amat jarang sekali mereka perkatakan. Sedangkan, di dalam sesebuah negara, kaum asal imigran tidak sepatutnya mempunyai hak-hak tersebut. Malah di sesetengah negara seperti Indonesia, kaum-kaum imigran yang diterima menjadi warganegara ini hendaklah menggunakan nama Indonesia sebagai pengenalan diri dan pertuturan bahasa ibunda hanyalah di kelompok sendiri sahaja. Ini berlainan di Malaysia di mana kebebasan menggunakan bahasa ibunda dibuka seluas-luasnya samada di papan-papan tanda di kedai-kedai mahupun pada penerbitan akhbar-akhbar harian dan majalah.
Saya berasa yakin dan percaya, kerajaan yang ada pada hari ini akan terus mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu/Bumiputera disamping menjaga hak-hak warganegara lain juga. Negara ini berdaulat dan berpelembagaan. Oleh itu setiap tindakan haruslah berdasarkan perlembagaan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Jika perlembagaan yang dipersetujui oleh semua pihak pada 52 tahun lalu tidak dipersetujui, apalah gunanya menjadi Warganegara Malaysia yang tercinta ini. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan -- Sudah tentu, "Rakyat" adalah termasuk orang-orang Melayu/Bumiputera dan warganegara lain.
Saya percaya, rata-rata anda telah membaca akhbar harian Utusan Malaysia 14 Januari 2009. "Bush ikut telunjuk saya" - Inilah pengakuan pemimpin penempatan haram Israel, Ehud "Laknatullah" Olmert. Menurut laporan tersebut, Amerika Syarikat sebenarnya akan mengundi untuk mengatakan "Ya" untuk gencatan senjata di Gaza pada resolusi PBB tersebut, tetapi kemudiannya hanya mengambil tindakan berkecuali. Jelas dan nyata, Amerika Syarikat rupanya bukanlah "tuan" tetapi ia adalah "anjing" kepada Israel. Bush memang selayaknya dibaling kasut kerana tindakannya yang mengubah pengundian di saat-saat akhir membuktikan dan menzahirkan kebodohan dan tarafnya yang rendah, lebih rendah dari hamba, kuli dan barua. Inilah dia, Amerika Syarikat, barua keganasan rejim haram Israel.
Ini sekaligus membuktikan bahawa, apa yang pernah dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu adalah benar dan nyata. Yahudi telah berjaya menguasai dunia melalui proksi mereka sendiri. Kata Tun dalam ucapannya :
"But today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them"
Dengan pendedahan oleh Olmert ini sendiri, maka dunia, terutama sekali negara-negara Arab harus kembali sedar, bahawasanya mereka telah diperbodohkan dan dipermainkan oleh Israel sendiri. Jika kita melihat situasinya semenjak dua ini, boleh dikatakan negara-negara Arab yang menentang HAMAS, kebanyakannya gemar menurut kata Amerika Syarikat. Seandainya kita jadikan satu rantaian kuasa, maka ia mungkin akan jadi sebegini
Negara Arab ---> Amerika Syarikat --> Israel
Di mana, kia dapat lihat kuasa yang di sebelah kanan adalah lebih "superior" daripada yang di sebelah kiri. Secara tak langsung, ini memberi gambaran bahawasanya negara-negara Arab yang menyokong Amerika Syarikat sebenarnya terpedaya dan memberi sokongan kepada Israel secara tidak sedar.
Barrack Obama : Harapan Baru Palestin?
Siapa tidak kenal beliau? Barrack Hussein Obama, dikenali dengan nama Barrack Obama atau Obama adalah presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dan bakal mengangkat sumpah secara rasmi ke jawatan tersebut pada 20 Januari 2009 ini. Obama menjadi popular di mata masyarakat dunia kerana kulit beliau yang bewarna hitam itu. Bagi mereka, inilah demokrasi tulin tanpa mengira warna kulit dan penindasan. Seorang Presiden Amerika Syarikat yang berdarah kacukan Kenya Muslim dan Kulit Putih Atheist dan mewarisi rupa ayahnya dilihat sebagai sesuatu yang unik. Hakikatnya, mereka tidak sedar sudah lama ada pemimpin-pemimpin negara lain yang sedemikian, contohnya Tun Dr Mahathir sendiri mempunyai darah kacukan Melayu-India, Datuk Seri Abdullah Badawi, Melayu-Cina dan ramai lagi pemimpin-pemimpin dunia.
Obama seperti di dalam biodatanya yang terdapat di Wikipedia, adalah seorang Kristian. Walaupun mempunyai nama "Hussein", dia bukanlah seorang Islam seperti mana *ada* umat Islam yang kurang arif percaya mengenainya. Oleh yang demikian, segala persepsi dan harapan kepada beliau seolah-olah seorang penyelamat berdasarkan sentimen "Islam" boleh dianggap karut. Polisi beliau terhadap serangan Israel terhadap Gaza setakat ini adalah kabur. Seolah-olah tidak berani menyatakan pendiriannya, beliau dilihat sebagai yang akan meneruskan dasar dan hubungan yang baik dengan Israel seperti mana presiden-presiden Amerika Syarikat sebelum ini. Kunjungan hormatnya ke perkuburan Israel dan upacara ritual yahudi yang dilakukan beliau, sudah cukup mendedahkan bagaimana nanti akan polisi beliau terhadap Israel. Beberapa keping gambar yang ditunjukkan dalam pendedahan ini, jelas menunjukkan beliau adalah sebenarnya pengikut "yahudi" dan bakal menghentam umat Islam.
DIKEMASKINI:21 Januari 2009 Obama, Jew, Zionist
Adakah beliau juga seorang Zionis? Boleh jadi juga, tidak dinafikan kemungkinannya. Sekeping gambar boleh menceriakan seribu satu macam perkara. Tidakkah anda terfikir, mengapa beliau menjadi cukup popular di seluruh dunia? Sedangkan yang akan mengundi adalah rakyat Amerika Syarikat tetapi beliau terlalu ditonjolkan ke serata dunia. Kita sedia maklum, media antarabangsa telah dikuasai puak yahudi dan zionis sejak dahulu lagi. Adakah mereka ingin membantu menaikkan imej 'saudara' mereka sendiri? Tindak tanduk Obama yang berdolak dalih dalam isu Palestin menguatkan lagi sangkaan ini. Mungkin ada antara kita hairan, bagaimana Obama boleh menjadi seorang Zionis, sedangkan beliau seorang berkulit hitam?
Senator Joe Biden adalah "tag team" kepada Obama dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat yang lepas. Beliau bakal menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat yang baru, seiringan dengan naiknya Obama menjadi presiden. Joe Biden memang terkenal dengan sokongannya kepada Israel. Beliau secara terang-terangan mengakui semasa di dalam debat presiden, bahawa "tiada senator lain yang lebih rapat dengan Israel kecuali Joe Biden". Menambah jelas lagi keadaan ialah beliau mengaku bahawa dirinya adalah seorang Zionis. Kata Biden lagi,
Bukankah ini terang-terangan menunjukkan beliau seorang yang anti-Islam dan anti-Palestin? Ungkapan tersebut juga telah menjelaskan, bahawasanya kemungkinan bahawa Obama adalah seorang Zionis adalah ada --bukan Yahudi, tetapi Zionis. Seandainya pun, Obama bukanlah Zionis, tetapi dengan adanya Joe Biden dibelakang beliau sebagai Naib Presiden, sudah cukup untuk menggambarkan zionis-zionis lain yang bakal merangka dasar dan melaksanakan hala tuju Amerika Syarikat di masa hadapan. Jelas di sini, Obama kemungkinan besar adalah boneka Zionis, sama seperti presiden Amerika Syarikat lain sebelumnya. Adakah boneka lain yang menjadi Zionis? Zionis Melayu? Fikirkan sendiri..
Palestin : Kepada Siapa Berharap?
Berharaplah kepada Allah, kerana Allah adalah tempat sebaik-baik pergantungan. Umat Islam harus sedar dan kembali mengubah kebergantungan mereka kepada kuasa barat kepada kerjasama sesama umat Islam. Datangnya Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW tidak lain tidak bukan ialah untuk menyatukan seluruh umat. Seandainya umat Islam dapat membantu sesama mereka, tidak ada sebab untuk kita tidak menjadi satu kuasa ekonomi yang tersendiri. Dalam menempuhi musuh seperti Amerika Syarikat dan Israel, umat Islam perlu menguasai ekonomi. Lumpuhnya ekonomi barat akan menyebabkan mereka hilang keupayaan untuk sumbangan kepada operasi ketenteraan.
Boikot, itulah yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Tetapi kita hendaklah bijak dan hikmah dalam menjalankan usaha tersebut. Terus memboikot secara mendadak tidak akan membuahkan hasil. Cara yang paling bijak ialah dengan secara perlahan-lahan. Mulakan boikot dengan barang-barang dan keperluan yang ada alternatifnya. Memaksa untuk memboikot serta merta pada semua barangan hanyalah membuang masa. Ia hanya berjalan ketika berita masih panas, dan akhirnya dilupakan bila isunya reda. Oleh itu, hanya dengan cara perlahan dan hikmah sedemikian kita dapat menanam sifat dan nilai dalam diri kita untuk mengguna pakai dan suka pada alternatif tempatan yang ada.
Hari ini, lebih 1000 mangsa di Palestin menjadi korban. Manakala beribu-ribu yang lain hilang tempat tinggal dan mengalami kecederaan. Inilah pembunuhan beramai-ramai. Inilah pembersihan etnik. Inilah 'holocaust'. Tetapi inilah juga yang tidak diambil peduli oleh Amerik Syarikat. Mereka mengamalkan 'double standard' dalam hal ini. Di Iraq, mereka menjalankan operasi "Pembebasan Iraq" dengan alasan kekejaman Saddam Hussein, tetapi di Palestin mereka seolah-olah buta dan tuli atas penganiayaan yang nyata dan jelas oleh Israel.
Itulah dia Amerika Syarikat, barua Israel nombor satu. Obama? bakal menjadi anjing Zionis.
Wallahua'lam, mudah-mudahan Allah memberi kemenangan kepada umat Islam khususnya di Gaza, Palestin dan kepada umat Islam di seluruh dunia amnya.
Wassalamualaikum.
p/s : Seandainya ada kesilapan fakta di dalam entry ini, sila bincangkan bersama. tq.