Ku Biarkan Pena Menulis.....

Cara mudah hapuskan pinjaman PTPTN....

Assalamualaikum,

Kecoh seminggu dua ni pasal nak memansuhkan PTPTN. Bagi sesetengah pihak PTPTN ini dilihat sebagai salah satu perkara yang cekik darah dan amat zalim. Sehinggakan, pada hari ini (14 April 2012), suatu perhimpunan telah diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan PTPTN.


Sesungguhnya saya tidak mahu mengulas panjang kebiadapan si Syiah Khalid Ismath di dalam video di atas kerana sudah terang jelas lagi bersuluh, mentaliti sesat yang cuba ditonjolkannya.

Updated Malam 15 April 2012 : Kata Tun Mahathir,  
‎"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat. "Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi.." 
Ouch!! Hehehe... Tun M with his usual sarcasm style....
Updated Pagi 15 April 2012 : Pendapat orang ramai berkenaan tuntutan pemansuhan PTPTN. Sila tonton video di bawah :

Yang ingin diulas, adalah perkara pokok : PTPTN.

PTPTN seperti mana sedia maklum adalah badan yang memberikan bantuan pelajaran dalam bentuk pinjaman kepada para mahasiswa di IPTA dan IPTS. Bantuan yang diberikan selalunya terdapat beberapa kategori dan jenis. Seingat saya, ada yang mendapat pinjaman penuh (yuran akademik dan sara hidup) dan ada juga yang mendapat pinjaman bagi yuran akademik sahaja. Ini bermakna, bagi yang mendapat pinjaman yang merangkumi sara hidup, mereka bukan sahaja menerima duit untuk menanggung kos pembelajaran sahaja, malah kos sara hidup mereka termasuk makan, minum, pakaian, kelengkapan pembelajaran seperti barangan komputer dan sebagainya juga diberikan bantuan di dalam bentuk pinjaman.

Terbaru, saya terdengar bahawa PTPTN mencadangkan supaya elaun sara hidup yang diberikan selama ini kepada peminjam tidak lagi diberikan. Adakah ini yang membuatkan para mahasiswa melenting?

Saya beranggapan, PTPTN mula 'merajuk' setelah ramai mahasiswa yang tidak mahu menunaikan janji di dalam kontrak pinjaman PTPTN mereka sendiri. Memang kita akui, PTPTN mempunyai kelemahan, terutama di dalam mekanisme pembayaran balik. Dikatakan PTPTN mengenakan 'caj perkhidmatan' yang tinggi sebagai ganti kepada 'bunga' seperti mana pinjaman-pinjaman yang dibuat di bank-bank komersial. Bagi sesetengah pihak, inilah perbuatan paling menindas PTPTN, yakni mengenakan riba.

Saya setuju dengan pendapat ini. PTPTN tidak seharusnya mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan berulang serta berkadaran dengan baki bayaran balik pinjaman. Sepatutnya, PTPTN boleh mengenakan 'caj  perkhidmatan' yang tetap bagi setiap tahun yang tinggal bagi peminjam yang ingin membayar balik wang pinjaman. Bagi saya, cara ini lebih adil dan baik kerana sudah semestinya di pihak PTPTN sendiri memerlukan pendapatan daripada caj perkhidmatan ini supaya dapat menanggung kos operasinya.

Dan saya rasakan dengan pengenalan sistem ujrah 1% oleh ptptn ini sebenarnya sudah boleh menyelesaikan masalah hukum 'riba' seperti yang dibangkitkan. Tetapi sekiranya anda google berkenaan  ujrah ini pula, ramai juga yang tidak setuju sebab katanya caj 1% tu dah 'fixed' dan lebih suka kepada pengiraan 3% daripada baki akhir... katanya yang 3% tu lagi bagus kepada peminjam, tapi soal riba entah ke mana... macam-macam....

Jadi, kita boleh andaikan dengan terbitnya sistem ujrah ini, sepatutnya tiada lagi isu riba'. Tetapi ada yang mempertikaikan sebagai contoh, katanya pinjaman pelajaran hanya RM 48,000, tapi kena bayar balik RM 61,000. Bagi beliau ini  tidak adil dan tidak Islamik lagi riba. Tetapi kita harus ingat, caj perkhidmatan yang diperkenalkan oleh PTPTN itu tidak ada bezanya jua dengan segala macam pinjaman kewangan atau pembiayaan dari bank-bank yang patuh syariah. Sebagai contoh, pembelian kenderaan melalui pembiayaan kewangan oleh bank yang patuh syariah juga tidak akan meminta bayaran balik sama dengan harga asal kenderaan. Sebuah proton Saga yang berharga RM 38,000 akhirnya akan dibayar  balik sehingga RM 50,000 kepada bank yang 'patuh syariah' berkenaan, berdasarkan jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik. Jadi mengapakah tiada demo untuk menentang bank-bank tersebut?

Bagi mereka yang ingin menghapuskan PTPTN ini, pelajaran sepatutnya diberikan percuma oleh kerajaan. Saya katakan, Kerajaan telah pun banyak menanggung kos pembelajaran di IPTA-IPTA awam. Saya jangkakan, yuran tahunan di IPTA tidaklah seperti kos pembelajaran di IPTS. Sebagai bekas pelajar IPTS, saya tahu berapa banyak yang perlu dibayar setiap semester berbanding rakan-rakan di IPTA dan adakalanya mencecah lebih daripada 5 kali ganda. Jadi, kos pinjaman yang banyak ini sebenarnya boleh dikatakan adalah bagi mereka yang menuntut di IPTS.

Sekiranya dimansuhkan PTPTN, siapa pula yang akan membantu mahasiswa yang melanjutkan pelajaran mereka di IPTS? Kerajaan boleh membina IPTA-IPTA tetapi setiap sesuatu itu mesti ada hadnya. Tidak semua perbelanjaan kerajaan hanya boleh ditumpukan ke dalam bidang pengajian tinggi semata. Bagaimana pula halnya nanti, jika sekiranya semua orang diberikan peluang belajar di IPTA tanpa sebarang yuran dan tiada lagi IPTS yang wujud, adakah kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan di bidang lain seperti pendidikan rendah, kesihatan, pertanian, pembangunan infrastruktur dan lain-lain?

Jadi, bagi saya sebenarnya tiada isu sangat dengan PTPTN ini. Hanya menjadi hangat kerana ada ahli politik yang berani menjanjikan bulan dan bintang dengan menyatakan sesuatu yang tidak realistik mengikut keadaan sosio-politik negara ini. Seandainya betul-betul ingin memberi pendidikan percuma di peringkat tertinggi, kerajaan perlu mencari dana lain. Dan sekirnya negara barat seperti Norway di ambil contoh, maka mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan. Persoalannya, adakah rakyat negara ini bersedia membayar cukai yang lebih tinggi untuk memberi peluang kepada semua orang yang kita belum tentu tahu serius untuk belajar, untuk diberi pelajaran secara percuma??

Inilah yang harus mahasiswa fahami. Bukan main ikut-ikutan semata-mata. PTPTN ada ruang penambahbaikannya. Penghapusannya membawa bencana. Kasihanilah mereka yang benar-benar ingin belajar. Sekiranya mereka diberikan pinjaman, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab dan lebih serius untuk belajar. Ini kerana mereka tahu, apa yang mereka dapat bukanlah hak mereka 100%, tetapi cuma pinjaman sementara atas ehsan PTPTN supaya mereka dapat belajar dan berjaya. Hanya dengan rasa seperti ini kita dapat mengelakkan mahasiswa yang bongkak lagi tidak bersyukur dan tidak berterima kasih. 

Sebenarnya, jikalau mahasiswa benar-benar serius belajar, mereka tidak perlu pun risau akan bayaran  balik PTPTN. Sekiranya mereka mendapat CGPA 3.75 ke atas (first class degree), mereka layak untuk dikecualikan bayaran balik kepada PTPTN. Inilah sebenarnya cara 'mudah' untuk 'menghapuskan' pinjaman PTPTN.  Anda belajar rajin-rajin, dapat keputusan cemerlang dan dikecualikan daripada bayaran balik. Bukan dengan berdemonstrasi dengan menunjukkan kebiadaban dan akhlak yang buruk. 

Orang suruh belajar, dia pergi berdemo.. macam mana nak dapat convert pinjaman ke biasiswa!!

Yang dah kerja tu, bayarlah PTPTN sampai habis. Jangan ditangguhkan atau menunggu penghapusan PTPTN pulak. Kasihanilah adik-adik anda yang hendak baru belajar. Sekiranya PTPTN hanya mencatat kerugian akibat hutang yang tertangguh dan sengaja tidak dibayar, tidak mustahil, suatu hari nanti tiada lagi bantuan sara hidup diberikan, walaupun kepada pelajar yang benar-benar susah dan miskin. Anda bertanggungjawab. Anda pinjam, anda bayar. Anda sudah berjanji dan berikrar, bermula dari saat anda membuat permohonan untuk PTPTN dan menandatangani perjanjian. Jangan asyik salahkan kerajaan semata-mata!!

Akhir sekali, buat renungan semua

Siapa yang rajin, dialah untung...
"Jika perhati bangsa dagang ... Kapak beliung ditangan memegang"
Anda lihat apa yang saya lihat? Anda nampak apa yang saya nampak? Anda faham apa yang saya faham? Anda ambil iktibar dengan apa yang saya ambil iktibar? Fikir-fikirkan..

Wassalamualaikum..

PS : Bersyukur kepada Allah dan beterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan pelajaran dahulu dan dikecualikan bayaran balik sebanyak 75%.......


Mengenal Cinta..........

Assalamualaikum,

Dengarkan sampai habis :



Ya Rabb...
Ya Rasulullah.....

Rasulullah Nabiyyuna... Muhammad ibni Abdillah
Kekasih-Mu Ya Allah, Khairil Bariyah
'Alaihi Solawatullah... Wasalamullah...

Pada setiap umat manusia
Allah utuskan Rasul-Nya
Rasul pembawa risalah
Ajaran Yang Maha Esa

Betapa untungnya kita
Diutus yang teristimewa
Sebaik-baik manusia
Rahmat bagi alam semesta

Rasulullah Nabiyyuna... Muhammad ibni Abdillah
Kekasih-Mu Ya Allah, 'Ala mahmudah
'Alaihi Solawatullah... Wasalamullah...

Jika pernah kita menduga
Apa itu cinta sebenar
Adakah ia bisa dirasa
Adakah ia bisa dicita

Janganlah lagi kita berduka
Rasulullah telah mengajar
Mendidik kita semua
Mengenal cinta sebenar

Rasulullah........ Habibuna.......

Rasulullah Nabiyyuna... Muhammad ibni Abdillah
Kekasih-Mu Ya Allah, Sohibul Wasilah...
'Alaihi Solawatullah... Wasalamullah...

Rasulullah Nabiyyuna Muhammad ibni Abdillah
Kekasih-Mu Ya Allah, Khatimul Anbiya
'Alaihi Solawatullah... Wasalamullah...

---
Dikeluarkan oleh The Muhibbains... sila lawati : http://themuhibbains.blogspot.com/

Allahumma Solli 'ala Saiyyidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in...

- Terasa tenang hati mendengar.... Mudah-mudahan kita semua dapat menambah rasa cinta kita kepada Penghulu kita, Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W!!

Wassalamualaikum....



Pasrah Segalanya....

Assalamualaikum,

Ini adalah post ke-400 blog ini. Menjangkau 9 tahun, macam-macam dah dicoretkan kat sini. Dari setahun ke setahun tema dan isi kandungan posting pun lain-lain. Tahun ini biarlah benda yang di post akan bagi manfaat buat semua.

Pasrah, maksudnya menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T. Setelah kita berusaha dengan sedaya upaya di dalam sesuatu perkara, maka kita serahkan kepada Allah akan hasilnya. Andainya berhasil, maka kita ucapkan Alhamdulillah. Jika sekiranya pada pandangan kita ianya tidak berhasil, sepatutnya, kita ucapkan jua Alhamdulillah. Inilah sebenarnya cara untuk mencapai maksud redha akan takdir dan ketentuan Ilahi.

Pasrah adalah penghubung di antara fasa usaha dan hasil. Redha adalah kemuncaknya. Bagaimanakah caranya kita pasrah? Sudah pasti dengan berdoa kepada Allah S.W.T kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.



Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri

Kuserahkan segala pada-Mu Tuhan
Yang Berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

-----

Kepada Allah kita berserah..

Wassalamualaikum..



Ya Saiyyidi.... Ya Rasulullah...

Salam,

 



الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا سَيٍّدٍي يَا رَسُولَ اللهِ خُذْ بِيَدِي قَلَّتْ حِيلَتِي اَدْرَكْنِي 


Ya Allah tetapkan rahmat dan kesejahteraan ke atasmu wahai penghulu Ya Rasullah. Wahai Rasullah sudah habis daya upayaku untuk mengikuti jejakmu, oleh itu peganglah tanganku bawalah aku di sisi Allah 


 Sumber : http://danishiman08.blogspot.com/2010/03/assalamualaikum-warahmatullahi.html


 Wassalam...

Masuk Syurga Dengan Rahmat Allah

Salam,




اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار


Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka


Amin..



Wassalam...

Kejadian 1 Januari 2012 - UPSI

Salam,

Saya memetik daripada blog Nawawi :

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ 
فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ 
قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ

“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.” 
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” 
Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285) 
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, “Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan “menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135) 
Imam an-Nawawi rahimahullah pula menjelaskan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas. Dan di antara bentuk mengganggu (atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Syarah Shahih Muslim, 14/120)
Huraian selanjutnya boleh didapati di sini : http://an-nawawi.blogspot.com/2011/07/hak-hak-jalan-yang-diabaikan.html

Kejadian 1 Januari 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim :






Pendapat saya terhadap perlakuan para 'mahasiswa' ini:

1. Sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
2. Tidak menjaga hak jalan.
3. Merosakkan harta benda awam.
4. Tidak sepatutnya mahasiswi (perempuan) berada di tengah-tengah jalan di tengah-tengah malam.

Ini komentar saya di Facebook :

Banyak cara lain untuk suarakan bantahan... Nak pulak dalam zaman siber ni. Boleh ja buat video contoh "Saya student, dan saya mintak Adam Adli dibebaskan" pastu upload kat youtube banyak2... Kan lebih elok dan berkesan.

Kesian kat student tu semua.. Buat bantahan hari cuti umum... adakah orang kat pejabat upsi time tu? Dah tentu takdak... malam pulak tu.. jadi apa hasil drpd perhimpunan tu selain daripada buang masa dan sia2?

Ini pula komentar rakan-rakan saya di Facebook (semua bekas mahasiswa) :


Harap semua pihak memahami dan menilai dengan rasional perkara ini.

Wassalam..


We should be proud....

Salam,

Take a look at this (use mouse scroll button to zoom-in) :
EF EPI


The website says :

EF EPI Country Rankings

English proficiency is highest in Europe as a whole. All the very high proficiency countries and all but one of the high proficiency countries are found there. However, the trend does not hold for all European countries: Spain, Italy and Turkey fall behind their neighbors. 

Asia has a range of English proficiency levels from high in Malaysia to very low in Vietnam and Indonesia. The wealthier Asian countries tend to have higher levels of proficiency, as would be expected from their higher rates of school attendance and greater investment in private English courses. 

Latin America has the lowest level of English proficiency of any region. Only Mexico and Argentina score above low proficiency. Historically weaker school enrollment levels, more political unrest, and low levels of government investment in education are all contributing factors. 

We ranked 9th out of 44 countries shown and we ranked 1st among the Asian countries. We may not look like a Caucasian or European like some of them in the Latin America, but we have better English proficiency than them.

We really should be proud because we are the one, the rakyat, that made the ranking possible. And yes, we should also thank to the government for the best education system they have been progressively provided us since we achieved our independence.

:)

Wassalam.

Rahmat dan Kasih Sayang Allah...



Salam,

Video di atas menerangkan segala-galanya... Betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu sungguh meluas. Haiwan yang bisa kita kenali sebagai makhluk yang buas dan bertindak mengikut nafsu semata-mata, rupa-rupanya mempunyai sifat belas kasihan yang lebih daripada sesetengah manusia di zaman akhir ini. Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pemangsa ini terhadap bayi mangsanya yang baru sahaja dibunuh sepatutnya dijadikan iktibar oleh kita. Mengapakah ada yang sanggup membunuh kandungan sendiri tanpa rasa apa-apa penyesalan sedangkan manusia dikurniakan 1001 kelebihan daripada makhluk yang lain. Kita dikurniakan akal dan sepatutnya boleh memikirkan baik dan buruk akan tindakan kita itu. Setidak-tidaknya, perasaan belas kasihan dan kasih sesama insan itu boleh dijadikan penghalang daripada melakukan kekejaman yang nampaknya lebih sadis daripada binatang.

Di mana kita pada hari ini? Masih manusia atau telah 'berevolusi' menjadi binatang yang hanya menurutkan hawa nafsu? Atau adakah hati kita telah tertutup sepenuhnya daripada menerima pengajaran dari Tuhan? Sudah tiadakah lagi rahmat Tuhan kepada kepada kita sebagai manusia? Fikir-fikirkan... Wallahualam...


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.. Bersihkanlah hati kami yang telah dipenuhi noda-noda hitam akibat perbuatan kami sendiri.. Kami menyesali akan segala perbuatan kami... Luruskanlah hati kami ini kepada-Mu.. Limpahi kami dengan rahmat keampunan dan kasih sayang-Mu yang tiada terperinya itu... Kami sesal dan kesal atas perbuatan kami Ya Allah... Terimalah kami ke jalan-Mu ya Allah.... Amiin ya robbal 'alamin..

Wassalam..

Barang yang lepas..

Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentu kembali dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu


Salam,

Tadi aku baru lepas tengok cerita Nasib Labu Labi.. Biasala, cerita sapa lagi kalau bukan cerita arahan my Allahyarham Datuk punya friend, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Kehebatan beliau sebagai seorang seniman yang versatile tak dapat dinafikan lagi. Setiap hasil karyanya cukup hebat dan tidak keterlaluan dikatakan lahir daripada hasil tangan seorang yang genius. Di sebalik berkarya untuk berhibur, aku percaya Allahyarham mempunyai method tersendiri dalam menyebar nasihat ke arah kebaikan. Kalau tak percaya, perhati dan hayati lagu ni betul-betul...




"...Barang yang lepas
jangan dikenang
kalau dikenang
tentu menangis
ooo..."

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracunlah diri

Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentu kembali dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu*

Ooo dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracunlah diri

Ooo tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin
Kembali semula

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracun diri


*Satu rangkap dalam lagu ini yang menerangkan maksudnya hakikat hidup kita di muka bumi ini. Kita manusia ini memang tidak kekal. Ini janji Allah, setiap yang bernafas pasti akan mati. Kembalinya kita kepada tanah bila disemadikan, dan dari tanah jualah manusia dijadikan Allah. Oleh itu, apalah guna kalau kita berasa sedih dan kecewa, "Laa takhaf, wala tahzan.. Innallaha ma'ana.." -- Allah sentiasa bersama kita jika kita ingatkan kepada Dia Yang Satu...

Fikir-fikirkan kerja-kerja seniman agong ini.. Bukan sekadar lagu yang ni, banyak lagi lagu beliau kalau kita betul-betul kaji, ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya... Wallahualam, ini mungkin usaha Allahyarham dalam cara tersendiri dalam memberi kesedaran kepada manusia supaya usah mudah berputus asa dan kecewa sebaliknya bersabar kerana Allah bersama-sama orang yang sabar...

Wassalamualaikum..

p/s : King of the nyamuk zaman dulu-dulu ja ada.. zaman la ni takdak sebab ridsect & shieldtox dah makin power... ;p

1 Sekolah Untuk Semua

Salam,

Satu Sekolah Untuk Semua -- Gagasan terbaru yang dimulakan oleh para bloggers untuk mempromosikan sekolah satu aliran di Malaysia. Kempen ini dimulakan oleh blogger Demi Negara dan satu memorandum telah pun dikeluarkan untuk perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malaysia adalah satu-satunya negara yang paling unik di dunia dengan membenarkan sistem persekolahn vernakular. Sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina [SJK(T)/(C)] masih dibenarkan beroperasi dan ada yang mendapat bantuan kerajaan. Sekolah-sekolah tersebut juga diiktiraf dan mereka juga menduduki peperiksaan umum yang sama seperti sekolah kebangsaan (SK). Namun yang demikian masalah timbul setelah mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Selalunya, apabila ke peringkat menengah, mereka yang berasal dari SJK ini akan dikehendaki mengikut kelas peralihan. Ini disebabkan mereka tidak terdedah dengan budaya hidup bermasyarakat majmuk dan sukar untuk bergaul dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

Antara yang menjadi halangan ialah bahasa. Mereka kadangkala tidak boleh berbahasa Malaysia dengan betul dan ini menyebabkan banyak masalah. Walaupun dalam mempelajari satu-satu matapelajaran termasuk Bahasa Melayu itu sendiri tidak menjadi masalah dan ramai yang boleh cemerlang, tetapi bagi mereka ini ia hanya akademik semata-mata. Akan timbul masalah-masalah lain. Antaranya ialah masalah dalam berkomunikasi dengan rakan yang lain. Disebabkan kurang faham dan kurang bergaul, kadang-kadang akan timbul salah faham akibat gurauan yang tak difahami. Tambahan pula perasaan buruk sangka yang terpendam masih menebal dan pengasingan pelajar sejak sedari umur yang muda lagi menyebabkan sukar untuk dipadamkan perasaan sedemikian.

Dengan terwujudnya satu aliran sekolah nanti, kita harapkan bahawa perasaan saling hormat menghormati antara kaum bermula di peringkat yang paling awal. Ini penting supaya masing-masing dapat memahami hak masing-masing. Adalah tidak adil untuk mempunyai SJK(T)/(C) lagi sedangkan sekolah Melayu tidak lagi ada. Yang ada untuk anak-anak Melayu ialah SK yang mana SK terbuka untuk semua kaum. Jadi demi merapatkan jurang yang timbul ini, kita harus berusaha untuk merapatkannya sejak dari awal lagi, yakni sewaktu di bangku sekolah. Insya Allah, hanya dengan itu, impian satu bangsa Malaysia akan terlaksana jika semua rakyat saling hormat menghormati hak masing-masing dan menerima seadanya rakan-rakan dari kaum-kaum yang lain.

Anda boleh menandatangani satu petisyen online sebagai tanda sokongan di sini.
- http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua

Tandatangan saya ialah di sini, nombor #782

Sekian dulu dari saya..


1 Sekolah, 1 Matlamat, 1 Wawasan, 1 Budaya, 1 Bangsa
1 MALAYSIA


Wassalam...

p/s : This is my 300th post!!! :)

Tidakkah kita melihat, Dia yang memperjalankan...

Assalamualaikum..

Saban tahun, umat Islam akan memperingati hari Isra' & Mi'raj Nabi besar junjungan kita SAW pada 27 Rejab. Walaupun ulama berbilang pendapat mengenainya, namun apa yang penting bagi kita ialah apa yang telah diperjelaskan dalam Al-Quran mengenainya. Salah satu surah dalam Al-Quran telah diberi nama Al-Isra' sempena "perjalanan malam" Rasulullah SAW dari Mekah ke Baitul Maqdis, dan seterusnya diangkat hingga ke "Sidhratul Muntaha" di mana di situ, Allah SWT telah memperlihatkan kepada Rasulullah SAW akan balasan syurga dan neraka. Dan di sana jualah di mana kita umat Islam menerima satu syariat atau amalan yang tidak ternilai pentingnya, yakni Solat.

Ayat pertama surah Al-Isra'

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya[847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Sungguh kita dapat melihat di sini, betapa peristiwa Isra' dan Mi'raj itu tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan bahawa Allah Maha Berkuasa dalam melakukan apa sahaja. Apakah kita masih tidak melihat akan kekuasaan Allah ini? Adakah kuasa yang setanding Allah? Tentulah tidak sama sekali melainkan Allah...

Surah Al-Isra' mengandungi peringatan-peringatan penting kepada para Muslimin. Di awal ayat, diceritakan bagaimana kaum Bani Israel yang telah diberi kemenangan dan kemudian dihancurkan kembali kerana keengkaran mereka kepada Allah. Juga, diceritakan dalam surah ini mengenai kita sebagai manusia menanggung dosa kita secara individu, yakni tidak pula dosa kita itu ditanggung oleh orang lain. Begitu jua amal kebaikan. Manakala, dosa sesatu kaum itu akan ditanggung oleh mereka sendiri. Selain itu juga, diceritakan betapa kekuasaan Allah menjadikan siang berganti malam sebagai tanda kekuasaan Allah..

Di dalam surah ini juga telah diceritakan bahawasanya kita tidak seharusnya merasa kecewa kerana tidak dikurniakan rezeki kerana rezeki itu adalah hak Allah. Allah SWT juga telah melarang kita untuk membunuh anak-anak atas alasan kemiskinan atau kesempitan hidup. Firman Allah pada ayat ke 31

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

Namun pada hari ini Allah telah memperlihatkan kita tentang amaran ini...

Polis temui mayat 2 kanak-kanak
23/07/2008 4:11pm

NIBONG TEBAL 23 Julai - Polis menemui mayat dua kanak-kanak dipercayai dibunuh oleh bapa kandung mereka di bilik sebuah rumah di Parit Kasa, di sini hari ini.

Kanak-kanak malang berkenaan, Muhamad Shamir Shaari,4, dan adiknya, Nor Ameelina ditemui dalam keadaan terbaring di atas tilam di bilik berkenaan.

Bapa mangsa, Shaari Hamid, 34, pula ditemui tergantung di bilik itu dipercayai membunuh diri. Polis masih siasat bagaimana kanak-kanak itu dibunuh.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

-Utusan
Link Asal
Berita Penuh


Allahu Allah... kebahagian rumah tangga adalah kurniaan Allah. Jodoh dan pertemuan adalah rezeki yang dikurniakan Allah. Namun akibat lemahnya iman kita, kita tergamak melakukan apa yang telah Allah firmankan di dalam Al-Quran. Pokoknya, kita tidak seharus berputus asa atas segala kesulitan yang menimpa kerana hanya Allah yang layak memberi rezeki kepada kita.

Sesungguhnya, di dalam Surah ini juga, pada ayat ke 23 & 24, Allah SWT berfirman :

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."


...yakni 2 perkara yaitu (1)larangan bercakap kasar dengan kedua ibu bapa dan (2)perintah untuk mendoakan kedua mereka. Oleh yang demikian, berdoa kebaikan untuk ibu bapa kita adalah satu kemestian~!

Surah Al-Israa' juga membincangkan mengenai sebahagian dosa-dosa besar seperti berikut (selain yang telah disebutkan di atas)...

32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

33. dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

34. dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan Dengan cara Yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya Dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

35. dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah Dengan timbangan Yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

37. dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.


dan firman Allah pada ayat seterusnya..


38. tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan Yang dibenci di sisi Tuhanmu.


..yakni merujuk kepada dosa-dosa besar itu.

Wahai saudara/i ku sekelian.. lihatlah.. betapa indahnya akan kebenaran Al-Quran.. kitab yang tiada keraguan lagi padanya. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, kita sebagai umat Islam sepatutnya menjadi lebih kuat dan mantap kerana Allah SWT telah memberi peringatan-Nya kepada kita...


39. Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah).

41. Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).

Al-Israa' 39 & 40


Tapi lihatlah apa yang telah terjadi... ramai diantara kita (termasuk yg sedang menaip ini pun) terlalu lalai dan leka untuk membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.. oleh itu, marilah wahai saudara saudariku, kita kembali membaca dan memahami Al-Quran berpandukan penerangan2 yang sahih dan muktabar. Sesungguhnya, Al-Quran itu petunjuk bagi mereka yang sedang dalam pencarian...


Surah Al-'Aaraaf, ayat 52

52. dan Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami Yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang (mahu) beriman.


Baiklah, sebelum mengakhiri posting pada kali ini, mari kita lihat antara ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan Isra' dan Mi'raj selain daripada ayat 1 surah Al-Israa'


Surah An-Najm ayat 1-18: Para musyrikin tidak mempercayai Rasulullah SAW dalam perjalanan Isra' mi'raj... Di mana diceritakan Rasulullah telah melihat malaikat Jibril A.S dalam bentuk asalnya serta diperlihatkan akan Syurga Jannatul Ma'wa....

1. Demi bintang semasa ia menjunam, -

2. rakan kamu (Nabi Muhammad Yang kamu tuduh Dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan Yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan Yang salah).

3. dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.

5. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) Yang amat kuat gagah, -

6. lagi Yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) Dengan rupanya asal, -

7. sedang ia berada di arah Yang tinggi (di langit);

8. kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit Demi sedikit,

9. sehingga menjadilah jarak (di antaranya Dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

10. lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, Dengan perantaraan malaikat jibril) apa Yang telah diwahyukanNya.

11. hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa Yang dilihatnya.


12. jika demikian, Patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa Yang telah dilihatnya itu?

13. dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi,

14. di sisi "Sidratul-Muntaha";

15. Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa".

16. (Nabi Muhammad melihat Jibril Dalam bentuk rupanya Yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, Yang tidak terhingga.

17. penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan Dengan tepat (akan pemandangan Yang indah di situ Yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

18. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan Luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.




Untuk rujukan saudara saudari, download Surah Al-Israa' dan An-Najm dalam bentuk pdf.

Sekian, mudah-mudahan kita sama2 mendapat keampunan dan kerahmatan daripada ALLAH SWT., Insya Allah...

Wassalam...

Mahathir

Assalamualaikum..

Aku bukanlah seorang perwira..
Gagah menghunus senjata..
Namun hati rela berjuang..
Walau dengan cara sendiri..
Demi cinta ini......



Keadaan negara kita pada ketika ini amat membimbangkan. Walaupun keadaan sekarang boleh dikatakan 'aman' tiada peperangan dan sebagainya, namun 'bunga-bunga' kebencanaan sudah mula kelihatan. Bak kata PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, fitnah bermaharajalela. Ya, memang benar, pabila ada dua pihak mengatakan perkara tidak sama dalam sesuatu peristiwa, sudah tentulah, di satu pihak itu menimbulkan fitnah. Fitnah ini lebih tajam dari mata pedang. Seperti yang dikupas oleh Buletin Utama, 5 Julai 2008 sesungguhnya fitnah telah beberapa kali berjaya dijadikan alat oleh musuh Islam untuk melemahkan kita semua. Hadirnya fitnah boleh membawa perpecahan dan persengketaan. Maka benarlah sabda Rasulullah SAW, fitnah itu lebih tajam dari mata pedang kerana perpecahan dan persengketaan itu boleh menyebabkan kita saling berbunuhan, nauzubillah! Oleh itu, marilah kita jauhkan diri kita daripada fitnah yang sedemikian. Tatkala keadaan tidak menentu sebegini, kadang-kadang diam itu lebih baik sekiranya kita tidak tahu akan selok belok sesuatu perkara tu.

Sebenarnya, posting kali ni adalah mengenai "Mahathir yang saya kenali". Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun, Dr. Mahathir), merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Beliau dilahirkan di Jalan Kilang Ais, Alor Setar Kedah pada tahun 1925. Berkelulusan MBBS dari Universiti Malaya, beliau memulakan perkhidmatan awal sebagai doktor kerajaan di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum membuka klinik sendiri (Klinik Maha) yang masih wujud sehingga kini. Penglibatan beliau dalam politik dikhabarkan adalah sejak sedari usia muda. Beliau merupakan ahli SABERKAS (Sayang Akan Bangsa Ertinya Rela Korban Apa Segala) yang kemudiannya menyertai UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada awal penubuhannya lagi pada tahun 1946. Keperitan semasa Perang Jepun (Perang Dunia ke-II), dimana beliau terpaksa menjual pisang goreng dan membuka kedai kopi di Pekan Rabu, Alor Star, menyebabkan beliau mempunyai semangat anti-penjajah yang kuat pada ketika itu. Lantas, beliau menterjemahkan kebenciannya kepada penjajah ketika itu dengan menulis di akhbar-akhbar menggunakan nama samaran "Che Det" (sekarang, "Che Det" dah kembali, layari Blog Che Det ).

Masa berganti masa, hari berganti hari, negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan dicapai pada ketika itu adalah hasil daripada persefahaman antara kaum atas semangat "Kontrak Sosial", di mana setiap daripada kaum utama di Tanah Melayu ketika itu bersepakat untuk bertoleransi demi mencapai kata sepakat untuk kemerdekaan dari British. British, dalam syaratnya kepada UMNO, untuk merdeka orang Melayu haruslah dapat menerima kaum India dan Cina sebagai warganegara bagi negara yang baru dibentuk itu. Dari sebab itulah, UMNO pada ketika itu telah bersetuju untuk memberi kerakyatan kepada kaum lain DENGAN SYARAT bahawasanya HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU, KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU, KETUANAN MELAYU hendaklah diakui sampai bila-bila. Syukur, bumi bertuah ini telah dapt mencapai KEMERDEKAAN setelah masing-masing bersetuju untuk bertoleransi dalam hal ini.

Namun, 12 tahun selepas kemerdekaan, keadaan harmoni semakin lama semakin kelam. Akibat hasutan dari pihak luar yang ingin melihat MALAYSIA yang dibina ini runtuh, mereka telah menyampaikan dakyah "MALAYSIAN MALAYSIA", suatu konsep di mana amat menyalahi KONTRAK SOSIAL yang telah dipersetujui sebelum ini. Dalam kepincangan ini, orang-orang Melayu mula merasa bahawa hak-hak mereka akan terus hilang sekiranya kepimpinan ketika itu mengambil sikap endah tak endah akan situasi semasa. Kemenangan besar parti GERAKAN (pada masa itu masih pembangkang) dan DAP telah menambah lagi kebimbangan orang Melayu. Akibat perbuatan "Perarakan Kemenangan" yang disusuli ejekan terhadap Orang Melayu, maka akhirnya orang Melayu tidak dapat bersabar lagi. Tercetuslah peristiwa 13 MEI 1969 sebagai satu pengajaran berguna buat semua. Kemerdekaan yang dicapai nampaknya hampir hancur lebur, akibat tidak menghormati Kontrak Sosial semasa kemerdekaan.

Dr. Mahathir pada ketika itu antara yang amat lantang mengkritik kepimpinan Tunku. Katanya, Tunku (Abdul Rahman) terlalu baik dengan orang-orang Cina dan ini menyebabkan ramai orang Melayu kurang menyokong Tunku. Situasi pada ketika itu amat berbeza. Orang-orang Melayu amat sedikit yang dapat memegang kuasa di dalam ekonomi berbanding orang-orang Cina. Mereka merasakan kerajaan pada ketika itu kurang mengambil perhatian dan kurang memberi tumpuan untuk memajukan orang Melayu. Dr. Mahathir juga telah menulis sepucuk surat terbuka kepada Tunku untuk membantah sekalian tindak-tanduk Tunku. Beliau pada ketika itu telah tewas dalam pilihan raya sebelumnya akibat perkataan beliau yang tidak memerlukan undi orang-orang Cina untuk menang. Dr. Mahathir juga telah dicop sebagai "Ultra-Melayu" kerana sikap sayang akan bangsanya ketika itu, yang juga telah menyebabkan beliau dipecat keahlian UMNO-nya. Dalam masa pemecatannya itulah, terhasil sebuah karya, "The Malay Dilemma" (Dilema Melayu) yang menceritakan akan keadaan sebenar orang Melayu ketika itu, apa yang diperlukan untuk terus maju ke hadapan. Akhirnya, setelah Tunku meletak jawatan, dan Tun Razak mengambil alih kepimpinan, Dr Mahathir telah dijemput kembali untuk menyertai UMNO demi memperjuangkan agenda Melayu pada ketika itu. Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga telah diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat dengan sasaran Orang-orang Melayu dapat maju dalam bidang perdagangan dan perniagaan (ekonomi ler tu) dengan pegangan sebanyak 30% dalam pasaran.

Sebenarnya, apa yang dinukilkan di atas adalah penting untuk kita memahami secara fundamental pemikiran Tun (pada pandangan aku laa...). Setelah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 1981, kita dapat melihat banyak dasar-dasar baru telah diperkenalkan. Antara yang masih diingati ialah dasar "Pandang ke Timur" (PKT). PKT bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada kuasa Barat. Ini kerana, jika kita terlalu mengikut rentak Barat, kita mungkin akan terlepas pandang peluang-peluang yang ada di Timur. Secara peribadinya, kebencian beliau kepada penjajah juga mungkin menambahkan lagi hasratnya untuk tidak melihat hanya ke Barat, tetapi juga untuk merapatkan jurang dengan kuasa di Timur. Jepun, sebagai contoh mempunyai satu budaya kerja yang unik dan inilah yang ingin kita contohi. Suatu budaya kerja berpasukan yang mantap, rajin dan berkesan. Itu merupakan pandangan 20 ~ 30 tahun yang lampau dan kini ianya terbukti dengan Jepun merupakan satu-satunya negara Asia yang diberi status negara maju. Hasil daripada pengenalan dasar ini, pihak British telah mula membuat bantahan. Namun, kita membalas balik dengan kempen "Buy British Last" sejajar dengan tujuan untuk menunjukkan protes kita. Kita juga telah berjaya mengambilmilik aset-aset tinggalan British di negara ini untuk dijadikan hak kita semula.

Kejayaan seterusnya dengan penghasilan kereta nasional, "Proton Saga" adalah bukti bahawasanya kita juga mampu untuk menceburi bidang automotif. Semangat tidak mudah putus asa dan "Malaysia Boleh", telah diterjemahkan melalui penghasilan Proton Saga. Walaupun Proton Saga ketika itu bukanlah 100% hasil tangan kita sendiri, namun sekurang-kurangnya kita telah belajar dari luar akan kepakaran tersebut. Kini, Proton tidak lagi menggunakan khidmat luar dalam membangun kereta buatan mereka kerana kepakaran anak-anak tempatan dalam menghasilkan sesuatu yang berkualiti telah mula dirasai. Semuanya terima kasih atas usaha Dr Mahathir pada suatu ketika dahulu. Selain itu, Dasar "Penerapan Nilai-Nilai Islam" dalam pentadbiran kerajaan telah diperkenalkan. Hasilnya, lahirlah sebuah kerajaan yang mengamalkan nilai-nilai yang baik di dalam Islam seperti contoh, budaya BERSIH, CEKAP dan AMANAH. Hasil daripada dasar ini juga, kita melihat ISLAM terus dipertahankan. Urusan umat Islam dimodenkan dan sebagai contoh, wujudnya Bank Islam, sebagai pemangkin sistem kewangan Islam pada ketika itu. Sistem kewangan Islam amat penting untuk dikaji kerana hanya dengan mempunyai kekuatan ekonomi, barulah umat Islam dapat berjuang melawan para musuh yang menyerang, bukan lagi dengan senjata yang merobek daging, tetapi senjata yang merobek 'hati, jiwa dan pemikiran'.

Wawasan 2020 merupakan satu lagi aspirasi yang telah diperkenalkan oleh Tun pada tahun 1991. Ia adalah merupakan intipati utama dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan kesinambungan kepada DEB yang telah tamat secara rasminya pada 1990. DPN mempunyai matlamat-matlamat yang hampir sama dengan DEB namun ianya diperluaskan lagi untuk mengambil kira faktor kemajuan dan pemodenan yang sedang rancak berlaku pada ketika itu. Dengan DPN, nasib semua kaum akan lebih terbela dengan penyusunan masyarakat masih lagi diteruskan. DPN menggariskan tempoh 30 tahun untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, menerusi Wawasan 2020. Dalam mengharungi dunia globalisasi kita perlulah menjadi warga yang berdaya saing supaya tidak ketinggalan. Sehubungan dengan itu, projek-projek pembangunan dan pemodenan telah dilancarkan demi untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang berdaya saing, inovatif, penyayang dan bersatu padu dalam erti kata hidup harmoni tanpa sebarang masalah dan kebencian.

Dan hasilnya, telah kita dapat lihat sekarang. Pembangunan Putrajaya sebagai contoh telah banyak memberikan faedah. Putrajaya dibangunkan sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang sepusat. Ini untuk memudahkan dan melicinkan lagi kerja-kerja pentadbiran kerajaan. Pada mulanya, projek Putrajaya telah dikritik hebat kononnya sebagi sebuah projek yang membazir di saat kemelesetan ekonomi pada 1999. Namun, ini bukanlah satu kritikan yang tepat. Tun dalam menjawab persoalan ini telah memberi jawapan seperti berikut."Kalau kita hentikan projek, kesannya akan lebih teruk, terutama kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contoh, kalau projek dihentikan, pekerja tidak akan datang bekerja, kalau pekerja tak bekerja macam mana orang yang meniaga kecil-kecilan (contoh, penjual nasi lemak) kepada para pekerja nak cari pendapatan?". Inilah kehebatan pemikiran yang dipunyai oleh Tun. Beliau adalah seorang yang berpandangan jauh dan luas pemikirannya. Hakikat ini rupa-rupanya telah dirasai kini. Sebagai contoh, setiap penangguhan atau pembatalan projek akan menimbulkan kos-kos lain terpaksa ditanggung. Kos pembatalan projek misalnya akan melibatkan bayaran pampasan kepada pemaju yang bukan juga sedikit. Ini bermakna, kita membayar kepada pemaju, tetapi projek tidak terlaksana. Mana lebih bagus? bayar untuk perkara yang siap atau bayar untuk pampasan beserta kos merobohkan semula? Begitu juga dengan penangguhan projek. Jika hari ini, kos bahan mentah projek itu RM 1 juta, jika ditangguh dan disambung semula pada esok hari, ia boleh menjadi sebanyak RM 2 juta. Itu adalah lumrah pada ketika ini, dimana harga bahan-bahan mentah semakin lama semakin meningkat. Oleh sebab itu, sekali lagi kita menghormati logik fikiran yang dibawa oleh Tun.

Tun adalah seorang yang berfikiran untuk memajukan orang-orang Melayu yang hampir semuanya, 99% beragama Islam. Pelbagai bantuan dan usaha diwujudkan demi untuk membantu orang-orang Melayu untuk berjaya, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang lain. Namun, beliau agak terkilan dengan apa yang telah terjadi dengan orang-orang Melayu yang tidak pandai mengambil peluang yang diwujudkan untuk memajukan diri mereka sendiri. Ini jelas dinyatakan beliau dalam puisi bertajuk Perjuangan Yang Belum Selesai. Betapa beliau kecewa dimana orang-orang Melayu sejak sedekad dua ini ada yang masih berada di bawah paras kemiskinan dan ada yang masih tercicir dalam pelajaran. Sekali lagi beliau menyelar orang Melayu dalam puisi Melayu Mudah Lupa. Bagi beliau, akibat kita mudah lupa akan sejarah-lah yang membuatkan kita leka dan hanyut di arus kemodenan ini. Hari ini, kebimbangan beliau berasas. Anak-anak muda, yang tidak kenal sejarah kerana ibu bapa mereka mudah lupa untuk menceritakan kepada anak-anak kisah perjuangan nenek moyang kita, dengan senang-senang rela untuk "berkongsi apa segala" dengan "mereka". Inilah yang amat dikesalkan dan patut kita ambil iktibar.

Tun merupakan antara pemimpin Islam yang amat tidak asing lagi dalam dunia Islam. Rata-rata umat Islam di seluruh dunia, apabila menyebut "Malaysia" pasti yang pertama mereka balas ialah "Mahathir". Ini menunjukkan betapa mereka menyanjung Tun sebagai salah seorangan Tokoh Pemimpin Islam yang terkemuka. Mana tidaknya, idea-idea Tun selama ini kebanyakannya menguntungkan umat Islam itu sendiri. Sebagai contoh, idea penggunaan Dinar Emas sebagi pengganti Dollar Amerika bagi perdagangan antara negara-negara Islam dapat mengurangkan pergantungan negara Islam terhadap Barat dan seterusnya dapat mewujudkan kekuatan blok ekonomi tersendiri. Inilah idea hebat seorang pemimpin Islam. Beliau juga amat digemari kerana kelantangannya mengkritik YAHUDI dan AMERIKA SYARIKAT yang terang-terangan menganiayai umat Islam, samada di Palestine, Iraq, Afghanistan dan lain-lain lagi. Ini mungkin juga (sekali lagi) kesinambungan kepada kebencian beliau kepada bangsa penjajah. Bagi beliau, kita tidak perlu tunduk kepada bangsa penjajah lagi, tiada apa yang membezakan antara kita dan mereka. Beliau pernah mengatakan bahawa YAHUDI MEMERINTAH MELALUI PROKSI dan ini terbukti bahawa AMERIKA SYARIKAT TIDAK PERNAH SEKALI PUN MENYALAHKAN ISRAEL walaupun ISRAEL seringkali melanggar hak asasi manusia dalam menangani krisis di Asia Barat. Sebaliknya, AMERIKA SYARIKAT CUKUP SIBUK UNTUK MASUK CAMPUR URUSAN NEGARA ISLAM kerana beberapa perkara seperi MINYAK dan hasil bumi yang lain. Contohnya, kerajaan IRAQ sekarang ini yang secara tidak langsung sebagi BONEKA US yang diperintah secara PROKSI OLEH YAHUDI ZIONIS (ISRAEL). Kelantangan Dr Mahathir mengkritik US amat disanjungi oleh dunia Arab. Bagi mereka, Tun adalah seorang pejuang Islam sejati dengan caranya tersendiri.

Inilah TUN DR MAHATHIR yang saya kenali. Seorang genius Melayu yang amat jauh pandangan dan luas pemikirannya. Seorang pejuang bangsa yang rela berbuat apa saja demi melihat bangsanya berjaya. Seorang pejuang Islam yang berani dan lantang dalam menyatakan apa yang benar dan melawan apa yang salah. Seorang nasionalis terunggul di Malaysia. Beliau adalah satu dalam sebillion.. permata nilam berharga buat negara. Kepimpinan beliau amat dirindui. Buah fikiran beliau amat ditagih. Beliau bukan maksum, pasti ada silapnya. Namun kebaikan dan jasanya adalah pasti lebih banyak dan sudah cukup untuk membuatkan jutaan rakyat Malaysia menyanjungi akan beliau. Di saat usia emas ketika ini, kebimbangan beliau kepada masalah dan hala tuju negara jelas tergambar dengan tindak tanduknya. Beliau sepatutnya sudah boleh berehat dan menyerahkan tugas 'menjaga ALIF, BA, dan TA' kepada kepimpinan sekarang namun begitu, beliau merasakan masih ada tanggungjawab dalam dirinya sebagai salah seorang warganegara untuk bersuara. Inilah dia orang perjuangan, berjuang atas prinsip yang konsisten dari dahulu hingga sekarang. Inilah dia, PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI. HIDUP MELAYU. ALLAHUAKBAR !

Sekian, jika terdapat salah dan silap mohon dimaafkan... sebagai penutup, saksikanlah..




Wassalamualaikum...

Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Sabar

SABAR

Definisi Sabar - Apa itu sabar?

Sabar merupakan sifat berhemat yang memberi keupayaan untuk menahan diri daripada bertindak mengikut naluri dan emosi, yang mana tindakan itu salah, tidak sesuai dengan masa dan mengakibatkan kerugian dan kekesalan.
Sabar dapat dinilai dari 3 aspek atau konteks yang berlainan. Orang yang sabar adalah orang yang :

a) menahan kemarahan dan meletakkan kemarahannya pada tempatnya

b) sentiasa dapat menahan dirinya daripada desakan untuk menggunakan kemewahan, kesenangan dan kuasa yang ada padanya di luar batasan undang-undang dan peraturan yg ada. Sebagai contoh, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

c) Tidak berputus asa dan kecewa sekiranya menghadapi kesusahan dan kesulitan dari segi kebendaan, penindasan mahupun penghinaan. Dalam erti kata lain, orang yang sabar tidak mudah melakukan sesuatu yang kurang bijaksana seperti membunuh diri, mengamuk, memberontak dan sebagainya.

Diantara 3 aspek/konteks yang dibincangkan, yang paling mudah untuk menghadirkan sabar adalah yang ada pada butiran (c) yakni bersabar apabila menghadapi kesusahan dan bencana manakala sifat sabar amat sukar untuk hadir pada keadaan seperti di (a), yakni sabar daripada menyalah guna kuasa dan pangkat, kemewahan dan kesenangan dalam melakukan sesuatu yang melanggar batas undang-undang dan syariat kerana di sana, terdapat desakan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Malah sifat naluri manusia untuk senang dengan jalan yang mudah menambah buruk lagi keadaan.

Apabila seseorang itu sabar, beliau dapat menguasai diri sendiri dan ini akan menjana sifat-sifat lain seperti ketegasan, keberanian, keyakinan dan kebijaksanaan. Keempat-empat sifat ini penting untuk membina jati diri yang mantap kerana seseorang yang mantap jati dirinya tidak mudah dikuasi hawa nafsu serta hasutan-hasutan negatif yang lain.

Menjana sifat sabar

Sabar merupakan salah satu suruhan dalam agama Islam. Ingatlah kisah Nabi Ibrahim a.s yang telah diperintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s. Demi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan, beliau tetap bersabar dan melakukan perintah tersebut dengan tekad, yakin dan tawakkal. Nabi Ibrahim telah Berjaya mengatasi hawa nafsu dan hasutan syaitan yang menghasutnya kerana sifat amanah, dan sabar beliau dalam menjalankan perintah Allah. Berkat kesabaran beliau dalam menjalankan perintah, Allah SWT telah member nikmat yang besar terhadap beliau. Anaknya Nabi Ismail yang disembelih itu telah ditukar oleh Allah dengan binatang sembelihan yang lain, tanda lulusnya ujian yang telah diberikan.

Pengajaran daripada kisah ini ialah tanggungjawab dan tugas yang diberikan hendaklah dilaksanakan dengan tekad, dan penuh kesabaran, kerana di hujungnya pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya keperitan dan kesukaran dalam melakukan sesuatu itu adalah ujian dari Allah dan sebagi hamba-Nya, kita haruslah redha dan insaf, hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas setiap makhluk-Nya. Maka kita haruslah menerima apa jua ujian dan daripada Allah dengan sifat sabar dan tekad dalam menghadapinya.

Di dalam Al-Quran, terdapat tidak kurang dari 20 ayat yang menyentuh bab kesabaran. Sebagai contoh, di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang, kerana sesungguhnya Allah bersama-sama (menolong) orang-orang yang Sabar”

(Al-Baqarah, ayat 153)

Dan di dalam firman Allah yang lain, surah As-Syura, ayat 43

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)1”

1 - [diutamakan]

(Asy-Syura, ayat 43)

Sebagai umat Islam, tindakan sabar adalah wajib untuk dilaksanakan kerana ia merupakan suruhan dan perintah Allah SWT. Ini bermakna, orang yang tidak sabar ialah orang yang telah melanggar perintah dan suruhan Allah. Mereka yang melanggar perintah dan suruhan Allah akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak.

Penutup

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama berazam untuk melebihkan sifat sabar di dalam diri kita dan cuba untuk mengatasi hawa nafsu yang menguasai diri. Tanamkan tekad dan usaha serta berdoa dan bertawakkal pada Allah, supaya dipermudahkan sifat sabar hadir dalam diri kita. Sifat sabar amat penting dalam kehidupan setiap muslim, jika tidak, masakan terdapat hadis seperti yang diriwayatkan oleh Abu Na’im yang berbunyi :

“Sabar itu adalah separuh daripada iman, dan yakin memenuhi iman kesemuanya”
(riwayat Abu Na’im)

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


Sumber Rujukan :
  • Huraian kepada Panduan al-Quran dan Hadith bagi pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam – BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri (1996).
  • Ayat-ayat Suruhan – JAKIM, (2006).


------

Salam semua..

kat ataih ni adelah teks ucapan awam aku pg tadi.. kena wat sket ucapan... pikiaq punya pikiaq, last2 aku pilih tajuk ni... bukan apa, sbb sumber dah ada dalam simpanan aku, jadi aku rasa sesuai plak tajuk ni... jadi saja aku publish ni supaya dapat peringat sesama kita dalam hal ni...

ni ja laa.. hehe.. Wassalam...

Soal Puasa Bulan Rejab, & Kelebihan Rejab

Salam, ini direct copy paste dari roudhah (http://roudhah.net , http://roudhah.wordpress.com)


السلام عليكم ورحمة الله

Keterangan dalam thread ini dihimpun dari pelbagai sumber ilmu. Keterangan dari segi keilmuan dari pihak saya akan diberikan kemudian. InsyaAllah.

SOAL FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab, terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rejab, atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rejab, dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya, ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadits-hadits yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu’.

Maka mereka yang melarang atau sekurang-kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rejab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri, ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq iaitu Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 Hijrah, yang menjelaskan dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau iaitu dalam juzu' yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke-9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu. Maka, persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Akan tetapi, tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun, cuba membongkar semula masalah ini, atas alasan maudhu dan dhaif haditsnya. Lalu dikatakan tak sunat puasa di bulan Rejab.

Apakah maksud sebenar beliau ini? Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif haditsnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rejab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rejab, maka ianya sudah termasuk dalam kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin.

Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadhilat berpuasa dibulan Rejab itu yang bersalah, tetapi beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebarluaskan fahaman songsang tersebut.

Kita lihat keterangan-keterangan selanjutnya.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:

“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rejab (yang mana) adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya.

Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Makamah Syariah melarangnya/menegahnya daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang sepertinya dengan hukuman Takzir yang sungguh-sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab.

Seolah-olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang menyatakan:

“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul/pusingan daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rejab”.

Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syekh Abu Omar bin Shollah (Ibnu Sholah), dan menegah engkau dari (meriwayatkannya), kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu.

Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa (Syeikhul Islam) Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rejab dan membesarkan bulannya al Haram, maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rejab?

Syeikhul Islam Izzudin Abdis Salam menjawab::

“Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa. Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan ( Istinbath hukum-hukum syara'). Maka betapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum–hukum syariah, tidak pernah ada di kalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah swt kerana berdasarkan beberapa hadis yang shohih yang menyungguh-nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi saw, berfirman Allah Taala:

“Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa."

Dan sabda Nabi saw:


“Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada bau kasturi”.


Dan lagi sabda Nabi saw:


“Sesungguhnya seafdhal-afdhal puasa ialah puasa saudaraku Daud as. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”.


Adalah Nabi Daud as berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan-bulan yang selain daripada bulan Rejab, dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rejab lain dari apa yang berlaku disisi puak Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab. Maka Daud as dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut Jahiliyah.

Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya, melainkan apabila terdapat tegahan syariat padanya, atau terdapat dalil-dalil kaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang Jahil yang terserlah kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram-lah ) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan, seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah Masyhur memahami, mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah swt dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum iaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli Fekah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah swt. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya, nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”.

Tammat fatwa Syeikhul Islam Izzuddin Abdis Salam.

*bersambung 



Sumber Asal: http://www.roudhah.net/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=208

Sila Baca Sambungan di :

http://roudhah.wordpress.com
http://roudhah.net


Wassalam....

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 5, 6, 7

Salam...

Hehehe... first skali, nak ucap tahniah kat Pak Lah sbb akan melangsungkan perkahwinan pada sabtu ni.. huhu.. harap2 Pak Lah pasni akan jadi lagi kuat dalam menerajui negara serta berfikiran lebih matang serta tidak merugikan negara amnya dan org Islam/Melayu khususnya. Bini dah ada Pak Lah, x kan nak lembek2 lagi.. takkan nak tidor2 lagi... harap Pak Lah sedar dan mengambil iktibar serta nasihat daripada mantan PM, Tun Mahathir..

Ok, habeh bab Pak Lah.. la ni kita sambung apa yg telah dimulakan.. x mau la wat gheja sekerat2 kan... ni lah dia... sambungan rumusan/ulasan tarbiyatul awlad fil Islam....


5. Perkahwinan dan perhubungan jantina.

Manusia dicipta Allah S.W.T dengan naluri tersendiri, kecenderungan ke arah seks yang berlainan. Semua ini ialah kebesaran Allah yang telah mengatur supaya manusia dapat menerusan keturunan mereaka sendiri.

Pandangan Islam terhadap seks.
Seks dalam Islam hanya halal apabila berlaku perkahwinan. Islam menghalalkan fitrah manusia ini dalam garis perkahwinan supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.

Islam melarang meninggalkan perkahwinan.

  • Sesiapa yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin kerana nabi pernah bersabda “Barangsiapa yang mampu bernikah, kemudian dia tiada bernikah, maka dia bukan dari golongan ku”.
  • Hidup secara rahib dan bujang adalah ditentang Islam kerana ia sama sekali menentang fitrah manusia.
  • Ini dengan jelas menunjukkan Islam adalah agama yang fitrah dan menjamin akan survival manusia di bumi yang sementara ini.

Menumpahkan syahwat pada yang halal mendapat pahala.

  • Jika menumpahkan syahwat pada yang haram mendapat dosa, sudah tentu menumpahkan syahwat pada yang halal mendapat pahala.
  • Tiadalah ungkapan “persetubuhan seseorang kamu dengan isterinya juga sedekah” dianggap boleh membantutkan usaha dakwah, kerana setiap yang di Islam itu mempunyai keutamaan yang lebih dari satu lagi mengikut apa yang telah digariskan oleh syara’.


Peranan wanita Islam dalam jihad dan dakwah

  • Wanita bukan menjadi pemuas syahwat sahaja, malah lebih dari itu, mereka juga turut keluar untuk berjihad fisabilillah, ketika waktu dan peluang tertentu.
  • Antara tugas wanita di medan perang ialah membantu memikul senjata, menguruskan orang-orang yang cedera, menjaga orang-orang yang sakit, memindahkan orang-orang yang mati, memasak makanan dan sebagainya.

Mengapa Allah mensyariatkan perkahwinan.

Perkahwinan disyariatkan sebagai asas kepada memelihara keturunan. Juga disebabkan kerjasama yang wujud antara suami dan isteri dimana mereka boleh membantu antara satu sama lain dalam hal-hal berkaitan tanggungjawab kekeluargaaan. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada penyakit dan masalah yang melanda manusia. Selain itu perkahwinan dapat menenteramkan hati, jiwa dan rohani. Dan antara faedah yang agak penting ialah untuk melahirkan zuriat islam yang soleh.

Ibu bapa perlu memahami, apabila anak-anak mengetahui akan sedikit sebanyak mengenai kekeluargaan dan perkahwinan, mereka mesti akan lebih cenderung ke arah itu. Oleh itu, bantulah mereka jika mereka sudah bersedia untuk berkahwin, benarkan sajalah supaya mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat yang hina, jijik dan kotor. Jika mereka tidak cukup dari segi kewangan bantulah, kerana ia lebih bagus daripada membiarkan mereka terus membuat maksiat.

Berkhalwat dengan isteri pada malam pengantin.

Setelah diajar akan kena perlu kepada perkahwinan, hendaklah diberitahu apa yang perlu dilakukan setelah berkahwin, bermula malam pertama hingga selesai aktiviti malam itu. Dalam melakukan hubungan seks, Islam telah mengajar kita dengan syariatnya ycang cukup sempurna. Inilah adab-adab malam pertama….

Ø Sunnat bagi suami, meletakkan tangan ke atas kepala isteri, membaca bismillah dan mendoakan baginya, memohon keberkatan. Maksud doa : “Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon Engkau akan kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan dia, serta aku berlindung dengan Engkau dari kejahatnnya dan kejahatan uang Engkau ciptakan dia.”

Ø Sunnat bagi kedua-dua pengantin bersembahyang sunat 2 rakaat, dan sama-sama sesudah itu berdoa kepada Allah seperti maksudnya : “ Ya Allah! Ya Tuhanku! Turunkanlah keberkatan bagiku kepada isteriku, dan turunkanlah keberkatan untuk mereka dengan ku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Kumpulkanlah kami berdua selama Engkau mengumpulkan dengan kebaikan. Dan pisahkanlah kami berdua selama Engkau pisahkan kepada kebaikan.”

Ø Sunnat bagi pengantin lelaki berlembah lembut dengan isteri, serta membawa sedikit makanan atau minuman. Dengan ini akan menambahkan lagi perasaan kasih dan sayang antara keduanya.

Ø Dalam adab bersentuhan, hendaklah menanggalkan pakaian masing-masing kerana pergerakan akan lebih mudah dan ia merehatkan badan. Kemudian hendaklah mereka duduk di dalam satu selimut. Tetapi hendaklah tidak telanjang bulat kerana ia seumpama binatang. Oleh itu hendaklah ditutup badan.

Ø Hendaklah bersenda gurau, berpeluk-peluk serta bercium-ciuman terlebih dahulu antara mereka.

Ø Hendaklah semasa persetubuhan tidak tergopoh gapah, kerana perempuan lebih lambat keluar air maninya. Oleh sebab itu perlu bunga-bunga terlebih dahulu.

Ø Sebelum memulakan jimak. Hendaklah
membaca doa “Dengan Nama Allah, ya, Tuhanku, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan terhadap apa yang akan Engkau kurniakan kami!”.

Ø Boleh
mendatangi isteri samada dari depan, belakang atau tepi asalkan arah tujuan ialah faraj, yakni kemaluan hadapan.

Ø Sebaik-baik cara berjimak ialah lelaki di atas peremuan.

Ø Jika ingin mengulangi jimak, disunnatkannya berwuduk terlebih dulu. Ini kerana ia akan menyegarkan kembali tubuh badan.

Ø Yang lebih utama bagi suami isteri ialah menyegerakan mandi. Tetapi jika malas, hendaklah berwuduk sebelum tidur. Mandi diutamakan supaya mereka tidak malas bila hendak mandi apabila waktu subuh.

Ø Harus suami dan isteri mandi sekaligus dalam satu tempat, dan
telanjang namun yang lebih utama ialah dengan kain basahan.

Perkara larangan mengenai Jimak.

Ø Dilarang menceritakan kepada orang lain, walau dengan apa cara sekalipun, samada suami atau isteri cara mereka melakukan persetubuhan itu.


Ø Dilarang menyetubuhi isteri melalui lubang dubur (pantat). Ia mengundang penyakit dan dilaknat Allah.


Ø Haram mendatangi isteri pada waktu Haidh dan Nifas, kerana ia boleh mendatangkan penyakit.


Nasihat dan panduan dari ahli bidang ini.

  • Sederhana dalam memuaskan syahwatnya. Dikatakan batasan sederhana ialah 2 kali seminggu. Boleh ditambah atau dikurang mengikut kemampuan masing-masing. Batasan ini perlu supaya tubuh tidak mudah letih.
  • Mulakan dengan rabaan dan gurauan mesra.
  • Datangilah isteri pada masa tertentu, yakni dikala perasaannya tiada mempunyai masalah.
  • Sebelum mencabut zakar, pastikanlah isteri telah mencapai kelazatan seperti mana yg si suami telah rasai.
  • Hukum persetubuhan ialah harus pada semua bulan, masa dan ketika kecuali waktu yang diharamkan seperti puasa fardhu dan haidh serta nifas.
  • Waktu yang sunnat pula ialah pada malam Jumaat dan hari Jumaat.
  • Isteri perlu menjaga hati suami dengan berlemah lembut. Jangan menolak permintaan suami hingga suani berasa marah. Jika berpuasa sunnat, hendaklah diminta izin pada suami terlebih dahulu.



6. Apabila tidak punya wang untuk berkahwin!


Wang merupakan antara asas kebahagiaan dan tiang kehidupan. Namun terdapat pemuda-pemuda yang mahu berkahwin, tetapi mereka tidak mempunyai wang. Mereka ingin mengelak dari melakukan maksiat dengan membuat pengikatan yang suci. Tetapi, kerana tidak mencukupi wang, tiada boleh bagi mereka untuk mengikat ikatan suci itu. Untuk itu, mereka ini haruslah menahan diri dari melakukan maksiat dan memelihara kemaluan mereka. Untuk itu mereka bolehlah mengikut panduan ini :

· Berkahwin pada usia muda.
· Berterusan dalam puasa sunnat.
· Menjauhkan diri dari perkara yang membangkitkan nafsu.
· Memenuhi masa lapang dengan hal-hal bermanfaat.
· Berkawan dengan teman yang soleh.
· Menyimpan sifat takut kepada Allah.
· Menghindarkan mata dari segala yang diharamkan agama.
· Menguatkan pengaruh agama di dalam diri.

7. Apakah harus berterus terang dengan anak mengenai seks?

Persoalan yang timbul ialah, patutukah diajar anak-anak remaja akan cara-cara berlakunya persetubuhan sebagai salah satu persediaan terhadap mereka ke alam perkahwinan. Jawapannya ialah harus dibentangkan akan hukum-hukum dan berterus terang kepada anak-anak mengenai hal ini. Dan menjadi wajib sekiranya pertanyaan adalah yang bersifat mengenai hukum. Ini kerana di dalam Al-Quran sendiri ada menceritakan hal-hal tersebut.


Ok, setakat ini dulu Fasal ke 2.. lps ni smbg Fasal ke 3, bab lain plak perbincangan dia...

Wassalam..

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 4

Salam..

Haaa.. dalam beberapa bulan lepaih, kita ada bincang sket pasai buku tarbiatul awlad fil Islam... perbincangan tuh sebenaqnya aku punya ulasan aku masa amik ISLB123 dulu... so saja letak.. ni aku nak sambung siri ke 4 dia noo...


4. Mendidik anak hukum-hukum mengenai orang yang baligh.

Adalah perlu mendidik anak-anak mengenai kecenderungan seks sejak mereka di peringkat tamyiz yakni tahu membezakan. Pada umur mereka sudah murafik (12-15 tahun), perlu diterangkan bahawa apabila keluar mani dari zakar, dengan rasa syahwat dan memancut, mereka sudah menjadi dewasa yakni baligh dan jatuhnya hukum seperti orang-orang dewasa ke atas mereka. Begitu juga kepada anak perempuan, perlu diterangkan seawal usia 9 tahun pabila keluarnya cecair kuning dan melekat dari farajnya, maka ia sudah baligh dan mukallaf dalam agama serta jatuh hukum orang dewasa ke atasnya. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa menerangkan hal ini kepada mereka. Maka perlu diajar beberapa hukum untuk mengajar mereka apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara-perkara tersebut terjadi. Antaranya :


1. Tiada wajib mandi, jika hanya bermimpi tapi tiada basah pada pakaiannya, samada anak lelaki atau perempuan.


2. Jika terjaga dari tidur, mendapati pakaiannya basah-basah, tetapi tidak ingat samada bermimpi atau tidak, maka wajib baginya mandi samada lelaki atau perempuan.


3. Mani yang keluar dari lelaki atau peremuan secara memancut dan syahwat, samada dengan melancap atau lain-lain, diwajibkan mandi ke atasnya. Perlu diterangkan, cecair yang keluar secara tidak memancut dan syahwat adalah disebabkan penyakit dan beberapa keadaan seperti terlalu sejuk, maka tidak diwajibkan mandi ke atasnya.


4. Termasuknya zakar sekadar hasyafah, ke dalam kemaluan depan atau belakang, maka hendaklah mandi wajib, samada tuan punya zakar dan orang yang dimasuki itu, samada keluar mani atau tidak.


5. Wajib mandi bagi wanita yang sudah berhenti dari haidh dan nifas.


6. Ajarilah anak akan fardhu bagi mandi wajib, sunnat dan cara yang sepatutnya mandi.


7. Juga perlu diterangkan larangan-larangan semasa dalam keadaan berhadas besar.



Sekian dulu, nanti kita sambung lagi...

Wassalam...