Skip to main content

Tidakkah kita melihat, Dia yang memperjalankan...

Assalamualaikum..

Saban tahun, umat Islam akan memperingati hari Isra' & Mi'raj Nabi besar junjungan kita SAW pada 27 Rejab. Walaupun ulama berbilang pendapat mengenainya, namun apa yang penting bagi kita ialah apa yang telah diperjelaskan dalam Al-Quran mengenainya. Salah satu surah dalam Al-Quran telah diberi nama Al-Isra' sempena "perjalanan malam" Rasulullah SAW dari Mekah ke Baitul Maqdis, dan seterusnya diangkat hingga ke "Sidhratul Muntaha" di mana di situ, Allah SWT telah memperlihatkan kepada Rasulullah SAW akan balasan syurga dan neraka. Dan di sana jualah di mana kita umat Islam menerima satu syariat atau amalan yang tidak ternilai pentingnya, yakni Solat.

Ayat pertama surah Al-Isra'

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya[847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Sungguh kita dapat melihat di sini, betapa peristiwa Isra' dan Mi'raj itu tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan bahawa Allah Maha Berkuasa dalam melakukan apa sahaja. Apakah kita masih tidak melihat akan kekuasaan Allah ini? Adakah kuasa yang setanding Allah? Tentulah tidak sama sekali melainkan Allah...

Surah Al-Isra' mengandungi peringatan-peringatan penting kepada para Muslimin. Di awal ayat, diceritakan bagaimana kaum Bani Israel yang telah diberi kemenangan dan kemudian dihancurkan kembali kerana keengkaran mereka kepada Allah. Juga, diceritakan dalam surah ini mengenai kita sebagai manusia menanggung dosa kita secara individu, yakni tidak pula dosa kita itu ditanggung oleh orang lain. Begitu jua amal kebaikan. Manakala, dosa sesatu kaum itu akan ditanggung oleh mereka sendiri. Selain itu juga, diceritakan betapa kekuasaan Allah menjadikan siang berganti malam sebagai tanda kekuasaan Allah..

Di dalam surah ini juga telah diceritakan bahawasanya kita tidak seharusnya merasa kecewa kerana tidak dikurniakan rezeki kerana rezeki itu adalah hak Allah. Allah SWT juga telah melarang kita untuk membunuh anak-anak atas alasan kemiskinan atau kesempitan hidup. Firman Allah pada ayat ke 31

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

Namun pada hari ini Allah telah memperlihatkan kita tentang amaran ini...

Polis temui mayat 2 kanak-kanak
23/07/2008 4:11pm

NIBONG TEBAL 23 Julai - Polis menemui mayat dua kanak-kanak dipercayai dibunuh oleh bapa kandung mereka di bilik sebuah rumah di Parit Kasa, di sini hari ini.

Kanak-kanak malang berkenaan, Muhamad Shamir Shaari,4, dan adiknya, Nor Ameelina ditemui dalam keadaan terbaring di atas tilam di bilik berkenaan.

Bapa mangsa, Shaari Hamid, 34, pula ditemui tergantung di bilik itu dipercayai membunuh diri. Polis masih siasat bagaimana kanak-kanak itu dibunuh.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

-Utusan
Link Asal
Berita Penuh


Allahu Allah... kebahagian rumah tangga adalah kurniaan Allah. Jodoh dan pertemuan adalah rezeki yang dikurniakan Allah. Namun akibat lemahnya iman kita, kita tergamak melakukan apa yang telah Allah firmankan di dalam Al-Quran. Pokoknya, kita tidak seharus berputus asa atas segala kesulitan yang menimpa kerana hanya Allah yang layak memberi rezeki kepada kita.

Sesungguhnya, di dalam Surah ini juga, pada ayat ke 23 & 24, Allah SWT berfirman :

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."


...yakni 2 perkara yaitu (1)larangan bercakap kasar dengan kedua ibu bapa dan (2)perintah untuk mendoakan kedua mereka. Oleh yang demikian, berdoa kebaikan untuk ibu bapa kita adalah satu kemestian~!

Surah Al-Israa' juga membincangkan mengenai sebahagian dosa-dosa besar seperti berikut (selain yang telah disebutkan di atas)...

32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

33. dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

34. dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan Dengan cara Yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya Dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

35. dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah Dengan timbangan Yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

37. dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.


dan firman Allah pada ayat seterusnya..


38. tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan Yang dibenci di sisi Tuhanmu.


..yakni merujuk kepada dosa-dosa besar itu.

Wahai saudara/i ku sekelian.. lihatlah.. betapa indahnya akan kebenaran Al-Quran.. kitab yang tiada keraguan lagi padanya. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, kita sebagai umat Islam sepatutnya menjadi lebih kuat dan mantap kerana Allah SWT telah memberi peringatan-Nya kepada kita...


39. Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah).

41. Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).

Al-Israa' 39 & 40


Tapi lihatlah apa yang telah terjadi... ramai diantara kita (termasuk yg sedang menaip ini pun) terlalu lalai dan leka untuk membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.. oleh itu, marilah wahai saudara saudariku, kita kembali membaca dan memahami Al-Quran berpandukan penerangan2 yang sahih dan muktabar. Sesungguhnya, Al-Quran itu petunjuk bagi mereka yang sedang dalam pencarian...


Surah Al-'Aaraaf, ayat 52

52. dan Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami Yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang (mahu) beriman.


Baiklah, sebelum mengakhiri posting pada kali ini, mari kita lihat antara ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan Isra' dan Mi'raj selain daripada ayat 1 surah Al-Israa'


Surah An-Najm ayat 1-18: Para musyrikin tidak mempercayai Rasulullah SAW dalam perjalanan Isra' mi'raj... Di mana diceritakan Rasulullah telah melihat malaikat Jibril A.S dalam bentuk asalnya serta diperlihatkan akan Syurga Jannatul Ma'wa....

1. Demi bintang semasa ia menjunam, -

2. rakan kamu (Nabi Muhammad Yang kamu tuduh Dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan Yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan Yang salah).

3. dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.

5. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) Yang amat kuat gagah, -

6. lagi Yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) Dengan rupanya asal, -

7. sedang ia berada di arah Yang tinggi (di langit);

8. kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit Demi sedikit,

9. sehingga menjadilah jarak (di antaranya Dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

10. lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, Dengan perantaraan malaikat jibril) apa Yang telah diwahyukanNya.

11. hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa Yang dilihatnya.


12. jika demikian, Patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa Yang telah dilihatnya itu?

13. dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi,

14. di sisi "Sidratul-Muntaha";

15. Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa".

16. (Nabi Muhammad melihat Jibril Dalam bentuk rupanya Yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, Yang tidak terhingga.

17. penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan Dengan tepat (akan pemandangan Yang indah di situ Yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

18. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan Luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.




Untuk rujukan saudara saudari, download Surah Al-Israa' dan An-Najm dalam bentuk pdf.

Sekian, mudah-mudahan kita sama2 mendapat keampunan dan kerahmatan daripada ALLAH SWT., Insya Allah...

Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...