Skip to main content

1 Sekolah Untuk Semua

Salam,

Satu Sekolah Untuk Semua -- Gagasan terbaru yang dimulakan oleh para bloggers untuk mempromosikan sekolah satu aliran di Malaysia. Kempen ini dimulakan oleh blogger Demi Negara dan satu memorandum telah pun dikeluarkan untuk perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malaysia adalah satu-satunya negara yang paling unik di dunia dengan membenarkan sistem persekolahn vernakular. Sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina [SJK(T)/(C)] masih dibenarkan beroperasi dan ada yang mendapat bantuan kerajaan. Sekolah-sekolah tersebut juga diiktiraf dan mereka juga menduduki peperiksaan umum yang sama seperti sekolah kebangsaan (SK). Namun yang demikian masalah timbul setelah mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Selalunya, apabila ke peringkat menengah, mereka yang berasal dari SJK ini akan dikehendaki mengikut kelas peralihan. Ini disebabkan mereka tidak terdedah dengan budaya hidup bermasyarakat majmuk dan sukar untuk bergaul dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

Antara yang menjadi halangan ialah bahasa. Mereka kadangkala tidak boleh berbahasa Malaysia dengan betul dan ini menyebabkan banyak masalah. Walaupun dalam mempelajari satu-satu matapelajaran termasuk Bahasa Melayu itu sendiri tidak menjadi masalah dan ramai yang boleh cemerlang, tetapi bagi mereka ini ia hanya akademik semata-mata. Akan timbul masalah-masalah lain. Antaranya ialah masalah dalam berkomunikasi dengan rakan yang lain. Disebabkan kurang faham dan kurang bergaul, kadang-kadang akan timbul salah faham akibat gurauan yang tak difahami. Tambahan pula perasaan buruk sangka yang terpendam masih menebal dan pengasingan pelajar sejak sedari umur yang muda lagi menyebabkan sukar untuk dipadamkan perasaan sedemikian.

Dengan terwujudnya satu aliran sekolah nanti, kita harapkan bahawa perasaan saling hormat menghormati antara kaum bermula di peringkat yang paling awal. Ini penting supaya masing-masing dapat memahami hak masing-masing. Adalah tidak adil untuk mempunyai SJK(T)/(C) lagi sedangkan sekolah Melayu tidak lagi ada. Yang ada untuk anak-anak Melayu ialah SK yang mana SK terbuka untuk semua kaum. Jadi demi merapatkan jurang yang timbul ini, kita harus berusaha untuk merapatkannya sejak dari awal lagi, yakni sewaktu di bangku sekolah. Insya Allah, hanya dengan itu, impian satu bangsa Malaysia akan terlaksana jika semua rakyat saling hormat menghormati hak masing-masing dan menerima seadanya rakan-rakan dari kaum-kaum yang lain.

Anda boleh menandatangani satu petisyen online sebagai tanda sokongan di sini.

Tandatangan saya ialah di sini, nombor #782

Sekian dulu dari saya..


1 Sekolah, 1 Matlamat, 1 Wawasan, 1 Budaya, 1 Bangsa
1 MALAYSIA


Wassalam...

p/s : This is my 300th post!!! :)

Comments

  1. Sekolah satu aliran untuk yang terbaik bagi negara. Walaupun sekolah pelbagai aliran adalah baik tetapi kita perlu memilih yang lebih baik untuk negara kita. Perubahan ke arah yang lebih baik itulah dikehendaki. Jangan nanti masih ada warga yang berbahasa Melayu pun masih tak betul, malah lebih teruk daripada pekerja asing yang baru tiba...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan