Selamat Tinggal Freeshells.ch ~~


Salam

Antara unix shell yang aku gunakan ialah di freeshells.ch. Keghairahan untuk mempunyai akaun unix shell peribadi bermula setelah aku mengikuti kelas Computer & Data Security (CSNB514) oleh Mr. Uwe pada 2006 semasa di UNITEN. Sebenarnya, bukanlah ada apa sangat pun untuk aku gunakan unix shell ni, tapi disebabkan minat mendalam dalam bidang security pada ketika itu menggerakkan hati aku untuk mencuba benda ni. Sekali dah mencuba, rasa nak cuba lagi sampai la aku paham sikit asas-asas command dia. Alhamdulillah, masuk alam pekerjaan, rupanya tak sia-sia ada asas yang sikit-sikit tu.

Sebelum mempunyai akaun di freeshells, aku juga pernah mempunyai akaun di amacomputa.com. Tetapi hayat shell berkenaan tidak lama. Kali ini, khidmat freeshells.ch juga bakal berkubur. Antara servis yang aku gunakan di freeshells ialah ruang storage dan jugak page-page php untuk percubaan dan suka-suka. Sebagai contoh, skrip waktu solat di ruangan atas blog ini, dihoskan di freeshells.ch. Aku juga sering menggunakan servis-servis lain di freeshells.ch tetapi ianya sudah lama diblock kerana ada yang menyalahgunakan servis-servis itu.

Baru-baru ini, admin server berkenaan mengumumkan bahawa segala laman dan perkhidmatan di freeshells.ch akan dihentikan bermula 15 Mei 2009. Ini termasuk akses kepada shell itu sendiri. Sehingga entry ini ditulis, aku masih boleh mengakses shell tersebut. Mungkin ini kali terakhir aku login ke shell ini, kerana mungkin esok, ia sudah tidak dapat diakses lagi. Sukalah aku abadikan di blog ini, beberapa screenshot yang berkenaan sebagai kenang-kenangan buat diriku sendiri.. Selamat Tinggal Freshells.ch!

Pengumuman perkhidmatan Freeshells.ch akan dihentikan oleh admin...

E-Mel pertama di freeshells.ch.. hehehe...

Test E-Mail dari Claude ke Freeshells.ch ~ wakakakaka.... =))

Hehehe.. ni sebenarnya ganti aku punya site dari rootshell ke amacomputa tah.. tak ingat dah.. hahahaa.....


Bye-bye...

Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Asal Bangsa Melayu?

Lagu nie... hehee...