Ku Biarkan Pena Menulis.....

Ingat! Dan beringat...

Assalamualaikum 

Hari ini 22 Mei 2026, berlatar-belakangkan lagu "Utada Hikaru: Cinta Pertama", aku salin balik buah fikiran aku bertarikh 4 Mei 2026 dari Facebook ke sini untuk ingatan.

~.~.~.~.~.~

Parti Politik

1. Parti politik wujud sebagai wadah penyatuan sekelompok manusia yang ideologinya sama.

2. Ada parti politik, ideologinya ialah Nasionalis, ada yang Islamis, ada yang Sosialis, ada yang Liberal dan pelbagai jenis lagi ideologi.

3. Walaupun pelbagai ideologi, pelbagai parti ini boleh juga duduk bersama kerana ada common ground. Juga mereka berada pada “kutub” yang sama (contoh: membela nusa bangsa masing-masing).

4. Contohnya, parti Perikatan dan parti Barisan Nasional (pra-2018 lah ya) yang common ground dia ialah kontrak sosial. Pelbagai parti seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain bernaung di bawah satu organisasi yang kuat, strukturnya teratur dan selalunya, semua ahli parti akan akur dan patuh pada keputusan parti.

5. Apabila parti gabungan yang kuat ini menang pilihan raya secara seluruhnya dengan majoriti yang besar, mereka boleh memerintah dengan efektif dan sebarang percanggahan biasanya tidak lama dan tidak sangat didedah kepada masyarakat awam.

6. Ada satu lagi jenis gabungan parti yang ideologinya agak bercampur dan pelbagai. Contohnya, kita pernah melihat Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat (serta Pakatan Harapan) sebagai sebuah gabungan yang bercampur ideologinya (Islamis x Liberal x Sosialis x Nasionalis x dll.).

7. Gabungan dengan ideologi yang agak bercampur dan seringkali berada di “wavelength” berbeza ini lebih ketara jurang perbezaannya. Ini terbukti apabila gabungan seperti ini tidak bertahan lama dan terbubar atau terjadinya kejadian “keluar gabungan” setelah perbezaan prinsip yang menjadi pegangan parti berbeza dengan keputusan pemimpin gabungan.

8. Gabungan longgar ini selalunya diadakan untuk menghadapi “common enemy” atau kita katakan satu tujuan yang sama demi kepentingan umum yang lebih besar. Contohnya gabungan Pakatan Harapan pada tahun 2018.

9. Namun kini wujud satu lagi jenis gabungan yang memeningkan. Gabungan ini tidak wujud sebagai satu entiti politik tapi lebih kepada apa yang dikenal sebagai “kerajaan perpaduan”.

10. Apabila tiada satu parti (baca: gabungan parti atau parti gabungan) pun yang memenangi majoriti dalam pilihan raya, maka untuk membentuk kerajaan, parti-parti ini perlu bergabung.

11. Di sini kita acap kali melihat bahawa ideologi telah menjadi perkara kedua kerana “yang lebih penting ialah untuk menubuhkan kerajaan”. Setuju? 

12. Walaupun semasa kempen pilihan raya, kedua-dua pihak pakat mengata satu sama lain, memburukkan pihak lawan dan menawarkan tawaran berbeza serta memainkan sentimen berbeza, tetapi selepas pilihan raya, semua itu tiada makna lagi apabila bergabung menjadi kerajaan.

13. Caci maki bertukar menjadi gelak tawa, muka yang bengis dan berkobar-kobar menjadi senyum mesra dan manja bila bersama dalam satu kerajaan.

14. “Don’t get me wrong” — memang patut pun mereka berbaik walaupun berlainan ideologi, sebab dan jadi rakan sekerja dan bersama-sama membangunkan negara. Ini kita sebagai rakyat perlu sokong.

15. CUMA, bila nak pilihan raya dah mula dengar ada pihak yang sepatutnya bersama dalam Kerajaan dah nak buat persediaan untuk hadapi pilihan raya secara solo…kenapa ya?

16. Sepatutnya bila dah bersama dalam kerajaan, carilah common ground untuk terus bersama, ikhlas dalam membangunkan negara. Janganlah “marriage of convenience” itu menjadi ideologi yang berterusan.

17. Pendapat sayalah, parti-parti dalam gabungan kerajaan sekarang ni patut dah mula usaha untuk tubuh parti besar yang terus bergerak ke hadapan dengan matlamat dan ideologi bersama. Andai mereka masuk bertanding pilihan raya dan melawan sesama sendiri, sudah tentulah undi akan berpecah.

18. Dan hampir pasti lagi, tiada parti memperoleh majoriti yang “solid” dan kerajaan campuran ini akan terjadi lagi. Ini tiada masalah di sisi undang-undang — benar.

19. Tapi rakyat akan terasa dipermain sekali lagi. Mereka undi A sebab tak suka B dan begitu juga sebaliknya. Bila keputusan diumumkan, nak jadi kerajaan A dan B bergabung. Rakyat akan melihat ini sebagai satu hipokrasi yang berulang-ulang.

20. Oleh itu, tolonglah semua parti yang nak bertanding nanti, kalau rasa gabungan kita sekarang dah baik, teruskan di peringkat akar umbi dan masuk pilihan raya bersama-sama dengan common ground yang boleh diterima rakyat.

21. Jangan cakap, “cinta itu buta”.

~.~.~.~.~.~

Bukan niat bermain politik kerana hal itu telah lama ku tinggalkan. Ini pandangan jujur aku sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Aku tanya pendapat AI Gemini tentang buah fikiran aku tu. Dia setuju some part, tapi some part lagi dia cakap politik ni kena pragmatik, terutama sekali part nak gabung terus tu. Gemini kata "biarlah mereka bertunang lama-lama dulu, sebelum kahwin.."

Ye lah tu Gemini!

Wassalam

Satu Hari Menjelang BERSIH 3.0

Assalamualaikum,

Pesanan ringkas penaja :

Duduk di rumah jaga anak ke, baca buku ke, bersihkan rumah ke lagi baik... Pergi kuliah ke, ceramah ke... ok jugak....

Sila baca :

BERSIH 3.0 : Himpunan sia-sia?


Vox Populi : http://www.youtube.com/user/Reezal1000/videos

Sekian,

Wassalamualaikum...

Cara mudah hapuskan pinjaman PTPTN....

Assalamualaikum,

Kecoh seminggu dua ni pasal nak memansuhkan PTPTN. Bagi sesetengah pihak PTPTN ini dilihat sebagai salah satu perkara yang cekik darah dan amat zalim. Sehinggakan, pada hari ini (14 April 2012), suatu perhimpunan telah diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan PTPTN.


Sesungguhnya saya tidak mahu mengulas panjang kebiadapan si Syiah Khalid Ismath di dalam video di atas kerana sudah terang jelas lagi bersuluh, mentaliti sesat yang cuba ditonjolkannya.

Updated Malam 15 April 2012 : Kata Tun Mahathir,  
‎"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat. "Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi.." 
Ouch!! Hehehe... Tun M with his usual sarcasm style....
Updated Pagi 15 April 2012 : Pendapat orang ramai berkenaan tuntutan pemansuhan PTPTN. Sila tonton video di bawah :

Yang ingin diulas, adalah perkara pokok : PTPTN.

PTPTN seperti mana sedia maklum adalah badan yang memberikan bantuan pelajaran dalam bentuk pinjaman kepada para mahasiswa di IPTA dan IPTS. Bantuan yang diberikan selalunya terdapat beberapa kategori dan jenis. Seingat saya, ada yang mendapat pinjaman penuh (yuran akademik dan sara hidup) dan ada juga yang mendapat pinjaman bagi yuran akademik sahaja. Ini bermakna, bagi yang mendapat pinjaman yang merangkumi sara hidup, mereka bukan sahaja menerima duit untuk menanggung kos pembelajaran sahaja, malah kos sara hidup mereka termasuk makan, minum, pakaian, kelengkapan pembelajaran seperti barangan komputer dan sebagainya juga diberikan bantuan di dalam bentuk pinjaman.

Terbaru, saya terdengar bahawa PTPTN mencadangkan supaya elaun sara hidup yang diberikan selama ini kepada peminjam tidak lagi diberikan. Adakah ini yang membuatkan para mahasiswa melenting?

Saya beranggapan, PTPTN mula 'merajuk' setelah ramai mahasiswa yang tidak mahu menunaikan janji di dalam kontrak pinjaman PTPTN mereka sendiri. Memang kita akui, PTPTN mempunyai kelemahan, terutama di dalam mekanisme pembayaran balik. Dikatakan PTPTN mengenakan 'caj perkhidmatan' yang tinggi sebagai ganti kepada 'bunga' seperti mana pinjaman-pinjaman yang dibuat di bank-bank komersial. Bagi sesetengah pihak, inilah perbuatan paling menindas PTPTN, yakni mengenakan riba.

Saya setuju dengan pendapat ini. PTPTN tidak seharusnya mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan berulang serta berkadaran dengan baki bayaran balik pinjaman. Sepatutnya, PTPTN boleh mengenakan 'caj  perkhidmatan' yang tetap bagi setiap tahun yang tinggal bagi peminjam yang ingin membayar balik wang pinjaman. Bagi saya, cara ini lebih adil dan baik kerana sudah semestinya di pihak PTPTN sendiri memerlukan pendapatan daripada caj perkhidmatan ini supaya dapat menanggung kos operasinya.

Dan saya rasakan dengan pengenalan sistem ujrah 1% oleh ptptn ini sebenarnya sudah boleh menyelesaikan masalah hukum 'riba' seperti yang dibangkitkan. Tetapi sekiranya anda google berkenaan  ujrah ini pula, ramai juga yang tidak setuju sebab katanya caj 1% tu dah 'fixed' dan lebih suka kepada pengiraan 3% daripada baki akhir... katanya yang 3% tu lagi bagus kepada peminjam, tapi soal riba entah ke mana... macam-macam....

Jadi, kita boleh andaikan dengan terbitnya sistem ujrah ini, sepatutnya tiada lagi isu riba'. Tetapi ada yang mempertikaikan sebagai contoh, katanya pinjaman pelajaran hanya RM 48,000, tapi kena bayar balik RM 61,000. Bagi beliau ini  tidak adil dan tidak Islamik lagi riba. Tetapi kita harus ingat, caj perkhidmatan yang diperkenalkan oleh PTPTN itu tidak ada bezanya jua dengan segala macam pinjaman kewangan atau pembiayaan dari bank-bank yang patuh syariah. Sebagai contoh, pembelian kenderaan melalui pembiayaan kewangan oleh bank yang patuh syariah juga tidak akan meminta bayaran balik sama dengan harga asal kenderaan. Sebuah proton Saga yang berharga RM 38,000 akhirnya akan dibayar  balik sehingga RM 50,000 kepada bank yang 'patuh syariah' berkenaan, berdasarkan jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik. Jadi mengapakah tiada demo untuk menentang bank-bank tersebut?

Bagi mereka yang ingin menghapuskan PTPTN ini, pelajaran sepatutnya diberikan percuma oleh kerajaan. Saya katakan, Kerajaan telah pun banyak menanggung kos pembelajaran di IPTA-IPTA awam. Saya jangkakan, yuran tahunan di IPTA tidaklah seperti kos pembelajaran di IPTS. Sebagai bekas pelajar IPTS, saya tahu berapa banyak yang perlu dibayar setiap semester berbanding rakan-rakan di IPTA dan adakalanya mencecah lebih daripada 5 kali ganda. Jadi, kos pinjaman yang banyak ini sebenarnya boleh dikatakan adalah bagi mereka yang menuntut di IPTS.

Sekiranya dimansuhkan PTPTN, siapa pula yang akan membantu mahasiswa yang melanjutkan pelajaran mereka di IPTS? Kerajaan boleh membina IPTA-IPTA tetapi setiap sesuatu itu mesti ada hadnya. Tidak semua perbelanjaan kerajaan hanya boleh ditumpukan ke dalam bidang pengajian tinggi semata. Bagaimana pula halnya nanti, jika sekiranya semua orang diberikan peluang belajar di IPTA tanpa sebarang yuran dan tiada lagi IPTS yang wujud, adakah kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan di bidang lain seperti pendidikan rendah, kesihatan, pertanian, pembangunan infrastruktur dan lain-lain?

Jadi, bagi saya sebenarnya tiada isu sangat dengan PTPTN ini. Hanya menjadi hangat kerana ada ahli politik yang berani menjanjikan bulan dan bintang dengan menyatakan sesuatu yang tidak realistik mengikut keadaan sosio-politik negara ini. Seandainya betul-betul ingin memberi pendidikan percuma di peringkat tertinggi, kerajaan perlu mencari dana lain. Dan sekirnya negara barat seperti Norway di ambil contoh, maka mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan. Persoalannya, adakah rakyat negara ini bersedia membayar cukai yang lebih tinggi untuk memberi peluang kepada semua orang yang kita belum tentu tahu serius untuk belajar, untuk diberi pelajaran secara percuma??

Inilah yang harus mahasiswa fahami. Bukan main ikut-ikutan semata-mata. PTPTN ada ruang penambahbaikannya. Penghapusannya membawa bencana. Kasihanilah mereka yang benar-benar ingin belajar. Sekiranya mereka diberikan pinjaman, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab dan lebih serius untuk belajar. Ini kerana mereka tahu, apa yang mereka dapat bukanlah hak mereka 100%, tetapi cuma pinjaman sementara atas ehsan PTPTN supaya mereka dapat belajar dan berjaya. Hanya dengan rasa seperti ini kita dapat mengelakkan mahasiswa yang bongkak lagi tidak bersyukur dan tidak berterima kasih. 

Sebenarnya, jikalau mahasiswa benar-benar serius belajar, mereka tidak perlu pun risau akan bayaran  balik PTPTN. Sekiranya mereka mendapat CGPA 3.75 ke atas (first class degree), mereka layak untuk dikecualikan bayaran balik kepada PTPTN. Inilah sebenarnya cara 'mudah' untuk 'menghapuskan' pinjaman PTPTN.  Anda belajar rajin-rajin, dapat keputusan cemerlang dan dikecualikan daripada bayaran balik. Bukan dengan berdemonstrasi dengan menunjukkan kebiadaban dan akhlak yang buruk. 

Orang suruh belajar, dia pergi berdemo.. macam mana nak dapat convert pinjaman ke biasiswa!!

Yang dah kerja tu, bayarlah PTPTN sampai habis. Jangan ditangguhkan atau menunggu penghapusan PTPTN pulak. Kasihanilah adik-adik anda yang hendak baru belajar. Sekiranya PTPTN hanya mencatat kerugian akibat hutang yang tertangguh dan sengaja tidak dibayar, tidak mustahil, suatu hari nanti tiada lagi bantuan sara hidup diberikan, walaupun kepada pelajar yang benar-benar susah dan miskin. Anda bertanggungjawab. Anda pinjam, anda bayar. Anda sudah berjanji dan berikrar, bermula dari saat anda membuat permohonan untuk PTPTN dan menandatangani perjanjian. Jangan asyik salahkan kerajaan semata-mata!!

Akhir sekali, buat renungan semua

Siapa yang rajin, dialah untung...
"Jika perhati bangsa dagang ... Kapak beliung ditangan memegang"
Anda lihat apa yang saya lihat? Anda nampak apa yang saya nampak? Anda faham apa yang saya faham? Anda ambil iktibar dengan apa yang saya ambil iktibar? Fikir-fikirkan..

Wassalamualaikum..

PS : Bersyukur kepada Allah dan beterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan pelajaran dahulu dan dikecualikan bayaran balik sebanyak 75%.......


Kejadian 1 Januari 2012 - UPSI

Salam,

Saya memetik daripada blog Nawawi :

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ 
فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ 
قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ

“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.” 
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” 
Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285) 
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, “Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan “menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135) 
Imam an-Nawawi rahimahullah pula menjelaskan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas. Dan di antara bentuk mengganggu (atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Syarah Shahih Muslim, 14/120)
Huraian selanjutnya boleh didapati di sini : http://an-nawawi.blogspot.com/2011/07/hak-hak-jalan-yang-diabaikan.html

Kejadian 1 Januari 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim :






Pendapat saya terhadap perlakuan para 'mahasiswa' ini:

1. Sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
2. Tidak menjaga hak jalan.
3. Merosakkan harta benda awam.
4. Tidak sepatutnya mahasiswi (perempuan) berada di tengah-tengah jalan di tengah-tengah malam.

Ini komentar saya di Facebook :

Banyak cara lain untuk suarakan bantahan... Nak pulak dalam zaman siber ni. Boleh ja buat video contoh "Saya student, dan saya mintak Adam Adli dibebaskan" pastu upload kat youtube banyak2... Kan lebih elok dan berkesan.

Kesian kat student tu semua.. Buat bantahan hari cuti umum... adakah orang kat pejabat upsi time tu? Dah tentu takdak... malam pulak tu.. jadi apa hasil drpd perhimpunan tu selain daripada buang masa dan sia2?

Ini pula komentar rakan-rakan saya di Facebook (semua bekas mahasiswa) :


Harap semua pihak memahami dan menilai dengan rasional perkara ini.

Wassalam..