Posts

Showing posts with the label Anwar Ibrahim

Hari 332/2022 - PRU-15 Malaysia: Yang terjadi, benar telah terjadi

Image
Assalamualaikum  Semua orang tahu apa telah terjadi pada Pilihanraya Umum Malaysia kali ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lepas. Aku mudahkan seperti berikut, berdasarkan pemerhatian aku sendiri: 1. Undi 18 dan pengundi muda yang hadir dengannya banyak mempengaruhi keputusan luar jangka. Tangkap layar dari laman myundi pada 28/11/2022 2. Antaranya, kejatuhan 'Giants' dan 'Legends' di arena politik tanah air, sekadar memetik beberapa nama : Tun M, Mukhriz, Azmin, Ku Nan, Nurul Izzah, KJ, Saifuddin Nasution, Tok Met, Zuraida, Maszlee, Ku Li dan lain-lain lagi. "Giants" parti Pejuang yang kalah. Sumber: https://www.myundi.com.my  3. Hatta, para pendukung NGO dan artis-artis yang cuba diketengahkan oleh parti politik seperti Ahmad Idham, Lando Zawawi, Eizlan Yusof, Rani Kulop, Jurey Rosli juga kalah di tempat masing-masing. Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi. Sumber gambar : https://ohmymedia.cc/eizlan-yusof-ahmad-idham-lando-zawawi-antara-...

Mitos Politik........

Image
Assalamualaikum, Sebenarnya tak ada niat nak ulas pasal politik... Sebab dah banyak sangat blog cakap pasal politik... Tapi apabila seorang sahabat yang kita kasihi juga berbicara soal politik, hati di dalam akan rasa tidak tenteram...  Bukan tak tenteram pasal apa, cuma apa yang dicakapkan itu tidak berapa nak tepat. Kalau yang dikatakan itu betul dan tepat, maka tidak akan ada apa-apa masalah, walaupun yang dicakapkan itu bertentangan dengan jalan politik saya sendiri.  Maka saya rasa terpanggil untuk menulis setelah membuat sedikit penyelidikan melalui ruang maya. Dan saya perturunkan di blog ini dengan harapan boleh membuat reference di masa hadapan. Salin semula dari facebook : [Dis 2011] - MITOS #1 : Adam Adli turunkan bendera PM sebab PM tak mahu dengar 'usul' dia....    REALITI : Adam Adli menurunkan Bendera PM sebagai 'tanda kemenangan' setelah memorandum mereka diterima oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah....

"Anwar Ibrahim biseksual dan ada hubungan sulit dengan Shamsidar" - Datuk K.S Nallakarupan

Image
Assalamualaikum, Dalam bulan ni banyak betul cerita pasal Datuk Nalla ni yang kononnya ingin mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah biseksual. Dia telah mencabar Anwar Ibrahim untuk menyamannya di mahkamah di atas keterangannya yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan pernah membuat perhubungan sulit dengan isteri orang. Hari ini (28 Mac 2012), beliau sekali lagi membuat kejutan dengan menyebut bahawa terdapat perhubungan sulit antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar. Dipercayai, Shamsidar yang dimaksudkan ini adalah Shamsidar Taharin, isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, merangkap ADUN Bukit Antarabangsa ketika ini, iaitu YB Azmin Ali. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin semasa sesi sidang media yang sama. Sila tonton sidang media berikut yang telah dirakam pada hari ini (28 Mac 2012): Sidang media di atas diadakan selepas Nalla mendapat surat notis daripada peguam Anwar Ibrahim yang meminta supaya beliau t...

Gay? Hudud? Ha Ha?

Image
Salam, Tadi tengahari lebih kurang jam 11 - 12 lebih, ada sesi soal jawab antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pengguna Yahoo! Malaysia . Aku sempat capture beberapa perkara yang aku rasa menarik untuk kita semak semula. 1. Soal Gay / Lesbian / Seumpamanya Seorang ahli chatting menanyakan soalan samada golongan ini semua (gay, lesbian, Bi-Sex, Pondan, etc) akan tidak di-diskriminasi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.  Gay? JAWAP ANWAR : Kita mengambil berat kepentingan keluarga dan perkahwinan. TETAPI, kita tidak seharusnya mengganggu dan mendiskriminasi orang lain. Komen Aku : Adakah dalam erti kata lain, gay, lesbian, bi-sex, pondan ni semua ok je x perlu buat apa2? 2. Soal Hudud Seorang lagi ahli chatting bertanyakan samada HUDUD akan dilaksanakan sekiranya beliau menjadi PM. Apa hudud-hudud? Tarak-tarak... JAWAP ANWAR : Kita mesti faham objektif maqasid syariah. Keutamaan kita ialah keselamatan, kebebasan, dan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia....

Surat Khabar Lama : Hubungan Mahathir - Anwar

Image
Protege & Mentor Salam,   Ummi Hafilda Ali Tadi sempat tengok video Ummi Hafilda Ali yang buat press conference, katanya nak saman Anwar, Azmin, Shamsidar, Wan Azizah, Karpal Singh dan lain-lain kerana didakwa menyembunyikan kebenaran dalam kes Anwar Ibrahim. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Anwar telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. Kejadian ini amat mengejutkan negara pada ketika itu. Kalau tak silap aku, pada masa pemecatan Anwar tu, ramai antara kita ni tak berapa nak kenai internet lagi. Baca paper pun tak mungkin 100% faham apa yang terjadi. Hanya setahun-dua selepas itu kita disajikan dengan cerita-cerita sensasi dari pelbagai pihak setelah dunia IT mula berkembang dan ramai di antara kita mula mendapat akses berita melalui internet. Sehari sebelum pemecatan Anwar (1 September 1998), PM ketika itu, Tun Mahathir telah membayangkan dalam satu program wawancara dengan RTM bahawa beliau bersedia menerima pe...