Posts

Showing posts with the label PM

Hari 332/2022 - PRU-15 Malaysia: Yang terjadi, benar telah terjadi

Image
Assalamualaikum  Semua orang tahu apa telah terjadi pada Pilihanraya Umum Malaysia kali ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lepas. Aku mudahkan seperti berikut, berdasarkan pemerhatian aku sendiri: 1. Undi 18 dan pengundi muda yang hadir dengannya banyak mempengaruhi keputusan luar jangka. Tangkap layar dari laman myundi pada 28/11/2022 2. Antaranya, kejatuhan 'Giants' dan 'Legends' di arena politik tanah air, sekadar memetik beberapa nama : Tun M, Mukhriz, Azmin, Ku Nan, Nurul Izzah, KJ, Saifuddin Nasution, Tok Met, Zuraida, Maszlee, Ku Li dan lain-lain lagi. "Giants" parti Pejuang yang kalah. Sumber: https://www.myundi.com.my  3. Hatta, para pendukung NGO dan artis-artis yang cuba diketengahkan oleh parti politik seperti Ahmad Idham, Lando Zawawi, Eizlan Yusof, Rani Kulop, Jurey Rosli juga kalah di tempat masing-masing. Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Lando Zawawi. Sumber gambar : https://ohmymedia.cc/eizlan-yusof-ahmad-idham-lando-zawawi-antara-...

Hari 228 / 2021 - Orang tua tu dah habaq.... dah lama dah...

Image
Assalamualaikum  Berita hari ini: 16 Ogos 2021, PM ke-8 dilaporkan meletak jawatan - Berita oleh BH Online . "Orang tua" tu dah habaq lama dah... jangan.. jangan.. dia dah tanya dah hampa... betui ka nak buat macam tu, tapi hampa kata hampa tera boleh bagi setel puak-puak tu... Tengok last skali puak-puak tu jugak pekena hampa. Puak-puak tu bukan semua problem, ada yang baguih... tapi yang problem ni masih kuat, masih ada pengaruh, masih boleh buat "move".... Last skali kita rugi, depa senang hati... Tak apalah, saya putarkan sebuah lagu menghilang hiba, mengubat luka agar terhapus duka. Masa masih ada. Rindu-rindu aduh! sayang merindu Jauh-jauh orang sudah menjauh   Kasih-kasih aduh! sayang berkasih Bukan-bukan hamba orang terpilih   Kiri duri kanan pun berduri Arah mana ke mana Hendak hamba melangkah   Nasib diri begini nasib diri Rela hamba terima Walaupun jiwa parah Wassalam

BERSIH 3.0 : Himpunan sia-sia?

Image
Assalamualaikum, Lagi 2 hari (28 April 2012), pihak BERSIH akan mengadakan himpinan "BERSIH 3.0 : Duduk Bantah". Pihak bersih sekali lagi menuntut 8 perkara seperti mana yang dinyatakan di dalam laman web http://bersih.org PENDIRIAN SAYA BERKENAAN BERSIH 3.0 : SIA-SIA! Kenapa saya berpendirian demikian? Sila tonton video di bawah : Ya, saya katakan sia-sia kerana hampir kesemua tuntuan BERSIH telah pun diberi perhatian dan di ambil maklum oleh "Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya" atau saya ringkaskan sebagai PSC-ER (Parliament Select Comitee-Electoral Reforms). Jadi siapakah PSC-ER? Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia . Jawatankuasa ini adalah berkuat kuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya. Tanggungjawab, peranan dan tugas...

Mitos Politik........

Image
Assalamualaikum, Sebenarnya tak ada niat nak ulas pasal politik... Sebab dah banyak sangat blog cakap pasal politik... Tapi apabila seorang sahabat yang kita kasihi juga berbicara soal politik, hati di dalam akan rasa tidak tenteram...  Bukan tak tenteram pasal apa, cuma apa yang dicakapkan itu tidak berapa nak tepat. Kalau yang dikatakan itu betul dan tepat, maka tidak akan ada apa-apa masalah, walaupun yang dicakapkan itu bertentangan dengan jalan politik saya sendiri.  Maka saya rasa terpanggil untuk menulis setelah membuat sedikit penyelidikan melalui ruang maya. Dan saya perturunkan di blog ini dengan harapan boleh membuat reference di masa hadapan. Salin semula dari facebook : [Dis 2011] - MITOS #1 : Adam Adli turunkan bendera PM sebab PM tak mahu dengar 'usul' dia....    REALITI : Adam Adli menurunkan Bendera PM sebagai 'tanda kemenangan' setelah memorandum mereka diterima oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah....