Ku Biarkan Pena Menulis.....

Tahun 2002


Assalamualaikum 

Tahun 2002 adalah setahun sebelum blog ini bermula. Apa biasanya berlaku pada seorang remaja umur 16 ke 17 tahun pada jam 10 malam ketika itu? Study?

Well, mungkin iya. Tapi ada benda lain lagi kita buat.

Kalau study, ya, kita study. Bukak buku atau ulangkaji pelajaran sambil buka Radio Muzik dengan suara yang tidak bingit. 

Kenapa? Sebab ada segmen Pilihan Bersama. Selalunya lagu yang nak dimainkan akan dimaklumkan dalam surat khabar hari itu. Jadi kalau ada lagu best, kita dah tahu dan akan tertunggu-tunggu untuk dimainkan oleh DJ. Antara lagi pada masa itu yang popular, lagu Cinta dari kumpulan Flop Poppy.

Selain daripada itu, yang dah ada PC sendiri, hasil dibeli guna duit KWSP ayah, ada aktiviti lain dijalankan. Selalunya akan main game yang dah pre-install oleh kedai komputer. Game yang standard akan ada ialah Daytona, House of the Dead atau game cd beli dari supermarket macam FIFA 2001 ataupun Red Alert 2.

Yang ada talian dial-up, selalunya akan tunggu ibu ayah tidur dulu. Sebab? Kalau dah guna modem untuk sambung ke Internet, tak boleh guna telefon. Kalau ibu ayah masih belum tidur, ada kebarangkalian mereka guna telefon dan talian Internet akan terputus.

Bila dah sambung ke Internet, apa perkara pertama sekali kita buat? Sambung ke Yahoo Messenger? Sambung ke MSN Messenger? Oh tidak, waktu tu belum berkembang lagi YM dan MSN tu. Yang ada ialah IRC.

Ya, yang nak masuk kena pakai mIRC yang dibangunkan oleh Khaled Mardam-Bey tu… Bila masuk IRC, kita selalu akan masuk channel. Channel ni macam room atau group lah senang cakap. Ada macam-macam jenis channel… ada yang guna nama tempat, nama sekolah, topik atau apa-apa nama saja. Selalunya kita akan tahu sesuatu channel dengan tanda # (hashtag)

Ya, tanda yang sama yang banyak aplikasi moden gunakan untuk tagging sesuatu topik atau kategori. Selalu kita akan masuk #kampung, #mamak, #namabandar, #namanegeri dan sebagainya.

Dalam channel ni kita boleh bersembang secara umum ataupun private message seseorang yang ada dalam channel tu. Bila kita private message, kita akan bagi Salam, dan terus “ASL please”. ASL tu bukan kependekan dari “asal”, tapi adalah akronim bagi “Age / Sex / Location”. 

Jadinya, perkenalan itu menjadi mudah sebab semua orang akan perkenalkan sedikit maklumat peribadi sebelum memulakan perbualan. Oh ya, ASL ni orang boleh exploit. Banyak kes penipuan bila tak berhati-hati atau terlampau mengikut perasaan.

Kadangkala, ada channel yang buat kuiz. Bila buat kuiz dan participate, kalau jawab betul, akan dapat markah atau ranking. Alah, kalau zaman sekarang orang cakap Kahoot!. Padahal dulu pakai IRC je. Kalau nak buat kuiz pulak, kita kena pakai script. 

Ini satu kelebihan mIRC di mana kita boleh buat macam-macam script untuk buat automation. Antara yang terkenal ialah J|wang Script, Ku2Bio dan pelbagai lagi. Zaman-zaman ni juga ramai “tanam” virus atau trojan dalam script… selalunya keylogger atau pun worm untuk dapatkan username dan password emel serta prank pengguna.

Satu lagi kelebihan IRC ini ialah boleh send dan receive file secara terus. Kalau ada lagu atau gambar, kita boleh send melalui DCC. Maka ramailah juga guna untuk hantar mp3 dan sebagainya. Tapi awas, silap langkah dihantarnya virus kepada kita. Tapi mujur ada antivirus Trend Micro PC-Cilin 2002 yang boleh detect virus yang dihantar.. hehe..

Inilah aktiviti malam jam 10 ke atas tahun 2002. Mendengar radio, sambil bersembang dengan rakan atas talian. Samada yang dikenali di sekolah ataupun cuma rakan-rakan yang dikenali dalam channel. Dan tika inilah perhubungan terjalan dan perasaan dipendam kerana hati dah terpaut sudah dek kata-kata yang diungkapkan.

Ada berakhir dengan gembira, ada pula dengan duka.

Tapi inilah malam-malam 2002 yang aku ingat.

Tak ku lupa selagi bernyawa. Insha Allah.

Wassalam



Lotus Notes 7 pada Windows 7

Salam,

Ok, ni just quick entry nak menerangkan bagaimana cara yang betul untuk install Lotus Notes 7 pada Windows 7. Cerita dia macam ni, semalam aku dah install Windows 7 untuk menggantikan Windows XP yang digunakan pada Laptop pejabat aku ni. Buat pengetahuan, sistem e-mail di pejabat aku ni masih lagi menggunakan client Lotus Notes. Bagi yang belum mengetahui, Lotus Notes adalah produk keluaran IBM yang pada satu masa dulu merupakan platform pembangunan sistem yang memudahkan aliran kerja (workflow) dalam tugasan pejabat. Jadi satu platform Lotus Notes pada Server Lotus Domino dapat digunakan untuk membangun pelbagai aplikasi-aplikasi yang berkaitan selain fungsinya sebagai e-mail client.

Client Lotus Notes yang ada di pejabat aku buat masa ni adalah version 7. Buat pengetahuan, IBM telah pun memperkenalkan Lotus Notes version 8, dengan versi terbaru setakat yang diketahui ditanda dengan version 8.5. Versi terbaru Lotus Notes dikatakan menyokong OS Windows Vista. Untuk memenuhi keperluan tanggungjawab dan tugasan yang memerlukan kepada penggunaan Lotus Notes Client, aku terpaksa menjalankan installation Lotus Notes 7 pada Windows 7 walaupun didapati sebenarnya ianya tidak menyokong OS terbaru keluaran Microsoft tersebut.

Installation dengan pilihan biasa adalah berjaya. Next, next dan next, installation telah siap. Default folder untuk installation ialah C:\Program Files\lotus. Setelah installation siap, seperti biasa icon akan dipaparkan di desktop. Walaupun installation berjaya, tetapi apabila ingin membuka aplikasi tersebut, ianya tidak akan berjaya. Splash screen akan dipaparkan tapi, skrin sebenar tidak pulak dipaparkan. Walaupun Windows 7 mempunyai kebolehan untuk run aplikasi-aplikasi dalam compatibility mode (Windows XP, Vista) , tetapi ianya masih tidak dapat dilancarkan. Ini sudah tentu menimbulkan masalah buat aku yang terpaksa menggunakan aplikasi tersebut.

Penyelesaiannya?

Google! Dan aku jumpa penyelesaiannya dalam satu forum. Menurutnya, ia ada kaitan dengan struktur keselamatan yang diimplementasikan Microsoft dalam folder Program Files pada Windows 7. Untuk itu, dicadangkan semasa installation :
  1. Semasa melancarkan installation, pada installer tersebut, right-klik dan sila Run As Administrator.
  2. Semasa pilihan folder untuk installkan aplikasi dan data bagi Lotus Notes, sila ubah default installation folder daripada C:\Program Files\lotus kepada C:\Lotus untuk folder notes dan juga data. (Siapa yang biasa dengan Lotus Notes akan maksud aku ni).
Semudah itu! Jalankan installation dan selepas itu, sila lancarkan. Lotus Notes akan berfungsi seperti biasa, setelah proses konfigurasi semula dijalankan. Jadi, seandainya anda ingin migrate ke Windows 7 dan memerlukan Lotus Notes 7 dijalankan padanya, silakan mencuba. Pasti boleh jika kaedahnya betul.

Sekian dulu, sekadar berkongsi pengalaman.

Wassalam