Jom Bangsatkan Melayu!
![]() |
| Melayu : Muram, pokai, baju koyak, tak pakai kasut... anak nak menikah sampai kena pinjam duit... Lain dengan Cina, pinjam duit nak buat bisnes.. Siap pakai sepatu lagi.... |
Salam,
Proses membangsatkan bangsa Melayu boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Samada kita sedar atau tidak, proses ini berjalan dengan cukup teratur dan halus. Dulu pernah dilakukan di Singapura, kini berlaku di Pulau Pinang.
Gambar kat atas tu adalah petikan risalah "My Balik Pulau". Kunun menceritakan hubungan antara kaum di Pulau Pinang dari segi aspek sejarah. Blog Minda Intelek Melayu (Dr Novandri) ada menceritakan mengenai kisah risalah ini secara bersiri.
Kata Dr. Novandri :
Lihat kartun di bawah yang diilustrasikan oleh MAY LEONG. Lihatlah betapa Melayu dihina terang-terangan! Melayu diilustrasikan muram, bersongkok dan berpakaian lusuh dan koyak tetapi masih mahu belanja besar untuk kenduri kahwin dengan menggadaikan tanah mereka di Balik Pulau !
Tak dapat tidak, aku bersetuju dengan kenyataan ni. Ada banyak lagi kisah kalau nak terangkan hubungan antara kaum di Pulau Pinang, tetapi kisah ini boleh dikatakan suatu penghinaan. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman dahulu bukanlah sebangsat seperti yang diilustrasikan.
Kupasan lanjut, sila ikuti siri tulisan Dr. Novandri : My Balik Pulau
UPDATED :
UPDATED :
![]() | ||||
| Ibadah Korban -- dia ingat mcm Jepun potong kepala ka apa... adoi la.... |
![]() |
| Melayu Bangsat : Full Story... Kalau tak clear, klik bagi dapat gambaq besaq.. Baca puas-puas Melayu dibangsatkan. |
Wassalam....


