Skip to main content

Bicara Rakyat : Buku Jingga

Salam, 

Sayed Munawar, hos Bicara Rakyat
Pada 4 Februari 2011 yang lepas, RTM melalui TV1 telah menyiarkan rancangan secara langsung "Bicara Rakyat". Rancangan ini yang dihoskan oleh Sdr. Sayed Munawar menampilkan 3 orang ahli panel yang dijemput khas bagi membincangkan "Buku Jingga" yang dikeluarkan oleh (so called) Pakatan Rakyat. Ahli panel yang dijemput ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan, Pengarah ISIS, Datuk Mahani Zainal Abidin dan Sdr. Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR.

Forum seperti ini telah menarik ramai pihak untuk mengikutinya. Tentu sekali samada mereka yang ahli politik, ahli ekonomi, peniaga, pelajar malah sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia pasti ingin mengetahui samada apa yang ditampilkan oleh Buku Jingga ini benar-benar logik dan boleh menjadi kenyataan atau hanya suapan angan-angan yang menjadi modal politik bersifat populis semata-mata demi meraih undi di dalam pilihan raya umum yang akan datang. 

Baik, bagi yang belum berkesempatan, sila saksikan rakaman rancangan ini  :


Secara keseluruhan, perjalanan forum kelihatannya berlangsung dalam keadaan dan suasana yang baik. Kesempatan yang diberikan RTM kepada pemanggil telefon dan pengguna Facebook untuk turut serta menambahkan lagi keghairahan ahli panel untuk menjawab soalan. Ini komen aku bagi setiap panelis.

1. YB P. Kamalanathan - Beliau memulakan perbincangan dengan nada yang baik. Bersetuju ada perkara yang boleh digunapakai di dalam Buku Jingga tetapi mempersoalkannya kerana terdapat perkara yang dinyatakan di dalam buku tersebut merupakan dasar yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh BN. Beliau juga menempelak perkara di dalam buku tersebut seperti janji PR ingin mempertahankan kedaulatan raja-raja, tetapi berlaku sebaliknya seperti krisis lantikan SUK Negeri Selangor baru-baru ini dan krisis pertukaran kerajaan Perak 2 tahun lepas. Beliau juga membangkitkan isu kegagalan Kerajaan Selangor membayar bil tiang lampu di kawasan Hulu Selangor dan mengaitkannya dengan keupayaan Kerajaan Pakatan Rakyat ingin melaksanakan janji-janji di dalam Buku Jingga dalam masa seratus hari.

2. Datuk Mahani - Kehadiran Datuk Mahani sebagai seorang ahli dan pakar dalam bidang ekonomi sedikit sebanyak membantu di dalam hala tuju forum ini. Datuk Mahani membangkitkan isu keupayaan PR untuk melaksanakan apa yang dijanjikan dalam masa 100 hari sebagai sesuatu yang mustahil dan tidak berasas. Beliau juga mengulas mengenai tuduhan PR bahawa subsidi kepada IPP tidak memberi manfaat kepada rakyat dan membidasnya dengan idea yang bernas. Beliau juga menegaskan bahawa pengumuman pemansuhan tol dan pembekuan kenaikan kadar tol di Lebuhraya Timur-Barat sebelum ini bukanlah keputusan yang dibuat selepas Buku Jingga diperkenalkan, malah ianya telah lama dirancang iaitu semasa pengumuman Bajet 2011 yang lepas. Datuk Mahani juga mempersoalkan kecacatan plan Buku Jingga ini yang tidak menyatakan dari mana harus Kerajaan menjana sumber pendapatan untuk membantu rakyat selain daripada bergantung hanya pada Petronas. Beliau juga membidas buku tersebut kerana telah terlepas pandang akan peranan swasta dalam menjana ekonomi negara.

3. Sdr. Rafizi - Sdr. Rafizi adalah contoh klasik anak murid Anwar. Gaya percakapan beliau persis seperti Azmin Ali dan Ezam Md Noor -- Kedua-keduanya mengambil gaya percakapan Anwar. Hujahnya nampak bernas, tapi sebenarnya apa yang dihujah itu hanyalah "tai-chi" ala Anwar. Menjawab satu persoalan dengan persoalan lain, beliau tidak menjawab soalan YB. P. Kamalanathan berkenaan Kedaulatan Raja-Raja malah memberikan fakta yang salah mengenai isu tiang lampu tidak dibayar bil elektrik. Namun dengan ketenangan menjawab soalan dan riak muka yang senyum dan lemah gemalai (skill Anwar) ramai yang tidak perasan akan hal ini dan menganggap beliau menjawab dengan sempurna. Huraian beliau mengenai kira-kira penjualan PLUS kepada kerajaan dan perbelanjaan mengurus yang lebih sedikit daripada pampasan yang perlu dibayar dibuat dengan secara oversimplified atau terlalu mudah tanpa mengambil kira isu-isu berkaitan perjanjian dan perundangan. Menjawab persoalan mampukah 100 hari tempoh untuk melaksanakan semua itu, "tai chi" ala Anwar dengan mudah diaplikasikan dengan menyatakan tidak semua akan dilaksanakan dalam 100 hari dan hanya ada beberapa perkara sahaja yang akan ditumpukan di dalam 100 hari. Bagi aku ini sama macam "tai-chi" Anwar bila "16 September" nya gagal dan pada malam tersebut di dalam suatu rapat umum yang diadakan. Anwar pada malam itu menyatakan 16 September itu hanya titik permulaan sedangkan heboh sebelum tarikh itu beliau mendakwa beberapa Ahli Parlimen BN akan melompat ke PR untuk diwujudkan kerajaan baru.

Jadi, hampa semua kena tonton dulu sebelum nak terima atau tak pendapat aku ni. Aku tak kata pendapat aku ni neutral dan tak berat sebelah sebab memang aku ada kecenderungan kepada pihak tertentu dalam forum tu, tapi cuba fikir balik bila dah selesai tengok. Ada kebenaran tak apa yang aku cakap?

Wassalam..

Comments

  1. tak payah la nk menangkan BN.Kalo yang tgk malam tu pakai mata,kalo pikir pakai otak sume pon tau yg Kamalanathan lnsung x sama standard dgn rafizi.Buat malu jela.

    ReplyDelete
  2. kalau yang baca buku jingga tu gunakan akal, pasti mereka sedar betapa cacatnya perancangan buku tersebut... menjana pendapatan melalui pengurangan isu rasuah serta menghapuskan subsidi IPP (seperti yang Rafizi sendiri cakap dalam video ni) adalah tidak realistik kerana kedua-dua perkara itu bukan 'core' dalam penjanaan pendapatan negara. Ditambah pulak dengan janji-janji manis kununnya untuk membela rakyat, perancangan buku jingga ini sebenarnya membawa Malaysia ke laluan seperti Greece dalam masa beberapa tahun selepas PR (sekiranya menang) memerintah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...