Skip to main content

Melayu Pecah 7

Tuah & Jebat... Melayu!
Salam,

Ada suatu pendapat menarik yang dilontarkan di Forum Cari. Panelis forum dengan nama 'ikmal_hakimi' mencatatkan bahawa menjelang PRU ke 13 nanti, akan terdapat 7 golongan Melayu yang mempunyai pegangan dan ideal politik dan pemerintahan masing-masing. 

Kalau dulu, orang Melayu yang ditindas oleh penjajah  telah menjadi 'satu Melayu' dengan azam dan tekad yang sama -- memerdekakan Tanah Air dan Bangsa Melayu itu sendiri, walaupun masing-masing mempunyai fahaman, samada kiri atau kanan, merah atau putih. Tapi kini, bukan setakat Merah atau Putih, dah jadi macam-macam warna dah... Jom baca artikel kat bawah ni...

PRU13 akan datang menyaksikan Melayu kini berpecah kepada 7 golongan

1. Melayu Cinta Sejarah atau Melayu Perlembagaan
2. Melayu Progresif
3. Melayu Ekspresi Diri / Melayu Idealistik
4. Melayu Semberono / Melayu Tak Kisah
5. Melayu Liberal
6. Melayu Hipokrit atau Melayu Munafik-
7. Melayu Kombinasi

Huraian:

Melayu kini berpecah kepada 7 golongan

Melayu Cinta Sejarah - orang Melayu yang cintakan agama, bangsa dan negara dan selalu dicap sebagai berbau UMNO sedangkan hakikatnya ia adalah suara hati sebenar mereka yang berjiwa kebangsaan. Melayu yang tergolong dalam golongan ini sangat bimbang dengan situasi politik Malaysia hari ini. Melayu ini sangat tahu akan sejarah, meminati sejarah dan menghargai sejarah. Juga digelar Melayu perlembagaan atau pro perlembagaan serta hak kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam di negara ini. Mereka adalah pejuang tulen dan setuju diri mereka dianggap demikian.

Melayu Ekspresi Diri atau Melayu Idealistik - terdiri daripada golongan muda Melayu yang berfikiran idealistik atau terlampau idealistik sehingga menyebabkan mereka diambil kesempatan atau dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan, tapi golongan ini menafikan atau tidak sedar diri mereka dipergunakan. Kebanyakan mereka berada di universiti. Kenapa dipanggil eksperisi diri? Kerana mereka mahu suara mereka didengari dan kehadiran mereka disedari , tetapi mereka sangat lemah dari segi penghujahan dan menunjukkan emosi lebih daripada kematangan. Selalunya mereka menyedari kesilapan mereka apabila dewasa dan memahami dunia bukan sebuah tempat yang sesuai untuk berfikiran idealistik sepenuhnya.

Melayu Progresif - juga dipanggil Melayu Bijaksana atau Melayu Satu Malaysia kerana sedar mereka tidak terlalu terbawa-bawa dengan sesuatu isu yang boleh memakan diri dan merosakkan hubungan atau sistem yang baik. Tidak seperti Melayu Sebenar atau Melayu Perlembagaan yang cenderung dianggap "perkauman" , Melayu ini adalah Melayu yang percaya keamanan dan keharmonian adalah kunci kepada sebuah negara yang berjaya. Melayu ini masih mendokong perlembagaan dan tidak sukakan idea baru atau lama (seperti Malaysian Malaysia) dan bahaya atau anasir yang boleh merosakkan keharmonian. Melayu ini sangat maju dan seimbang serta sangat rasional. Mereka sangat memahami kenapa sesuatu perkara itu berlaku dan tidak terlalu emosional dengannya.

Melayu Semberono atau Melayu Tak Kisah - Melayu ini tidak kisah dengan kata lain tidak memikirkan tentang masa depan generasi nya kecuali dirinya sendiri. Mereka menyokong sesuatu hanya untuk keseronokan tanpa memikirkan implikasinya. Kebanyakan mereka gemar membaca dari satu sumber sahaja dan menolak habis-habisan sumber berita yang tidak berpihak kepada mereka. Mereka sangat fanatik dengan pemimpin yang mereka sokong dan pada masa yang sama memalukan pemimpin yang mereka sokong dengan perangai buruk mereka itu. Tapi kewujudan mereka penting juga untuk memeriahkan suasana pilihanraya. Mereka menganggap politik sebagai hiburan mungkin, bukan satu cara memperoleh kuasa untuk membangunkan bangsa dan negara.

Melayu Liberal - Melayu ini kecil jumlahnya namun telah menguasai politik persada negara. Melayu Cinta Sejarah atau Melayu Perlembagaan paling tidak berfahaman atau tidak serasi dengan Melayu Liberal. Melayu Liberal ini telah melaungkan  kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk tidak menyokong ketuanan Melayu secara terang-terangan. Melayu Liberal pandai memikat Melayu Eksperisi Diri tentang keadilan dan kesaksamaan yang bersifat lapik atau beragenda. Pemimpin mereka juga membawa fahaman pluralisme agama. (menganggap semua agama adalah sama sahaja).  Secara Jujur, pemimpin Melayu Liberal ini menjadi semakin agresif atau merbahaya kerana bijak mengambil kesempetan dan kelemahan sesuatu sistem dan pandai mencipta keuntungan daripadanya . Tidak semua Melayu Liberal adalah jahat kerana mereka mahu keluar dengan identiti mereka yang berbeza, mereka mahu bangsa mereka menjadi tidak takut, berani dan bersaing dengan hebat. Tapi cara mereka terlalu radikal pada pandangan Melayu Cinta Sejarah. Melayu Liberal ada kalanya menganggap diri mereka neutral. Tapi sebenarnya tidak. Pemimpin Melayu Liberal pandai mempengaruhi Melayu Eksperisi Diri untuk menyokong mereka.

Melayu Hipokrit - Melayu jenis ini paling hina dan mengasihankan kerana mereka tahu mereka tidak betul tetapi tetap menegakkan sesuatu yang salah. Mereka tahu kesan buruk, risiko yang bangsa mereka terima daripada perbuatan mereka namun mereka tidak berbuat apa-apa tentangnya atas sebab hipokrasi atau kemunafikan mereka. Mereka mengutamakan kemenangan, kemenangan yang sebenarnya menghancurkan masa depan generasi mereka.

Melayu Kombinasi adalah mereka yang terdiri daripada Kombinasi daripada 2 sifat jenis Melayu yang disebut di atas tadi - Melayu Perlembagaan atau Melayu Cinta Sejarah mungkin memiliki separa dari sifat Melayu Progresif. Manakala Melayu Liberal pun mungkin ada memiliki sebahagian kecil  daripada sifat Melayu Progresif atau Melayu Ekspresi Diri. Tapi kecenderungan mereka untuk bereaksi terhadap sesuatu isu berubah-ubah mengikut pengetahuan, maklumat dan persekitaran yang berlaku di sekeliling mereka. Tapi kecenderungan mereka untuk bereaksi itu mestilah berkait terus dengan kepentingan diri mereka sebagai individu. Melayu Kombinasi tidak berpegang pada falsafah yang jelas. Sumber : http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=527327

Pendapat aku? Ada kebenarannya. Tak percaya, tengok sekeliling.. atau yang lebih tepat, tengok cermin. 

Agak-agak, kita sendiri ni Melayu yang mana?

:)

Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...