Skip to main content

Lupa laaa......

Salam, 

Lupa??? Tolong Ingatkan Aku! Hehehe... 

Muda lagi dah nyanyok.. apa raa..
OK dah dekat sebulan lebih dah lagu Tolong Ingatkan Aku hasil ciptaan sepenuhnya Ana Raffali (yang juga menyanyikan lagu tersebut) diangkat menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu. Keputusan yang tak dijangka sama sekali, tapi itula hakikatnya apabila pertandingan ini bukanlah diukur kepada kepopularitian ataupun vokal  yang baik semata-mata.

Ada orang cakap lagu ni pelik sebab susah nak faham lirik dia. Ya laaa... Memang susah nak faham sikit sebab bahasa yang dia guna ala-ala (in my point of view ok!) lirik M. Nasir macam dalam Tanya Sama Itu Hud Hud. Tapi tema dia mesti la berbeza, satu tema cinta, satu lagi tema.. err... ermmm.... (lagu M.Nasir tu tema apa haa?? hahaha... Irama Malaysia? World Music? Belasah... janji best!)

Tolong Ingatkan Aku 
by Ana Raffali


Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa ditebus hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita


Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)

Haaa.... camna... dah ada video paham dah kot??? Hehehe.... Kalu tak paham, baca sendiri komen Ana Raffali pasai lirik lagu ni seperti mana yang terdapat dalam blog dia :

09/06/12 NOTA: Menulis puisi dan lirik itu satu disiplin yang berbeza. Kadangkala melodi diutamakan untuk memberi rentak pada penceritaan dalam mana-mana lagu. Ada juga masa lirik membawakan ritma yang menentukan corak melodi. Puisi lebih bebas dan tak tertakluk pada mana-mana ukuran.

Dalam proses penulisan lagu, saya lebih biasa dengan melodi dulu sebelum lirik. Dalam kes ini, saya sudah tahu apa yang saya cuba sampaikan jadi liriknya mudah dicapai dari apa yang saya pernah kupas.

Seperti yang awak boleh lihat, walaupun ceritanya sama (perkataan yang digunakan pun sama), terdapat kelainan dari segi susunan dan fokus masing-masing. Puisi barangkali lebih kepada memujuk supaya jangan bergaduh dan berpisah, manakala lagu/liriknya adalah peringatan untuk tidak bergaduh dan berpisah. Haha.. Saya hanya menulis, bukan menghurai. ;p

Kesimpulannya, saya lebih selesa berlagu dari berpuisi. Tapi, setelah mengupas subjek ini di dalam puisi, macam lagi senang lah pulak untuk menulis lirik. Mungkin saya akan cuba cara ini lagi. ;)

NOTA TAMBAHAN:
17/1/11 - Syukur Alhamdulillah, lagu ini terpilih sebagai Juara AJL 25. Terima kasih atas doa dan sokongan anda yang sudi meluangkan masa. Saya mendapat banyak permintaan untuk berkongsi maksud lagu ini secara terperinci dan saya akan cuba untuk menyampaikannya sebaik mungkin.

Kadang kala apabila saya menulis lagu, saya akan membayangkan satu situasi yang seolah-olah dipetik dari filem. Dan untuk TIA saya dapat melihat sepasang kekasih yang baru lepas bergaduh di dalam kereta dalam perjalanan menghantar gadis pulang ke rumah. Masing-masing senyap dan tak tahu apa untuk dicakap lagi. Pelbagai andaian dan idea negatif berlegar dalam kepala kedua-duanya. Terasa seperti ingin menghentikan hubungan, menyerah kalah dan berputus asa. Dan keluarlah idea;

Jangan disusun kata-kata penamat, jangan disebut baris ayat keramat, biar lenyap diserap sunyi, biar senyap yang tak menyepi - Ungkapan kita putus umpama ayat keramat yang mampu menghancurkan hati yang bercinta. Jangan kata apa-apa yang mungkin memudaratkan keadaan, lebih baik diam tapi bukan untuk menarik diri, menyepikan diri dari hubungan itu. Sebaliknya berikan ruang dan masa untuk memikirkan dengan tenang.

Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa, kau dampingi aku setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Saya fikir semua orang boleh ungkap kata sayang tapi belum tentu dapat buktikan. Daripada menulis "tolong ingatkan aku kisah kau tersedar yang kau sayang aku" saya memilih untuk menzahirkan sayang itu dengan berkongsi betapa bernilainya kasih sayang itu apabila disertakan dengan pengorbanan dan dalam kes ini, "kau" sanggup menyeluk masa, mencari dan mencuri detik hanya untuk dampingi "aku" selagi hayatku ada, untuk setiap nota dalam lagu yang mengiringi hidupku. Kiranya, penyeluk masa ini dapat diimaginasi sebagai seseorang yang mempunyai waktu yang banyak dalam poket yang boleh digunakan sesuka hati. Dan hatinya mahu menghabiskan waktu dengan orang yang dia sayang.

Mari patahkan papan markah lama, mari padamkan buku tiga lima, biar luka sembuh sendiri, biar lupa ditebus hari - Jangan kira poin kalah menang, jangan berkira atau rasa berhutang/menghutang dengan orang yang kita sayang dan sayang kita. Biar masa memulihkan keadaan.

Bila marah merasuk minda, kecewa menyelubungi jiwa, aku lupa - Kita lalai, leka, alpa bila kita biarkan emosi, perasaan negatif menguasai pertimbangan.

Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar, dengan kasih memeluk rasa. Ku teringatkanmu setiap detik jantungku berdetak, setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Kadang-kadang kita tak sedar betapa kita sayang akan seseorang sehinggalah kita berani berdepan, berlaku jujur dengan perasaan sendiri. Sesetengah orang hidup menafikan rasa kasih atau cinta pada seseorang atas sebab-sebab berbeza, malu, takut, ego, marah dan sebagainya. Dan kita sedar bahawa kasih sayang itu ada dan dapat dirasa hanya bila dia tiada disisi dan kita masih memikirkannya.

Kesimpulanya, TIA saya tulis sebagai peringatan untuk menghargai orang yang kita sayang dan sayang kita.

Oh, bagi yang tertanya-tanya apa yang saya cuba gambarkan dengan persembahan ala teater saya dalam AJL, izinkan saya berkongsi.

Sangkar itu adalah simbolik untuk membawa drama kepada seseorang yang dihukum oleh orang yang dia sayang, diperangkap oleh perasaan negatif seperti ego, cemburu, marah dan kecewa yang dibawa oleh keempat-empat "hantu" atas pentas. Apabila timbul masalah atau pergaduhan antara pasangan kekasih, selalunya akan ada pemangsa dan yang dimangsakan. Tetapi sebenarnya kedua-kedua sama terperangkap dalam sangkar atau hukuman masing-masing(sebab itu ada dua sangkar). Hanya kasih sayang dan belas kasihan (dua orang penari berbaju putih) mampu melepaskan kita dari sangkar/hukuman tersebut, dan kita bertanggungjawab untuk melepaskan orang yang kita sayang dari dibelenggu kerana kita sajalah yang mampu. Dan cara yang terbaik untuk melepaskan diri dari perasaan atau andaian yang buruk ialah dengan mengingatkan tentang kemanisan perhubungan itu, betapa pentingnya orang yang kita sayang.

Jadi itulah dia. Saya faham disebabkan keterbatasan siaran secara langsung, banyak adegan tidak dapat dikongsi dengan penonton di rumah. Tapi saya akan usahakan untuk berkongsi rakaman keseluruhan pentas dari tempat duduk depan bersama dengan anda semua, insyaAllah. Terima kasih kerana sudi menyeluk masa dan membaca huraian dari saya. ;) -- http://anaraffali.blogspot.com/2009/06/lirik-ingatkan-aku.html


Ciahahahahaaha!!!! Panjang betui dia tulih nak bagi kita semua paham noooo... Baguih la hang neh Ana Raffali.... Rajin betui jawap persoalan org ramai pasai lagu neh... Nanti lepas ni boleh menang dalam ABP plak.. hehehe....

OK, Tu ja dulu.. dah tak lupa dah (buat masa ni la... haha!)

Wassalam...

PS : Perasan tak tadi ada Cikgu Shaari dgn Cikgu Norkiah dalam video tu? hahahaha.... Scene P. Ramlee dgn Sharifah Hanim kat Zoo Negara dalam filem Masam-Masam Manis. xp

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...