Skip to main content

Negara & Tanah Air

Assalamualaikum..

Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di tengah-tengah kawasan di Asia Tenggara. Seumpama nadi di rantau Nusantara ini, Malaysia telah berjaya mengekalkan keamanan di tahap yang sebaik mungkin, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain. Keamanan dan kestabilan politik di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum itu, sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang seolah-olah terancam akan keadaan tenang tersebut. Mungkin bagi mereka ini, mereka lebih suka melihat negara ini kucar-kacir dan haru biru. Seandainya ini berlaku, maka mudahlah mereka untuk memanggil proksi mereka, yakni kuasa luar untuk mencampuri urusan dalaman negara ini.

Peperangan dan serangan secara konvensional mungkin sudah tidak lagi sesuai. Apa yang mereka lakukan ialah serangan-serangan melalui minda dan sentimen. Mereka menanam benih-benih kebencian, menghasut dan menyebabkan ramai yang sebelum ini tidak mengetahui hal sebenar, terpengaruh dengan idea dan logik akal yang didakyahkan oleh mereka. Kerja-kerja pihak di atas menjadi bertambah mudah apabila terdapat warganegara sendiri yang mula mengiyakan dan menyokong sentimen-sentimen tersebut demi keinginan untuk mendapat kuasa dan harta. Akibat daripada hasutan ini, sudah ramai yang lupakan negara dan tanah air. Ada yang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri di tempat asing, dan ada juga yang tak kurang biadabnya dengan Raja-Raja Melayu di bumi Malaysia ini. Inilah mereka yang tidak kenal apa itu negara dan tanah air, menjadi penderhaka di bumi sendiri.

Konsep Negara

Dalam kita membicarakan soal negara, harus kita ingatkan bahawasanya sesebuah negara itu berdiri di atas beberapa perkara, iaitu :

  • Kedaulatan
  • Kerajaan
  • Rakyat
  • Tanah Air

Negara tidak akan menjadi sebuah negara sekiranya ia tidak ada kedaulatan. Sebagai contoh, wilayah Timor Leste (Timor Timur) satu ketika dahulu bukanlah sebuah negara seperti ianya hari ini. Ini adalah kerana sewaktu itu, tiada pengiktirafan akan kedaulatan Timor Leste itu sendiri dari negara serantau. Negara tanpa kerajaan yang cekap dan stabil, adalah sia-sia kerana, tanpa adanya badan yang mengurus hal-ehwal awam, maka tiadalah kedaulatan untuk dikecapi. Di Malaysia kerajaan terbahagi kepada 3, yakni

  • Badan Legislatif
  • Badan Eksekutif
  • Badan Perundangan/Kehakiman

Badan legislatif adalah Dewan yang bersidang di Parlimen termasuk Dewan Rakyat & Dewan Negara. Badan eksekutif pula ialah pihak yang diberi amanah untuk mentadbir negara, yakni mereka yang berada dalam jemaah menteri, kakitangan awam dan seluruh jentera yang melaksanakan dasar-dasar negara. Manakala badan perundangan pula adalah khas bagi Mahkamah-Mahkamah yang bersidang dan mereka bebas serta tidak tertakluk kepada dua badan yang lainnya.

Rakyat pula ialah orang atau penduduk yang mendiami kawasan yang berada di dalam kawasan negara, seperti yang termaktub dalam undang-undang. Rakyat juga adalah mereka yang mempunyai taraf KEWARGANEGARAAN yakni dimana, hak-hak mereka sebagai warganegara haruslah dihormati dan tidak boleh disanggah oleh mana-mana pihak selagi mereka mematuhi serta menghormati undang-undang dan peraturan yang termaktub di dalam perlembagaan. Perlembagaan di dalam konteks Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan yang setakat ini merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara ini.

Tanah Air

Antara elemen terpenting dalam sesebuah negara ialah Tanah Air. Perkataan ini jika dilihat terdiri daripada 2 perkataan -- Tanah dan Air. Tanah dan air, bila difahami ialah keadaan dimana terdapatnya tanah dan air. Di dalam konteks Nusantara, ia mungkin difahami sebagai sesuatu kawasan asal di mana, adanya tanah dan dikelilingi air -- yakni bentuk fizikal semula jadi bagi muka bumi di kawasan Asia Tenggara ini. Oleh itu tidak hairanlah kiranya orang-orang Melayu menggunakan istilah tanah air bagi menggambarkan kawasan tempat asal mereka yang perlu dipertahankan.

Dalam istilah lain, falsafah bagi tanah air itu sendiri dapat disebut dalam beberapa lagi perkataan. Sebagai contoh, kita juga katakan Tanah Air sebagai 'ibunda', ibu pertiwi. Konsep 'ibu' digunapakai untuk tanah air, selaras dengan penggunaan 'anak negeri' atau 'anak watan' kepada rakyat. Ini menggambarkan bahawa tanah air itu sebenarnya menjadi sebagai satu kawasan kepada rakyat bergantung kepadanya -- menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial dalam kehidupan seharian mereka. Sama seperti anak-anak yang bergantung kepada ibu mereka untuk mendapatkan belaian kasih sayang dan keperluan asas semasa membesar.

Antara lain, Tanah Air juga digelar sebagai 'tanah tumpah darah' kerana di sinilah tempat kita dilahirkan. Umpama bayi yang baru dilahirkan, darah yang keluar bersama di sesuatu kawasan itu, diibaratkan sebagai darah yang tumpah ke bumi. Oleh sebab itu, jika dilihat pada prinsip 'Jus Soli', mereka yang dilahirkan di sesebuah tempat/negara, berhak untuk mendapat kerakyatan/kewarganegaraan negara itu. Oleh kerana ini tempat tumpahnya darah kita yang pertama, maka sepatutnyalah kita berjuang hingga tumpahnya darah kita terakhir. Seharusnya kita bermati-matian untuk mempertahankan negara kita ini dari segala ancaman musuh yang mendatang. Selain itu, gelaran-gelaran lain yang sering digunakan ialah watan dan nusa.

Dalam konteks alam pula, perkataan Tanah Air boleh membawa erti seperti flora dan fauna, serta tanah. Dari sudut ini, Tanah Air adalah jelas sekali, kawasan yang berada di dalam sempadan negara, dan fizikalnya ialah kewujudan hutan-hutan, sungai-sungai, bukit bukau, laut serta lain-lain bentuk muka bumi yang ada. Kawasan-kawasan ini adalah hak milik kita untuk mentadbir dan menjaganya dengan cara yang terbaik. Sebarang pencerobohan ke atas kawasan-kawasan ini tidaklah harus didiamkan sahaja. Kerosakan yang dilakukan ke atas elemen ini juga boleh kita isytiharkan sebagai pencerobohan (contoh : pembalakan haram, pengorekan pasir secara haram, dll). Dari itu, kita wajib, dalam usaha mempertahankan Tanah Air, membanteras aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini.

Negara dan tanah air adalah ibarat nyawa kita. Hilangnya negara, hilangnya tanah air, maka matilah kita. Bayangkanlah negara yang tidak merdeka dan terkongkong oleh penjajah. Bayangkanlah seperti rakan-rakan kita di Palestin, yang mana tanah air mereka diceroboh, kawasan-kawasan dirampas dan darah seumpama tidak berharga di sana. Inilah akibatnya, jika kita mempunyai kuasa politik yang lemah. Tanpa kestabilan politik, kerajaan yang baik tidak dapat dibentuk. Tanpa kerajaan yang baik untuk mentadbir, maka mundurlah negara. Kemunduran negara akan membawa kepada kefakiran kepada rakyat. Dan kefakiran akan membawa kepada kekufuran, Na'uzubillahi min zalik!

Oleh yang demikian, fahamilah dan selamilah apa yang tersurat dan tersirat dalam konsep negara dan tanah air. Mudah-mudahan dengan kefahaman kita dalam hal ini, barulah kita sedar betapa pentingnya mempunyai negara dan tanah air yang bebas merdeka. Insya Allah, di kesempatan yang akan datang, kita akan mengupas pula mengenai sejarah pembinaan negara. Dari apakah negara ini terbentuk dan mengapakah kita perlu mempertahankan apa yang telah dipersetujui pada waktu lampau.

Sekian,

Wassalam....

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m