Friday, October 02, 2009

Bajet 2010 : Rakyat Didahulukan?

Salam

Hari ini, agensi berita kebangsaan, BERNAMA melaporkan :


PM Pelawa Rakyat Bagi Idea Dan Cadangan Untuk Bajet 2010

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput rakyat memberikan idea dan cadangan untuk Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 23 Okt.

"Digalakan oleh banyak respon dan komen, saya terima sebelum ini melalui laman web, sekali lagi saya minta cadangan anda minggu ini mengenai langkah-langkah dan insentif-insentif yang mungkin dimasukkan dalam bajet.

"Cadangan hendaklah spesifik dan fokus mengenai bagaimana kita boleh bergerak untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan juga memberikan enam NKRA," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Bajet 2010 ialah bajet sulung Najib setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April tahun ini.

Mengenai ekonomi Malaysia, Najib berkata "kita telah jauh meninggalkan ekonomi yang bersandarkan pertanian dan komoditi, yang telah menghasilkan ekonomi pendapatan pertengahan atasan yang dinamik hari ini."

"Kita telah melalui waktu-waktu sukar seperti krisis ekonomi Asia pada 1997 dan telah membuktikan dapat bertahan dalam krisis kewangan global yang kini sedang melanda kita.

Namun masih banyak yang perlu dilakukan sebelum kita dapat mengkategorikan negara kita sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020," tegas Najib.

Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, katanya Malaysia hendaklah menjadi sebuah Ekonomi Berpendapatan Tinggi seperti yang ditafsirkan oleh Bank Dunia, dan memperoleh skor Petunjuk Pembangunan Insan yang lebih tinggi untuk menunjukkan status negara ini sebagai negara maju.

"Kita tiada pilihan lain kecuali mengubah aktiviti ekonomi kita dalam subsektor ekonomi yang lebih tepat supaya dapat menyegerakan negara kita menjadi negara yang mempunyai tahap pendapatan yang tinggi," kata beliau.

Katanya transformasi sekali lagi memerlukan rakyat meninggalkan zon selesa di belakang dan perlu berusaha menjadi lebih berdaya saing.

Najib berkata perubahan-perubahan yang perlu dihadapi termasuklah keperluan untuk menyesuaikan dengan pola permintaan ekonomi luar, bergabung dengan lebih lanjut di rantau ini dan menyelaraskan struktur ekonomi domestik yang telah menyekat ekonomi negara daripada menjadi satu ekonomi yang sepatut dan sebenar-benarnya.

Beliau berkata imbangan istimewa ini diperlukan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripadanya.

-BERNAMA


Pada pendapat aku :

1. Mungkin inilah yang dinamakan 1 Malaysia. Setiap rakyat nampaknya dijemput bagi merancang hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Satu Malaysia dijemput untuk memberi idea. Sudah tentu, banyak idea-idea yang berbeza-beza dapat dianalisa dan satu keputusan yang memenuhi hasrat semua dapat dicapai.

2. Ini jugaklah yang dikatakan rakyat didahulukan? Pendapat rakyat nampaknya semakin bernilai di mata para pemimpin. Mendahulukan apa yang rakyat mahukan adalah yang terbaik untuk dilakukan kerana negara ini takkan maju dan makmur tanpa rakyat. Sekiranya rakyat dipinggirkan, mana mungkin ekonomi kita akan bergerak ke hadapan.

3. Disamping itu jugak, kesanggupan kerajaan untuk menerima idea-idea daripada rakyat menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya yakin akan kebolehan rakyat dan mengiktiraf mereka sebagai warga yang dihormati. Sudah tiba masanya ego pihak kerajaan diturunkan dan mereka harus belajar menerima pendapat rakyat demi mencapai keputusan yang benar-benar rakyat mahukan.

4. Demi untuk meningkatkan pencapaian kerajaan khususnya, dan pencapaian negara amnya, maka setiap perbelanjaan dan pendapatan negara haruslah diurus dengan betul dan secara berhemah. Untuk menguruskan perbelanjaan dengan betul dan berhemah, maka kerajaan perlu mengelak pembaziran dan melebihkan pendapatan. Tetapi kedua-dua ini tidak bermakna sekiranya rakyat terpaksa menanggung derita. Di sini juga kita melihat keperluan kerajaan untuk memahami isi hati dan kehendak rakyat dalam melaksanakan sebarang dasar yang dijamin dapat meningkatkan prestasi negara dan memuaskan hati majoriti rakyat.

Ulasan selanjutnya selepas Bajet 2010 dibentangkan nanti.

Wassalamualaikum

p/s : apa lagi, mintak la *bonus*, ngehehehee....

2 comments:

Anonymous said...

macammana nak hantar cadangan ni? ada laman web khusus ke?

Tokapi said...

Cadangan boleh dihantar melalui laman web 1Malaysia.. E-mel pon boleh, alamat E-mel seperti yang tertulis dalam laman web 1Malaya..

http://www.1malaysia.com.my