Posts

Showing posts with the label Ekonomi

Harga Minyak di Malaysia Mahal? [AMARAN : Jangan baca kalau malas!]

Image
Salam, Seminggu dua ni desas desus harga petrol RON 95 yang dijangka bakal naik berikutan langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan yang dikatakan bakal dilaksanakan. Ramai orang yang merungut dan tentu sekali kita memahami keadaan ini. Almaklumlah, sudah sekian lama rakyat Malaysia menikmati subsidi petrol, maka apabila tiba masanya subsidi ini dikurangkan, kita pun terasa akan kenaikannya.  Maka banyak lah alasan yang diberikan oleh mereka yang tidak percaya langkah pengurangan subsidi ini. Walaupun telah diterangkan mengenai harga petrol di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau Asia malah ada antaranya di dunia, tetapi timbul satu isu -- Adakah perbandingan itu dibuat berdasarkan dengan negara-negara lain pengeluar minyak? Sebagai contoh, kata mereka, Qatar dan Malaysia sama-sama negara pengeluar minyak (walaupun hakikatnya Malaysia x layak join OPEC pon) tetapi kenapa Qatar boleh bagi subsidi kepada rakyatnya supaya petrol dijual dengan murah? Untuk menjawab persoa...

Kenapa orang lain takmau meniaga macam dia meniaga?

Image
Salam, Pagi ni aku terbaca dalam forum CARI dan teruih check berita asal dekat KOSMO . Cuba pakat baca tengok : Jual murah pun boleh untung Oleh FAUZI MOHD. berita@kosmo.com.my ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini. Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1. Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut. “Selain minuman, saya juga menjual lebih...

Bajet 2010 : 1Malaysia, Kemakmuran Bersama

Image
Salam, Seperti mana yang kita semua sedia maklum, semalam pada 23 Oktober 2009, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet untuk tahun 2010 bertemakan 1Malaysia : Kemakmuran Bersama . Secara keseluruhan, saya berpendapat : 1. Bajet yang dibentangkan kali ini adalah realistik dan cukup sederhana. Kepentingan rakyat nampaknya diutamakan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Banyak inisiatif yang diambil untuk membantu golongan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. 2. Bajet kali ini juga melihatkan strategi kerajaan untuk 'menggunakan' syarikat-syarikat swasta terutamanya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu merangsang ekonomi dan membantu dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra rakyat. Projek-projek pembekalan elektrik dan air umpamanya, kini terletak di bahu pihak swasta sebagai main enabler demi kesejahteraan rakyat. Dengan adanya projek-projek tersebut, maka ekonomi setempat di mana ...

Bajet 2010 : Rakyat Didahulukan?

Salam Hari ini, agensi berita kebangsaan, BERNAMA melaporkan : PM Pelawa Rakyat Bagi Idea Dan Cadangan Untuk Bajet 2010 KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput rakyat memberikan idea dan cadangan untuk Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 23 Okt. "Digalakan oleh banyak respon dan komen, saya terima sebelum ini melalui laman web, sekali lagi saya minta cadangan anda minggu ini mengenai langkah-langkah dan insentif-insentif yang mungkin dimasukkan dalam bajet. "Cadangan hendaklah spesifik dan fokus mengenai bagaimana kita boleh bergerak untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan juga memberikan enam NKRA," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam blognya www.1malaysia.com.my. Bajet 2010 ialah bajet sulung Najib setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April tahun ini. Mengenai ekonomi Malaysia, Najib berkata "kita telah jauh meninggalkan ekonomi yang bersand...