Saturday, January 03, 2009

Palestin : Pengganaskah Hamas?

Assalamualaikum..

Dah hampir seminggu, serangan Israel laknatullah terhadap penduduk Palestin di Gaza masih dilaporkan berterusan. Korban kerakusan rejim haram ini sudah meningkat kepada ratusan orang, dengan lebih kurang 25% nya adalah orang awam yang tidak berdosa. Di sebalik kekalutan ini, dunia Islam kebanyakannya menjadi marah dan berbagai-bagai bantahan dibuat. Tetapi, amat lemahnya kita bila ada juga negara-negara Islam yang disamping mengutuk Israel, mereka juga mengutuk pihak Palestin sendiri, terutama HAMAS. Kata mereka, semua ini berpunca daripada tindakan HAMAS yang menyerang penempatan Yahudi secara berterusan sejak Intifada ke-2 tahun 2000. Dalam sebuah forum terkenal,


kalau HAMAS ada jet, missile dan tank pun dia akan buat yang sama pada rakyat Israel...

orang berperang, kena ada plan, kena ada persediaan, kena ada senjata tapi Hamas? bodoh!! kena macam Hizbollah, ada plan dan strategi semasa di Lebanon..tapi Hamas biar orang lain mati untuk dia sementara pemmpin dok buat kenyataan bodoh...

yang mati bukan haniyeh tapi rakyat Palestine

jenis pemimpin apa korban rakyat sendiri tak tentu arah? kalau nak berperang pun well organizela..Vietkong kalahkan US pun teknologi tak sama hebat tapi Vietkong menang sebab depa pakai otak...satu vietkong bunuh berpuluh askar amerika tapi satu HAMAS bunuh diri sendiri dan rakyat Israel tak beberapa orang...itu aku kata tak pakai otak...

kesian rakyat Palestine dek kebodohan Hamas...

Hamas ni bangang...orang lain tak guna Katyusha tapi Hamas dok guna..Missile Israel yang canggih pun tak boleh elak dari bunuh orang awam apatah lagi roket Katyusha Hamas yang guna teknologi 40-an!!!

Aduhai.. apa lah nak jadi umat Islam la ni, dikutuknya pulak orang yang melawan penjajah. Aku bukanlah baik sangat malah dosa bersepah-sepah. Ada orang kata "Jauhi perkara ni dulu..baru boleh hentam Yahudi" -- Ya, aku amat bersetuju. Itulah tujuan kita yang harus kita laksanakan tetapi bolehkah kita berdiam diri tanpa sebarang penentangan langsung. Pendapat aku, kita usahakan jauhi perkara tersebut tetapi dalam masa yang sama dan serentak itu jua, kita nyatakan sokongan kita kepada pejuang-pejuang kemerdekaan di sebelah sana. Apakah itu jua salah?

Sebenarnya, pada pilihanraya Palestin yang lepas, HAMAS telah memenangi lebih separuh kerusi di Parlimen Palestin. Pada satu kajian lain pula, sebanyak 62% penduduk Palestin lebih memihak kepada HAMAS. Ini bukanlah bermakna kita hendak menidakkan peranan PLO sebagai badan sah kepada kerajaan Palestin, tetapi ia lebih menunjukkan penerimaan rakyat Palestin kepada perjuangan HAMAS setelah pergolakan dalaman Fatah dan PLO sendiri. Tidak berapa lama kemudian, sebuah kumpulan kononnya kumpulan dari Fatah telah membuat kekacauan di Tebing Gaza. Ini seterusnya menyebabkan berlakunya perselisihan antara HAMAS dan Fatah dan menandakan satu calit hitam yang tidak sepatutnya terjadi tatkala rejim pengganas Israel bermaharajalela. Di Malaysia juga, ada pihak cuba memburuk dan melagakan Hamas dan PLO serta kerajaan Malaysia, seperti laporan BERNAMA :


Harakah Has Tarnished Malaysia's Reputation, Says Shabery (June 27, 2006 20:03 PM)

KUALA LUMPUR, June 27 (Bernama) -- Harakah has tarnished Malaysia's image with its claims that the Palestinian Foreign Minister Mahmud Al-Zahar was an impolite guest and deserved the shabby treatment meted out by the government, said Foreign Ministry's Parliamentary Secretary Datuk Ahmad Shabery Cheek.

He said Harakah had condemned the Hamas leader, claiming he had insulted the Malaysian government while here last month to attend the NAM Ministers Coordinating Bureau meeting.

The PAS-controlled paper claimed that Al-Zahar was impolite to his host.

It also claimed that the government had given poor diplomatic treatment to Al-Zahar.

"I regret that (Harakah) is trying to discredit the government. Apparently, PAS has also discredited (the Hamas leader) by saying he was impolite.

"I do not think he (Al-Zahar) would stoop so low to condemn his host. I think PAS was trying to tarnish the good name of Hamas," he said in Parliament Tuesday.

Meanwhile, Shabery said Malaysia supported the Hamas-led Palestine government and wanted the Israel-Palestine conflict to end soon.

He said this was stressed by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi during his meeting with Hamas special envoy Dr Azzam Tamimi in Putrajaya on Feb 20.

Malaysia, which chairs the Organisation of Islamic Conference (OIC), also gave the Palestinian government RM58 million in May after America and the European Union imposed economic sanction on the war-torn territory.

-- BERNAMA

Hairan kerana ada juga yang ingin mengambil kesempatan berpolitik ketika itu. Apa pun yang berlaku, kita sepatutnya menghormati sesiapa pun yang dilantik menjadi kerajaan di Palestin, tidak kira PLO mahupun HAMAS kerana itulah pilihan rakyat Palestin sendiri. Yang penting bagi kita ialah perjuangan pembebasan Palestin dari cengkaman Israel. Seandainya Israel tidak sewenang-wenangnya ditubuhkan oleh Zionis, sudah tentu masyarakat Islam, Kristian dan Yahudi di Palestin dapat hidup aman damai dan harmoni. Tetapi apakan daya, sifat Yahudi ini sudah diterangkan berkali-kali di dalam Al-Quran dan dalam Hadis-Hadis Rasulullah. Mereka menganggap bangsa lain sebagai lemah dan tidak setanding mereka. Mereka mahu kita tunduk kepada mereka. Adakah ini kita ingin biarkan?

Akhir kata, ambillah masa sedikit membaca rencana di bawah ini


Persepsi berat sebelah terhadap Hamas

Oleh Azmi Hassan


Selagi Hamas dilabelkan kumpulan pengganas maka penyelesaian kekal seperti yang diminta oleh rejim Israel sebagai syarat untuk menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza begitu sukar sekali dicapai.

Persepsi Hamas adalah pengganas dikuatkan lagi apabila Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel antara lain menyatakan untuk menyarankan Tel Aviv mengadakan gencatan senjata dengan Hamas adalah seperti menyuruh Amerika Syarikat (AS) melakukan perkara yang sama dengan Al-Qaeda!

Tetapi Hamas kepada sebahagian besar rakyat Palestin tidak kira sama ada di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat adalah sebuah organisasi yang sah dan mendapat mandat untuk memerintah sebahagian daripada negara Palestin.

Hamas mendapat mandat rakyat Palestin dengan memenangi pilihan raya Semenanjung Gaza pada tahun 2006. Malah sebahagian besar masyarakat antarabangsa (kecuali AS dan beberapa negara Eropah) melihat Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza sebagai entiti yang sah.

Perlu diungkit kembali Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dikuasai oleh kumpulan Fatah pada satu ketika dahulu juga dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh mereka yang pada hari ini menganggap Hamas adalah kumpulan pengganas.

Lebih daripada tiga dekad diperlukan untuk menyedarkan AS dan Israel bahawa Fatah adalah kunci kepada perdamaian di Palestin. Sebab itu Israel mahu berunding dengan PA (Fatah) tetapi tidak dengan Hamas.

Timbul kemusykilan mengapa Israel mahu membuka pintu rundingan dengan Fatah tetapi tidak dengan Hamas jika kedamaian yang berkekalan diidamkan oleh rejim Israel. Ada yang berpendapat bahawa kedudukan Fatah yang tidak begitu kuat membuatkan Israel membuka pintu rundingan dengan harapan pemimpin PA mudah dapat dimanipulasi mengikut rentak agenda Tel Aviv.

Perjalanan dan hasil rundingan damai di antara Presiden Mahmoud Abbas dan pemimpin Israel sedikit sebanyak telah mengesahkan andaian tersebut.

Pemimpin AS dan Israel begitu akur bahawa Hamas tidak mudah dipermainkan kerana perjuangan pergerakan itu mendapat sokongan padu rakyat Palestin. Sebab itu kumpulan Hamas dengan berani dan berjaya menghalau kumpulan Fatah daripada beroperasi di Semenanjung Gaza.

Terdapat juga kebenarannya, salah satu sebab utama mengapa tentera Israel terpaksa berundur dari Semenanjung Gaza adalah kerana tentangan daripada pejuang Hamas.

Sebab itu strategi rejim Israel adalah menggunakan rakyat Palestin sendiri untuk menghapuskan Hamas dengan harapan keperitan dan kepayahan yang dilalui oleh penduduk Semenanjung Gaza akibat sekatan akan membuahkan kebencian terhadap Hamas.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila pengaruh Hamas menjadi bertambah kuat. Malah masyarakat antarabangsa menyalahkan sekatan yang dikenakan oleh Tel Aviv yang membuatkan penduduk Semenanjung Gaza merana.

Serangan ke atas Semenanjung Gaza hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk menghapuskan organisasi Hamas secara menyeluruh melalui operasi ketenteraan. Strategi ini pernah diamalkan oleh Israel ke atas Hizbullah di Lubnan pada tahun 2006 yang membawa kesan sebaliknya di mana Hizbullah menjadi bertambah kuat.

Hasrat Israel tidak tercapai kerana terpaksa akur dengan tekanan masyarakat antarabangsa (termasuk AS) untuk mengadakan gencatan senjata.

Tetapi berbeza dengan apa yang berlaku di Lubnan, gencatan senjata 48 jam yang diutarakan oleh Libya melalui Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa berani ditolak oleh Israel kerana Washington dan London berada di belakang Tel Aviv. Selagi kedua-dua kuasa besar ini berada di pihak Israel, maka selama itu Tel Aviv berani meneruskan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza tanpa mempedulikan tekanan masyarakat antarabangsa yang lain.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh duta AS ke PBB yang antara lain menyatakan badan dunia itu sepatutnya tidak mengeluarkan resolusi gencatan senjata kerana proses tersebut perlu dilakukan hanya oleh Israel dan Hamas adalah sebagai isyarat lampu hijau kepada Tel Aviv untuk meneruskan serangan.

Sememangnya kenyataan oleh duta AS Zalmay Khalilzad itu tidak masuk akal kerana tidak mungkin persetujuan dapat dicapai tanpa tekanan luar dikenakan sama ada kepada Israel atau Hamas. Memang benar gencatan senjata selama enam bulan lepas dapat dipersetujui oleh Tel Aviv dan Hamas tetapi ini hanya berlaku kerana tekanan dan peranan yang dimainkan oleh Kaherah.

Jika PBB tidak boleh digunakan untuk menghentikan kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, maka kepada siapa lagi mereka yang teranaiya ini perlu mengadu?

Apakah ratusan penduduk awam yang terbunuh akibat serangan rejim Israel masih belum mencukupi untuk masyarakat antarabangsa mengambil tindakan sewajarnya? Apakah dalil yang digunakan oleh rejim Israel untuk menghentikan serangan roket Hamas sebagai asas serangan bertubi-tubi mereka boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa?

Jika asas tersebut diterima maka perlu diungkitkan bahawa serangan roket Hamas ke atas wilayah Israel semenjak lapan tahun yang lepas telah mengorbankan sembilan nyawa rakyat Israel. Sementara empat hari pertama serangan tentera rejim Israel telah mengorbankan hampir 400 rakyat Palestin.

Sememangnya jumlah korban rakyat Palestin tidak memberi kesan kepada negara yang menyokong tindakan rejim Israel. Begitu juga dengan keperitan yang dilalui oleh rakyat Palestin akibat sekatan yang dikenakan oleh Tel Aviv terhadap Semenanjung Gaza juga tidak memberi makna kepada penyokong Israel.

Tetapi apa yang penting bagi penyokong rejim Israel ialah roket Hamas telah mengorbankan sembilan rakyat Israel dan setiap kali pelancaran roket Hamas dikesan, maka setiap kali penduduk Sederot terpaksa bergegas ke tempat perlindungan.

Gambaran kepayahan penduduk Sederot ini diburukkan lagi dengan laporan berat sebelah media Barat yang seolah-olah cuba menyamakan keperitan penduduk Sederot adalah setaraf dengan apa yang dilalui oleh penduduk di Semenanjung Gaza.


Kita boleh cakap apa saja untuk menjatuhkan kredibiliti HAMAS tetapi ingat, itu soal tanah air mereka dan bukan anak isteri kita yang dibom, bukan tanah kita yang diambil dan bukan negara kita yang diceroboh. Andainya negara Singa... berbuat demikian kepada kita, mahu dipersalahkan siapa kalau kita bangkit menentang? Adakah orang Kedah nak mengata orang Johor sebab orang Johor bertindak balas terhadap serangan oleh negara Singa... ? Fikir-fikirkan...

HAMAS ganas? ya, mereka ganas.. andainya mereka digelar pengganas pun, mereka lebih mulia kerana 'keganasan' yang dilakukan demi membebaskan tanah air dari musuh yang kejam.. OIC dan Negara-Negara Arab? Biarkan mereka.. mereka masih mencari kekuatan ekonomi dan merancang strategi....

Wassalam...

p/s : Kepada abg2 @ kakak2 baju biru "Shaw Brothers @ SB", selamat membaca blog saye.. .. Jangan risau, tak ade politik sempit, perkauman, anti-kerajaan di sini.. malah saya penyokong kerajaan yang tegar.. selamat bertugas :P

No comments: