Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Hayatku di bumi hari ini : 12096000 minit!

Assalamualaikum.. " Oleh kerana atmosfera bumi yang tercemar, Ultraman hanya mempunyai masa 2 minit untuk bertahan sebelum kuasanya hilang! " Itulah yang terjadi kepada Ultraman kalau tak dapat nak musnahkan raksasa  yang menyerang dalam jangkamasa yang ditetapkan. Oleh kerana di Planet Ultra (nama tempat tinggal Ultraman, kalau tak silap laa...) atmosfera dia belum tercemar, maka Ultraman tak dapat nak sesuaikan diri dengan atmosfera bumi sebab tak biasa dengan pencemaran yang berlaku sejak lama. Sebab tu la kot Ultraman semua sihat-sihat belaka dan kuat! Boleh melawan raksasa yang membuat onar di bumi Tokyo, Nagoya, Nagasaki, Hokkaido, Sapporo dan sebagainya. Agaknya kalau atmosfera bumi sama seperti di Planet Ultra, rasanya Ultraman tak payah datang ke bumi membantu rakyat jepun melawan raksasa! Alhamdulillah, aku dilahirkan bukan sebagai Ultraman dan sehingga hari ini masih dapat bertahan dengan atmosfera bumi ni *genap* selama 276 bulan hari ini. Kalau dikirakan dalam k...

Salam Tahun Baru Hijrah 1430

Assalamualaikum.. 29 Disember 2008 adalah bersamaan 1 Muharram 1430 Hijrah. Ini bermakna sudah 1430 tahun di mana penyatuan satu umat di bawah satu pegangan tauhid dan ia disertai dengan semangat kekeluargaan yang amat kuat. Inilah penyatuan yang pertama umat Islam, di kalangan muhajirin dan ansar, penyatuan yang melangkaui batas usia dan tempat asal, tanpa mengira dari suku mana pun antara mereka. Andaikata pihak Ansar tidak menerima hijrah Rasulullah SAW dan para Muhajirin yang lain, sudah tentu kita umat Islam sekarang ini tidak dapat merasakan nikmat Iman dan Islam yang dirintis 1430 tahun yang lampau. Dari dengan itu, marilah kita mengambil iktibar kisah antara muhajirin dan saudara mereka ansar yang menerima mereka dan sanggup berkorban demi saudara seagama yang lain kerana mereka  tahu akan ganjarannya yang amat besar di hari kemudian kelak. Sekiranya antara kita ada yang berselisih, maka berdamailah kerana perdamaian sesama Islam itu lebih mulia daripada pergaduhan yang tiada p...

Vindicated - Dashboard Confessional

Salam.. Hi guys, i just want to share this video on youtube. It's a music video for the song "Vindicated" by Dashboard Confessional. This song was used in the Spiderman movie a couple of years ago. It used to be my favourite song back in my college days and in-fact, it still is. Vindicated   Hope dangles on a string Like slow spinning redemption Winding in and winding out The shine of it has caught my eye And roped me in So mesmerizing, so hypnotizing I am captivated [Chorus] I am Vindicated I am selfish I am wrong I am right I swear I'm right I swear I knew it all along And I am flawed But I am cleaning up so well I am seeing in me now the things you swore you saw yourself So clear Like the diamond in your ring Cut to mirror your intentions Oversized and overwhelmed The shine of which has caught my eye And rendered me so isolated, so motivated I am certain now that [Chorus] So turn Up the corners of your lips Part them and feel my finger tips Trace the moment, fall f...

Persuratan SMS oleh Dewan Bahasa & Pustaka

Assalamualaikum Slm, awk nk g mn 2? Rasanya, semua yang membaca ayat di atas tu faham akan maksudnya. Kalau tak faham, maksudnya ialah "Assalamualaikum, awak hendak ke mana tu?". Selalunya, ayat-ayat sedemikian kita gunakan dalam perbualan seharian melalui penggunaan Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS dan juga semasa perbualan menggunakan aplikasi 'chatting'. Semakin hari, penggunaan bahasa sedemikian semakin meluas dan sudah dapat diterima oleh masyarakat sebagai bahasa harian yang penting. Tetapi, lain pula halnya bagi para penggiat bahasa. Walaupun sesetengah daripada perkataan singkatan tersebut sudah berasimilasi dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu, tetapi penggunaan yang tidak seragam bakal menimbulan masalah kepada para pengguna. Sebagai pengguna, kita mempunyai interpretasi yang pelbagai terhadap satu-satu singkatan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan singkatan 'msh' ia boleh dianggap samada 'musuh' ataupun 'masih'. Begitu jug...

Tunggu Sekejap

Assalamualaikum.. Sempena musim hujan ni, kalau nak melayan hati dan bersantai, mai la dengaq lagu ni..  TUNGGU SEKEJAP Tunggu sekejap... Wahai kawan.. Kerana hujan masih renyai.. Tunggu sekejap...  dalam pelukan lalallaa.... (Kanak-Kanak) La la la la laaaa... (Jangan Bimbang) La la la la laaaa... (Walaupun siang akan menjelma) Malam ini belum puas ku bercumbu dengan kanda.. Sayang.... Tunggu Sekejap Wahai kasih.... Tunggulah sampai hujan teduh.. Mari ku dendang, Jangan mengenang orang jauh... Jangan pula... Jangan tinggalkan daku sorang... Tunggu sekejap, kasih... Tunggu..... (Perempuan) Tunggu sekejap wahai kasih Kerana hujan masih renyai.. Tunggu sekejap dalam pelukan asmara-ku.. Jangan bimbang, walaupun siang akan menjelma.. Malam ini... Belum puas, ku bercumbu dengan dinda.... Tunggu sekejap... Wahai kasih... Tunggulah sampai hujan teduh.. Mari ku dendang.. Jangan mengenang orang jauh... Jangan pula.. Jangan tinggalkan daku sorang.. Tunggu sekejap, kasih.. Tunggu.... (Lelaki) Ok,...

Salam Aidil Adha 1429

Assalamualaikum.. Di kesempatan yang ada ni, ingin aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban @ Aidil Adha bagi tahun 1429 Hijrah. Pengorbanan amat besar ertinya. Umpama kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sanggup berkorban nyawa demi patuh akan perintah Allah. Mereka yang pergi menunaikan haji, telah mengorbankan harta, masa dan merisikokan nyawa demi menunaikan ibadah semata-mata kepada Allah. Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Saranan bahan bacaan berkaitan Aidil Adha buat semua : Menghayati makna korban sebenar Keistimewaan Aidiladha Haji, suatu ‘perjalanan kerinduan’ Wassalamualaikum.. :)

Dah 5 tahun dah.....

Assalamualaikum, BLOG INI GENAP 5 TAHUN HARI INI (1 DISEMBER 2008) :) 1 Disember 2003, itu adalah tarikh dimana pertama kali blog ini diterbitkan. Pada ketika itu, umur aku baru 17 tahun nak menjangkau ke 18 tahun sebulan kemudian. Terdapat 2 posting pada tarikh tersebut. Satu posting tidak bertajuk dan skeptik terhadap blog dan satu lagi posting bertajuk tapi isinya entah apa-apa ja. Seingat aku, masa tu aku berada di Kulim, cuti semester pertama tahun asas di Uniten. Sekarang, dah 5 tahun berlalu. Dari umur aku nak masuk 18, la ni dah nak masuk 23. Macam-macam dah aku lalui dalam sepanjang berblog ni. Ada orang kata blog ni tak bagus, fitnah semata. Ada orang kata blog ni saluran alternartif demi kebenaran, ada pulak kata blog ni tempat orang makan suap, buat kerja menipu orang dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, blog ni tempat di mana hati berbicara, tangan menaip, otak menilai. Hatilah yang berbicara tatkala kita menaip, manakala otak pula menilai apa yang kita taip, samada baik...