Posts

Showing posts with the label ucapan

Salam Aidil Adha 1429

Image
Assalamualaikum.. Di kesempatan yang ada ni, ingin aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban @ Aidil Adha bagi tahun 1429 Hijrah. Pengorbanan amat besar ertinya. Umpama kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sanggup berkorban nyawa demi patuh akan perintah Allah. Mereka yang pergi menunaikan haji, telah mengorbankan harta, masa dan merisikokan nyawa demi menunaikan ibadah semata-mata kepada Allah. Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Saranan bahan bacaan berkaitan Aidil Adha buat semua : Menghayati makna korban sebenar Keistimewaan Aidiladha Haji, suatu ‘perjalanan kerinduan’ Wassalamualaikum.. :)

Salam Lebaran 1429

Image
Assalamualaikum, Di kesempatan yang ada ini, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin... Sekiranya ada salah dan silap mahupun terkasar bahasa, janganlah disimpan di dalam hati... buanglah yang keruh ambillah yang jernih.. maafkanlah sesama kita... kerana bila kita memaafkan seseorang, tidak mustahil, satu hari nanti orang akan memaafkan kita atas sesuatu perkara yang mungkin kita telah lakukan... Buat rakan-rakan yang bertugas di perantauan mcm aku ni, kalau pulang ke kampung tu berhati-hatilah... bagi yang naik kenderaan awam, jaga harta benda anda jangan sampai tercicir atau tertinggal... kalau berjalan tu, waspada dengan penyeluk saku.. bagi yang memandu sendiri, berhati-hatilah di jalan raya.... biar lambat asal selamat... kalau nak cepat pon, biar selamat jugak.. rancangkanlah perjalanan anda... Mudah-mudahan Aidil Fitri kali ini penuh bermakna buat kita semua.. bagi yg terasa sedih, kecewa, gelisah, janganlah kalian bersusah hati.. inilah ujian ...