Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Lupa laaa......

Salam,  Lupa??? Tolong Ingatkan Aku! Hehehe...  Muda lagi dah nyanyok.. apa raa.. OK dah dekat sebulan lebih dah lagu Tolong Ingatkan Aku hasil ciptaan sepenuhnya Ana Raffali (yang juga menyanyikan lagu tersebut) diangkat menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu . Keputusan yang tak dijangka sama sekali, tapi itula hakikatnya apabila pertandingan ini bukanlah diukur kepada kepopularitian ataupun vokal  yang baik semata-mata. Ada orang cakap lagu ni pelik sebab susah nak faham lirik dia. Ya laaa... Memang susah nak faham sikit sebab bahasa yang dia guna ala-ala (in my point of view ok!) lirik M. Nasir macam dalam Tanya Sama Itu Hud Hud. Tapi tema dia mesti la berbeza, satu tema cinta, satu lagi tema.. err... ermmm.... (lagu M.Nasir tu tema apa haa?? hahaha... Irama Malaysia? World Music? Belasah... janji best!) Tolong Ingatkan Aku   by Ana Raffali Jangan disusun kata-kata penamat jangan disebut baris ayat keramat biar lenyap diserap sunyi biar senyap yang tak...

Simposium Dilema Melayu : Perspektif Dan Konklusi

YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad di Simposium Dilema Melayu Salam Pada 12 Februari 2011, satu simposium bertajuk "Dilema Melayu : Perspefktif dan Konklusi" telah didakan di PWTC. Ucaptama bagi simposium ini telah disampaikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Di dalam ucapannya, Tok Det menyentuh beberapa perkara terutamanya berkenaan kuasa orang Melayu yang pada masa hari ini sungguh 'fragile' dan tercabar, oleh kerana desakan orang lain dan juga ketamakan dan kerakusan sesetengah pemimpin Melayu itu sendiri. Utusan Malaysia melaporkan : Dilema terbesar Melayu perlu ditangani bersama Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my TUN Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Ali bersama pemimpin dan peserta yang mengikuti Simposium Dilema Melayu di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. HAKIKAT bahawa orang Melayu masih lagi ketinggalan dalam segenap bidang bukan isu baru kerana ia sering diperkatakan oleh pel...

Bicara Rakyat : Buku Jingga

Salam,  Sayed Munawar, hos Bicara Rakyat Pada 4 Februari 2011 yang lepas, RTM melalui TV1 telah menyiarkan rancangan secara langsung "Bicara Rakyat". Rancangan ini yang dihoskan oleh Sdr. Sayed Munawar menampilkan 3 orang ahli panel yang dijemput khas bagi membincangkan "Buku Jingga" yang dikeluarkan oleh (so called) Pakatan Rakyat. Ahli panel yang dijemput ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan , Pengarah ISIS , Datuk Mahani Zainal Abidin dan Sdr. Rafizi Ramli , Pengarah Strategik PKR. Forum seperti ini telah menarik ramai pihak untuk mengikutinya. Tentu sekali samada mereka yang ahli politik, ahli ekonomi, peniaga, pelajar malah sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia pasti ingin mengetahui samada apa yang ditampilkan oleh Buku Jingga ini benar-benar logik dan boleh menjadi kenyataan atau hanya suapan angan-angan yang menjadi modal politik bersifat populis semata-mata demi meraih undi di dalam pilihan raya umum yang akan datang.  Baik, ...

Melayu Pecah 7

Tuah & Jebat... Melayu! Salam, Ada suatu pendapat menarik yang dilontarkan di Forum Cari . Panelis forum dengan nama 'ikmal_hakimi ' mencatatkan bahawa menjelang PRU ke 13 nanti, akan terdapat 7 golongan Melayu yang mempunyai pegangan dan ideal politik dan pemerintahan masing-masing.  Kalau dulu, orang Melayu yang ditindas oleh penjajah  telah menjadi 'satu Melayu' dengan azam dan tekad yang sama -- memerdekakan Tanah Air dan Bangsa Melayu itu sendiri, walaupun masing-masing mempunyai fahaman, samada kiri atau kanan, merah atau putih. Tapi kini, bukan setakat Merah atau Putih, dah jadi macam-macam warna dah... Jom baca artikel kat bawah ni... PRU13 akan datang menyaksikan Melayu kini berpecah kepada 7 golongan 1. Melayu Cinta Sejarah atau Melayu Perlembagaan 2. Melayu Progresif 3. Melayu Ekspresi Diri / Melayu Idealistik 4. Melayu Semberono / Melayu Tak Kisah 5. Melayu Liberal 6. Melayu Hipokrit atau Melayu Munafik- 7. Melayu Kombinasi Huraian: Me...

Jom Bangsatkan Melayu!

Melayu : Muram, pokai, baju koyak, tak pakai kasut... anak nak menikah sampai kena pinjam duit... Lain dengan Cina, pinjam duit nak buat bisnes.. Siap pakai sepatu lagi.... Salam, Proses membangsatkan bangsa Melayu boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Samada kita sedar atau tidak, proses ini berjalan dengan cukup teratur dan halus. Dulu pernah dilakukan di Singapura, kini berlaku di Pulau Pinang. Gambar kat atas tu adalah petikan risalah "My Balik Pulau". Kunun menceritakan hubungan antara kaum di Pulau Pinang dari segi aspek sejarah. Blog Minda Intelek Melayu (Dr Novandri) ada menceritakan mengenai kisah risalah ini secara bersiri . Kata Dr. Novandri : Lihat kartun di bawah yang diilustrasikan oleh MAY LEONG. Lihatlah betapa Melayu dihina terang-terangan! Melayu diilustrasikan muram, bersongkok dan berpakaian lusuh dan koyak tetapi masih mahu belanja besar untuk kenduri kahwin dengan menggadaikan tanah mereka di Balik Pulau !   Tak dapat tidak, aku bersetuju den...

Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)

Salam, Saja add koleksi lagu kat dalam blog ni.. Nanti dah tua2 boleh selak2 balik dengaq.. hehe.. :P Andainya kau rasa tak berupaya Hidup sendirian tiada pembela Segalanya suram Bagai malam yang kelam Tiada bantuan tiada tujuan Janganlah berputus asa Kerana Allah bersamamu Insya Allah Insya Allah Insya Allah Ada jalannya Insya Allah Insya Allah Insya Allah Ada jalannya Andainya dosamu berulang lagi Bagai tiada ruang untuk kembali Dikau keliru atas kesilapan lalu Membelenggu hati dan fikiranmu Janganlah berputus asa Kerana Allah bersamamu Kembalilah Kepada Yang Esa Yakin padaNya Panjatkanlah doa Oh Ya Allah Pimpinlah daku dari tersasar Tunjukkan daku ke jalan yang benar Jalan yang benar Jalan yang benar Jalan yang benar Oh ya, tadi baru balik dari Kulim ke Putrajaya.. Jalan jem teruk... Mula perjalanan pukul 9.30 Pagi, sampai pukul 5.00 Petang... 2 kali ganda masa perjalanan hari-hari biasa.. Adoi, letih... nak relek dulu ~~~~~ esok nak keja! heh...