Ku Biarkan Pena Menulis.....

Ingat! Dan beringat...

Assalamualaikum 

Hari ini 22 Mei 2026, berlatar-belakangkan lagu "Utada Hikaru: Cinta Pertama", aku salin balik buah fikiran aku bertarikh 4 Mei 2026 dari Facebook ke sini untuk ingatan.

~.~.~.~.~.~

Parti Politik

1. Parti politik wujud sebagai wadah penyatuan sekelompok manusia yang ideologinya sama.

2. Ada parti politik, ideologinya ialah Nasionalis, ada yang Islamis, ada yang Sosialis, ada yang Liberal dan pelbagai jenis lagi ideologi.

3. Walaupun pelbagai ideologi, pelbagai parti ini boleh juga duduk bersama kerana ada common ground. Juga mereka berada pada “kutub” yang sama (contoh: membela nusa bangsa masing-masing).

4. Contohnya, parti Perikatan dan parti Barisan Nasional (pra-2018 lah ya) yang common ground dia ialah kontrak sosial. Pelbagai parti seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain bernaung di bawah satu organisasi yang kuat, strukturnya teratur dan selalunya, semua ahli parti akan akur dan patuh pada keputusan parti.

5. Apabila parti gabungan yang kuat ini menang pilihan raya secara seluruhnya dengan majoriti yang besar, mereka boleh memerintah dengan efektif dan sebarang percanggahan biasanya tidak lama dan tidak sangat didedah kepada masyarakat awam.

6. Ada satu lagi jenis gabungan parti yang ideologinya agak bercampur dan pelbagai. Contohnya, kita pernah melihat Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat (serta Pakatan Harapan) sebagai sebuah gabungan yang bercampur ideologinya (Islamis x Liberal x Sosialis x Nasionalis x dll.).

7. Gabungan dengan ideologi yang agak bercampur dan seringkali berada di “wavelength” berbeza ini lebih ketara jurang perbezaannya. Ini terbukti apabila gabungan seperti ini tidak bertahan lama dan terbubar atau terjadinya kejadian “keluar gabungan” setelah perbezaan prinsip yang menjadi pegangan parti berbeza dengan keputusan pemimpin gabungan.

8. Gabungan longgar ini selalunya diadakan untuk menghadapi “common enemy” atau kita katakan satu tujuan yang sama demi kepentingan umum yang lebih besar. Contohnya gabungan Pakatan Harapan pada tahun 2018.

9. Namun kini wujud satu lagi jenis gabungan yang memeningkan. Gabungan ini tidak wujud sebagai satu entiti politik tapi lebih kepada apa yang dikenal sebagai “kerajaan perpaduan”.

10. Apabila tiada satu parti (baca: gabungan parti atau parti gabungan) pun yang memenangi majoriti dalam pilihan raya, maka untuk membentuk kerajaan, parti-parti ini perlu bergabung.

11. Di sini kita acap kali melihat bahawa ideologi telah menjadi perkara kedua kerana “yang lebih penting ialah untuk menubuhkan kerajaan”. Setuju? 

12. Walaupun semasa kempen pilihan raya, kedua-dua pihak pakat mengata satu sama lain, memburukkan pihak lawan dan menawarkan tawaran berbeza serta memainkan sentimen berbeza, tetapi selepas pilihan raya, semua itu tiada makna lagi apabila bergabung menjadi kerajaan.

13. Caci maki bertukar menjadi gelak tawa, muka yang bengis dan berkobar-kobar menjadi senyum mesra dan manja bila bersama dalam satu kerajaan.

14. “Don’t get me wrong” — memang patut pun mereka berbaik walaupun berlainan ideologi, sebab dan jadi rakan sekerja dan bersama-sama membangunkan negara. Ini kita sebagai rakyat perlu sokong.

15. CUMA, bila nak pilihan raya dah mula dengar ada pihak yang sepatutnya bersama dalam Kerajaan dah nak buat persediaan untuk hadapi pilihan raya secara solo…kenapa ya?

16. Sepatutnya bila dah bersama dalam kerajaan, carilah common ground untuk terus bersama, ikhlas dalam membangunkan negara. Janganlah “marriage of convenience” itu menjadi ideologi yang berterusan.

17. Pendapat sayalah, parti-parti dalam gabungan kerajaan sekarang ni patut dah mula usaha untuk tubuh parti besar yang terus bergerak ke hadapan dengan matlamat dan ideologi bersama. Andai mereka masuk bertanding pilihan raya dan melawan sesama sendiri, sudah tentulah undi akan berpecah.

18. Dan hampir pasti lagi, tiada parti memperoleh majoriti yang “solid” dan kerajaan campuran ini akan terjadi lagi. Ini tiada masalah di sisi undang-undang — benar.

19. Tapi rakyat akan terasa dipermain sekali lagi. Mereka undi A sebab tak suka B dan begitu juga sebaliknya. Bila keputusan diumumkan, nak jadi kerajaan A dan B bergabung. Rakyat akan melihat ini sebagai satu hipokrasi yang berulang-ulang.

20. Oleh itu, tolonglah semua parti yang nak bertanding nanti, kalau rasa gabungan kita sekarang dah baik, teruskan di peringkat akar umbi dan masuk pilihan raya bersama-sama dengan common ground yang boleh diterima rakyat.

21. Jangan cakap, “cinta itu buta”.

~.~.~.~.~.~

Bukan niat bermain politik kerana hal itu telah lama ku tinggalkan. Ini pandangan jujur aku sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Aku tanya pendapat AI Gemini tentang buah fikiran aku tu. Dia setuju some part, tapi some part lagi dia cakap politik ni kena pragmatik, terutama sekali part nak gabung terus tu. Gemini kata "biarlah mereka bertunang lama-lama dulu, sebelum kahwin.."

Ye lah tu Gemini!

Wassalam

Suara Indah Adrian Adam - "Ku Mohon"

Assalamualaikum 

Tadi tengok Talk to My Manager season 2. Dalam banyak-banyak persembahan, persembahan jemputan daripada Adrian Adam, (anak Amyza Aznan) amat memukau. Sedap, lemak, manis, padu, bulat, stabil dan almost perfect 100%.



Kalau ada masa, tengoklah balik persembahan beliau.

Dikhabarkan beliau sedang mengidap kanser tulang. Sebab itulah menyanyi atas kerusi roda. Atas kerusi roda pun dah sedap macam tu. Tak tahu lah kalau sihat macam mana power suara dia pergi.




Apa pun ibu beliau memang seorang yang tabah. Baru sahaja kehilangan anak pertama, abang si Adrian ini beberapa bulan lepas, juga akibat kanser paru-paru. Kini sedang berhadapan dengan satu lagi ujian dengan keadaan Adrian.

Turut diterangkan bahawa sebenarnya Astro telah pun memasukkan nama pasangan anak beranak ini dalam senarai peserta TTMM2 kali ini. Tapi apa kan daya, keadaan yang menimpa menyebabkan Amyza tidak dapat meneruskan penyertaan mereka.

Bersama kita doakan kesembuhan buat Adrian dan ketabahan buat ibunya.

Penutup: Lagu asal yang dinyanyikan oleh Adrian tadi, "Ku Mohon" daripada Sheila Majid.


Setiap hari ku...
mohon agar Kau sentiasa

Memberiku ketenangan...
dalam hati kekuatan
Menempuhi segala 
dugaan yang mencabar ini...
Pasti... punya ertinya 
Engkau beriku harapan...
Menjawab segala persoalan...
Hadapi semua dalam tenang

Dengan merasa kesyukuran 
ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku 
Berkatilah... ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku...
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini...

Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada Mu..
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu... selalu

Ada kala ku merasa...
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar 
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu 
Oh Kuatkanlah cekalkanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini

Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu.. selalu

Curahkanlah nikmat-Mu pada.... hidupku.......

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku...
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini..
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada--mu....
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu.... selalu


Wassalam

Revisit

Assalamualaikum 

Hari ini saja buka blog ni balik. Tujuan? Nothing specific to be exact. So bila tak ada sangat apa nak buat, aku pun godek-godek theme.

Saja gatal tangan tukar ke theme classic sekejap. Rupa-rupanya masih jalan ya. Tak sangka.

Tapi banyak jugak broken sebab laman-laman hosting image dan file yang ada dalam template lama dah tak ada. Cuma yang menarik link-link sahabat yang ada blog tu masih ada.

Aku pun buka satu-satu. Kebanyakannya dah kena delete, ada yang dah lock (invite only), ada yang kena hack dan ada yang terbengkalai.

Satu yang aku perasan, hampir semua blog yang masih boleh akses tu, post terakhir sekitar tahun 2009 dan 2010. Ini membuat aku terfikir, What exactly happened?



Setelah berfikir, aku rasa, Facebook happened. Semua orang dah start meluah perasaan dan menulis pemikiran di FB dan Twitter.

Tapi bagi aku, aku akan tetap menulis di blog. This is my sanctuary.

Wassalam

The Evergreen: Utada Hikaru's First Love


Assalamualaikum 

Lagu penyanyi Jepun, Utada Hikaru, First Love dah lama release sejak 1999 lagi. Kalau dihitung dengan tahun 2026, dah 27 tahun. Aku pulak start dengar lagi ni tahun 2001? 2002? Definitely lepas dah ada komputer sendiri kat rumah dan dah pasang TM dial-up 1515. And this song was so popular when I was doing my undegrad studies! Japanese song (j-Pop) dan drama series berlambak orang share kat network UNITEN tu.

Tapi pada tahun 2023, Netflix release Japanese Series dengan tajuk "First Love" juga. Series ni aku layan kat Netflix sebab tiba-tiba dia dok promo dan background music dia pakai lagu Utada Hikaru ni lah. Cerita dia pasal seorang ni dia macam lupa ingatan sikit, jadi bila jumpa first love dia pun, dia tak ingat apa yang depa dah pernah lalui macam tu. Boleh la search Netflix kalau nak tengok (trailer: sini).

Buttt.... bukan saja-saja nak promote cerita kat Netflix tu... sebenarnya nak share satu version yang I came across semalam masa layan youtube. Version channel Youtube "The First Take". Version ni bagi aku la agak unik dan menampakkan kekuatan vokal Utada Hikaru yang tak degrade pun walaupun dah berusia. Usia dia kalau x silap sekarang dalam 43 tahun la kut pada 2026 ni, sebab masa 1999 tu umur dia baru 15 tahun.


Lagu berusia 27 tahun di blog yang berusia 24 tahun, layankan versi The First Take:



Lirik:

最後のキスはタバコの flavor がした
Our last kiss tasted like a flavor cigarette
ニガくてせつない香り
It was a bitter and sad taste

pre-chorus

明日の今頃には
Tomorrow about this time
あなたはどこにいるんだろう
Where will you be?
誰を思ってるんだろう
Who will you be thinking of?

chorus

You are always gonna be my love
You are always gonna be my love
いつか誰かとまた恋に落ちても
Even if I fall in love with someone again sometime
I′ll remember to love
I'll remember to love
You taught me how
You taught me how
You are always gonna be the one
You are always gonna be the one
今はまだ悲しい love song
Now it's still a sad love song
新しい歌 歌えるまで
Until I can sing a new song

verse

立ち止まる時間が
Just as frozen time is
動き出そうとしてる
About to move again
忘れたくないことばかり
There's only one thing I can't forget

pre-chorus

明日の今頃には
Tomorrow about this time
私はきっと泣いている
I will surely be crying
あなたを思ってるんだろう yeah-yeah-yeah
Thinking of you yeah-yeah-yeah

chorus

You will always be inside my heart
You will always be inside my heart
いつもあなただけの場所があるから
There will always be a place you only
I hope that I have a place in your heart too
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Now and forever you are still the one
今はまだ悲しい love song
Now it's still a sad love song
新しい歌 歌えるまで oh, oh-oh
Until I can sing a new song
You are always gonna be my love
You are always gonna be my love
いつか誰かとまた恋に落ちても
Even if I fall in love with someone again sometime
I'll remember to love
I'll remember to love
You taught me how
You taught me how
You are always gonna be the one
You are always gonna be the one
まだ悲しい love song, yeah-yeah
It's still a sad love song, yeah-yeah
Now and forever
Now and forever
Writer(s): Hikaru Utada



Wassalam.