Suara Indah Adrian Adam - "Ku Mohon"
Assalamualaikum
Tadi tengok Talk to My Manager season 2. Dalam banyak-banyak persembahan, persembahan jemputan daripada Adrian Adam, (anak Amyza Aznan) amat memukau. Sedap, lemak, manis, padu, bulat, stabil dan almost perfect 100%.
Kalau ada masa, tengoklah balik persembahan beliau.
Dikhabarkan beliau sedang mengidap kanser tulang. Sebab itulah menyanyi atas kerusi roda. Atas kerusi roda pun dah sedap macam tu. Tak tahu lah kalau sihat macam mana power suara dia pergi.
Apa pun ibu beliau memang seorang yang tabah. Baru sahaja kehilangan anak pertama, abang si Adrian ini beberapa bulan lepas, juga akibat kanser paru-paru. Kini sedang berhadapan dengan satu lagi ujian dengan keadaan Adrian.
Turut diterangkan bahawa sebenarnya Astro telah pun memasukkan nama pasangan anak beranak ini dalam senarai peserta TTMM2 kali ini. Tapi apa kan daya, keadaan yang menimpa menyebabkan Amyza tidak dapat meneruskan penyertaan mereka.
Bersama kita doakan kesembuhan buat Adrian dan ketabahan buat ibunya.
Penutup: Lagu asal yang dinyanyikan oleh Adrian tadi, "Ku Mohon" daripada Sheila Majid.
Setiap hari ku...
mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan...
dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
dugaan yang mencabar ini...
Pasti... punya ertinya
Engkau beriku harapan...
Menjawab segala persoalan...
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah... ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku...
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini...
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada Mu..
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu... selalu
Ada kala ku merasa...
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu
Oh Kuatkanlah cekalkanlah diriku
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu.. selalu
Curahkanlah nikmat-Mu pada.... hidupku.......
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku...
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini..
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada--mu....
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu.... selalu
Wassalam