Ku Biarkan Pena Menulis.....

Lotus Notes 7 pada Windows 7

Salam,

Ok, ni just quick entry nak menerangkan bagaimana cara yang betul untuk install Lotus Notes 7 pada Windows 7. Cerita dia macam ni, semalam aku dah install Windows 7 untuk menggantikan Windows XP yang digunakan pada Laptop pejabat aku ni. Buat pengetahuan, sistem e-mail di pejabat aku ni masih lagi menggunakan client Lotus Notes. Bagi yang belum mengetahui, Lotus Notes adalah produk keluaran IBM yang pada satu masa dulu merupakan platform pembangunan sistem yang memudahkan aliran kerja (workflow) dalam tugasan pejabat. Jadi satu platform Lotus Notes pada Server Lotus Domino dapat digunakan untuk membangun pelbagai aplikasi-aplikasi yang berkaitan selain fungsinya sebagai e-mail client.

Client Lotus Notes yang ada di pejabat aku buat masa ni adalah version 7. Buat pengetahuan, IBM telah pun memperkenalkan Lotus Notes version 8, dengan versi terbaru setakat yang diketahui ditanda dengan version 8.5. Versi terbaru Lotus Notes dikatakan menyokong OS Windows Vista. Untuk memenuhi keperluan tanggungjawab dan tugasan yang memerlukan kepada penggunaan Lotus Notes Client, aku terpaksa menjalankan installation Lotus Notes 7 pada Windows 7 walaupun didapati sebenarnya ianya tidak menyokong OS terbaru keluaran Microsoft tersebut.

Installation dengan pilihan biasa adalah berjaya. Next, next dan next, installation telah siap. Default folder untuk installation ialah C:\Program Files\lotus. Setelah installation siap, seperti biasa icon akan dipaparkan di desktop. Walaupun installation berjaya, tetapi apabila ingin membuka aplikasi tersebut, ianya tidak akan berjaya. Splash screen akan dipaparkan tapi, skrin sebenar tidak pulak dipaparkan. Walaupun Windows 7 mempunyai kebolehan untuk run aplikasi-aplikasi dalam compatibility mode (Windows XP, Vista) , tetapi ianya masih tidak dapat dilancarkan. Ini sudah tentu menimbulkan masalah buat aku yang terpaksa menggunakan aplikasi tersebut.

Penyelesaiannya?

Google! Dan aku jumpa penyelesaiannya dalam satu forum. Menurutnya, ia ada kaitan dengan struktur keselamatan yang diimplementasikan Microsoft dalam folder Program Files pada Windows 7. Untuk itu, dicadangkan semasa installation :
  1. Semasa melancarkan installation, pada installer tersebut, right-klik dan sila Run As Administrator.
  2. Semasa pilihan folder untuk installkan aplikasi dan data bagi Lotus Notes, sila ubah default installation folder daripada C:\Program Files\lotus kepada C:\Lotus untuk folder notes dan juga data. (Siapa yang biasa dengan Lotus Notes akan maksud aku ni).
Semudah itu! Jalankan installation dan selepas itu, sila lancarkan. Lotus Notes akan berfungsi seperti biasa, setelah proses konfigurasi semula dijalankan. Jadi, seandainya anda ingin migrate ke Windows 7 dan memerlukan Lotus Notes 7 dijalankan padanya, silakan mencuba. Pasti boleh jika kaedahnya betul.

Sekian dulu, sekadar berkongsi pengalaman.

Wassalam

Naik bukit, turun bukit..

Salam,

Hujung-hujung tahun macam ni, banyak betui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Syarikat-syarikat, agensi kerajaan, universiti, sekolah dan organisasi-organisasi yang lain. Nak pulak masa-masa cuti sekolah macam ni, makin menjadi-jadilah. Samada atas urusan rasmi, separa rasmi atau 100% santai, destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia ni tak segan sunyi menerima kunjungan-kunjungan berkumpulan untuk menjalankan aktiviti depa di sana. Keunikan landskap, kekayaan budaya, keindahan alam atau keriangan suasana boleh menjadi faktor sesuatu tempat peranginan dipilih untuk menjalani sebarang aktiviti. Syukurlah, semuanya ada di Malaysia. Pilih saja mana yang sesuai, mana yang berkenan, sudah tentu akan membuatkan bakal pengunjung teruja untuk ke sana.

Lari dari kesibukan...

Jadi sama jugaklah macam agensi yang aku berkerja ni. Untuk merancang 5 tahun ke hadapan, satu pelan atau perancangan harus diadakan. Ini untuk memastikan setiap apa yang bakal dilakukan pada masa hadapan benar-benar bermanfaat dan perlu untuk keuntungan agensi. Sekiranya satu pelan strategik tidak diadakan, tidak mustahil agensi akan kehilangan arah dan tujuan dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Bukan itu sahaja, kegagalan untuk mempunyai pelan strategik akan mempengaruhi anggaran bajet dan peruntukan yang akan dipohon di peringkat agensi pusat. Sekiranya permohonan peruntukan tidak disertakan dengan alasan dan pelan yang jelas, agensi mungkin akan menghadapi masalah besar sekiranya peruntukan yang bakal diberikan tidak mencukupi.

Untuk itu, satu bengkel telah diadakan pada minggu lepas bertempat di Bukit Tinggi, Pahang. Keputusan untuk mengadakan bengkel "di luar lingkungan" mungkin bertujuan supaya perancangan yang bakal dibuat nanti akan dilakukan dalam keadaan penuh tumpuan. Jadi sebagai salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang dilantik untuk menghadiri bengkel ini, aku pun mengikuti rombongan ke destinasi tersebut. Bukit Tinggi merupakan sebuah pusat peranginan tidak jauh dari Bentong dan perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara satu hingga dua jam. Antara hotel dan resort yang terdapat di situ ialah Colmar Tropicale, Berjaya Golf and Country Club serta beberapa lagi pusat rekreasi milik Berjaya. Sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana, pasti beranggapan kawasan ini merupakan kawasan yang nyaman dengan suasana yang indah dan menenangkan.

Indah khabar dari rupa..?

Agak berbeza dari apa yang dilihat dan didengar. Perjalanan dari simpang lebuh raya ke kawasan hotel mengambil masa antara 10-15 minit. Jalan yang berbukit dan penuh pendakian ini agak mencabar dan sekiranya menaiki kenderaan ber'cc' rendah, sudah pasti "sakit" jugak nak sampai ke atas. Yuran masuk ke kawasan hotel Colmar Tropicale adalah sekitar RM 10. Sekiranya pergi bersama-sama atas nama organisasi, maka yuran tersebut tidaklah dikenakan. Setibanya di sana, kami menjangkakan suasana nyaman dan tenang walaupun di kala panas membahang waktu tengah hari. Tetapi agak sedikit hampa, keadaan adalah agak 'biasa' dengan hanya sekali sekala angin bukit meniup membawa udara yang segar dan nyaman. Aku boleh jamin, keadaan di hentian Titiwangsa di Lebuh Raya Timur Barat adalah lebih sejuk dan nyaman berbanding keadaan di sini.

Waktu untuk check-in adalah pada pukul 12 tengahari. Tetapi apa yang menyedihkan, terdapat ahli rombongan yang terpaksa menunggu sehingga jam 3 petang untuk dibenarkan masuk ke bilik. Walaubagaimanapun, bolehlah diakui makanan yang disajikan terhadap para pengunjung agak sedap dan menyelerakan. Menu-menu yang agak asing bagi aku, membuatkan pinggan aku penuh sebab nak mencuba makanan-makanan baru. Bukan saja aku, malah boleh dikatakan kesemua ahli rombongan yang lain pon sama. Ada yang berulang kali bangun untuk mengambil hidangan seterusnya untuk mencuba. Semasa sedang makan, sekiranya bernasib baik, anda akan dihiburkan oleh sekumpulan pemuzik dan penyanyi ala-ala jalanan yang disediakan khas pihak hotel untuk menyambut tetamu.


Pada mulanya, kami menjangkakan dewan mesyuarat yang diberitahu terletak berdekatan. Ternyata kami silap, kerana dewan tersebut terletak agak jauh ke bawah dan terpaksa menaiki shuttle bus yang disediakan. Lebih menyedihkan lagi, shuttle bus yang disediakan bukanlah yang ditempah khas, tetapi merupakan yang biasa dan mengikut jadual yang tersendiri. Ini sudah tentu menyukarkan pihak kami untuk menjalani aktiviti yang waktunya kadang-kadang terpaksa diubahsuai. Sekiranya terlambat, terpaksalah menunggu giliran shuttle bus seterusnya pada waktu-waktu yang tertentu. Rasa seperti tertipu, ada antara kami akhirnya membawa kenderaan sendiri untuk turun ke dewan mesyuarat tersebut.

Keadaan di bilik juga tidaklah seindah seperti yang terpamer di laman web http://www.berjayahotel.com/berjayahills/rooms.asp . Pada laman web tersebut, bilik seperti mana yang diberikan kepada kami tidak dtunjuk sekaligus menyebabkan kami beranggapan bahawa bilik yang bakal kami duduki itu agak luas dan mempunyai ruang yang selesa. Namun, kami agak kecewa kerana ruangan di dalam bilik agak sempit dan terhad. Sekiranya ingin menghampar sejadah pun, kita terpaksa melakukannya di celah sempit antara katil dan meja tulis. Antara lain, ialah kerosakan pam pada tandas di bilik air. Pam tidak berfungsi dan air terus menerus mengalir dari pam. Ini sudah tentu kurang menyenangkan.

Seperti yang diperkatakan awal tadi, makanan yang disediakan memang agak menarik. Setiap waktu makan memang menjadi tumpuan kami. Tetapi yang tidak bagusnya adalah harga untuk air mineral! Pada malam pertama, kami pulang lewat dari dewan mesyuarat. Oleh kerana kehausan dan tidak membawa bekalan air minuman, kami pun menuju ke cafeteria yang hanya menunggu masa untuk ditutup. Kami agak terkejut apabila diberitahu bahawa harga sebotol air mineral adalah RM 4. Agak mahal! Kalau air mineral berjenama seperti Spritzer, bolehlah kami terima tetapi ini hanya air minumuan reverse osmosis dari sumber bekalan air SYABAS. Amat tidak patut! Air minuman yang sama juga dibekalkan kepada kami semasa bengkel pada petangnya. Terasa rugi pulak tak rembat siap-siap 2-3 botol bawak balik ke bilik. Nak tidak hendak, mau tidak mahu, terpaksa jugak la beli sebab kehausan yang teramat sangat pada ketika itu.

Satu lagi kejadian berkaitan bilik air. Pada malam kedua berada di sana, kami pulang agak lewat. Sekitar jam 11.30 malam dari dewan mesyuarat. Oleh kerana agak kepenatan, aku tak pulak join member aku yang nak ambil angin sekitar kawasan kolam renang. So, aku pon balik bilik dengan harapan boleh cepat-cepat qodha hajat, solat isyak dan terus tidur. Tapi hampa, cukup hampa. Dalam keadaan tersebut, pintu bilik air aku tak boleh dibuka! Apa dah jadi ni, ada sesiapa di dalam? Rasa cuak tiba-tiba hadir. Bilik kami terletak dihujung barisan. Dah la tu, malam jumaat la pulak. Tapi lama-lama cuak tu hilang pulak sebab perut aku ni dah mula meragam tahap kedua. Mau tak mau, aku call operator. Selepas panggilan dibuat, hampir 10 minit menunggu, masih tiada siapa datang untuk membuka pintu tersebut. Panggilan kali kedua dibuat meminta agar disegerakan. Tetapi 5 minit kemudian, masih belum lagi datang. 15 minit anda dalam keadaan sedemikian, apa akan terjadi kepada anda? Aku call lagi kali ketiga, kali ini dengan nada marah aku mengancam untuk memecahkan pintu bilik air sekiranya masih tiada siapa datang untuk membuka pintu tersebut. Hanya selepas itulah, baru datang seorang technician membantu untuk membuka pintu tersebut dan membaikinya. Agak malang kejadian sedemikian berlaku di sebuah hotel yang agak terkenal.

Solat Jumaat.. Masjidnya?

Bagi yang pernah ke kawasan Berjaya Hills, anda pasti mengetahui tiada masjid disediakan di sana. Pada hari jumaat, yang juga hari terakhir program, mesyuarat telah ditamatkan agak lewat. pada waktu tengah hari. Oleh kerana jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi tidak sampai 2 marhalah, maka ramai antara kami yang berpegang dengan pendapat wajib untuk sembahyang jumaat pada hari tersebut. Lalu, dari tempat program yang sudah separuh perjalanan ke bawah, kami mengambil keputusan untuk terus mencari masjid di kawasan sekitar, yakni di Lentang. Semasa perjalanan menuju masjid, aku menerima panggilan untuk check out. Katanya masa check out terakhir adalah pada jam 12 tengah hari. Agak terkejut, aku memberikan panggilan itu kepada bos yang ada bersama kami. Selepas negotiate, kami diberikan sehingga jam 1 tengah hari untuk check-out. Memang membangkitkan kemarahan. Akhirnya setelah agak lama 'panas telinga', kami dibenarkan untuk check-out sebaik sahaja pulang dari Solat Jumaat.

Masjid Lentang terletak kira-kira 4-5 kilometer sahaja dari persimpangan masuk ke Bukit Tinggi. Lokasinya terletak hanya di tepi jalan, tetapi bukanlah di tepi jalan sebelah sini. Satu pusingan-u terpaksa dibuat pada tol seterusnya sekiranya anda terlepas simpang yang pertama di sebelah kiri. Itulah yang terjadi kepada kami. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 5 minit dengan jarak kurang 5 kilometer, akhirnya mengambil masa yang lebih lama. Syukurlah, kami tiba di Masjid tersebut walaupun terpaksa membayar tol 2 kali tanpa apa-apa makna. Setibanya di Masjid, kami dapati jemaah agak kurang dan pada mulanya agak meragui Solat Jumaat boleh diadakan. Namun kebimbangan kami rupanya kurang berasas kerana selepas azan pertama, maka berduyun-duyunlah para jemaah datang memenuhi masjid.

Pulang...

Setelah solat, kami terus kembali ke hotel. Mendaki mengambil masa 10 minit. Setibanya, kami perlu mengaktivasikan semula kad akses sebelum boleh terus masuk ke bilik untuk mengambil beg dan pakaian masing-masing. Setelah itu barulah kami boleh check-out. Perjalanan pulang mengambil masa yang lebih singkat dari perjalanan pergi. Mungkin kerana ianya adalah perjalanan menuruni bukit, bukan lagi mendaki seperti pada mulanya. Tiba di pejabat jam 5 petang dan jalan didapati tidaklah sesesak mana. Agak kehairanan pada mulanya, tetapi barulah aku ingat hari tersebut merupakan hari cuti negeri Selangor sempena Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Agak keletihan, setelah solat Asar, aku membaringkan diri untuk menghilangkan letih. Malam tersebut, aku kelenaan dengan nyenyak sekali sehingga keesokan hari. Inilah pengalaman aku berbengkel di Colmar Tropicale. Jujur, sekiranya ditanyakan kepada aku tempat yang manakah sesuai untuk mengadakan bengkel, seminar dan seumpamanya, Colmar bukanlah pilihan aku lagi. Lebih elok kiranya pergi ke kawasan yang sedikit bandar seperti Kuantan, JB, Langkawi atau ke kawasan di mana terdapat 'kehidupan' di waktu malam.

Wassalam...

p/s : agak skema dan pening..... @.@~


Handphone Baru (Lama), Router dan ...

Salam,

Haaa... dah berapa hari dah Raya Haji... lembu2 pon dah banyak yang tumbang.. banyak yang dah selamat masuk ke dalam sistem pencernaan. Mudah-mudahan depa yang mengerjakan ibadah haji dan korban tahun ni memperoleh ganjaran dan pahala yang besar dari Allah SWT. Salah satu daripada erti korban adalah kita membelanjakan sesuatu yang menjadi kesukaan kita untuk kegunaan orang lain. Hanya dengan cara tu kita dapat menguji bahawa amal dan usaha yang kita buat tu benar-benar ikhlas dan untuk Allah ataupun sebaliknya. Kalau ada rasa sedih masa buat amal tu, maka tahap / makam korban kita belum la lagi sempurna.


Apa pon, bukan nak cerita pasai korban atau nak ceramah. Nak dengaq ceramah pi la dengaq kat surau-surau ka.. kot radio ka.. tv kaa.. la ni banyak dah haih cara boleh mengaji agama. Tanda baguihnya kita kat Malaysia ni. Kadang-kadang kita ni belajaq macam2... tapi nak amalkan tu.. haih.. payah sunggoh. Ni nak cerita sikit la.. kan aritu aku ada habaq pasai phone aku yang lingkop tu kan? Jadi aku tengah dok cari replacement la lepaih tu (instead of Nokia yg aku beli tu). Raya Haji baru2 ni aku balik kampung la cam besa. Teruih pi selongkaq kotak2 ataih almari. Cari punya cari jumpa la telepon lama aku tu. Sony Ericsson W810i. Hehehe... bestnya rasa! Seminggu aku pakai tepon yang tadak ciri mcm kamera ka.. mp3 ka.. Alhamdulillah, seb baik boleh balik kampung dan ada plak yang lama tu masih elok tersimpan.

Aku pon pasang bateri. Macam besa, dia pon menyala elok ja.. pastu aku plugin la untuk recharge. Aku tgk mesej last skali ada dalam phone tu adalah bulan Jun 2008. Mesej last aku terima daripada brader Shahril Kem. Kewangan... Hehe.. tu masa kami pi kursus di INTURA dulu tuh. Belek punya belek mesej, memang menggamit memori betoi laaaa... Terjumpa plak mesej-mesej lama antara aku dan dia (kini takdak apa dah.. eh.. dulu pon takdak apa.. aku ja perasan lelebih kot...). Time tu rasa indah belaka. Tapi apakan daya, tepuk sebelah tangan mana nak berbunyi kan. Jadi aku amek keputusan untuk delete semua mesej yang ada dalam tu.. inbox, sent, outbox, saved dll.. semua clean habeh. Jadi terhapuslah sudah cebisan kenangan yang sedih untuk dikenang itu.. heheh... Test semua fungsi phone, ok semua jalan. Wallpaper phone muka naruto pon aku tukaq dah.. dulu dok gila naruto... la ni dah masuk 4-5 bulan dah tak layan naruto... dah tadak mood.. tu yang tukaq semua. Phone ni tadak la GPS ka Video Call ka.. tapi boleh la jugak.. sms senang nak taip.. menu senang nak capai.. pokoknya ok la.. syukur laa..

Ok, habeh bab phone. Ni bab ADSL Router plak... Kalu hampa ingat (kalu hampa dok baca blog ni dari dulu la..) aku penah post pasai kisah aku memula pasang streamyx & beli ADSL Router sendiri... tuh lebih kurang 3 thn lepaih (2006). Ni nak habaq mai kat hampa router aku tu dah hancusss.. dah kong dah... Punca dia aku pon tatau. Cam besa la.. aku nak layan tenet kat rumah ni.. jadi cucuk la LAN cable ke router tuh.. cucuk punya cucuk.. awat dia tak jalan ni... aku heran betoi.. sebulan lepaih aku balik dok boleh lagi... aku tanya adik aku... dia plak kata dah lama dah x bukak komputer.. sebab dia dok stadi ntuk SPM.. jadi logik la jugak.. tapi PC adik aku tu pun problem gak.. tiba2 time ujan.. PC tak on pon.. power tadak.. tgk2 bunyi plup! Bila on PC, teruih tak menyala apa... aihh... rasa2nya router aku pon kena skali kot time tu.. Ni nak masuk mgmt console dia pon x leh.. tp IP dpt.. tp x leh connect ke tenet.. on off... on off.. x bleh jugak...

Last skali pi check kat port dia... dulu penah skali, port no 2 x leh pakai.. dok menyala walaupun tak cucuk kat PC.. dok test2 port tu.. tgk port no 3 problem... cucuk ja dok blinking tak habeh2.. kat port lain ok plak (kecualu port no 2)... Ermmhh.. apa lagi.. konfem dah la router tu pon dah lingkop.. halai aihh pakai 3 tahun... Jadi malam tu gak aku pi beli router ADSL yang baru.. The Aztech DSL605EW ADSL2+ Wireless 4 Port Router.. hambek.. siap ada wireless troih.. sesuai la ngan aku pon dok pakai laptop tempat keja la ni.. dok bawak balik rumah.. malaih nak bukak gulung LAN cable tu.. alang-alang nak beli kan.. harga dia boleh tahan la jugak.... dengan fungsi ADSL Modem + Router + 4 Port Lan + Wireless AP + Setting mcm firewall, routing, dll.. harga RM 160++ tu kira ok la gak.. kalau nak dibanding yang aku beli thn 2006 tu.. RM 185++.. yang ni siap ada wireless lagi.. tu pon ada diskau sket.. hehe... bantai saja janji boleh dapat connection...

Haaa.. pasai GPS plak.. cerita dia la gu ni.. kan PC adik aku tu problem kan.. jadi aku pon pi la skali bawak adik aku hantaq PC dia kat kedai.. pi repair.. mula2 kami ingat nak repair sendiri.. sekali dah bukak x dapat cari punca... lepaih tu aku soh la adik aku pasang balik.. ya la kan.. dia kata sekolah dia ajaq pasang bukak PC ni.. aku pon yakin la.. aku plak bukan penah ada ilmu bukak pasang PC secara rasmi.. dok main bukak tutup ja dulu2... sekali dia pasang teruih fan pon tak jalan.. sebeblum ni fan jalan, cuma tak kuaq kat sistem ja.. BIOS pon x kuaq.. ni teruih fan x bunyi.. LED power pon tak menyala.. apa nak buat.. teruih hantaq pi kedai... jadi nak pendekkan cerita, kedai PC tu dekat dengan satu kedai aksesori keta.. aku pon pi la ushar GPS tengok.. sekali ushar takdak plak plak single GPS.. yg ada skali ngan TV + DVD.. nak buat apa gedabak camtu... x celuih masuk keta aku.. so pi la cari kat kedai lain.. kedai baru bukak.. tengok2 ada.. heheheh.. Survey punya survey satu berkenan di hati.. ya la... untuk menggantikan GPS lama yang dah lingkop pabila lingkopnya HTC aku tuh kan.. huuuuu... ermm so aku angkat la satu.. apa lagi.. baguih punya 4 in 1.. Garmin, MapKing, Papago dan apa tah lagi satu nama dia.. aku x berapa ingat. Harga dia boleh lah.. x yah cerita la tapi x sampai seribu.. hehehe.. so complete la gadjet aku.. Phone aku yang baru tapi lama tu + GPS Unit yg baru neh.. boleh di bawak ke mana-mana. Tak payah la nak cari henpon ada GPS lah.. itu lah.. ini lahh... pakai apa yg ada + lain-lain yang perlu saja... hehehe...

So ni la cerita aku.. sambung Cerita Aku yang lepaih dan skema.. hehe.. Nampak gaya kali ni betui punya ujian Allah nak uji aku.. lepaih satu benda rosak.. benda lain plak buat hal.. mungkin penghapusan dosa kot.. nak tengok aku ni sabaq ka dak kot.. Mudah-mudahan aku dapat tempuhi ujian semacam ini. Ditambah dengan beban gheja di pejabat... Adoihhh... memang sakit kepala. Orang tengok kita senyum.. depa ingat kita senang hati... depa ingat kita dok releks... tapi dalam hati ni sapa la yang tau.... Aku jenih tak zaherkan perasaan aku depan orang yang aku tak rapat.. tambah2 lagi bukan family.. mungkin sebab tu kot kadang-kadang orang ingat aku ni takdak masalah.. takdak beban.. so depa tambah beban.. huuuuuuuu......... tau la aku tak pernah "explode".... kalau boleh takmau.. sebab kalau aku tiba2 terjadi mcm tuh... huduuhhhhhh... mesti aku sendiri pon tamau tengok... Ok la.. sori la kalau aku ada salah dan silap noooo.. aku ni manusia macam hampa semua... kalu hampa paham aku, aku pon paham hampa... hampa tak paham? Aku lagi la tak pahammmm.. pahammmm..?

Wassalamualaikum

ps#1 : awat hampa heran? bahasa aku tak skema? mmuuahahaha...
ps#2 : 1 Disember 2009 genap ulang tahun perkahwinan ibu dan ayahku ke 25. Sayang mereka!!
ps#3 : Oiii.... 1 Disember jugak adalah ulangtahun blog aku ni setiap tahun... hahaha.. dah 6 Tahun dah.... dah lama dahhhh...... hehehhehee........
Selamat Ulang Tahun My Blog..... Teman ku dikala suka dan duka.. mmuahaha.. semua kuceritakan padamu... LOL.... :)