Ku Biarkan Pena Menulis.....

Mitos Politik........


Assalamualaikum,

Sebenarnya tak ada niat nak ulas pasal politik... Sebab dah banyak sangat blog cakap pasal politik... Tapi apabila seorang sahabat yang kita kasihi juga berbicara soal politik, hati di dalam akan rasa tidak tenteram... 

Bukan tak tenteram pasal apa, cuma apa yang dicakapkan itu tidak berapa nak tepat. Kalau yang dikatakan itu betul dan tepat, maka tidak akan ada apa-apa masalah, walaupun yang dicakapkan itu bertentangan dengan jalan politik saya sendiri. 

Maka saya rasa terpanggil untuk menulis setelah membuat sedikit penyelidikan melalui ruang maya. Dan saya perturunkan di blog ini dengan harapan boleh membuat reference di masa hadapan. Salin semula dari facebook :
[Dis 2011] - MITOS #1 : Adam Adli turunkan bendera PM sebab PM tak mahu dengar 'usul' dia....  
REALITI : Adam Adli menurunkan Bendera PM sebagai 'tanda kemenangan' setelah memorandum mereka diterima oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah... Adam Adli tidak berpuas hati bila pelajar lain mendengar ucapan Timb. Menteri dan mengambil gambar bersama Timb. Menteri tersebut...
  
 
Adakah beliau bermaksud itu bukan cara untuk 'meraikan' kemenangan?  
(pengakuan Adam Adli sendiri kepada Sinar Harian dan dilaporkan Malaysiakini) 
Rasionalkah tindakan tersebut semata-mata nak merasai 'kemenangan' ? Adakah perbuatan ini bukan suatu perbuatan untuk bermegah-megah?

Inilah niat sebenar Adam Adli menurunkan bendera PM... mahu menujukkan kemenangan... Walaubagaimanapun, 'kemenangan' yang diraikan itu membawa padah kerana beliau telah digantung oleh UPSI selama 3 semester (tidak dibuang pun lagi..) kerana melanggar peraturan universiti, yakni telah mencemar nama baik institusi. Lagi pula menurunkan bendera di 'kawasan orang' adalah suatu tindakan yang kelihatannya biadab.

[Julai 2011] - MITOS #2 : Polis cederakan orang awam semasa BERSIH 2.0 mungkin atas desakan pihak tertentu... Sebab PM gentar... Perhimpunan BERSIH 2.0 hanya bertujuan untuk menghantar memorandum kepada SPB YDP Agong....  
REALITI : Tidak perlu sebenarnya untuk menghantar memorandum dengan berpuluh-puluh ribu orang berarak di jalanan.... Cukup sekadar beberapa orang... 
Jikalau benar niatnya hendak menghantar memorandum, kepala penganjur BERSIH 2.0 (Ambiga) boleh menyerahkannya semasa pertemuan dengan YDP Agong pada 5 Julai 2011, dimana YDP Agong sendiri menasihatkan perhimpunan jalanan tersebut DIBATALKAN dan jika nak dibuat juga perhimpunan,buat di stadium yang sesuai.  
Malah dedah DS Najib, kerajaan sudah pon memberi komitmen bahawa pihak Polis akan memberi kebenaran sekiranya perhimpunan diadakan di Stadium Shah Alam (http://malaysiatoday.com/2011/08/najib-dedah-mahu-beri-stadium-shah-alam-kepada-bersih-2.0 ) dan Menteri Besar Selangor sendiri (seperti di dalam berita di atas) telah bersetuju membenarkan penggunaan Stadium Shah Alam sebagai lokasi perhimpunan... 
Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah pun MENOLAK permohonan BERSIH 2.0 untuk perhimpunan di sana dan Ambiga telah meminta DS NAJIB untuk 'intervene' dan menggunakan kuasa yang ada untuk menyuruh pengurusan Stadium Merdeka bersetuju... Sumber : http://bersih.org/?p=4297 
Sepatutnya, mereka boleh saja apply untuk stadium Shah Alam yang mempunyai kapasiti lebih luas dan selesa, tetapi kenapa berdegil untuk meneruskan di tempat yang tidak mendapat kebenaran? Akhirnya terjadi la perhimpunan jalanan yang tidak sepatunya berlaku di jalan-jalan di ibu kota raya Kuala Lumpur...  
Maka apabila pihak Polis dikerahkan untuk mengawal perhimpunan tersebut, mereka memulakan PROVOKASI dan pihak Polis seperti mana yang kita tahu terpaksa menggunakan kekerasan....  
BERSIH 3.0 dikhabarkan bakal menyusul... Kepada penganjur BERSIH 3.0, bertindak jujur atas niat anda... Buatlah di tempat yang mendapat permit Polis... Stadium Shah Alam menanti buat anda....  
‎Komen DS Najib -[BERSIH vs HIMPUN] : KUALA LUMPUR, Oct 23 — The Bersih 2.0 rally would have avoided chaos if it had been held in a stadium like Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Datuk Seri Najib Razak said today.  
“I want to congratulate them because the rally yesterday was conducted in a controlled manner and that was my wish when the government offered a stadium to Bersih 2.0 for their rally.  
“So compare the chaos during Bersih 2.0 and yesterday’s rally, the two were very different and there wasn’t anyone who felt harassed, and nobody felt pressured or threatened at the rally,” he told reporters after attending a gathering of police pensioners and former policemen here at the Putra World Trade Centre (PWTC).  
----
Saya amat berharap penjelasan ini dapat memberikan sedikit pencerahan atas kekeliruan yang berlaku. Sebagai pembaca, anda boleh menilai sendiri akan hal ini dan membuat keputusan untuk menerima atau tidak menerimanya.

Update 13 April 2012
Link kepada entry yang saya pernah tulis pasal Adam Adli yang 'menyerang' UPSI waktu tengah malam / pagi buta.... http://azhar.osman.my/2012/01/kejadian-1-januari-2012-upsi.html

Wassalamualaikum...

Kira Gaji Baru SSM 2012 : Tools daripada JPA [Updated - Pengiraan Gaji Mati]

Assalamualaikum,

Buat pengetahuan, PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 yang bertajuk KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA boleh didapati di laman web JPA. Sila layari :

http://docs.jpa.gov.my/ssm/

(Update : 5 April 2012)
Link terbaru adalah direct di http://www.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my/ssm .... Aku suspect server docs.jpa.gov.my ni tak boleh tampung load, sebab tu la dipindah ke main page JPA je... kalau tak caya tanya bro Hariadi.... hehehe.... org kuat JPA tu kalau bab2 umum mengumumi ni... ;p 

Yang seronoknya, ada kalkulator gaji yang disediakan. Contoh :

Contoh, kalau gaji pokok pada 31 Disember 2011 adalah RM 2000... Hehe...
Jadi apa tunggu lagi, sila la ke http://docs.jpa.gov.my/ssm/ dengan segera!!

Hehehe...


UPDATED - 1 April 2012

OK, lepas baca keseluruhan  pekeliling tu, antara perkara yang menarik perhatian adalah pelaksanaan gaji minimum - maksimum. Secara ringkasnya, perlaksanaan ini bermaksud, gaji para penjawat Awam mungkin tidak akan sama antara satu sama lain, walaupun mereka berada di dalam skim yang sama, gred yang sama, peringkat yang sama (P1, P2, P3) dan tarikh mula berkhidmat yang sama. Ini disebabkan, tiada lagi penetapan tahun (T pada P1T1) pada mata gaji penjawat awam. Lihat contoh di bawah :


Jadual Gaji SSM F41 selepas kenaikan pada 2007 (klik untuk besarkan)
Jadual Gaji SSM (Asal) F41 selepas kenaikan pada 2007 (klik untuk besarkan)





Jadual Gaji Minimum-Maksimum SSM 2012 F41 berkuatkuasa 1 Januari 2012
Jadual Gaji Minimum-Maksimum SSM 2012 F41 berkuatkuasa 1 Januari 2012

Kalau dilihat dalam jadual di atas, Gaji Mati atau istilah 'langgar dinding' telah berubah dan meningkat bagi pegawai skim F41, P1. Ini sekali imbas dilihat petanda baik kerana terdapat peningkatan bagi bayaran gaji kepada penjawat awam. Tetapi dari suatu sudut yang lain, ada yang 'argue' mengatakan bahawa gaji mereka akan 'langgar dinding' lebih cepat berbanding sebelum ini.

Contoh Senario : Seorang pegawai baru di skim F41 memulakan tugas semasa berumur 22 tahun. Dengan opsyen persaraan 58 tahun, beliau perlu berkhidmat dengan tempoh 36 tahun.

Kita 'assume' bahawa pegawai tersebut kekal pada peringkat P1 dan tidak naik gred yang lebih tinggi sehingga persaraan. 

Senario SSM Asal : Semasa perlaksanaan SSM yang asal, telah ditetapkan, bahawa selama 25 tahun, pegawai tersebut akan mendapat kenaikan tahunan sebanyak kadar-kadar tertentu. Jadi, gaji beliau akan langgar dinding apabila beliau mencapai tahun perkhidmatan ke-25 dan semasa berumur 47 tahun. Ini juga bermakna, beliau akan mengharungi baki 11 tahun perkhidmatan tanpa kenaikan gaji tahunan. 
Senario SSM 2012 : Berbeza dengan SSM yang asal, SSM 2012 memperkenalkan jadual gaji minimum - maksimum. Gaji penjawat awam telah ditetapkan kadar kenaikan tahunan masing-masing dan apabila gaji mencapai nilai maksimum, tiada lagi kenaikan tahunan diberikan (rujuk pekeliling). Jadi, gaji pegawai kita tadi, dapat dikira seperti berikut : 
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) : RM 225
Gaji Maksimum F41, P1 : RM 5533.48
Kiraan tahun sebelum capai gaji maksimum : 
Kiraan Tidak Rasmi Gaji F41-P1, selepas SSM 2012 - Kuning : Julat Gaji Maksimum
Kiraan Tidak Rasmi Gaji F41-P1, selepas SSM 2012 - Kuning : Julat Gaji Maksimum
Jika dilihat, gaji maksimum pegawai tersebut akan dicapai selepas KGT pada tahun ke-16 perkhidmatan. Ini bermakna, beliau yang pada ketika itu berumur 38 tahun, perlu mengharungi baki 20 tahun perkhidmatan tanpa kenaikan gaji tahunan.

Seandainya jadual gaji SSM asal digunapakai dengan kenaikan tahunan sebanyak RM 225, sudah tentu pada tahun ke-25 perkhidmatan, gaji pegawai tersebut telah meningkat naik kepada lebih kurang RM 7545.88. Tetapi oleh kerana perlaksanaan gaji minimum - maksimum pada SSM 2012, walaupun kenaikan tahunan sebanyak RM 225, tetapi oleh kerana gaji maksimum hanya RM 5533.48, maka pada tahun ke-25 sekalipun, gaji beliau tetap kekal pada RM 5533.48

PERHATIAN : SEGALA PENGIRAAN DAN SENARIO DI ATAS ADALAH ASSUMPTION SAHAJA MELALUI PEMAHAMAN SENDIRI SELEPAS MEMBACA PEKELILING YANG DIKELUARKAN. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA TERDAPAT MAKLUMAT YANG TIDAK TEPAT. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN MOHON DIMAKLUMKAN UNTUK DIBETULKAN SEGERA.

Inilah yang menjadi sedikit rasa tidak puas hati sesetengah penjawat awam walaupun sebenarnya senario tersebut hanyalah andaian semata-mata. Sepanjang perjalanan kerjaya sebagai penjawat Awam, pegawai tersebut sudah semestinya mempunyai peluang naik pangkat ke gred lebih tinggi. Ataupun akan terdapat sistem 'reward' terbaru seperti contoh Bonus tahunan yang tinggi (mungkin mencecah 5-6 bulan.. hehe) untuk menaik taraf pendapatan penjawat awam. Sekiranya ini terjadi, sudah tentu tidak timbul rasa tidak puas hati disebabkan perbezaan antara SSM Asal dengan SSM 2012.

Namun begitu, kita tidak boleh menolak bahawa senario yang kita anggapkan seperti di atas tidak mustahil berlaku. Ada yang mengatakan, dengan mengharungi lebih lama baki tahun perkhidmatan tanpa kenaikan tahunan boleh 'membunuh' motivasi (demotivate) para penjawat awam. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui melainkan mereka yang sudah bertahun-tahun 'langgar dinding' pada masa sekarang ini (gred SSM asal). 

Tetapi janganlah kita menjadikan alasan ini untuk tidak besungguh-sungguh dalam perkhidmatan. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah S.W.T dan kita perlu percaya akan segala ketentuan-Nya ada hikmah buat kita semua. Kerajaan juga, sudah tentu akan menyemak kembali perkara ini untuk ditambahbaik di masa-masa akan datang.

Wassalamualaikum.

p/s : Alhamdulillah... :)


"Anwar Ibrahim biseksual dan ada hubungan sulit dengan Shamsidar" - Datuk K.S Nallakarupan

Assalamualaikum,

Dalam bulan ni banyak betul cerita pasal Datuk Nalla ni yang kononnya ingin mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah biseksual. Dia telah mencabar Anwar Ibrahim untuk menyamannya di mahkamah di atas keterangannya yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan pernah membuat perhubungan sulit dengan isteri orang.

Hari ini (28 Mac 2012), beliau sekali lagi membuat kejutan dengan menyebut bahawa terdapat perhubungan sulit antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar. Dipercayai, Shamsidar yang dimaksudkan ini adalah Shamsidar Taharin, isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, merangkap ADUN Bukit Antarabangsa ketika ini, iaitu YB Azmin Ali. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin semasa sesi sidang media yang sama.

Sila tonton sidang media berikut yang telah dirakam pada hari ini (28 Mac 2012):


Sidang media di atas diadakan selepas Nalla mendapat surat notis daripada peguam Anwar Ibrahim yang meminta supaya beliau tidak lagi bercakap soal Anwar Ibrahim dan kebiseksualannya seperti yang dituduh. Pendedahan pertama Nalla kepada media dibuat pada 19 Mac 2012 di mana Anwar Ibrahim telah dituduh sebagai biseksual dan menyimpan seorang 'budak' yang bekerja di Magnum untuk 'aktiviti'nya serta kesah di  mana beliau membuat perhubungan sulit dengan isteri orang (pada masa ini, nama isteri orang tersebut belum didedahkan) dan taktik Anwar Ibrahim memakai rambut palsu untuk ke Tivoli Villa. Tontonilah kenyataan media Nalla seperti berikut :


Tuduhan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi semakin serius. Dengan menyebut nama 'Shamsidar' dengan secara terus terang, Datuk Nalla bukan saja bermusuhan dengan Anwar Ibrahim, malah beliau akan turut sama ditentang oleh YB Azmin Ali sendiri. Sudah tentu akan terjadi 'Perang Nuklear' antara mereka, dan mahu tidak mahu nama pihak lain seperti UMNO dan BN sudah tentu akan terpalit sama, sekiranya kita mengkaji gerak kerja Anwar Ibrahim selama ini.

Pokoknya, kita sebagai pemerhati ingin mengetahui sejauh manakah kebenaran tuduhan tersebut. Adakah Datuk Nalla mempunyai rakaman video perhubungan sulit Anwar Ibrahim dan Shamsidar seperti yang didakwa? Apakah yang membuatkan beliau begitu yakin untuk menuduh perkara tersebut secara terang-terangan? Bagaimana pula dengan dakwaan Ummi Hafilda mengenai gambar-gambar foto yang didakwa ditangkap sendiri oleh beliau yang mempunyai bukti hubungan sulit Anwar-Shamsidar? Apakah pula senjata dan strategi yang akan digunakan oleh Anwar-Azmin bagi melawan kembali pertuduhan ini?

Semuanya hanya akan terjawab kiranya Anwar Ibrahim 'berani' memulakan saman beliau kepada Nalla dan Ummi Hafilda di Mahkamah.

Wassalamualaikum.

p/s: orang cakap, 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'