Skip to main content

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 1

Salam...

Huhuhu... hari ni ade kat Kulim.. japgi dah nak balik pi uniten balik... smalam balik umah jap sbb ade kenduri kat Penang.. cousin aku kawen lak... hehe... ekceli derang dah kawen dah mggu lps.. tp cume smalam je baru wat kenduri.. ade la sket adat istiadat makan beradab etc.. hehe.. Alhamdulillah, selesai semuanya ngan selamat... x dak apa2 prob kecuali masa mula2 tu.. pihak cateringyg ditempah tu lambat sket la.. patut nye kul 12 dah leh makan.. tp derang baru nak pasang2 mende2 sme.. nasik pon x sampai lg.. tahlah.. inilah org kita... slalu x ikut masa.. kul 12.30 pon x siap2 lg.. terpaksa la tetamu yg dtg awal tggu plak.. inila kelemahan org kita.. bila kita amik org len masak, derang kata x nak tolong bangsa sendiri, bila ambik derang? Wallahualam.. pikir2 sendiri...

Urm.. aku bukan ape, tatkala di sem2 terakhir ni, aku nak share aku punya book review masa zaman2 first year dulu.. mudah2an dapat faedah drpd ringkasan ni. Byk ilmu dan pengetahuan yg buleh kita dpt dr buku ni.. yg aku ade jilid 2.. jilid 1 nyer x de plak.. aku x pasti ape kandungan jilid 1, tp smalam mase smayang kat Masjid Bayan Baru, ade la terjumpa yg jilid 1 nyer.. aku selak2 tgk cam bab perkahwinan.. tp x sempat nak belek lama sbb nak kene lari pi balik majlis kat dewan kenduri sebelah tu.. So, aku cdg nak wat post ringkasan ni secara bersiri, supaya x penat sgt nak membacanya nanti... dimulakan dgn pengenalan serta sinopis, dan juga bahagian pertama dlm fasal 7. Perlu diingat ini adalah ringkasan sahaja, jika ada salah dan silap mintak tolong diperbetul.


Pengenalan Dan Sinopsis

Buku Pendidikan Anak-Anak Islam jilid kedua ini ialah hasil penulisan Abdullah Nasih Ulwan. Beliau merupakan Mahaguru Pengajian Islam di Universiti Al-Malik Abdul Aziz di Jeddah. Judul Asal bagi buku ini ialah “TARBIYATUL AWLAD FIL-ISLAM”. Ia kemudian diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Syed Ahmad Semait dari Pustaka Nasional, Sinagpura. Cetakan ini berdasarkan versi arab, cetakan kelapan pada tahun 1983 (1403 H) dan pada tahun 1988 (1408 H) , buki ini dalam versi bahasa Melayu telah siap dicetak. Versi dari Pustaka Nasional ini dikatakan terjemahan yang paling lengkap, diambil dari versi bahasa arab yang asal.

Buku ini amat lengkap isinya mengenai langkah-langkah pendidikan terhadap anak-anak Islam. Ia amat menitikberatkan tuntutan syarak dalam mengajar anak-anak. Setiap apa yang dibentangkan di dalam buku ini, semuanya akan bersumber sama ada dari Al-Quran mahupun hadis. Selain itu, contoh-contoh telah disesuaikan dengan keadaan masa kini supaya senang kita fahami. Penulis juga memberi cadangannya sendiri dalam mengesyorkan cara penagajaran anak mengikut konteks masa kini.

Selain itu, buku ini juga mendedahkan niat-niat jahat musuh Islam terhadap umat Islam. Dengan itu juga, maka disertakan juga cara-cara mengatasi niat-niat jahat ini. Bolehlah dikatakan, segala apa yang dikupas dalam buku ini amat bagus, terutamanya kepada para pendidik. Selain itu, banyak isinya diulang-ulang supaya memudahkan kita mengingat apa yang telah diajarkan. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat faedah serta dirahmati Allah dari buku ini dan begitu jua kita doakan kepada pengarang dan penterjemah.



dan kita sentuh sikit adab pertama...




Fasal 7 – Tanggungjawab Pendidikan Seks.

Pendidikan seks ialah mengajar anak apabila tiba waktunya mengenai faktor-faktor seks ataupun kejadian semula jadi manusia melalui perkahwinan. Pada usia 7 – 10 tahun dikatakan anak itu berada di peringkat tamyiz lalu sepatutnya diajar akan adab meminta izin dan adab-adab penglihatan. Pada ketika usia 10 – 14 tahun pula, yakni peringkat muraqahah hendaklah menjauhi anak-anak daripada segala benda yg boleh membangkitkan nafsu seks. Jika anak itu sudah baligh (biasanya umur 14-16 tahun) haruslah diajar adab-adab hubungan seks jika mereka sudah sedia untuk berkahwin. Dan sekiranya mereka sudah baligh, tetapi tidak bersedia untuk berkahwin, maka perlulah diajar adab-adab memelihara diri supaya mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat.

1. Adab Meminta Izin

Adab ini perlulah diajar kepada anak-anak ketika mereka masih lagi di peringkat tamyiz kerana mereka inilah yan selalu meminta izin kepada orang dewasa di dalam keluarga mereka. Telah diajarkan di dalam Al-Quran akan 3 waktu supaya anak-anak tidak meminta izin pada waktu itu yakni :

a. Sebelum Sembahyang Subuh – waktu masih di atas katil.
b. Waktu Tengahari – Waktu pakaian ditanggalkan dan bersama isteri.
c. Sesudah Isyak’ – Waktu tidur dan berehat.

Perlunya diajar akan adab ini supaya anak-anak tidak terserampak dengan sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat oleh mereka. Apabila sudah baligh, maka boleh lah diajar akan cara-cara meminta izin pada waktu tersebut. Menjaga perkara ini amat penting kerana jika anak-anak terlihat akan hubungan seks oleh ibu dan bapa mereka, mungkin akan berlaku simulasi ke atas diri mereka sendiri dan ini mendatangkan masalah.Untuk itu kita harus mengikut akan saranan yang telah diberikan di dalam Al-Quran.


(bersambung...)

Ok, stakat ini aje dulu.. smbg nnt..

Wassalam...

P/s : Bukan senang nak senang..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...