Skip to main content

Tahun Baru Hijrah 1428

Salam...

Satu Muharam detik permulaan..
Perkiraan tahun Islam hijrah..
Perpindahan Nabi dan umat Islam..
Dari kota Mekah ke kota Madinah..

Atas keyakinan dan iman yg teguh..
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu..
Rela berkorban harta dan nyawa..
Demi menegakkan Islam tercinta...

Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu perjuangan..
Hijrah itu persaudaraan...
Hijrah membentuk perpaduan...

Oleh itu.. Mari semua..
Kita Sambut Ma'al Hijrah...
Tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam..
Untuk sepanjang zaman....

Untuk sepanjang zaman....
Untuk sepanjang zaman....


Bait2 ungkapan diatas.. siapa yg x tahu? maybe budak2 x tau kot.. tp bg yg sebaya aku ni, mmg dah masak sgt la dgn lagu tu kan... berkumandangnya lagu tu bermakna kita akan melangkah ke Tahun Baru hijrah dan pada kali ini ialah untuk tahun ke 1428 Hijrah... Sudah 1428 tahun penghijrahan Rasulullah ke kota Madinah dan lihatlah hasilnya sekarang.. ISLAM tersebar ke seluruh ceruk rantau dunia.. Hasil tunjuk ajar dan contoh teladan Rasulullah berdakwah, para sahabat dan ulama' serta pendakwah telah berjaya menegakkan syiar Islam sehingga seperti hari ini..

Namun, umat Islam kini agak lemah penguasaannya ke atas dunia... Sepatutnya kita yg dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi, kita plak yg ditindas... Musuh2 Islam sedang bergembira melihat umat Islam sesama sendiri berbunuhan akibat tiada kesefahaman dan perasaan berlapang dada apabila tiada kesefahaman.. mereka hanya perlu meniup sedikit saja api kebencian untuk membuat kita sesama Islam bergaduh dan bermusuh.. inilah yg menyebabkan umat Islam lemah.. kurangnya penyatuan dari segi ekonomi dan sosial.. asyik2 bertengkar antara Sunni dan Syiah, Sunni Tradisional dan Wahabi dan segala mcm lagi hal2 yg kecil.. sedangkan hal yg besar kita terlepas pandang...

Oleh itu, di dalam menyambut tahun baru yg bakal menjelma esok (bg rakyat Malaysia), marilah kita hentikan perbalahan atas hal2 ranting.. hal2 yg kecil.. dan sebaliknya bersatu dlm hal2 yg lebih global... hal2 yg mengutamakan tentang kekuatan ummah seperti ekonomi dan pertahanan itu haruslah diutamakan.. x kiralah mcm mana pegangan kita sekalipun, asalkan tidak menduakan Allah, tidak syirik dan mengaku La Ilahailallah.. Muhammadu Rasulullah... itulah saudara kita.. maka bantulah mereka sekalipun mereka tidak bersefahaman dlm sstgh hal.. jgn biarkan musuh kita mengambil kesempatan atas keberantakan hubungan kita sesama ISLAM..

Marilah sama2 mengadaptasi semangat para sahabat.. Muhajirin dan Ansar.. bersatu demi Islam.. rela berjuang harta dan nyawa.. hayatilah bait2 lagu diatas.. mungkin bg kita biasa aja tu.. halwa telinga, namun bila dihayati dgn sebenarnya, Insya Allah akan kita terkesan bagaimana umat Islam pada zaman itu buleh bersatu... Mudah2an Allah akan menyatukan kita semua umat Islam dan kita akan menjadi lebih kuat dlm menghadapi ancaman musuh...

Salah dan silap sepanjang tahun lalu mohon dimaafkan.. aku ni kdg2 dok sakitkan hati org saja.. so mintak maaf byk2 kalo ada terkasar dan tersilap.. sama2 kita muhasabah diri.. mudah2an tahun baru kali ni akan membawa lebih seribu kebaikan dr tahun lepas.. Ya Allah, ampunkanlah kami atas dosa2 yg kami lakukan pada tahun lepas... Ya Allah, berkatilah dan peliharalah kami dari kemaksiatan dan kemungkaran pada tahun baru ini.... Sesungguhnya yg buruk adalah kelemahan kami dan segala apa jua kebaikan dan kerahmatan hanyalah daripada-Mu ya Allah...

Amin ya rabbal 'alamin..

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1428..

Sekian..

Wassalam..

PS: Di saat korg baca ni, aku maybe dah gi Melaka, ada event sket.. saje cuti2 kt tepi pantai sambil menikmati bayu Laut China Selatan.. Doakan perjalanan kami selamat dr segala bencana yg x diingini termasuk perbuatan2 maksiat... Mudah2an, selamat kami pergi, selamat kami pulang.. Insya Allah... Aminn..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...