Skip to main content

Melayu..

Salam...

Warghhh... tension betoi laa.. isk isk.. td pc aku dah di infect oleh virus bro_act aka My_sexy aka DETECH.COM aka Default__.pif ... aihh.. masalah betoi kalo camni... kalo kena virus ni, kat windows title tu dia nnt append string " - Restrict by Bro Act". Sleain dr tu, dia akan buatkan kite x leh masuk Task Manager, x leh pakai run, x leh msconfig, dan mcm2 lg karenah. Die gak byk men registry.. aku ade tgk td, byk giler die kaco.. Disk mount point, dll cache, autorun feature, shell execution command dan byk lg la mende yg die tambah dan modify.. saket hati betol.. tp seb baik ler aku sempat cari kat tenet, dan jumpe blog brader ni : http://www.ambsmart.com/artikel/bro-act-tewas-akhirnya/ .. baru la dpt buang ngan sempurna.. key dia : AVG antivirus.. kalo nak buang manual, mau amik masa lg 3-4 jam.. tp bile ade AVG, senang je dier buang file2 utama dan variant nyer tuh.. huhu.. thx AVG... Dgr citer, virus ni asalnyer dr region Asia Tenggara ni gak dan tujuan dier nak block porn.. niat baik, tp pelaksanaan x patot...

Wakaka.. tamat mukadimah.. ni saja nak bwk cerita mengenai Melayu.. apa itu Melayu? siapa itu Melayu? di dalam perlembagaan Malaysia, ada dinyatakan takrifan Melayu itu.. menurut perlembagaan Malaysia.. Artikel 160 (part yg menyentuh tentang "Melayu")

160. Interpretation

"Malay"
means a person who prefesses the Religion of Islam, habitually speaks the Malay
Languages
, conforms to Malay custom and-


(a) was before Merdeka Day born in the Federation or
Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or in
Singapore, or is on that day dimiciled in the Federation or in Singapore; or


(b) is the issue of such a person;

Jelas dinyatakan dlm term di atas, Melayu itu syarat utamanya mestilah ISLAM, boleh bertutur dlm bahasa-bahasa MELAYU (x kira apa jenis dialek skalipon~!) dan mengamalkan adat serta kebudayaan Melayu... Jika melihat kepada kondisi2 ini, mereka yg tidak lagi ISLAM, atau dlm erti kata telah murtad, tidak buleh kita terima mereka sbg seorang "Melayu " lagi dan hak2 istimewa Melayu ke atas mereka ini hendaklah dilucutkan. Ini adalah berdasarkan tafsiran ini.. yg mana ayat yg digunakan adalah jelas dan terang. Jika mereka bukan ISLAM, jd status mereka plg kuat pon adalah Bumiputera bukan ISLAM, bukannya sbg Melayu beragama lain atau sbgnya.. kerana tiada istilah lain bagi melambangkan Melayu itu, selain seorang Islam lah dianya, sesudah penerimaan ISLAM di nusantara sejak beratus2 tahun lampau... sbb tu dulu, org bukan Melayu, bila masuk Islam akan dipanggil masuk Melayu.. kerana apa? kerana sudah sinonimnya Melayu dan Islam itu...

Melayu dan ISLAM sudah sebati.. Melayu itu hidup hingga ke hari ini bersendi, bertongkat, berpayung di dalam ISLAM.. tiada satu persoalan yg buleh dibangkitkan untuk membandingkan antara keduanya. Pernah satu kejadian ketika dahulu, kita sering mendengar soalan2 seperti "Kamu pilih apa? Islam atau Melayu?" atau soalan spt "Hang ni Melayu ka Islam?" apa yg perlu kita jawab jika kedua2 kondisi itu menepati? bg aku, dulu siapa yg tanya soalan tu pada aku, aku kata balik "aku x perlu jawab soklan bodo camtu".. sbbnya, bg aku, mana leh compare 2 menda yg mcm tu.. Melayu itu bangsa yg Agama anutannya ISLAM. Mungkin jawapan yg sesuai ialah Melayu-Islam. Tapi jika kita melihat takrifan spt diatas, jika dikata Melayu sudah cukup untuk kita menggap org itu Islam.. jika dia tidak Islam, jgnlah kita mengaku dia itu Melayu, hinggalah dia kembali ke Islam.. lucutkanlah hak2 keistimewaan Melayu darinya..

Dek kerana Islamlah, Melayu maju spt skarang ini.. tanpa Islam, bangsa kita mungkin akan terus dijajah.. kerana Islamlah, Melayu itu semangat juangnya tinggi.. hasil didikan Islam yg mewajibkan kita mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air... Hasil bimbingan Islam megenai Jihad dan Syahid.. semua ini adalah asas dan teras perjuangan org2 Melayu.. di zaman penentangan terhadap penjajah, kesemua merka itu adalah Melayu yg rata2 bertaraf Ulama' sebg contoh Tok Kenali, Tokku Paloh dan lain2 pejuang2 bangsa. Malah, UMNO lahir pon hasil dari persidangan Ulama'2 Melayu bersama para cendekiawan Melayu ketika itu... PAS sendiri, adalah serpihan dari UMNO.. jadi untuk apa kita mempersoalkan takrifan Melayu itu bersinonim dgn Islam? Mungkin masalah yg timbul adalah Melayu itu semuanya Islam, tetapi ISLAM itu bukan untuk Melayu sahaja.. ya ini benar.. amat benar.. ISLAM bertujuan untuk menyatu umat yg berbilang bangsa di muka bumi ini..

Orang2 melayu amat kaya adat dan budayanya.. karya2 sasteranya buleh meruntun jiwa dan hati jika diamati dgn betul. Adat istiadat yg setengahnya nampak karut, kolot, bidaah, sbnrnya hanyalah untuk mendidik secara berhikmah.. adat2 itu diadakan oleh org2 tua dahulu demi mengajar anak2 muda secara halus dan hikmah supaya tidak menemui kemudaratan. Oleh itu, jgnlah cepat kita melupakan adat.. kerana tanpa adat, hilanglah kebudayaan org Melayu yg terkenal lembut hatinya, dan berhikmah caranya... Adat2 yg tidak menyalahi hukum syarak, hendaklah kita pelihara demi masa depan generasi Melayu yg akan datang.. jgn nanti, anak2 kita menjadi biadab dan tidak beradab lagi.. hasil dr kurangnya cara berhikmah dan halus dlm mendidik mereka.. inilah apa yg Islam anjurkan, supaya berhikmah dlm menyampaikan sesuatu, berdasarkan keadaan, tempat, dan waktu...

ingin dibawakan pula sajak Allahyarham Usman Awang mengenai Melayu.. hayatilah bersama..

MELAYU...

Melayu itu orang yang
bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila
mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut
takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung
luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut
Melayu,

Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan
Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf
bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut
bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta
temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan
masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga
kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam
dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah
bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak
permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak
telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak
terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah
kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk
tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang
kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999


Dalam sajak/puisi diatas jelas menunjukkan skop melayu.. dari segi nativenya, sikapnya, budayanya.. cukup untuk menggambarkan keadaan Melayu yg sebenar.. oleh itu, marilah kita yg mana bergelar "Melayu" itu, mempertahankan maruah Melayu dgn mempertahankan Aqidah ISLAM daripada dihina, dicerca dan diperlekehkan. Janganlah kita takut untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara kita ini.. Inilah jihad bg kita.. Kita harus bersaing untuk menjadi lebih maju, sebanding dgn bangsa2 lain, dan penganut agama2 lain..

Majulah melayu dlm ekonomi, politik, sosial, akhlak, dan sahsiah.. tetapkanlah Melayu itu bersama ISLAM selamanya.. hentikanlah segala permusuhan antara kami... kami memohon kpd-Mu ya Allah...

sbg penutup, saja sbg peringatan dan halwa telinga...

Sharifah Aini - Takkan Melayu Hilang di Dunia

Gemalainya tari seni diwarisi
Zaman berzaman gemilang
Teruna dan
dara adat dimahkota
Takkan Melayu hilang di dunia..

Anak jati
bertandang di negeri orang
Biarpun berhujan emas..
Hujan batu kita lebih
sejahtera
Takkan Melayu hilang di dunia..

Pusaka budaya khazanah
berharga
Janganlah dipersia..
Wahai anak watan, diwasiatkan..
Pertahan kedaulatan bangsa..

Arus perubahan oh kuasa tuhan
Kejarlah hajat dijiwa
Namun penganglah kata wira laksmana
Takkan
Melayu hilang di dunia...

Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
Takkan
Melayu Hilang Di Dunia...



sekian saje kali ni.. huhu.. nak tidoq dah..
Wallahualam bis sawab...

Wassalam...

p/s: huwaaaaaaa~!!

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...