Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2007

Puasa 'Asyura @ 10 Muharram

Salam... Hari ni adelah Isnin, bersamaan 10 Muharram 1428 Hijrah.. disunatkan kepada umat Islam pada hari ini untuk berpuasa.. buat pengetahuan, dikatakan tarikh 10 Muharram ni terdapat byk peristiwa yg melibatkan Islam telah berlaku... Dikatakan juga, puasa pada hari 'asyura buleh menghapus dosa selama setahun... Jadi, kat sini aku nak letak artikel tentang 10 Muharram dan jugak amalan2 sepanjang Muharram yg buleh kita praktikkan.. Artikel 1, Sumber : http://www.ummah.net/Al_adaab/months/ashura.html The Fast of ‘Ashura (The 10th of Muharram) Mu’awiyah ibn Abu Sufyan (Radiyallahu 'anh) relates: I heard the Messenger of Allah (Subhanahu wa Ta'ala) say: "It is the day of ‘Ashura. Allah (Subhanahu wa Ta'ala) has not made fasting obligatory for you. But I am fasting. He who likes to observe fast among you should do so, and he who likes not to observe it (does not have to) observe it." [Sahih Muslim] Abu Qatada (Radiyallahu 'anh) relates that the Holy Nab...

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 2

Salam... Okey, kita teruskan sambungan daripada yg lepas... 2. Adab Melihat Antara perkara yang perlu diasuh kepada anak sejak mereka masih tamyiz ialah adab-adab melihat, apa yang boleh dilihat dan yang tidak boleh dilihat. Adab – adab yang perlu diajar ialah : (A)Adab melihat kepada mahram. Mahram ialah mereka yang diharamkan untuk kita berkahwin dengan mereka. Contoh mahram ialah ibu,saudara,ibu saudara,anak saudara,ibu susuan,isteri ayah,isteri anak, anak perempuan isteri (termasuk anak tiri) dan sebagainya. Mahram lelaki boleh melihat kepada mahram-mahramnya akan perkara-perkara berikut: Apa yang zahir dari tubuhnya seperti tengkuk,kepala,dua tapak tangan, dua tumit dan sebagainya. Tetapi tidak boleh melihat tempat yang biasa tertutup seperti dada, belakang dan seumpamanya. Juga haram bagi seorang mahram lelaki, terutama yang sudah baligh melihat mahramnya yang berpakaian mendedahkan aurat seperti baju yang nipis dan ketat kerana ia boleh mengundang nafsu. Keadaan ini juga sama ...

UG COMMUNITY TRIP 2007 ~ *Melaka* ~ :P

Salam... Adoihhhh.. penatnya.. hahahaha... ekceli semalam aku baru balik dr amik angin dan berjalan2 kat Melaka.. Syukur, akhirnya berakhir jua aktiviti ni.. dah lama rancang.. thx to afiq and the gang.. kami geng2 final sem student really appreciate apa yg hampa buat utk raikan kami... hehe.. lenkali nak wat gathering UG pon, leh wat kat luaq skali skala kan.. x la kat upten je.. hehe.. Tp, ada gak la yg x best.. dlm dok pesan bepuluh2 kali, ada gak yg x paham bahasa.. ada gak dok merendek laki pompuan.. adoih.. sedara dan sedari.. org len pon ade gak yg kapel2 gi trip ni, tp derang sme hormat tujuan dan org len dlm trip nih.. x de la plak nak merendek cam korang.. ape la.. lenkali x mo ajak dah korang.. nak buat lebih2 lenkali jalan sendiri2 la.. ni kalo jadi pape kang x pasal je jenuh nak menjawap.. seb baik malam tuh aku tidoq.. kalo aku la yg ade time derang report tu.. nahas la korang... Haih.. aku tinggalkan kisah sepasang merpati itu.. biarlah mereka.. tuhan nampak apa mereka l...

Tahun Baru Hijrah 1428

Salam... Satu Muharam detik permulaan.. Perkiraan tahun Islam hijrah.. Perpindahan Nabi dan umat Islam.. Dari kota Mekah ke kota Madinah.. Atas keyakinan dan iman yg teguh.. Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu.. Rela berkorban harta dan nyawa.. Demi menegakkan Islam tercinta... Hijrah itu pengorbanan.. Hijrah itu perjuangan.. Hijrah itu persaudaraan... Hijrah membentuk perpaduan... Oleh itu.. Mari semua.. Kita Sambut Ma'al Hijrah... Tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam.. Untuk sepanjang zaman.... Untuk sepanjang zaman.... Untuk sepanjang zaman.... Bait2 ungkapan diatas.. siapa yg x tahu? maybe budak2 x tau kot.. tp bg yg sebaya aku ni, mmg dah masak sgt la dgn lagu tu kan... berkumandangnya lagu tu bermakna kita akan melangkah ke Tahun Baru hijrah dan pada kali ini ialah untuk tahun ke 1428 Hijrah... Sudah 1428 tahun penghijrahan Rasulullah ke kota Madinah dan lihatlah hasilnya sekarang.. ISLAM tersebar ke seluruh ceruk rantau dunia.. Hasil tunjuk ajar dan contoh teladan Rasulull...

Bloggers United~!

Salam.. Ni apa ni bloggers united? team bola ka pa? ehehe.. bukan2.. bloggers united adalah satu team maya para bloggers, x kira sesapa pon yg ingin mempertahankan kebebasan dlm ber'blog'. Logo Bloggers United Seperti yg mana kita maklum, kebelakangan ini, pihak kerajaan seakan-akan fobia dgn kewujudan blog2 yg berani menghentam kerajaan dari pelbagai sudut. Dari sini, lahirnya satu trend baru dlm perjuangan politik, apabila internet digunakan secara extensive dan menyeluruh. Makin ramai penulis politik beralih arah dgn menulis dalam blog dan sebagainya. Medium internet dipilih kerana kebebasan yg secara naturalnya adalah ciri2 bg internet. Dunia tanpa sekatan dan sempadan. Tiada apa yg hendak dihadkan semasa menulis blog.. tulislah sepuas2 hingga jari jemari penat menulis, hingga kering idea di otak... tiada sebarang sekatan dikenakan oleh blog providers spt blogspot ini.. tambahan pula, bagi para penulis politik, menggunakan internet adalah cara yg mudah, murah, cepat dan pe...

Pendidikan Anak2 Islam (jilid 2) - Siri 1

Salam... Huhuhu... hari ni ade kat Kulim.. japgi dah nak balik pi uniten balik... smalam balik umah jap sbb ade kenduri kat Penang.. cousin aku kawen lak... hehe... ekceli derang dah kawen dah mggu lps.. tp cume smalam je baru wat kenduri.. ade la sket adat istiadat makan beradab etc.. hehe.. Alhamdulillah, selesai semuanya ngan selamat... x dak apa2 prob kecuali masa mula2 tu.. pihak cateringyg ditempah tu lambat sket la.. patut nye kul 12 dah leh makan.. tp derang baru nak pasang2 mende2 sme.. nasik pon x sampai lg.. tahlah.. inilah org kita... slalu x ikut masa.. kul 12.30 pon x siap2 lg.. terpaksa la tetamu yg dtg awal tggu plak.. inila kelemahan org kita.. bila kita amik org len masak, derang kata x nak tolong bangsa sendiri, bila ambik derang? Wallahualam.. pikir2 sendiri... Urm.. aku bukan ape, tatkala di sem2 terakhir ni, aku nak share aku punya book review masa zaman2 first year dulu.. mudah2an dapat faedah drpd ringkasan ni. Byk ilmu dan pengetahuan yg buleh kita dpt dr buku ...

Huhuhu.. Kalau...

Salam... Hehehe... nih aku letak sket bahan dr blog yg aku suke jln2 dan baca2an.... saja rasa nak berkongsi... ekekeke~ Brader tu ckp : Aku mula terfikir yang macam2. Huh, datang dah ide bonyek aku. AKu terpikir, adakah pekerjaan itu mempengaruhi perangai isteri atau bakal isteri kita? Kat bawah nih, aku bagi list giler aku… 1. Kalau bakal isteri seorang guru . Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. “Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!”. Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka. 2. Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang . Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. “Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!” Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada… 3. Kalau bakal isteri seorang akauntan . Mak aih, segala ...

Melayu..

Salam... Warghhh... tension betoi laa.. isk isk.. td pc aku dah di infect oleh virus bro_act aka My_sexy aka DETECH.COM aka Default__.pif ... aihh.. masalah betoi kalo camni... kalo kena virus ni, kat windows title tu dia nnt append string " - Restrict by Bro Act". Sleain dr tu, dia akan buatkan kite x leh masuk Task Manager, x leh pakai run, x leh msconfig, dan mcm2 lg karenah. Die gak byk men registry.. aku ade tgk td, byk giler die kaco.. Disk mount point, dll cache, autorun feature, shell execution command dan byk lg la mende yg die tambah dan modify.. saket hati betol.. tp seb baik ler aku sempat cari kat tenet, dan jumpe blog brader ni : http://www.ambsmart.com/artikel/bro-act-tewas-akhirnya/ .. baru la dpt buang ngan sempurna.. key dia : AVG antivirus.. kalo nak buang manual, mau amik masa lg 3-4 jam.. tp bile ade AVG, senang je dier buang file2 utama dan variant nyer tuh.. huhu.. thx AVG... Dgr citer, virus ni asalnyer dr region Asia Tenggara ni gak dan tujuan dier n...

Perginya Seorang Pejuang...

Salam... Al-Fatihah.. Kali ini, al-fatihah kita sedekahkan kepada Allahyarham Saddam Hussein, mudah2an roh beliau ditempatkan bersama org2 yg beriman. Sesungguhnya, Saddam adalah seorang pemimpin Islam yg ulung dan mampu membuat Amerika tak senang duduk, kerana byk rahsia Amerika yg beliau ketahui, atas dasar beliau pernah berbaik2 dgn US di zaman pemerintahan Reagan (kalo x silap) dan pernah mendapat latihan dr CIA (Wallahualam). Keberanian beliau dlm melancarkan peluru berpandu scud ke atas Israel jelas membuktikan pembelaan beliau terhadap perjuangan rakyat Palestin. Keputusan untuk menggantung mantan presiden Iraq itu dilihat amat tergesa2. Hanya setelah 20 hari (atau 30 hari lebih, x ingat sgt~!), rayuan beliau ditolak oleh mahkamah Iraq, beliau telah digantung pada hari dimana umat Islam Iraq (Sunni) menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sepereti mana yg dinyatakan oleh Bush kapir laknatullah alaik, kononnya pemergian Saddam adalah satu pengorbanan di hari raya korban adalah sangat bia...