Ku Biarkan Pena Menulis.....

Mawaddah - Inilah Dia Allah

Salam,



Inilah Dia Allah

Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com


[00:08.08]Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
[00:15.86]Wujudnya tiada mula dan sudahnya
[00:23.44]Kerana Ia bukan kejadian
[00:28.88]Tiada siapa yang menjadikan

[00:34.85]Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
[00:42.46]Kehendak-Nya terjadi bila Ia berkata
[00:50.10]Jadilah terus terjadilah
[00:55.98]Tiada siapa dapat menghalang

[01:02.02]Ia, tiada bertempat
[01:09.42]Kerana tempat Ia yang menjadikan
[01:17.33]Ia memberi tiada mengambil manfaat
[01:25.14]Kerana Dia tiada berhajat

[01:33.20]Ia sudah sempurna
[01:40.06]Tiada mengambil ruang
[01:47.99]Kerana ruang itu ciptaan-Nya
[01:56.02]Dia disembah atau tidak
[02:00.20]Tiada berkurang tiada bertambah

[02:07.70]Kalau bertambah ertinya Ia kurang
[02:15.40]Dia tetap dengan kesempurnaannya
[02:22.69]Maha Suci Ia dari kekurangan
[02:30.88]Ia sedia kala

[02:38.31]Tiada didahului oleh tiada
[02:46.14]Zatnya tidak dapat difikirkan
[02:53.78]Bagaimanapun dibayangkan
[03:01.40]Itu semua mainan setan
[03:11.17](Bila dia Zat Yang Maha Agung)

[03:13.21] Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
[03:20.65]Wujudnya tiada mula dan sudahnya
[03:28.02]Kerana Ia bukan kejadian
[03:33.83]Tiada siapa yang menjadikan

[03:40.01]Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
[03:47.59]Kehendaknya terjadi bila Ia berkata
[03:55.21]Jadilah terus terjadilah
[04:00.84]Tiada siapa dapat menghalang

Wassalam..

Islam : Antara Peperangan dan Perdamaian, perlu ada Kesatuan dan Kesabaran..

Salam,




[Ayat : 59]
Dan janganlah orang kafir itu menyangka (bahawa) mereka terlepas (dari balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (Kami).

[Ayat : 60]

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

[Ayat : 61]

Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[Ayat : 62]

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah bagimu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang yang beriman.

[Ayat : 63]

Dan (Dialah) yang menyatupadukan diantara hati mereka. Jika kamu belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[Ayat : 64]

Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman.

[Ayat : 65]

Wahai Nabi, peransangkanlah orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada diantara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika di antaramu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti.

[Ayat : 66]

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu, kerana Ia mengetahui bahawa padamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang yang sabar.

[Ayat : 67]

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia, sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

-- Surah Al-Anfal, ayat 59-67 --

1. Orang Kafir jangan harap mereka akan terlepas dari balasan Allah SWT. Apa yang mereka buat kerosakan di muka bumi ini akan dibalas secukupnya oleh Allah SWT.

2. Hendaklah umat Islam, sebelum memerangi mana-mana musuh menyediakan peralatan perang yang lengkap dan berupaya untuk menggerunkan musuh. Untuk itu, perlulah dibelanja ke arah itu, di mana ini menunjukkan, perbelanjaan ke arah persenjataan merupakan tuntuan agama. Untuk mendapat perbelanjaan untuk persenjataan itu, maka ekonomi perlu kuat dan kukuh demi menampung perbelanjaan tersebut.

3. Kalau musuh / orang kafir ingin memulakan perdamaian, maka kita disuruh untuk cenderung kepadanya, seterusnya menyerahkan kepada Allah akan keputusannya. Pendamaian akan mencetuskan keamanan. Dan inilah asasnya Islam lebih suka kepada keamanan dan kedamaian. Ini adalah perintah Allah.

4. Kalau di masa mereka kata nak berdamai itu,kalau kita syak mereka sedang buat plot atau rancangan jahat untuk menipu kita, maka kita tetapkanlah hati untuk berserah kepada Allah. Cukuplah Allah bagi kita.

5. Yang menyatukan antara hati-hati kita ialah Allah.. Dapat difahami ini melalui kedah saudara seagama, yakni saudara seIslam.. Satu pegangan Tauhid. Cukuplah Allah bagi kita untuk bersatu.

6. Umat Islam hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang, namun mereka haruslah bersabar. Sifat sabar inilah yang disukai Allah kerana Allah akan bersama-sama orang yang bersabar.

7. Janganlah kita hanya melihat kepada kepentingan dunia sahaja, tapi yang lebih penting, ialah matlamat akhirat kerana itu adalah terlebih baik di sisi Allah SWT.

Wallahualam..

Wassalamualaikum...

Perpaduan Melayu Islam : Mufti pon kena!

Salam,

Utusan Malaysia hari ini memuatkan berita berikut :

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?



HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.


IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm



Mufti Perak adalah di antara beberapa orang tokoh agama yang menjadi 'broker' paling kuat dalam menyatu-padukan kuasa politik Melayu. Sejak selepas 8 Mac 2008 lagi, beliau telah berusaha untuk membawa satu kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Perak, namun gagal oleh kerana keegoan PAS Perak dalam menimbangkan kesan penubuhan kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri itu. Natijahnya, kerajaan boneka DAP di Perak itu tumbang dan pihak istana serta institusi Mufti di Perak dilihat tiada penentangan dengan kerajaan BN yang baru ditubuhkan di Perak pada tahun 2009.

Setelah sekian lama isu perpaduan ini tiada percikan apinya, beberapa hari ini panas dengan isu perpaduan. Mungkin bertitik tolak daripada beberapa perkara, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS dalam beberapa perkara demi melihat kemajuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia ini. Namun, seperti mana masa-masa yang lalu, Mursyidul Am PAS lebih berminat dengan harta kekayaan dunia dengan menyatakan hanya akan berbincang dan bekerjasama dalam hal-hal seperti isu royalti minyak dan hubungan kerajaan negeri (dalam hal ni, sudah semesti dia maksudkan KELANTAN) dengan Kerajaan Pusat.

Dalam perkembangan yang terbaru ini, ada pihak-pihak ketiga, terutama rakan komplot di dalam Pakatan Pembangkang dilihat seakan-akan tidak selesa dengan isu ini. Bagi mereka, isu ini boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Untuk membalas isu ini, pelbagai respons diberikan diantaranya, mereka menyatakan bahawa ini adalah suatu tanda di mana UMNO kian lemah dan sedang nazak serta terdesak untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu melalui kerjasama dengan PAS. Hakikatnya, yang lemah adalah PAS dan bukannnya UMNO. Kelemahan PAS itu terbukti dengan runtuhnya kerajaan Perak tempoh hari yang mana ramai melihat kerajaan boneka PAS yang dikawal DAP itu agak biadab dan tidak menghormati orang-orang Melayu di Perak. Perdana Menteri, dalam menjawap pertuduhan ini telah menyatakan bahawa UMNO mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bekerjasama dengan PAS hanya kerana UMNO dikatakan kononnya lemah.

Jadi jika UMNO tidak lemah, siapakah yang lemah? Jawapannya orang Melayu yang lemah. Walaupun UMNO berjaya dan lebih kuat dari PAS dari segi bilangan kerusi Parlimen, tetapi kita semua tahu bahawa, undi Melayu dalam mana-mana pilihanraya sekurang-kurangnya terbahagi kepada 2, BN atau Pakatan Pembangkang. Jadi kuasa penentu pada masa ini ialah pada tangan minoriti seperti kaum India dan Cina. Walaupun undi kaum India dalam kebelakangan ini selepas beberapa pilihan raya kecil menunjukkan kembalinya sokongan mereka kepada BN (yang diterajui UMNO), tetapi kaum Cina lebih selesa mengundi Pakatan Pembangkang, di mana DAP menjadi parti yang agak dominan. PKR pula seakan-akan ditengah di antara PAS dan DAP di mana di dalam PKR ini terdapat caca marba, ada yang liberal, ada yang berhaluan agama, dan ada yang main ikut-ikut sahaja. Jadi PKR tidak boleh diharapkan mengetuai pembangkang. Hanya sanya, ketua umum PKR itu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, maka dia diberi peluang menjadi ketua. Tetapi beliau sendiri sedang berhadapan masalah dengan 'political master'-nya di Barat dan kes liwat. Hakikatnya, kerusi DAP mengatasi kerusi PAS dan PKR di Parlimen dan ini menunjukkan dominasi DAP di dalam pakatan pembangkang (Berlainan dalam BN, di mana UMNO mendominasi kerusi terbanyak).

Oleh yang demikian, maka apa yang dikatakan oleh Mufti Perak itu ada kebenarannya. UMNO mungkin tidak lemah tetapi jika UMNO dan PAS tidak bersatu, kekuatan UMNO yang dominan di dalam BN pun tidak dapat mengatasi kekuatan Pakatan Pembangkang yang jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya ke-13 nanti, pasti akan didominasi oleh DAP. Sebagai renungan dan sebagai santai pada hari ini, mari kita lihat golongan ulama' dan mufti dihina oleh mereka yang berfikiran sempit serta bencikan perpaduan di dalam Islam.

Wassalam...

Mufti pon kena......


Dipetik dari facebook Ketua Srikandi PKR