Ku Biarkan Pena Menulis.....

The Road Not Taken

Assalamualaikum..

Kali ni ingat nak buat sikit kelainan dalam blog ni. Mulai hari ini, jom kita kumpul sedikit sebanyak puisi-puisi yang ada, yang mana pernah kita baca dan pernah kita dengar. Ini kerana, meneliti sesuatu puisi itu dapat merangsang minda untuk berfikir. Oleh kerana setiap manusia itu unik, maka penafsiran bagi setiap orang untuk sesuatu puisi juga berbeza. Inilah yang dikatakan "rambut sama hitam, hati dan fikiran lain-lain". Baiklah, puisi pertama yang akan menghiasi "sudut puisi" di sini ialah, sajak "The Road Not Taken", hasil karya Robert Frost. Seandainya anda masih ingat, sajak ini adalah salah satu sajak yang wajib dipelajari dalam subjek Bahasa Inggeris SPM, terutama sekali dalam komponen "English Literature" ketika itu. 

Puisi yang mengisahkan seorang pengembara yang berada di persimpangan dua jalan, satu jalan yang biasa dilalui, satu lagi jalan yang jarang digunakan. Di sinilah sajak ini bermula, menceritakan tentang membuat pilihan. Sama seperti kita dalam menjalani kehidupan, jalan manakah yang akan kita pilih? Adakah kita yakin tiada penyesalan bagi jalan yang kita pilih itu? Sesuatu untuk kita fikirkan bersama.

The Road Not Taken by Robert Frost

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood 
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same, 

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back. 

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I -- 
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.




Ok, tu saja untuk sudut puisi kali ni... Puisi akan datang, mungkin sebuah puisi dalam bahasa ibunda, Bahasa Melayu..

Wassalamualaikum..

PS : Teringat masa zaman SPM (2001-2002) dulu.. buat 'assignment' pasal sajak ni... Puas googling time tu... haha... :P

"Jangan Biadab!" -- Sultan Selangor

Assalamualaikum..

Seminggu kemelut di Perak, kita menyaksikan episod "biadab" sesetengah pemimpin politik kepada Sultan Perak masih berterusan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin umpamanya masih engkar terhadap titah Sultan dengan menganggap dirinya sebagai Menteri Besar dan barisan Exco Perak yang lalu masih lagi kerajaan yang sah. Tindakan beliau membawa kes ini ke mahkamah terang-terangan menunjukkan beliau ingin mencabar Sultan Perak. Walaupun beliau tidak ingin menyaman Sultan Perak secara "direct" seperti mana yang ingin dilakukan Karpal Singh, tetapi hakikatnya, memohon injunksi mahkamah supaya mengisytiharkan perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak itu tidak sah, jelas adalah satu cubaan ingin menafikan hak-hak dan kuasa mutlak Sultan Perak di negeri Perak sendiri. Dalam erti kata lain, beliau masih tetap menderhaka dan menentang Sultan dengan sikap keras kepala beliau.

Perkembangan inilah, yang mungkin menyebabkan Sultan Selangor sendiri, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Tuanku Sultan Perak tampil ke hadapan dan membela ayahanda saudara Tuanku sendiri. Sebagai Raja Melayu yang berdaulat, sudah tentu Tuanku mengambil iktibar akan kes di Perak ini kerana tidak mustahil ia boleh berlaku di negeri Selangor sendiri nanti. Berikut merupakan kenyataan KBDYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai isu ini.

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta. Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini. 

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama. 

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan. 

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa. 

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana. 

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya. 

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR

13 Februari 2009

Sumber : Utusan Malaysia

Mungkinkah selepas ini semakin ramai diantara KBDYMM Tuanku Raja-Raja Melayu yang lain akan bertitah? Mari kita saksikan selagi mana mereka ingin meneruskan kebiadaban dan derhaka kepada Sultan.

DAULAT TUANKU!

Wassalamualaikum...


Kesetiaan Kepada Raja & Negara


Assalamualaikum,

RUKUN NEGARA

Sewaktu kecil dahulu, kita sering menatap Rukun Negara di belakang buku-buku latihan, selain daripada sifir Matematik. Seumpama sifir Matematik yang tercetak untuk memudahkan hafalan pelajar, tentunya ada tujuan Rukun Negara juga dicetak di situ. Bukan sekadar hiasan, ia adalah ideologi kebangsaan yang diwujudkan pada tahun 1970 an selepas detik getir peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Kewujudan Rukun Negara pada masa itu diharap dapat merapatkan kembali serta memulihkan semula hubungan antara kaum melalui prinsip-prinsip asas bagi setiap rakyat Malaysia. Dengan adanya prinsip-prinsip yang "common" diantara kaum, ia akan mengelakkan perbezaan fahaman yang ketara, terutama sekali dalam perkara-perkara asas bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Sudah tentunya, ia dicetak di buku-buku sekolah agar kita memahami dan menghayati akan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya.

Teks Pengisytiharan Rukun Negara :
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar :
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Antara prinsip-prinsip seperti yang telah ditulis di atas, secara ringkasnya, prinsip yang pertama menunjukkan bahawa setiap daripada rakyat mesti mempercayai kewujudan Tuhan. Ini sekiranya dijustifikasikan, seorang atheist sebenarnya tidak layak untuk mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia. Prinsip kedua, seperti mana akan dijelaskan lanjut, adalah perakuan untuk terus setia kepada Raja-Raja Melayu dan Negara dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang. Yang ketiga, Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihormati dalam apa jua urusan yang dijalankan supaya tidak timbul masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam sesuatu keputusan. Undang-undang yang dikuatkuasakan perlu dipatuhi untuk menjamin keamanan -- prinsip keempat dan prinsip kelima mengkehendaki setiap rakyat berkelakuan sopan dan penuh adab demi menjaga maruah diri dan negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Penerangan Prinsip "KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, danYang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.



Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Perpustakaan Maya KKDN

Namun, beberapa hari kebelakangan ini, sudah ada pihak-pihak yang lantang ingin menderhaka kepada Sultan. Bagi mereka, apa yang penting adalah matlamat mereka tercapai tanpa menghiraukan lagi akibat dan konsekuensi yang akan timbul dari tindakan mereka. Jika anda melihat di kaca televisyen bagaimana perusuh-perusuh biadab dan membuat kacau di perkarangan istana, di alam maya juga tidak kurang hebat serangannya. Oleh kerana di alam maya agak sukar untuk mengesan siapa yang bersuara, maka dengan lebih biadab dan kurang ajar mereka mengutuk, mencaci dan menghina Sultan kerana keputusan Sultan tidak memihak kepada mereka. Apa sudah jadi kepada mereka? Tidakkah mereka membaca Rukun Negara dan faham prinsip kedua tersebut? Mungkin mereka ini tidak bersekolah, buta huruf atau ada penyakit susah nak faham agaknya.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah rasional dalam membuat pertimbangan sebelum menghamburkan kata-kata kesat serta caci maki kepada Raja-Raja Melayu. Seandainya kalian tidak bersetuju, gunalah saluran yang betul dan beradab. Perlu diingatkan bagi mereka yang menulis secara kurang ajar di alam siber ini, TANAH INI TANAH MELAYU yang ditadbir Raja-Raja Melayu asalnya. Jangan cuba untuk memprovokasi orang-orang Melayu dengan merendah-rendahkan martabat Sultan. Sebagai contoh, Karpal Singh keparat, yang tanpa segan silu ingin menyaman KBDYMM Tuanku Sultan Perak. Beliau juga sebelum itu dengan angkuh "menegur Sultan" akan hak-hak baginda dalam pemerintahan. Apakah beliau lupa apa yang berlaku pada tahun 1969? Ingatlah, kehadiran kita semua di bumi bertuah Malaysia ini adalah untuk hidup bersama saling hormat menghormati. Tolong hormati Raja-Raja kami, dan kami akan menghormati hak-hak kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mematuhi prinsip kedua Rukun Negara ini, bersiap sedialah kamu untuk menerima padah atau keluar sahaja dari bumi bertuah Malaysia ini.

DAULAT TUANKU!


Wassalamualaikum