Kesetiaan Kepada Raja & Negara


Assalamualaikum,

RUKUN NEGARA

Sewaktu kecil dahulu, kita sering menatap Rukun Negara di belakang buku-buku latihan, selain daripada sifir Matematik. Seumpama sifir Matematik yang tercetak untuk memudahkan hafalan pelajar, tentunya ada tujuan Rukun Negara juga dicetak di situ. Bukan sekadar hiasan, ia adalah ideologi kebangsaan yang diwujudkan pada tahun 1970 an selepas detik getir peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Kewujudan Rukun Negara pada masa itu diharap dapat merapatkan kembali serta memulihkan semula hubungan antara kaum melalui prinsip-prinsip asas bagi setiap rakyat Malaysia. Dengan adanya prinsip-prinsip yang "common" diantara kaum, ia akan mengelakkan perbezaan fahaman yang ketara, terutama sekali dalam perkara-perkara asas bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Sudah tentunya, ia dicetak di buku-buku sekolah agar kita memahami dan menghayati akan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya.

Teks Pengisytiharan Rukun Negara :
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar :
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Antara prinsip-prinsip seperti yang telah ditulis di atas, secara ringkasnya, prinsip yang pertama menunjukkan bahawa setiap daripada rakyat mesti mempercayai kewujudan Tuhan. Ini sekiranya dijustifikasikan, seorang atheist sebenarnya tidak layak untuk mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia. Prinsip kedua, seperti mana akan dijelaskan lanjut, adalah perakuan untuk terus setia kepada Raja-Raja Melayu dan Negara dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang. Yang ketiga, Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihormati dalam apa jua urusan yang dijalankan supaya tidak timbul masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam sesuatu keputusan. Undang-undang yang dikuatkuasakan perlu dipatuhi untuk menjamin keamanan -- prinsip keempat dan prinsip kelima mengkehendaki setiap rakyat berkelakuan sopan dan penuh adab demi menjaga maruah diri dan negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Penerangan Prinsip "KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, danYang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.



Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Namun, beberapa hari kebelakangan ini, sudah ada pihak-pihak yang lantang ingin menderhaka kepada Sultan. Bagi mereka, apa yang penting adalah matlamat mereka tercapai tanpa menghiraukan lagi akibat dan konsekuensi yang akan timbul dari tindakan mereka. Jika anda melihat di kaca televisyen bagaimana perusuh-perusuh biadab dan membuat kacau di perkarangan istana, di alam maya juga tidak kurang hebat serangannya. Oleh kerana di alam maya agak sukar untuk mengesan siapa yang bersuara, maka dengan lebih biadab dan kurang ajar mereka mengutuk, mencaci dan menghina Sultan kerana keputusan Sultan tidak memihak kepada mereka. Apa sudah jadi kepada mereka? Tidakkah mereka membaca Rukun Negara dan faham prinsip kedua tersebut? Mungkin mereka ini tidak bersekolah, buta huruf atau ada penyakit susah nak faham agaknya.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah rasional dalam membuat pertimbangan sebelum menghamburkan kata-kata kesat serta caci maki kepada Raja-Raja Melayu. Seandainya kalian tidak bersetuju, gunalah saluran yang betul dan beradab. Perlu diingatkan bagi mereka yang menulis secara kurang ajar di alam siber ini, TANAH INI TANAH MELAYU yang ditadbir Raja-Raja Melayu asalnya. Jangan cuba untuk memprovokasi orang-orang Melayu dengan merendah-rendahkan martabat Sultan. Sebagai contoh, Karpal Singh keparat, yang tanpa segan silu ingin menyaman KBDYMM Tuanku Sultan Perak. Beliau juga sebelum itu dengan angkuh "menegur Sultan" akan hak-hak baginda dalam pemerintahan. Apakah beliau lupa apa yang berlaku pada tahun 1969? Ingatlah, kehadiran kita semua di bumi bertuah Malaysia ini adalah untuk hidup bersama saling hormat menghormati. Tolong hormati Raja-Raja kami, dan kami akan menghormati hak-hak kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mematuhi prinsip kedua Rukun Negara ini, bersiap sedialah kamu untuk menerima padah atau keluar sahaja dari bumi bertuah Malaysia ini.

DAULAT TUANKU!


Wassalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Asal Bangsa Melayu?

Lagu nie... hehee...