Skip to main content

Rasa Sayang...

Salam..

Semasa di bangku sekolah dahulu, saya pernah menyaksikan sebuah rancangan di kaca TV mengenai lagu-lagu Hindustan. Seingat saya, sewaktu itu saya boleh dikatakan meminati lagu-lagu berirama Hindustan. Mungkin kerana pengaruh keluarga yang boleh dikatakan menggemari lagu-lagu Hindustan, terutama lagu-lagu yang dimainkan dalam filem pada tahun 60an. Dalam satu episod, rancangan tersebut menyiarkan sebuah video klip filem Hindustan tahun 60an, menyanyikan lagu yang hampir semua daripada kita tahu, "Rasa sayang eh, rasa sayang-sayang eh..". Lagu tersebut muncul dalam filem Hindustan "Singapore" dan dibintangi oleh hero Hindustan yang tidak asing lagi waktu itu, Shammi Kapoor.

Sewaktu itu seakan tidak percaya, saya berasa sedikit bangga kerana lagu di sebelah Nusantara juga boleh diambil dan disadur kembali oleh mereka di benua kecil India. Benar, banyak juga lagu-lagu Nusantara ini adalah saduran dari India tetapi bukankah ini bermakna hubungan yang terjalin sejak dahulu lagi antara bangsa-bangsa yang ada di dunia ini sungguh unik? Kita adalah saling lengkap melengkapi. Andainya ada yang kurang di satu pihak, pihak yang lain dapat membantu untuk melengkapi satu sama lain. Begitulah aturan dunia, tidak diciptakan manusia ini berbangsa-bangsa supaya mereka dapat berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Kenapa kita harus bersengketa seandainya kita saling memerlukan? Di dalam negara bertuah Malaysia ini, kita seharusnya tanpa mengira bangsa saling hormat menghormati dan memelihara kerukunan dan kedamaian yang telah dikecapi selama ini.

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang paling majmuk di dunia. Tanggapan ini adalah benar kerana di Malaysia, budaya kita telah berintegrasi dengan baik sekali antara kaum. Makanan seperti roti canai, nasi, mee goreng dan seumpamanya adalah kegemaran semua rakyat Malaysia. Penggunaan pakaian umpamanya, tidak lagi dipengaruhi oleh bangsa dan keturunan. Yang Melayu memakai cheongsam, yang Cina memakai sari, yang India memakai baju kurung. Begitulah juga sama dengan masyarakat berbilang suku di Sabah & Sarawak. Kita telah berjaya merapatkan jurang yang ada melalui proses integrasi budaya tanpa perlu mengorbankan hak dan prinsip masing-masing. Kenapakah kita tidak boleh meneruskan semua ini? Kenapa ada pihak yang cuba bermain api dengan ingin memutarbelitkan fakta dan membuat tuduhan serta andaian yang tidak berasas?

Jikalau nak diikutkan sejarah, Perdana Menteri Malaysia sehingga ke hari ini, kesemuanya mewakili komposisi rakyat Malaysia. Tunku Abdul Rahman berdarah campuran Siam, Tun Abdul Razak berdarah Bugis, Tun Hussein Onn berdarah campuran Turki (dari sebelah datuknya), Tun Mahathir berdarah campuran India dan yang terakhir setakat ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berdarah campuran Cina (dari sebelah ibunya). Bukankah ini sesuatu yang cantik dan menggambarkan bahawa betapa berintegrasinya kita di bumi bertuah ini? Hanya satu saja persamaan yang menyatukan antara mereka, yakni Islam.

Sebagai penutup, saksikanlah video klip "Rasa Sayang" ini, buat tatapan kita sebagai hiburan dan sebagai satu bahan untuk kita berfikir akan hubungan sesama kita di Malaysia hari ini. Lagu ini bukan milik Indonesia, bukan milik Malaysia, tetapi ia milik seluruh dunia kerana mesej kasih dan sayang yang dibawa olehnya. Tiada apa yang lebih berharga daripada rasa kasih dan sayang sesama manusia demi keamanan sejagat..

Wassalam...

*Selamat bercuti bagi mereka yang bekerja di Wilayah-wilayah Persekutuan!! :)

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi