Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

"Bek Onlain"

Salam... Hehehe..... helllooo everibodi.... ai em bek onlain!! sesudah lebih seminggu dioflainkan di rumah... maka hari ini rumah ini kembali onlain... hehehehe... apa dah jadi? takmau habaq... wakakakaka... walaupon begitu, di tempat keja aku yakni di 'Fox River', sekatan demi sekatan terus dijalankan... nak bukak apa2 pon x bleh... hehehe.. so terpaksa la aku mem'prisen brek'kan koneksyen opis aku tu... walopon berjaya lepas tapi tak syok la plak.. sbb nanti org seblah mai tanya.. pasai apa aku bleh onlain wai em tp dia x leh.. tak ke payah nak eksplen.. pastu pecah la nanti rahsia koneksyen ai yang di 'prisen brek' tu... mmuuuuuuahahahahahhaa...... tak syok la kan.... kalu onlain pon pakai mibo... tu pon windo fayerfoks tu kena resaiz jadi kecik dan kena minimaiz selalu.... mmmuuuahahahhahahhaaa..... Tapi syukurlah! di rumah dah leh onlain mcm besa.. so x la aku asyik layan 'prisen brek' ja sampai sehari satu sezen (13 episod)... mmmuuuuuahahahhahahaa...

The Road Not Taken

Assalamualaikum.. Kali ni ingat nak buat sikit kelainan dalam blog ni. Mulai hari ini, jom kita kumpul sedikit sebanyak puisi-puisi yang ada, yang mana pernah kita baca dan pernah kita dengar. Ini kerana, meneliti sesuatu puisi itu dapat merangsang minda untuk berfikir. Oleh kerana setiap manusia itu unik, maka penafsiran bagi setiap orang untuk sesuatu puisi juga berbeza. Inilah yang dikatakan "rambut sama hitam, hati dan fikiran lain-lain". Baiklah, puisi pertama yang akan menghiasi "sudut puisi" di sini ialah, sajak "The Road Not Taken", hasil karya Robert Frost. Seandainya anda masih ingat, sajak ini adalah salah satu sajak yang wajib dipelajari dalam subjek Bahasa Inggeris SPM, terutama sekali dalam komponen "English Literature" ketika itu.  Puisi yang mengisahkan seorang pengembara yang berada di persimpangan dua jalan, satu jalan yang biasa dilalui, satu lagi jalan yang jarang digunakan. Di sinilah sajak ini bermula, menceritakan tentang m...

"Jangan Biadab!" -- Sultan Selangor

Assalamualaikum.. Seminggu kemelut di Perak, kita menyaksikan episod "biadab" sesetengah pemimpin politik kepada Sultan Perak masih berterusan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin umpamanya masih engkar terhadap titah Sultan dengan menganggap dirinya sebagai Menteri Besar dan barisan Exco Perak yang lalu masih lagi kerajaan yang sah. Tindakan beliau membawa kes ini ke mahkamah terang-terangan menunjukkan beliau ingin mencabar Sultan Perak. Walaupun beliau tidak ingin menyaman Sultan Perak secara "direct" seperti mana yang ingin dilakukan Karpal Singh, tetapi hakikatnya, memohon injunksi mahkamah supaya mengisytiharkan perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak itu tidak sah, jelas adalah satu cubaan ingin menafikan hak-hak dan kuasa mutlak Sultan Perak di negeri Perak sendiri. Dalam erti kata lain, beliau masih tetap menderhaka dan menentang Sultan dengan sikap keras kepala beliau. Perkembangan inilah, yang mungkin menyebabkan Sultan Se...

Kesetiaan Kepada Raja & Negara

Assalamualaikum, RUKUN NEGARA Sewaktu kecil dahulu, kita sering menatap Rukun Negara di belakang buku-buku latihan, selain daripada sifir Matematik. Seumpama sifir Matematik yang tercetak untuk memudahkan hafalan pelajar, tentunya ada tujuan Rukun Negara juga dicetak di situ. Bukan sekadar hiasan, ia adalah ideologi kebangsaan yang diwujudkan pada tahun 1970 an selepas detik getir peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Kewujudan Rukun Negara pada masa itu diharap dapat merapatkan kembali serta memulihkan semula hubungan antara kaum melalui prinsip-prinsip asas bagi setiap rakyat Malaysia. Dengan adanya prinsip-prinsip yang "common" diantara kaum, ia akan mengelakkan perbezaan fahaman yang ketara, terutama sekali dalam perkara-perkara asas bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Sudah tentunya, ia dicetak di buku-buku sekolah agar kita memahami dan menghayati akan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Teks Pengisytiharan Rukun Negara : Bahawasanya negara kita Ma...

Perak : Apa yang dipertahankan?

Assalamualaikum, Rata-rata kita telah mengetahui apa yang telah terjadi semalam di Perak. Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah diberi perkenan dan dilantik oleh KBDYMM Sri Sultan Perak untuk menjadi Menteri Besar yang baru. Perlantikan ini adalah sah mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang mana menyatakan bahawa Sultan dengan kuasa yang ada pada budi bicara Tuanku berhak untuk melantik seorang Menteri Besar yang mendapat majoriti kepercayaan Ahli Undangan Negeri. Tetapi malangnya, episod derhaka menderhakai juga berulang semalam. Bermula dengan kemunafikan Nizar Jamaluddin yang memungkiri janjinya, ia diikuti kenyataan oleh Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang mahu mengheret seorang bekas Ketua Hakim Negara yang tahu selok belok perundangan, apatah lagi perundangan negeri Tuanku sendiri. Tindakan biadab Nizar yang "mohon derhaka" kepada Sultan, boleh dianggap sebagai mencabar kedaulatan dan hak-hak Sultan di dalam negeri baginda sendiri. Ini bercanggah dengan keny...

Perak : Siapa yang berkuasa?

Assalamualaikum.. قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ   [26] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imraan, ayat 26) Wassalamualaikum.. :) p/s : Antara 2 kemudharatan.. ada hikmah disebalik kejadian..

Rasa Sayang...

Salam.. Semasa di bangku sekolah dahulu, saya pernah menyaksikan sebuah rancangan di kaca TV mengenai lagu-lagu Hindustan. Seingat saya, sewaktu itu saya boleh dikatakan meminati lagu-lagu berirama Hindustan. Mungkin kerana pengaruh keluarga yang boleh dikatakan menggemari lagu-lagu Hindustan, terutama lagu-lagu yang dimainkan dalam filem pada tahun 60an. Dalam satu episod, rancangan tersebut menyiarkan sebuah video klip filem Hindustan tahun 60an, menyanyikan lagu yang hampir semua daripada kita tahu, "Rasa sayang eh, rasa sayang-sayang eh..". Lagu tersebut muncul dalam filem Hindustan "Singapore" dan dibintangi oleh hero Hindustan yang tidak asing lagi waktu itu, Shammi Kapoor. Sewaktu itu seakan tidak percaya, saya berasa sedikit bangga kerana lagu di sebelah Nusantara juga boleh diambil dan disadur kembali oleh mereka di benua kecil India. Benar, banyak juga lagu-lagu Nusantara ini adalah saduran dari India tetapi bukankah ini bermakna hubungan yang terjalin se...