Skip to main content

Mungkinkah sejarah berulang?

Salam..

[PERHATIAN : ENTRY INI PERLU DI-LIHAT DARI SUDUT SEJARAH SEMATA-MATA DAN BUKAN UNTUK MENYAKITI MANA-MANA PIHAK]

Dikhabarkan laungan "Hidup Melayu" kembali bergema di bumi Pulau Mutiara sebagai tanda protes orang2 Melayu terhadap kenyataan secara terang-terangan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang. Ternyata, ini membuktikan, bahawa orang-orang Melayu Pulau Pinang masih mempunyai maruah dan 'teloq' untuk membela apa yang mereka rasakan betul..

Dengan keadaan politik yg berubah pada masa kini, kita semua semakin nampak, apakah sebenarnya yang telah melemahkan sokongan orang ramai terhadap BN, terutamanya kepada UMNO. Tidak lain tidak bukan, para pengundi UMNO yg setia selama ini, ada yang tidak keluar mengundi dan ada juga yang mengundi pembangkang sebagai tanda protes mahupun dengan sengaja merosakkan undi. Mengapakah mereka sedemikian? Maaf, saya tidak boleh beritahu terang2an sbb sudah terang lagi bersuluh.. anda fikirlah sendiri sebab2 'grass root' UMNO pakat² undi protes/undi rosak/x kuar ngundi pada PRU yg lepas...

OK, 'tukaq ceghita' yg 'tak dak kena mengena'. Hari ni, tiba2, rasa nak stadi sejarah la plak.. hurmmmm..... meh tgk benda ni...



Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra
bertarikh 17 Jun 1969



Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.


Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)




...Dan tidak berapa lama selepas itu (dalam sethn stgh), kepimpinan negara telah bertukar baru pada tahun 1970. Tammat alkisah Sejarah.... eh... hari ini.. kalau x silap.. sama.. eh eh... 'mimpi je lah!'

Dejavu?

Wassalam..

Undi lagi DAP... depa mmg x guna! toksah undi DAP dah lain kali!!

Comments

  1. Nak suh undi BN la ni? Mintak maaf.

    Kalau DAP mansuhkan DEB, ia BELUM terbukti melayu akan terabai. Jika tiba2 DAP keluarkan pelan untuk mendekatkkan jurang ekonomi melayu-cina di Pulau Pinang, sanggup tak menarik balik tulisan ni? Sanggup jilat balik ludah tak?

    Jika terus beri mandat pd BN, CONFIRM melayu terabai. Lihat sahaja pada Melayu Pulau Pinang. 50 tahun diperintah BN, melayu TELAH terabai. Ekonomi cina pegang. Mana DEB??? Hanya untuk kroni... Hanya untuk pemimpin UMNO....

    Beri peluang pada DAP dulu. Mereka tak sampai seminggu memerintah. Agak2 die buat hal, baru la kite tentang habis2an. Jangan cetek sgt pemikiran, sedangkan anda bekas pelajar universiti (malu nk kata pelajar UNITEN ni mahasiswa).

    p/s: Dulu Khairy kata, penunjuk perasaan jalanan sebagai 'beruk-beruk'. Pak Lah kata perhimpunan haram seperti mencabar dia. Najib kata tak perlu pada penunjuk perasaan. Sekarang di Pulau Pinang, ape cerita? Nak tak Pak Lah, Najib, KJ keluarkan statement yg sama? Atau tarik balik kata2 mereka dulu (jilat balik ludah dulu)?

    ReplyDelete
  2. Ha? Sapa soh undi BN? btw, permohonan anda untuk dimintak maaf diluluskan.. heheeeee....

    50 tahun diperintah BN? Please, get your fact right! BN ditubuh thn 74, kat mana 50 thn diperintah BN? Yg aku tau, BN baru memerintah 34 thn.. sebelum tu PERIKATAN! Ada belajar sejarah?

    Saya bekas pelajar UNITEN, ya benar... tp wajib ke untuk seorang mahasiswa menyokong parti DAP, KEADILAN dan PAS? apa mahasiswa tak boleh sokong UMNO/BN ke?

    Hehe... DEB nak dihapuskan, belum terbukti Melayu terabai? encik budak2 ni mesti bukan orang Penang kan? kalau bukan please STFU! hehe..

    Beri peluang kepada DAP yaa? hehe.. yaa.. beri peluang.. beri.. sapa kata tak beri.... beri.. beri... semua bagi.. bagi..... nanti jadi peristiwa '69.. hehe.. x pee.. bagiiiiiiiii~~~~~~~~~

    Apa kena mengena khairy dalam posting ni? ada ke saya sebut? siapa beruk2 itu?

    LAGI SATU, BUKTIKAN DENGAN 4 ORG SAKSI, DIMANA SAYA SUROH UNDI BN DALAM POSTING NI?

    Mungkin pemikiran saya 'cetek' tapi tak bermakna saya tak kenal SEJARAH. Lain kali tolong belajar SEJARAH sebelum tuduh pemikiran orang lain CETEK!

    ReplyDelete
  3. Saudara,

    Sejarah hanya akan berulang jika rakyat berkelakuan tidak matang. Sejarah akan berulang jika mahasiswa berkelakuan tidak matang dan membiarkan UMNO/BN menjadikan mereka alat untuk mengulangi sejarah ini. Tahukah anda 13 May itu adalah cetusan UMNO sendiri untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman? Sila beli buku 13 May yang boleh didapati di kedai buku.

    Sayang, masih ada lagi mahasiswa yang masih percaya UMNO/BN itu relevan di kala kita ini ketandusan pemimpin yang betul-betul jujur, bersih dan amanah. Jangan taksub kepada parti, sekarang ini bukan lagi trend menyokong parti kerana ramai antara Cina dan India, lebih-lebih lagi di Kelantan sana sudahpun menaruh kepercayaan kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru bukan lekeh, dia ada Masters dalam Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar. Selama ini UMNO/BN sahaja yang melekehkan dan memfitnah Tok Guru. Rakyat sudah celik, mereka pergi sendiri ke Kelantan dan dapat melihat dengan sendiri apa yang ada di Kelantan. Dan apa mereka lihat jauh sekali elok daripada yang digembar-gemburkan UMNO/BN.

    Mungkin anda mahasiswa tidak bergaul lebih dengan orang-orang yang lebih tua yang lebih "makan garam". Pengundi hantu memang wujud, dan saya memang ada bukti daripada data JPN sendiri yang memang ada "hantu" berdaftar daripada rekod JPN untuk tujuan pengundi hantu ini. Rekod itu di dapati sejak tahun 1998. Nah, itu adalah bukti kepada kerajaan UMNO/BN anda yang disayangi rakyat, kononnya.

    Mahasiswa sepatutnya lebih peka kepada isu semasa kerana masa depan mereka bergantung sangat kepada apa yang dibuat oleh "badut-badut" UMNO/BN di dalam sarkas kabinet.

    Oleh itu, renung-renungkanlah.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Encik Garden,

    Terima kasih atas pandangan encik. Buku-buku berkaitan 13 May ada 3 koleksi pada saya, tulisan Kia Kua Song, tulisan Tunku, dan tulisan seorang berbangsa Inggeris, tetapi warganegara Malaysia (maaf, tak ingat nama beliau). Jadi jangan ingat saya tidak tahu akan hal tersebut. Dan nasihat saya, kepada encik, supaya mendapatkan juga buku berkaitan 13 may seperti yang saya katakan tadi, dan bukan hanya buku merah itu sahaja.

    Kenapa UMNO/BN tidak relevan? Apakah selama ini UMNO/BN membiarkan para pelajar tercicir? Adakah pelajar2 disekat untuk belajar di mana2 IPTA/S? Jika benar UMNO/BN tidak relevan untuk pelajar, nyatakan berapa ramai antara pelajar boleh menyambung pelajaran tanpa PTPTN.. silakan..

    Pengundi hantu wujud? kalau iyapun, ini bukan kesalahan SPR. Apa yg digembar gembur pembangkang ialah seolah2 SPR bekerjasama dengan BN untuk memasukkan pengundi2 hantu tersebut, hakikatnya ialah sebaliknya. Pengundi2 hantu yg mungkin dimaksudkan pembangkang ialah nama org2 yg telah meninggal tetapi SPR tidak boleh buang nama mereka sesuka hati jika tiada pengesahan undang2. Perkara ini amat kompleks untuk diterangkan dan buat pengetahuan saudara, saya juga telah melihat data Pemilih 2008 dan saya tahu apa yang saya katakan. Maklumat lanjut, saya jemput saudara ke http://forum.mykmu.net dan mulakan carian tajuk "pengundi hantu" kerana sudah berpuluh2 kali diterangkan di situ.

    Mmg benar, pengundi sekarang mengundi berdasarkan Calon. Dan sebab itu pembangkan menang besar dalam PRU yang lepas. Ini saya admit! Dan saya sendiri telah memilih calon, sebagai kriteria undian saya. Cuba letak khairy di tempat saya atau pak lah, adakah saudara pasti sy akan mengundi BN/UMNO? saudara belum tau bukan?

    Adakah saya tidak peka kepada isu semasa? hehe.. dengan tidak menyokong pembangkang, anda akan menjadi tidak peka kepada isu semasa? itu maksud tuan? maaf, tuan tersalah!

    Saya mahasiswa? maafkan saya, sekali lagi tuan tersalah...

    Terima Kasih atas pandangan tuan sekali lagi..

    Wassalam...

    ReplyDelete
  5. Itulah silap 'Mahasiswa'. Terlampau mudah dipuaskan dan 'digula-gulakan' oleh UMNO/BN.

    Semangat Mahasiswa sekarang cukup rapuh jika dibanding zaman saya dahulu. Dulu kami sokong Anwar kerana kami pikir dia berwibawa, lebih hebat daripada Mahathir, walaupun dalam UMNO yang sama. Kalau nak kira pun, kami tak sokong UMNO, kami sokong tokoh. Sebab itu bila tokoh keluar UMNO, kami ikut dia. tapi sekarang bila tokoh yang lebih berwibawa muncul seperti Nik Aziz. Maka kesetiaan baru muncul. Itu adalah kematangan daripada segi pertimbangan minda. Anda patut berfikir ke arah itu.

    Jangan terlalu terhutang budi kepada UMNO/BN, kerana bilamana mereka naik menjadi kerajaan, maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjalankan AMANAH sebagai kerajaan. Hak rakyat bilamana sesuatu pimpinan itu tidak lagi jujur dan menjalankan amanah secara betul, hak rakyat dalam lingkungan demokrasi untuk memilih dan untuk menukar. Jangan lupa itu. Oleh itu, jangan mudah di pengaruhi dakyah UMNO/BN ketuanan Melayu itu tergadai tanpa UMNO. Isu ketuanan Melayu hanyalah mainan UMNO untuk masih kekal berkuasa. Jangan lupa, hanya Islam yang boleh kukuhkan kedudukan orang Melayu, bukan UMNO, bukan PAS. So sesiapa yang perjuangkan Islam, maka tak perlu kita risau akan ketuanan atau ketidakadilan, kerana Islam sendirinya adalah adil kepada semua bangsa, Islam maupun tidak.

    Sekarang cuba bagi contoh siapa yang hebat yang berwibawa dalam UMNO? Saya dengan terus terang jawab, yilek!

    Perlu diingat, Mykmu adalah kelab menyokong UMNO, sudah tentu fakta di situ berat sebelah. Hanya orang yang berakal rendah sahaja yang mudah percaya fakta yang dimainkan Mykmu. Saya pasti anda tidak tergolong dalam orang yang mudah percaya benda sebegitu.

    Mungkin betul tak boleh delete, mungkin tak betul, tetapi kenapa mereka boleh ada daftar di JPN yang muka sama tapi nama berbeza? Bukan satu, bukan dua...malah berpuluh-puluh. Sila jawab. Skop anda terlampau simple...hidup anda masih lagi bersih, lalu anda kata semua yang UMNO/BN buat betul. Jika anda bergelumang dengan dosa yang besar, maka anda akan tahu dan membenarkan fakta pengundi hantu wujud kerana kelemahan SPR dan kebodohan SPR dalam memastikan daftar adalah betul. 4 tahun sejak 2004, kenapa masih lagi tidak bersih daftar itu? Logik akalnya?

    Jangan mudah terhutang budi, saya pun dulu pelajar macam anda, biasiswa gomen. Tetapi itu bukan maknanya kita kena jadi 'Yes Man' kepada semua kepincangan UMNO/BN. Kalau kita jadi Yes Man, baik tak payah mengaji tinggi2 ke Universiti. Yes Man itu lagi banyak duit daripada orang yang pegi Universiti.

    Rakyat sudah meluat dengan gelagat takbur UMNO, dan tidak relevan UMNO. Tapi takpe, sekurang-kurangnya ada juga para Mahasiswa yang mahukan mereka. Takpe, rakyat nanti boleh suruh saja mereka berjuang dalam kampus dan biarkan pentadbiran negara kepada orang yang betul matang dan amanah serta jujur.

    ReplyDelete
  6. Saya ingatkan sudah habis... rupa-rupanya saudara terus juga tidak menerima pandangan saya. Mykmu memaparkan idea-idea rendah? Maaflah, saya jugak boleh kata TKO, Harakah benda yang sama.. Berita juga tidak benar-benar berita! Hanya main agak-agak saja!

    Logik akalnya, bagaimana mahu anda buang nama-nama yang tidak dapat dipastikan hidup matinya? jika dibuang berdasarkan 'hearsay' tanpa bukti rasmi, tiba2 org yg namanya dibuang muncul untuk mengundi, apa yg SPR nak jawab? Soalan saya mudah, sepanjang PRU lepas, pernahkah pihak2 pembangkang menangkap individu2 yang kunonnya hantu di pusat-pusat pengundian? Tolong jawab hal ini.

    Sekali lagi encik mengatakan mahasiswa sekarang mudah digula-gulakan BN, tidak sperti dahulu... maksud tuan dahulu yang macam mana? dahulu zaman anwar ibrahim? Apakah mahasiswa zaman sekarang yang kunun digula2kan BN harus mengikut mahasiswa zaman tuan yg lebih jumud dan taksub kepada seseorang pemimpin? Biarlah kami dengan urusan kami kerana kami lebih memahami aspirasi perjuangan kami...

    Berkenaan muka sama, nama berbeza? encik masih nak salahkan SPR atau JPN? tolong beritahu siapa yang encik nak salahkan. Kalau encik seorg 'veteran' tentu encik tahu bagaimana pendaftaran pemilih dilakukan semasa dulu bukan? dulu ketua2 kampung senang2 sahaja isi nama anak buah dalam daftar pengundi, sekarang lain bukan? bukankah ini satu peningkatan untuk SPR menjadi lebih telus? Adakah SPR yang melakukan kerja2 tersebut atau ada pihak ketiga yang memperdaya SPR?

    Adakah saya seorang 'Yes Man'? maaf, encik sekali lagi tersilap.. saya generasi yang bukan 'Yes Man' dan bukan taksub kepada seorang-seorang pemimpin. Saya berprinsip dan berpendirian, bukan seperti kerbau yang dicucuk hidung, mengikut kemana tuannya pergi. Kalau dulu tuannya berada dalam UMNO, maka kerbau2 pon turut sama dalam UMNO, dan jika tuannya buat parti baru, maka kerbau2 pon ikut sama masuk parti baru. Maaf, saya bukan generasi semacam itu kerana prinsip saya dalam hal ini lain.

    Saudara bertuah memperoleh biasiswa gomen, tapi saya tidak, hatta PTPTN sekalipon. Jika diikutkan, saya tiada langsung sebab untuk menjadi YES MAN semata2 untuk menyokong UMNO, tetapi saya masih menyokong UMNO, kenapa? Inilah yang dikatakan prinsip perjuangan... Dalam usaha memurnikan kembali perjuangan UMNO, saya rela dikutuk oleh rakan2 walaupun tiada sebab yang konkrit untuk saya menyokong UMNO... Teringat saya akan pesan orang tua2, kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepian pantai...

    Hakikat pemimpin lemah dalam UMNO mmglah saya akui. Ini terbukti!! Oleh sebab yang demikian, ramai akar umbi UMNO sendiri telah undi protes dan menyatakan rasa tidak puas hati dlm PRU baru2 ini. Terkadang-kala saya juga memikirkan, siapa yang harus memegang tampuk UMNO supaya kembali ke landasan yang betul.. harapan saya akan timbul di kalangan generasi muda UMNO yg berani memperjuangkan kebenaran dan kembali kepada asas perjuangan seperti mana ditubuhkan dahulu. Dan itulah aspirasi MyKMU. Sepanjang hampir 6 tahun di MyKMU, saya mendapati inilah laman yang paling terbuka, menerima segala pandangan akar umbi dlm UMNO. Di MyKMU, para pengunjung bukan hanya pak turut dan bebas dalam mengemukakan isu masing2. Inilah hasrat generasi muda dalam UMNO. Walaubagaimanapun, saya bukan ahli UMNO seperti yang tuan sangkakan.

    Dan sekali lagi maaf, saya bukan lagi seorang mahasiswa.

    Sekian..

    ReplyDelete
  7. Syabas, satu peyampaian pendapat yang agak hebat.

    "Dalam usaha memurnikan kembali perjuangan UMNO, saya rela dikutuk oleh rakan2 walaupun tiada sebab yang konkrit untuk saya menyokong UMNO..."

    Kenapa tiada sebab konkrit untuk sokong UMNO? Apa yang menjurus anda berkata tiada sebab konkrit? Adakah kerana UMNO sudah tidak relevan dalam kerjanya mendaulatkan Bangsa Melayu sahaja, dan mengenepikan Islam ajaran Nabi SAW, tetapi menyanjung tinggi Islam Hadhari yang kosong pengisiannya? Islam Hadhari tidak hebat, dan tidak dapat tandingi Islam ajaran Nabi SAW.

    Saya pun bukan ahli parti mana2, tetapi saya memang daripada dahulu lagi tidak suka UMNO. Sebabnya yang konkrit hanyalah satu, gila duit dan buta hati. Memang saya akui ada orang di dalam UMNO yang baik. Sebab itulah kami dahulu menyokong tokoh, bukan parti. Sebab itu juga saya kata...(macam Tun M kata juga), orang UMNO ni (di Johor) kalau letak tunggul kayu pun boleh menang juga. Itulah perbezaan mentaliti menyokong parti dan menyokong ketokohan. Perlu kita ingat, sokong parti UMNO dikala sekarang boleh membawa ke mana? Kalau anda lantang setakat dalam Mykmu sahaja tetapi Pak Lah masih lagi degil, adakah menunjukkan anda berkuasa? Tidak bukan? Kerana Pak Lah masih lagi degil.

    Realitinya, rakyat rata-rata sudah muak dengan kerenah lupa daratan UMNO. Even orang UMNO sendiri (kuda-kepang.blogspot.com) pun sudah muak. UMNO semakin hari semakin menggali kuburnya sendiri. Tunggu masa sahaja ditanam 6 kaki dalam oleh hamba rakyat, yang setengahnya tidak berpeluang jejakkan kaki ke universiti pun. Itulah bahana ego pemimpin UMNO dan ahli tertinggi UMNO. Yang bodohnya siapa? Orang-orang seperti anda yang hanya berkuasa bersuara di Mykmu, tapi ke mana dan berkuasa setakat mana suara anda dalam memastikan Pak Lah yang lemah itu turun? Tiada kuasa kan? Oleh itu, apa lagi yang anda yakini bilamana anda sendiri tiada berkuasa untuk mengubah keadaan UMNO sekarang? Tokoh di dalam UMNO yang betul2 berwibawa tiada. Saya tahu dan anda pun tahu. Pimpinan tertinggi UMNO semua korup. Anda tahu, dan semua rakyat Malaysia maklum.

    Pengundi hantu memang ada yang ditangkap baru-baru ini, tetapi tidak heboh di media BN, anda tahu kenapa kan? Siapa nak iyekan adanya pengundi hantu. BN memang tak akan iyekan. Malah ada aksi melarikan peti undi, tetapi berjaya ditahan oleh orang2 PAS (laporan MAFREL, adik saya). Tak percaya lagi saya ada info dalaman PRU? :)

    Anda kata bukan salah SPR atau JPN. Saya tak kata salah mereka, tapi saya ada katakan mereka telah dimanipulasi oleh BN. Anda patut setuju kerana anda ada katakan berkenaan pihak ketiga yang bertanggungjawab.

    Selamatlah berusaha mengubah UMNO, kerana hanya orang dalam UMNO sahaja boleh ubah, tapi kalau turun sorang, dan naik orang yang sama qualitinya, apa beza UMNO itu? Maka sampai kiamat pun akan gila duit dan buta hati. Dan mereka sanggup berkata mereka penjaga ketuanan Melayu dan Raja-raja Melayu? Tak betui langsung.

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih, turun sorang, kita naikkan sorang yang lain sampai sorang yang lain yang benar2 layak memimpin... Inilah yg dinamakan perjuangan.. orang-orang perjuangan tak mudah putus asa sbb perjuangan mereka tak pernah selesai sampai ajal menjelma..

    Perjuangan MyKMU tak kemana? maafkan saya, saya rasa encik agak ketinggalan dalam mengikuti MyKMU kerana dah banyak sumbangan MyKMU dari era kepimpinan Tun M lagi... Malah bangkitnya para bloggers, berpusatnya di MyKMU, sbg contoh Bigguydotcom, kudakepang(ruhanie ahmad), rocky bru, dan sebagainya.. Malah MyKMU adalah pihak yg mula2 menyiarkan kritikan Tun M dalam menegur kepimpinan sekarang...

    Apa pon, sekali lagi terima kasih kerana sudi memberi komentar encik dalam posting saya ini. Insya Allah, saudara akan melihat generasi baru UMNO yg akan berjuang sama seperti nenek moyang mereka terdahulu, Lillahi Ta'ala, untuk Islam, Melayu, dan Malaysia.. bukan untuk harta, pangkat dan pengaruh...

    Biar Jatuh, Lantas Bangun Semula.. Umpama Phoenix Bangkit Dari Debu...

    Wassalam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi