Skip to main content

Bernama : Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya Bagi Kekalahan, Kata Dr M

Salam... satu lagi berita, dari BERNAMA

Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya Bagi Kekalahan, Kata Dr M

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.

"Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh setiausaha agung Umno pada ketika itu.

"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas perdana menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

"Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih. "Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.

Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.

Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas perdana menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu. Mengenai kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi perdana menteri negara ini.

Ditanya mengenai kemungkinan Pembangkang memenuhi janji mereka sepertimana yang dinyatakan dalam manifesto mereka, kata:"Mereka hanya membuat janji itu kerana mereka tidak fikir yang mereka akan membentuk kerajaan tetapi saya sangsi yang mereka dapat menunaikan janji apabila mereka menawan lima negeri."

Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.

"Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.

Mengenai kemenangan anaknya Datuk Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar.

-- BERNAMA
- Digarhayu Tun Mahathir Mohamad!
- Tak paham2 lagi kerrrrrr?????!!!!!!!!!
Wassalam....

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan