Skip to main content

Keep Holding On..

Salam..

Hahaha.. title je mat saleh, tapi isinya aku tulih bahasa melayu lah.. not feelin' comfortable to write in english yet... kuuukukukukukuuuu~

OK, sbg pembuka bicara kali ni, aku nak mengucapkan tahniah dekat kawan2 uniten yg mana setiap sorang dah dpt tau result masing2... huhu.. dengaq cerita, geng2 COIT smua dapat keputusan memberangsangkan.. smua naik gile pointer.. huhu... dan masing2 bergembira.. dan masing2 juga dpt kita lihat luahan kegembiraan dan syukur mereka diekspresikan kat blog masing2, spt contoh paan ngan radin (post Paan & post Radin). Mmg best kalo time2 dpt result camni, nak pulak result sempoi kan.. hehe.. tahniah guys, korang mmg deserve ntuk ape yg korang dah buat slama ni.. hehehe.. aku tumpang gembira... :)

Aku nyer result? boleh lah... Alhamdulillah.. biasa saja.. ada la naik sikit.. huhu.. syukur ke hadrat Ilahi, dgn perkenan-Nya, naik la sikit kot pointer aku.. pastu, aku nak ucap gak terima kasih kat lecturer2 aku sem ni.. Pn Marini, Mr Uwe, Dr Jamilin, Dr Z dan jugak Dean, Dr Shariff sbb tanpa mereka, x mungkin aku dpt result camni.. Terima Kasih byk2... Dan x lupa jugak la, kat member2 satu group project, satu kelas dan sebagainya.. mintak maaf byk2 kalo akau ada silap, x buat gheja, menyusahkan dsb.. maklumla, aku ni jenih lembab sket.. sorry byk2.. maafkan daku~

OK, done bab tu.. ni nak cerita sikit pasai Dual Boot.. camni.. aku nak sgt pakai Linux ngn Windows serentak.. maksudnya, satu PC, satu Hard Disk, bleh pakai dua OS.. masa nak boot kita buleh pilih nak masuk Windows ka atau Ubuntu (btw, Linux aku pilih ialah Ubuntu, sbb aku ni n00bs lagi dlm Linux, so ubuntu ni cam sesuai ntuk blajaq). So aku pon google laa.. smp aku jumpa satu page, di mana dia ada menceritakan camna nak install Linux (Ubuntu) ke atas Installation Windows yg sedia ada, dan menggunakan NTFS punya File System.. Spt mana yg kita maklum, stakat ni Linux ni secara asasinya x leh write dlm NTFS, dan cuma buleh read sahaja, kecuali dah install LinuxNTFS (software) yg masih dalam ekspirimentasi.. jadi camna hal ini buleh menjadi tidak mustahil?

Mcm ni, kaedah yg dugunakan ialah resize balik partition NTFS windows tu, then manually add file2 system yg diperlukan untuk linux.. kaedah secara mudah dan shortcut (ini konsep sahaja) :

  1. Mula2, resize dulu NTFS yg sedia ada (windows). Pilih brp amount NTFS baru. Katakan sebelum ni ada 80 GB, kita nak saiz baru dia ada dalam 60 GB, so kita buleh pakai 20 GB yg tinggal tu ntuk install Linux.
  2. Kemudian, dari 20 GB yg tinggal, create satu partition dgn Files System ext3 (atau ext2, bergantung kps OS mana) untuk root file system bagi linux. Sbg contoh, diperuntukkan 10 GB untuk bahagian ini. Se-elok2nya, bagi lebih sikit pon x pa, sbb nny byk menda menarik nak install kat sini.
  3. Create dari baki, yg tinggal 10 tu, satu file system FAT32. Ini bertujuan untuk membolehkan file2 yg kita nak access sama ada dari Linux mahupon Windows ini dapat dikongsi bersama untuk tujuan full operation (Read, Write, Execeue, dll). Ini bermakna, bila kita masuk Windows pon bleh operate kat sini, dan bila masuk Linux pon sama.. berlainan dgn NTFS, dimana Linux hanya buleh baca sahaja. Katakan, disini kita create 9 GB, FAT 32 file system.
  4. Kemudian, kita ada baki 1GB lagi. Yg ni, kita akan create sbg swap file system untuk Linux. 1 GB sudah memadai, malah lebih dari cukup, tapi kalo nak sedap, apa salahnya bazirkan skit nak bagi sedap pakai kan? so create la 1 GB partition, pilih type dia Linux Swap..
  5. Kemudian, teruskan partition, apply kan langkah2 yg kita set kat atas ni.
  6. Lepas semua dah ready, dah siap partition, install la Linux kita dekat partition yg kita create dlm langkah 2 tadi, yakni dlm ext3.

Apa yg aku ringkaskan kat atas ni, adalah menggunakan Ubuntu CD, yg mengandungi Ubuntu Installer & Patitioner yg mmg best, bijak dan kacak.. huhu.. untuk full tutorial, aku dgn ini amat menggalakkan korang pegi ke site : Windows with NTFS + Dapper Drake .. Dlm ni nnt ade contoh bergambar. Perlu diingat, kemungkinan apa yang dipaparkan dlm site ni berbeza paparannya sbb dia install dlm text based, dan korang maybe install dlm mode biasa, mcm aku buat. So, keypoint dia, paham konsep yg aku terang kat atas tuh, dan read through website yg aku bagi tu.. stakat beza interface je, tapi konsep tetap sama. So fahamkan dulu betul2, sebelum korang buat sesuatu, sbb kalo silap, buruk padahnya.

Kat bawah ni screenshot (desktop) OS aku.. Windows XP Pro dan Linux Ubuntu (klik ntuk gambar yg jelas) :

Windows XP

Professional SP 2

Linux Ubuntu 6.06 LTS

"Dapper Drake"

Haha.. smp setakat ni, korang leh tangkap tak sbb apa tajuk kat atas tuh tulih "Keep Holding On" ? Sbnrnya, Keep Holding On ni tajuk lagu terbaru Avril Lavigne, dimana lagu ni diguna sbg theme song ntuk citer Eragon yg akan kuar di panggung x lama lagi.. aku saje nak letak sbb aku rasa aku pon kena "Keep Holding On" memandangkan sem depan kemungkinan semester terakhir aku study, BIT kat Uniten.. maybe sem dpn tu last la kan.. so aku kena la hold on kuat2.. satu sem saja lagi.. x mau anything worst happen.. mungkin la ada halangan dan rintangan, tp tu biasa la kan.. so aku just letak saja lagu ni kat sini, best sungguh... Maksud tersirat lain? x dak kot.. ekeke.. meh dengaq lagu tu..

Artist: Avril Lavigne
Song: Keep Holding On
Album: Popular Songs

You're not alone
Together we stand
I'll be by your side
You know I'll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No, I won't give in


(co) :

Keep holding on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through
Just stay strong
Cause you know I'm here for you
I'm here for you
There's nothing you can say
Nothing you can do
There's no other way when it comes to the truth
So, keep holding on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through


So far away
I wish you were here
Before it's too late
This could all disappear
Before the door's closed
And it comes to an end
With you by my side
I will fight and defend
I'll fight and defend, yeah, yeah

-Repeat (co)-

Hear me when I say
When I say I believe.
Nothing's gonna change
Nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be
Will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah
La da da da, la da da da
La da da da da da da da da


-Repeat (co)-


Ahh, ahh
Keep holding on
Ahh, ahh
Keep holding on
There's nothing you can say
Nothing you can do
There's no other way when it comes to the truth
So, keep holding on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through

Hahaha.. kali ni pon post berjela2.. hentam sajala.. ingat nak tulih sikit, tapi dah terbubuh banyak ni.. kira halal la.. keh keh keh... ok sampai sini saja repekan ku kali ini.. huhu..

Wassalam..

PS : Owh.. hari ni, 1 Disember, anniversary ayah dan bonda ke 23.. huhu.. kalo x de hari ni 23 thn lepas, jgn harap aku nak ada dlm dunia ni hari ini, dan bleh menaip plak camni.. isk isk.. insaf.. happy anniversary ibu dan ayahku.. smoga kekal smp ada cucu nanti.. hehee :P

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...