Skip to main content

Cinta.. Sebuah Kisah Tentang Kasih...

Salam...



Klik untuk imej lebih besar


Huhu, tgk poster pon dah tau kan citer ape? yer, kali ni aku cuba mengupas sedikit sebanyak mengenai filem "Cinta" ini.. seringkali kita dok tgk di kaca tv, x habeh2 iklan citer nih.. kalo kat tv3 plak, pagi2 dekat2 kul lapan tu nnt ade dier pasang lagu "Ikhlas Tapi Jauh" yg lagu asal oleh Zainal Abidin, dan dinyanyikan semula oleh V.E... best kan lagu tu... tapi, disebalik lagu2 soundtrack yg best, ape sebenarnya muvie cinta ni? secara terang, aku mmg nak sgt nak tgk citer ni, tp x rase mcm nak pegi panggung plak tgk.. x dak geng maa... oleh tu, aku tgk kat official website dia, dan jumpa sket intro ngan sinopsis dia..


Dari intro dia, cerita yg bertemakan kasih ini menyatakan tentang..


"Cinta adalah sebuah filem yg memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur. Setiap cerita adalah berbeza dan unik, namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa.

Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing-masing di kota yang indah - ada yg sedang mencari cinta, ada yg bertemu cinta, dan ada yg kehilangan cinta. Menerusi filem ini, cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut - cinta suami, isteri dan anak, kasih syg antara adik beradik dan juga cinta diantara warga emas."


So dapat kita pahamkan, citer ni ade 5 kisah seperate dalam satu citer.. quite interesting.. meh tgk sinopsis dia pulak.. ni pon di amik dr laman web dier.. ini adalah kisah2 yg dipaparkan mengikut tema masing2..


1. Unggul [Dato' Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar]
Cinta tidak mengenali usia, Cikgu Elyas (Dato' Rahim Razali) seorang duda yg baik hati, sering ke gerai Rubiah (Fatimah Abu Bakar) seorang janda ug mengasihaninya. Adakah Elyas dpt mengenali cinta sedangkan ingatannya kelam. Adakah cinta perlu berakhir apabila usia semakin meningkat?


2. Romantis [Eizlan Yusof, Fasha Sandha]
Cinta kadangkala dtg apa bila tidak dijangka. Pertemuan yg tudak diduga telah mencetus cinta yg mendalam di hati Azlan (Eizlan Yusof), seorang hartawan yg mengetuai empayar media percetakan, terhadap Azura ( fasha Sandha), seorang pembantu kedai buku.


3.Abadi [Nanu Baharudin, Que Haidar]
Dyan (Nanu Baharudin) adalah seorang arkitek, yg sentiasa terperangkap dlm cinta tiga segi. Kasih Dyan sebenar hanya terhadap adiknya Dhani (Que Haidar), yg malangnya enggan mengikut cara hidupnya. Sejauh manakah pengrobanan kasih syg kakak kepada adiknya?


4. Sepenuh Jiwa [Rashidi Ishak, Rita Rudaini]
Haris (Rashidi Ishak), seorang arkitek, memiliki segalanya - Airin, isteri jelita (Rita Rudaini), anak tersayang dan kehidupan yg selesa. Tanpa disangka, dia menyedari kehidupannya hanya sebuah ilusi. Adakah Haris mampu utk menyelamatkan cintanya atau mungkinkah erti cinta sebenar adalah melepaskan org tersayang pergi utk selamanya....


5. Tulus [Pierre Andre, Sharifah Armani]
Arianna (Sharifah Armani) adalah seorang gadis yg dtg ke kota utk mencari kekasih yg telah hilang tanpa berita. Dlm mencari cinta dia dibantu oleh Taufiq (Pierre Andre) seorang wartawan budiman yg tidak dikenalinya. Adakah Arianna dpt menjumpai apa yg dicari atau mampu melihat cinta tulus sebenar?


Menarik tak? bagi aku menarik jugak citer ni.. hehe.. mmg mesti tonton, dan aku akan menonton gak nanti.... di akhir intro kat website official dia, nanti ade satu persoalan dilemparkan, kisah cinta mana yg kita alami.. soalan ini membayangkan bahawa kisah2 yg cuba dipaparkan ini, sememangnya kisah2 biasa dalam persoalan kasih sayang.. samada kita sedar atau tidak, kita sering kali menjadi sebahagian di dalam sebuah kisah tentang kasih..


Hehe, bg aku tarikan filem ni jugak terletak kepada gandingan mantap Soundtrack nyer... lagu2 dier mmg masyuk.. antara lagu yg dimuatkan dlm filem ni ialah Sewaktu Dulu nyanyian Andy Flopp Poppy, Ikhlas Tapi Jauh oleh V.E., Perpisahan Oleh anuar Zain, Cinta oleh Misha Omar dan Jaclyn Victor serta lain2 lagu yg termuat sbg soundtrack filem ni.. amat sesuai dgn konsep dan temanya.. hehe..


Bagi mereka yg ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari :


http://www.cintathemovie.com


Dan khas bagi anda yg menghargai muzik sbg satu seni yg menenangkan hati untuk anda, OST Cinta :


OST CINTA - 70 MB, (Klik Sini)
atau Sini, Alternative Link (Rapidshare)


Ok lah, sampai setakat ini dahulu.. jgn lupa menonton Filem Cinta.. (kah kah kah.. mcm aku dah tgk plak.. aku pon nak tgk gak weiii.. hehe..)


Wassalam..


PS : Tggu VCD/DVD Ori kuar baru beli.. lambat sket tonton x per, asal puas hati.. lagi lama menunggu, lagi exciting.. hehe =P

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab...

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan...

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi...